Carian

5 Things about Family Planning

Assalamualaikum

Masa bulan Ramadan lepas, ada tengok rancangan Raudhah Mawaddah bincang topik pasal family planning. Ally Iskandar sebagai moderator bersama Dr Harlina dan Ustaz Don. Memang seronok dengar perbincangan pasal family planning ni. Lagi-lagi bila dikupas bersama doktor pakar dan ustaz.

Kalau cakap pasal family planning, sesetengah orang ada minset begini

"Tolak rezeki Allah la tu"

"Buat apa kahwin tak nak anak?"

Orang kita sibuk nak anak ramai tapi selalu lupa kebajikan anak-anak serta pasangan. Lagi parah, sibuk berlumba anak siapa paling ramai tanpa pedulikan perkembangan mental ahli keluarga yang sihat. Aduh.

Family planning
Credit gambar: Google


Sekarang kami dah ada dua orang hero. Sebagai mak yang hari-hari dengan anak-anak, terus terang aku belum bersedia untuk tambah anak. Satu sebab utama sebabnya nak fokus pada diri sendiri dulu, dari sudut emosi, kewangan dan masa. Kalau orang tanya pun, mungkin aku akan jawab cukup dulu melayan dan membesarkan dua orang anak lelaki.

Dalam program Raudhah Mawaddah tu, Dr Harlina memang sangat menekankan tentang family planning. Banyak faktor kenapa perlunya family planning, lagi-lagi dalam melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan sihat.

Yelah, kita tak nak 'quantity over quality'. Biar anak tak ramai tapi kita mampu jaga dan besarkan dengan sihat dan selesa berbanding anak ramai tapi terumbang ambing, terabai sana sini. Rugi sangat!

(Ada tau family anak ramai dan semuanya berkualiti. Tabik sangat!)

Ada 5 perkara yang Dr Har tekankan untuk kita pertimbangkan sebelum menimang cahaya mata, baik anak pertama mahupun anak seterusnya.
Anak-anak ni amanah Allah bukan trofi kita untuk berbangga.

Apa 5 perkara perlu kita pertimbangkan sebelum ada anak atau tambah anak?

1. Sihat tubuh badan.
Of course, paling penting isteri, atau bakal ibu perlu sihat dari segi fizikal dan mental. Dan sebenarnya dua-dua suami isteri kena sihat.

Sang isteri perlukan tubuh badan yang, amalkan pemakanan yang sihat untuk pastikan baby membesar dalam perut dengan sihat.
Si suami pun perlu sihat untuk jaga isteri dengan baik sepanjang mengandung, lagi-lagi kalau tiba-tiba si isteri ada komplikasi seperti masalah uri jatuh atau short cervix macam aku.
Ada juga kes-kes ibu mengandung terpaksa berbaring dan di larang bergerak, siap warded hospital berbulan.
Kalau suami pun sakit, siapa nak jaga?

2. Kestabilan ekonomi keluarga.
Dari masa ke masa, ekonomi keluarga akan berubah. Mana dengan anak semakin membesar, ekonomi negara yang semakin lama barang makin mahal, rumah kita pun mungkin lagi besar. Banyak sebab yang menyebabkan ekonomi keluarga berubah.

Bab duit jangan main-main, suami isteri kena peka dan sentiasa berbincang.
Peruntukan duit untuk persiapan baby, check up, hospital sangat penting sebenarnya.
Belum kira bila dah ada baby nanti, dengan pampers, taska atau pengasuh ke kan.

Bukan kalau termengandung bagi alasan "takpelah nanti Allah tolong"
Duit tak jatuh segedebuk dari langit. Duit memang bukan segalanya, tapi semua benda perlukan duit.
Kita family planning bukan tolak rezeki tapi kita buat supaya dapat jalankan amanah sebaiknya.

Memang Allah akan tolong, tapi kalau usaha kita ala kadar, tak ke ala kadar juga pertolongan Allah?

3. Kesediaan emosi.
Kesediaan emosi bukan bergantung pada emosi isteri je.
Kena ambil kira emosi suami, emosi anak (kalau mengandung anak kedua, ketiga dan seterusnya).
Emosi ni sangat berkait dengan perkembangan anak dalam rahim.

Pernah dengar beberapa kisah kandungan gugur sebab tekanan tempat kerja. Sangat menyeramkan. Keadaan yang tertekan boleh menyebabkan tumbesaran baby terganggu. Boleh rujuk pakar untuk bab ini. 

Ada sesetengah kes pula, isteri seronok nak anak, tapi suami tidak. Ini pun tak berapa molek.
Takut jadinya si ayah jadi acuh tak acuh je, sudahnya tak nak tolong jaga anak.

Kalau ada anak, yang penting pastikan dia tidak berebut tempat kasih sayang. Sebab tu seeloknya jarakkan dua ke tiga tahun selepas bersalin.
Dalam AlQuran sarankan susukan anak 2 tahun sebab berkait perkembangan emosi anak.
Idealnya adik dapat masa abang umur 2 tahun dan ke atas.
Kalau terawal, tak apa as long as kita boleh bagi ruang perkembangan emosi yang sihat pada anak. 

Again, benda ni perlukan perbincangan. Cakap terus terang. Biar sama-sama excited dan seronok nak timang anak. Biar sama-sama nak jaga anak.


4. Keluangan masa.
Kat mana perlunya masa?
Masa untuk mendidik dan bersama keluarga, biar dapat wujudkan mawadah wa rahmah (kasih sayang dan rahmah)

Didikan sebenarnya bermula dari rumah.
Kalau boleh, pastikan kita ada kelapangan masa untuk layan anak-anak.
Masa anak kecil supaya kita dapat bentuk dan corakkan dia. Bila dia dah sekolah biar dia baik dan tak segan nak bercerita dengan kita.
Bila kita sibuk dan lebih mengharapkan pengasuh atau cikgu yang layankan anak, bukan ke tak molek?

Kalau yang hubungan jarak jauh, Dr Harlina tak galakkan anak ramai sebab kelapangan masa kat sini agak kurang bagi sebelah pihak. 

5. Sokongan sosial.
Keluarga, tempat kerja, kawan-kawan pejabat.
Ini sokongan sosial yang dimaksudkan.
Bagi wanita bekerjaya, maternity leaves lagi, cuti tahunan lagi.
Sama juga dengan suami, kot ada paternity leaves ke, mana nak EL lagi.
Bila tempat kerja susah nak support, keluarga tak nak ahli baru, susah nak membesarkan anak.
Sebab hidup jadi mak ayah ni memang perlukan bantuan.


Pokok pangkalnya, berbincang.
Komunikasi suami isteri perlu wujud, secara jelas dan terang.
Taknaklah main bahasa badan, faham-faham sendiri ke.

Suarakan. CAKAP.
Nak anak bagitahu nak.
Tak bersedia nak anak, bagitahu juga.
Make it clear.
Kita nak anak-anak membesar dengan bahagia dan sihat.

So, kalau orang kata nak rehat dulu dari tambah anak jangan memandai cakap dia tolak rezeki Allah.
Mungkin ada satu atau dua perkara di atas tak selesai yang buatkan diorang tak nak tambah ahli lagi.

Kita nak lahirkan generasi yang hebat kena ada perancang yang tersusun. Tapi ingat, sebaik-baik kita merancang, perancangan Allah juga yang terbaik.
Apa yang kita rancang tak akan 100% menjadi.
Mungkin ada yang Allah dah susun laaagi baik.

Itulah yang aku dapat dari program Raudhah Mawaddah hari tu.

Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan

Komen