8 Disember yang lepas, kitorang sekeluarga pergi Genting Highland bersama dengan Ummi, Baba dan adik-adik yang lain.
Itupun last minute punya decision lepas bincang punya bincang. Hari Rabu baru book hotel, survey tempat semua. Haha.
Kitorang buat One Night Trip ke Genting Highland.
So, anyone yang nak short escape bolehlah teruskan membaca dan cari idea apa nak buat kat Genting selain shopping kat Genting Highland Premium Outlet.
Penginapan
Kitorang duduk Hotel Seri Malaysia. Kedudukan hotel ni dekat bulatan Goh Tong, 5 minit sebelum sampai GPO. Dikelilingi deretan rumah kedai.
Hotel ni sebenarnya bukan directly under cawangan Seri Malaysia. So, rate harga bilik agak berbeza dengan standard rate Seri Malaysia.
Untuk buat tempat rehat lepas penat berjalan, kira okay dah untuk semalaman. Dalam bilik ada kipas. Biasa hotel ada aircond je. Dan memandangkan kat Goh Tong pun sejuk, kitorang pakai kipas je tidur malam. Breakfast memang complimentary per room. Sedap-sedap kot! Berpinggan-pinggan makan.
DAY ONE
Kitorang start trip pagi. Rancangnya jam 10 pagi dah gerak dari Cheras, tapi biasalah... ada hick up sikit. End up, gerak jam 11 pagi jugak. Cheras ke Genting cuma setengah jam ke sejam. Hehe.
Jam 12.30 tengahari lunch kat Genting Sempah. Genting Sempah atas sikit dari exit nak naik ke Genting Highland. Bila memikirkan kot tak ada kedai makan dekat dengan hotel, kitorang berhenti kat Genting Sempah je untuk lunch. Lagipun dari Genting Sempah ada laluan ke Genting Highland, cuma 15 minit je.
Memandangkan kitorang buat trip hari Jumaat, lepas je makan terus pergi Masjid Yayasan Noah, atas sikit dari hotel. Masjid ni dekat GPO je. Dekat sangat! Selesai solat terus check in bilik dan rehat.

Habis solat terus pergi Awana Skyway.
Awana Skyway ni bangunan sebelah GPO dan bersambung dengan GPO, parking pun kena dalam GPO. Kalau tak nak parking berbayar, parking kat luar bangunan, at your own risk.
Tiket naik gondola RM8 seorang dan untuk budak, 90 cm ke atas kena beli tiket, harga yang sama. Wildan ada dalam 3-5 cm lebih dari penanda 90cm. Nak selamat, beli je tiket. Oh ya, tiket dia one-way je. Nak turun belilah return ticket, berjumlah RM16.
Satu gondola boleh masuk 10 orang. Kitorang ada 7 orang dewasa, campur Wildan kira 8 orang. Diorang pun taklah strict sangat wajibkan 10 orang juga baru boleh naik. Kitorang memang masa beratur, bila sampai depan gondola tu kumpul ramai-ramai terus. Dapatlah satu gondola tu kitorang sekeluarga. Seronok lah naik. Awana Skyway punya gondola ada pit stop kat Chin Swee Temple. Kitorang tak turun pun sebab main attraction kat situ temple dia. Hehe.
![]() |
Nampak tak kitaorang conquer satu gondola? |
Oh ya, sepanjang jalan nak naik tu, cuaca dingin-dingin. Dan paling scary kabus sampai tak nampak gondola depan atau belakang. Punyalah tebal kabus. Siapa tak tahan sejuk pastikan bawa sweater tau.
Sampai je kat puncak, kitorang cari First World Plaza sebab google kata banyak benda menarik, antaranya Snow World, Ice Age Adventure, Theme Park. Haha. Sejam mencari, bila dah jumpa, tempatnya tutup sebab ada construction. Pasrah juga sebab penat berjalan keliling Sky Avenue ikut signboard menuju ke First World Plaza.
Dah tak ada hala tuju, kitorang pun pergi balik tempat gondola. Dari First World Plaza tu naik je lift. Sebelum tu, turun bertingkat-tingkat dengan escalator sebab ikut signboard punya pasal. Tak jauh mana pun lift First World Plaza dengan Awana Skyway.
