Carian

5 Tip Memasak Dengan Anak

Siapa yang follow Facebook dan Instagram, mesti selalu nampak story update Wildan memasak. Kalau nak tahu, Wildan memang minat memasak. Dari kecik lagi perasan. Bila dah masuk tiga tahun sangat-sangat ketara minat dia sebab dia akan lakon semula cara memasak yang dia tengok di TV dan dia mesti nak cuba masak sekali. Sebenarnya dalam entri kali ini nak shara sedikit tips memasak dengan anak-anak terutama masa anak-anak kecil. Jemput baca.

tip memasak dengan anak


Minat anak-anak ni berbeza. Tak semua sama. Kami tak pernah paksa pun Wildan untuk tolong memasak atau buat kerja. Semuanya atas kehendak dia. Dan kami percaya, bila anak nak buat atau tolong, tugas kita bagi ruang sebab anak tengah bersemangat nak buat. Kalau kita bunuh semangat tu dengan marah dan halang, jangan pelik satu hari nanti dia menolak untuk tolong sebab mindset dia, pertolongan dia tak diperlukan.

Sejak bila nak mulakan ajak anak memasak?
Terserah pada masing-masing, ikut kesediaan anak.

Kalau ikut carta perkembangan budak, dalam usia setahun anak dah boleh mencedok dengan sudu. Dan pada usia setahun ni Wildan mencedok guna senduk. Masa tu, senduk yang selalu ada depan mata dia. Dia mainlah senduk tu dengan periuk. Kadang-kadang dia main dengan mangkuk, dengan whisker. Bukan kami bagi, tapi dia jumpa sendiri.

Mainan ni kami terpaksa beli sebab dia suka ambil periuk kat dapur.

Bila balik Malaysia, memang kalau memasak tak pernah halang pun dia masuk dapur. And yes, cara budak 'memasak' memang messy. Sebab dia belum tahu fungsi setiap alat, yang dia tahu nak cedok sana, cedok sini, susun sana, susun sini. Nampak macam tengah masak.

So, apa 5 tip memasak dengan anak-anak ni?

1. Sabar. Ini paling penting!

Ini tip untuk empunya badan juga. Memasak dengan anak mencabar. Sangat mencabar. Dengan tumpahnya, dengan sepahnya, memang kena bersabar. Budak-budak tengah teruja nak cuba, kita bagi ruang dan kepercayaan. Do expect mess. Sepah, tumpah memang akan berlaku. Kalau tak tenang, kita jadi cepat marah-marah, budak lama-lama hilang minat.

2. Kenal pasti keupayaan anak, bagi tugasan bersesuaian dengan umur.

Ini juga penting sebab skill memasak perlu berkembang, skill ini bukan tiba-tiba dah boleh buat. Kita pun jadi pandai memasak, pandai menggunakan peralatan di dapur pun selepas banyak pengalaman, kan?

Tugasan dapur pertama Wildan dulu ialah basuh ikan selar kuning yang disiang. Sebenarnya dia nak siang ikan. Tapi tak bagi sebab takut luka jari, walaupun ikan selar kecik dan disiang tanpa pisau atau gunting. Solusinya, Ummi siang, Wildan basuh. Dan dia suka! Masa ni Wildan dah umur 2 tahun. Selain pernah basuh ikan, dia juga pernah letak ikan dalam kuali untuk digoreng. Yang ini kena hati-hati sangat sebab budak main letak tanpa precaution sebab dia tak tahu lagi bahaya minyak panas. So, kalau rasa anak tak bersedia, jangan bagi.

memasak dengan anak
Masa ni dia baru genap 2 tahun. Pakai 'butter knife' nak potong carrot yang dah sedia dipotong.


3. Buat sama-sama dengan anak.

Bila buat dengan anak, kita ajar dia cara yang betul untuk buat kerja, ajar dia kenal bahan-bahan di dapur. Anak belajar sesuatu dan bonding time. Yeay! Uli tepung, kalau dia nak buat, uli sama-sama. Bancuh adunan, dia nak gaulkan, gaul sama-sama. Dari masa ke masa, skill dapur dia akan semakin baik. Kalau semalam tumpah-tumpah, lepas 3-4 kali buat, tak tumpah dah.

4. Sediakan bahan siap-siap.

Mungkin agak leceh tapi cara ni lebih kemas. Kalau masa buat dengan anak baru nak sukat bahan, lagi bersepah sebab dia nak buat sekali. Mulalah dia tarik tangan kita, ambil sudu sendiri dan cedok. Paling kita nak elak, dia tambah bahan suka hati. Biasanya, sebelum ajak dia masak, sediakan bahan dalam mangkuk atau cawan sukat dulu. Bila ajak,  dia hanya tuang je dan kita bagi arahan. Senang dan kurang sepahnya. Renyah sikit sebab banyak nak basuh.


tip memasak dengan anak
Ini memang dah prepare dan bagi dia buat. Ada juga tu tumpah sikit-sikit.


5. Jangan paksa bila anak tak ada mood.

Ini pun penting. Wildan sama macam budak-budak lain, ada masa mood memasak dia tak ada. Bila kita ajak dan dia kata tak nak, okay je lah kan. Lagipun, selalu ajak dia masak kuih, kek macam tu. Lauk pauk ke nasi tak ajak sangat sebab kita nak masak siap cepat. Itupun ada masa tengah kecoh-kecoh masak dia datang mengendeng tanya masak apa, nak tengoklah, nak buatlah dan macam-macam, tapi jangan tolak. Biarkan dia tengok. Dia tanya masak apa, letak apa, layankan.

tip memasak dengan anak
Ini latest aktiviti memasak Wildan, buat roti canai.


Tumpah, bersepah, banyak nak kena kemas MEMANG normal kalau kita buat aktiviti memasak dengan anak. Practice makes perfect. Ini kuncinya. Kita pun dulu kupas bawang mula-mula setengah jam, sekarang buat tak sampai seminit sebab dah biasa buat, kan? Jangan letakkan expectation yang tinggi sebab budak-budak tengah membesar.

Inilah dia tip-tip untuk memasak dengan anak.
Sebenarnya lain budak, lain minatnya. Macam Wildan, memang kami nampak dia minat dan kami galakkan. Kena layan Jamie Oliver dengan dia pun, layaaaan.

So, boleh lah lepas ni bagi si kecil memasak!


Baca juga: Roti Gardenia

1 ulasan

Komen