Carian

Short Cervix

Assalamualaikum.

Masuk tahun 2018 ni, tergerak hati nak menulis pasal short cervix atau dalam bahasa melayunya pangkal rahim pendek.

Ini cerita pengalaman sepanjang mengandungkan #themursyidbros. Masa mengandungkan diorang dulu tiga bulan terakhir (trimester ketiga) dipaksakan untuk tidak bergerak banyak (bedridden) sebab masalah ni.

my pregnancy story, short cervix, fullterm babies
Yang mana abang, yang mana adik?


Aku tak tahu tahap keprihatinan doktor-doktor Malaysia untuk kes begini tapi masa mengandungkan Mukhlis, bila aku ceritakan history pregnancy, the doctor does not seem to take any further action. Huhu. Bila aku mention kat doctor di klinik swasta (tempat bersalinkan Mukhlis), terus dia check dan tak lama lepas tu bedridden.

Nota: Aku bukan nak jatuh atau nak kata doktor tak bagus. Cuma mungkin pengalaman aku kurang baik. 

Faham tak pangkal rahim ni apa?
Pangkal rahim ni antara rahim dan vagina. Kalau mengandung, otot(?) atau jarak antara pintu keluar dengan kantung baby. Ini bukan kes placenta previa. Placenta previa ni uri jatuh, lain dengan short cervix. Short cervix ni doktor kata cervix incompetence. Untuk maklumat lanjut boleh google.

Dulu masa mengandungkan Wildan, kitaorang ambil pakej check up kat klinik private di Moscow. So, memang ada check up ultrasound setiap dua minggu lepas masuk minggu ke28.

Ingat lagi, masuk minggu ke 28-29, kerap sakit belakang. Sakit belakang bukan sakit pinggang biasa. Sakit kat ekor punggung. Haaaa. Nak terangkan dalam bahasa melayu pun macam susah, bayangkan masa tu nak bagitahu doktor dalam bahasa Russia. Bukan sekadar sakit belakang, perut selalu sangat mengeras. Bila cakap kat doktor, dia kata mengeras tu normal. Tapi, yang sakit belakang dia tak dapat nak tangkap.

Memandangkan masa minggu ke 29 tu ada appointment untuk ultrasound, pergilah buat ultrasound. Check up ultrasound ni memang cuma buat ultrasound, tak ada jumpa doktor, ada orang yang jaga ultrasound je. Layankan aje dia buat ultrasound. Dia ultrasound atas perut dan ultrasound dari dalam. Pastu dia print gambar dan buat report untuk doktor.

Selang seminggu baru jumpa doktor sebab tarikh check up doktor lain. Bila jumpa doktor berkerut-kerut dia tengok gambar ultrasound yang dari dalam. Pastu mula dia tanya macam-macam. Paling mengejutkan dia suruh masuk hospital. Seram dah masa tu. Baru minggu ke-30 nak masuk hospital?

Makanya masuklah hospital dan bermalam di ruang labor. Memang ada bleeding sikit dan bukaan lebih kurang 2cm. Lepas dah keluar hospital, masa check up, doktor explain dan bagitahu aku short cervix. Menggagau google cari info pasal short cervix. Masa nilah tahu kalau pregnant sepatutnya ukuran pangkal rahim tu sepatutnya 3cm ke atas, melainkan bila nak bersalin dia akan makin pendek dan makin lembut untuk buka jalan. Kira aku ni ada kemungkinan  untuk bersalin pramatang.

Selang tiga minggu, masuk lagi hospital sebab ukuran pangkal rahim makin pendek. Dan kali ini stay dekat lima hari, dapat masuk air magnesium sulfate. Yang bagusnya, sebelum dibagi magnesium sulfate, doktor jelaskan dulu kenapa perlu masuk air dan minta persetujuan dulu. Dia explain dalam bahasa Rusia dan aku bukan student medical. Rasanya 60%-70% je faham sebab ada penuh medical terms. Haha.

Lepas keluar hospital doktor buat surat cuti, untuk excuse dari pergi kelas. Siap tulis atas surat tu 'threat for preterm labour' (ini versi translated dari bahasa Rusia). Tapi ada satu hari lepas keluar surat aku pergi lab sebab lab tu lab terakhir dan tak nak korbankan kerja. Dahlah doktor pesan untuk baring dan jangan bangun melainkan untuk mandi dan ke toilet. Aku pula bangun untuk mandi, toilet dan solat.

Berdasarkan pengalaman nilah, aku jadi susah hati masa mengandungkan Mukhlis. Cuma, masa mengandungkan Mukhlis sakit mula rasa minggu ke 30. Mungkin faktor badan dah pernah rasa sakit sebelum ni. So, inform doktor masa check up kat KK dan dia macam acuh tak acuh. (Maybe patient terlalu ramai dan first pregnancy bersalin fullterm). Bila start check up swasta, cerita kat doktor dan terus dia check. Dia suggest cucuk dexamethasone untuk cepatkan kematangan paru-paru incase lahir pramatang. Dan lepas seminggu bacaan short cervix semakin pendek, nak tak nak bedridden lagi.

Lepas bersalin, tanya doktor possibility untuk jadi lagi kes begini dan doktor kata akan jadi. Bertabahlah untuk next pregnancy yang tak tahu bila.

Aku bukan doktor, apatah lagi berlatar belakangkan medical. Ini semua memang 100% pengalaman dan beberapa input dari doktor. Nak maklumat lanjut boleh refer pakar.

Alhamdulillah dua-dua anak lahir cukup bulan. Cerita pengalaman bersalinkan dua hero ni boleh dibaca kat sini:
While In Russia II ----> Bersalinkan Wildan
Another Hero Was Born ----> Bersalinkan Mukhlis

Kesimpulannya, sesiapa yang tengah mengandung sekarang, agak-agak sakit lain macam dan bukan pada waktunya, please refer doktor.
Berdasarkan pengalaman aku, masuk minggu ke28 ke atas kalau rasa sakit macam orang dah minggu ke36, cari doktor cepat.

Dan ingat, tak semua orang pengalaman bersalin sama. Kalau ada jumpa orang macam ni, jangan korang kata mengada atau manja sebab tak ada orang minta mengandung dalam keadaan susah hati dan terpaksa terbaring demi anak.



Tiada ulasan

Komen