Carian

Erti sebuah perkahwinan muda

Assalamualaikum.

Hujung tahun 2017 ada pergi jalan-jalan dengan mertua sambil menghantar adik ipar ke asrama. Tengah berjalan dalam shopping mall tu, terjumpa dengan penjual buku pendidikan kanak-kanak. Sembang punya sembang pasal pakej dan produk, dia tanya pasal kerja. Memang jawab housewife. Terus dia tanya lagi, dulu pernah kerja ke? Jawablah memang tak sempat merasa kerja sebab kahwin awal masa belajar dan decide untuk jaga anak sebelum betul-betul kerja.


Tiba-tiba je, dia minta pendapat pasal kahwin awal. Terkejut sekejap. Yelah, tadi bukan main cerita pasal produk, program pembelajaran, tiba-tiba tukar topik. Layankan aje.

Sebenarnya cerita kahwin awal ni, ramai lagi yang kahwin awal. Kitorang ni kahwin pun baru nak cukup 5 tahun. Ada yang baya kitorang dah kahwin 6-7 tahun.

Aku sendiri pun berkahwin umur 21 tahun. Orang kata muda juga sebab umur 21 tahun ni orang tengah sibuk belajar, tingga dua tahun lagi nak habis degree (kalau program 4 tahun), tak sempat sangat nak fikir pasal kahwin ni.



Balik cuti dari Moscow masa first year tahun 2012, baru umur 20 tahun, family tahu aku ada minta izin nak kahwin. Dah siap jumpa bakal besan, bakal menantu masa cuti tu.
Dan masa tulah, adik, mak, ayah cucuk-cucuk dengan soalan dan kenyataan yang buatkan aku berfikir panjang.

Antaranya:

Adik aku siap kata, janganlah kahwin dulu.

Mak pula dengan soalan, nak tinggalkan ummi ke?

Paling best, statement mak "Awak dah sedia nak tengok orang yang sama setiap hari sampai mati?"

Padu! Padu sangat soalan mak. Bergetar jiwa bila mak tanya tu. Yelah, bayangkan nak hadap orang yang sama setiap hari. Dan mesti akan ada benda atau habit baru yang ditonjolkan lepas kahwin. Belum cerita pasal pesen berbelanja masing-masing, kot sorang boros, sorang kedekut taik hidung masin ke kan. Haha.
Memang masa dua bulan cuti, sampai bertunang tu terfikir-fikir betul ke keputusan nak kahwin ni. Ada tiga tahun lagi nak habis belajar, lepas tu masuk alam kerja. Berbagai jenis manusia lagi kot nak jumpa. Scarrry sangat bila fikir.



Bertunang dengan persiapan yang last minit.


Itu baru cerita pasal perasaan yang berbolak balik entah tekad ke tak tekad nak berkahwin. Belum masuk komitmen, tanggungjawab dan banyak lagi.

Secara peribadinya, kahwin awal ke tak awal ke lewat ke, komitmen, tanggungjawab tetap akan sama. Cuma zon masa dan keupayaan berbeza.
Ada orang dijodohkan awal sebab dia mampu untuk jalankan tanggungjawab tu awal.
Ada orang waktu kemuncak sama dengan orang lain sebab waktu tu dah sesuai.
Dan ada orang lewat mungkin kerana Allah nak tolong dia bina diri dia dulu seteguhnya.

Sekarang dah nak masuk 5 tahun kahwin.
Alhamdulillah suamiku adalah suamiku. Haha.
Kami masing-masing transparent dan masih lagi dalam fasa mengenal baik buruk masing-masing. Banyak lagi rasanya nak mengenal hati budi masing-masing. Umur dah 26, usia perkahwinan jauh lagi nak sampai separuh umur.
Kami suami isteri kaki borak sampai lebam. Memang akan ada masa-masa kami gossip (eh), berbincang.

Pucuk pangkalnya, kahwin ni hal serius.
Bukan macam dalam drama 7 petang tu.
Tak kira bila waktu buat keputusan, yang penting fikir masak-masak. Sebaiknya berbincang dengan orang tua. Biar ada pandangan dan pendapat dari orang yang lebih tua dalam fikiran kita. Sebab alam perkahwinan adalah satu fasa perubahan yang besar dalam kehidupan kita.

Nak kahwin awal, pastikan keputusan tu bukan keputusan jangka masa pendek.
Bukan sebab ada kawan sebaya kau kahwin, kau pun nak kahwin.
Bukan sebab tak nak couple sebab couple itu harom.
Bukan sebab kau rasa dialah satu-satunya cinta hati.
Bukan sebab kononnya tak nak dosa rindu merindu.
Bukan sebab nak jaga ikhtilat.

Kahwin ni bukan pengakhiran cerita cinta, tapi permulaan cerita cinta korang.
Kahwin ni lebih besar dari imaginasi korang, dengan tanggungjawab dan komitmen.
Kahwin ni maksudnya nak membina masyarakat.

Selamat berfikir dengan matang dan waras!




Tiada ulasan

Komen