Sampai je bawah kat GPO, solat Maghrib dan makan! Sudah makan, kitorang balik bilik terus. Malam bukan ada apa sangat nak buat. Lagipun bawak anak-anak kecil tak selesa keluar malam.
DAY TWO
Hari kedua ni juga hari terakhir kat Genting Highland. Hehe. Short escape kan.
Pagi macam biasa, pergi breakfast kat restoran hotel. Complimentary dengan bilik.
Budak memang free.
Rancangan pagi tu adalah pergi Strawberry Farm. Diorang bukak pukul 9 pagi.
Actually Strawberry Farm ni dekat sangat dengan Hotel Seri Malaysia. Jalan kaki dalam 5-10 minit dah sampai. Tapi kitorang semua pergi dengan kereta juga. Haha.
Dalam lift kat Seri Malaysia, ada pamplet pasal farm ni, dan katanya FREE.
Bila kitorang pergi sana, rupanya kena bayar seorang RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Punyalah outdated information. Hampa juga bila tahu kena bayar tapi sebab nak juga masuk, bayar jelah.
![]() |
Smart boh! |
![]() |
Credit to Atirah's iphone! |
![]() |
Masuk-masuk entrance ada ni. The only area yang FREE. |
![]() |
Lavender's Farm |
![]() |
Model tak berbayar, ginilah pose nya... |
![]() |
Berkejar nak balik, tapi sempat snap dua tiga gambar. |
Lepas check out, kitorang terus pergi GPO. Memang plan pusing GPO hari kedua sebab hari pertama allocate untuk naik gondola sahaja. Memang sakanlah pusing GPO. Kedai pun semua tayang SALE berlambak-lambak.
Kitorang tak bawak stroller sebab rasa carrier cukup dah untuk dukung Mukhlis. Lagipun Mukhlis dah dapat kaki dan dia lebih suka nak jalan-jalan.
Yang tak menahan pula, tengah jalan-jalan pusing GPO, Wildan nampak pula trolley kereta tu! Dia memang pantang nampak trolley kereta. Boleh jadi tantrum, merajuk tak nak jalan, tak nak cakap, buat muncung sampai balik, lembikkan badanlah. Macam-macamlah. Memandangkan kitorang semua pun penat dukung Mukhlis, ambil kereta ni kira okay juga. Mukhlis pun suka sangat bila dapat main stereng kereta tu. Haha. Shopping pun banyak barang kan, bolehlah tumpang bakul kat belakang trolley tu.
Untuk trolley kereta ni, single seat sewa RM30 dengan deposit RM100. Untuk double seat yang kitorang ambil ni RM50 dengan deposit RM200.
![]() |
Hasil rayuan, dapatlah double seat kereta ni. |
So, that's it untuk One Night Trip ke Genting. Actually ada lagi benda lain selain Strawberry Farm dan GPO, cuma kekangan masa dan kitorang tak tahu apa yang ada kat sana.
Apa lagi yang menarik kat Genting?
1. Orchid Farm.
Antara Hotel Seri Malaysia dan GPO. Bila turun dari GPO, dekat sebelah kiri akan nampak ada signboard Orchid Farm. Nak masuk of course, perlunya fulus.
2. Bee and Insects Farm
Ini terletak bawah sikit. Bila nak turun KL baru nampak. Actually dalam strawberry farm ada je jual product dan overview pasal farm ni, cuma kalau nak tengok juga sarang lebah, better pergi sini. Dan, of course entrance kena bayar.
3. Mini Cameroon
Lebih kepada pasar, tapi akan ada fefeeling macam kat Cameroon Highland sikit. Ini tak ada bayaran tapi nak beli barang haruslah ada duitnya.
In case nak buat trip ke Genting, ini antara tempat yang korang boleh consider untuk pergilah. Kalau jenis suka pemandangan, nature bolehlah pergi farm-farm yang ada. Kalau nak rasa berbaloi, cadangannya Strawberry Farm sebab ada sekali pakej ladang-ladang lain.
salam, transport macam mana sis? tinggal kat GPO ke?
BalasPadamTransport sendiri. Kitorang dua kereta. Stay dekat Seri Malaysia, jarak ke GPO dalam 5 minit je. Hehe.
Padam