Carian

Tips Simpan Cili Padi Supaya Tahan Lama

Aku yakin, rakyat Malaysia ni memang suka simpan cili padi untuk buat stok kalau-kalau tekak teringin nak makan makanan pedas atau nak buat sambal kicap cili padi ke sambal belacan ke. Maklumlah tekak kita orang Asia ni memang suka yang pedas-pedas. Kalau tak pedas, kurang sikit nikmat nak makan. 

Kali ini, aku nak kongsikan cara menyimpan cili supaya tahan lama. Lagi-lagi cili padi atau cili api. Cili padi ni, masa membeli seronok memilih tapi bila menyimpan kadang-kadang hampir separuh jadi cepat rosak atau busuk sebab cara penyimpanan kurang sesuai. Kalau tahu cara menyimpan dengan baik, tidaklah jadi membazir.

tips cili tahan lama

    Dulu sebelum aku jumpa teknik simpan cili, aku memang simpan dalam plastik macam tu je lepas balik daripada beli barang basah. Tak terfikir pun nak alih ke dalam bekas ke apa. Ramai tak macam ni? Lagi-lagi barang basah macam sayur dan buah. Simpan macam tu je sebab mudah. Dah habis nanti buang aje plastik tu. Selesai. 

    Green Tea Scent - Siri Baru Tisu Carina Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

    Dalam kita tak sedar, tisu sudah menjadi keperluan setiap orang untuk kegunaan harian. Tidak kira sama ada di rumah, mahupun di pejabat. Lagi-lagi selepas pandemic Covid-19, penggunaan tisu sama ada jenis kering seperti tisu poket atau tisu basah (wet tissue) menjadi semakin relevan dalam kehidupan seharian. Maklumlah kebersihan menjadi keutamaan bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit.

    Tisu Carina merupakan tisu keluaran Malaysia yang terkenal dengan menghasilkan tisu berkualiti tinggi, lembut dan tahan lasak. Tisu Carina ini malahan sangat sesuai untuk kegunaan harian. Tisu yang diperbuat daripada 100% pulpa dara, Carina menawarkan rangkaian yang pelbagai untuk kegunaan seisi keluarga. Antara rangkaian produk yang dikeluarkan oleh tisu Carina adalah tisu muka, tisu basah dan tisu dapur. 

    Kemeriahan Buffet Ramadan Cita Rasa Klasik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

    Kita sudah masuk hari ke enam belas Ramadan. Tinggal lagi empat belas hari sahaja, itupun kalau Ramadan kali ini dapat 30 hari. Kalau 29 hari puasa, tinggal lagi 13 hari sahaja. Dengar cerita negara jiran umumkan raya awal. Hmmm... Bila tinggal kurang 15 hari lagi nak habis Ramadan, aku yakin mungkin ada sesetangah orang dah mula mencari untuk berbuka di luar selain daripada menyediakan masakan sendiri di rumah. Sekali sekala berehat daripada memasak dan menikmati juadah di luar.

    Minggu ini, aku berbuka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya Internatio8nal Convention Center). Walaupun Putrajaya tu kira dalam 30 minit sahaja dari rumah, aku baru tahu yang PICC ada buat Buffet Ramadan. Yelah, tempat konvensyen ni aku tak pernah terfikir akan ada sediakan buffet Ramadan. Buffet Ramadan tahun 2023 kali ini, mereka bawa tema Cita Rasa Klasik. Sejajar dengan tema ini, menu Melayu klasik diketengahkan dengan hidangan lebih 250 juadah. Banyak ya pilihan.

    Buffet Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


    Bercakap tentang buffet Ramadan, aku memang suka buffet. Sebab aku suka tengok pilihan makanan dan makan sikit-sikit setiap satu hidangan. Orang kata 'buat ghaso-ghaso'. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah memang rajin bawa pergi buffet Ramadan. Kadang-kadang pergi satu keluarga sahaja, kadang-kadang pergi dengan company ayah. Tak lupa, mak aku juga sebagai pensyarah, jabatan dia bekerja juga buat buffet Ramadan. Senang kata, buffet Ramadan ni bukan benda yang asing untuk aku.

    Buffet Ramadan Dengan Pemandangan Cantik Tahun 2023!

    Alhamdulillah, untuk tahun 2023 kita masih merasa kedatangan Ramadan. Hari ini sudah genap seminggu berpuasa dan semoga semangat awal Ramadan masih ada serta berkekalan sampai penghujung Ramadan.

    Untuk Ramadan kali ini, azam terbesar aku adalah untuk kurangkan membeli belah terutama dalam waktu bulan Ramadan. Makanya, masuk sahaja Januari 2023 dah mula misi mencari kain dan menghantar kepada tukang jahit untuk mula jahit. Rezeki tahun ini, kami sekeluarga tempah 2 pasang baju raya setiap seorang. Satu set sedondon dengan keluarga aku, dan satu set lagi sedondon dengan keluarga mertua.

    Sebelum ini, biasanya tempah sepasang sahaja dengan keluarga mertua. Sebabnya keluarga mertua memang setiap tahun akan tempah baju. Cuma kali ini, mak aku ambil keputusan nak guna kain ela (hadiah daripada mak saudara aku beberapa tahun lepas) untuk buat baju. Kain ela yang diberi ada hampir 20meter. Jadinya, alang-alang jadikan sahaja baju raya terus.

    Itu azam bahagian shopping. Azam lain dalam bulan Ramadan adalah untuk kurangkan makan di luar dan banyakkan masak di rumah. Cuma, aku ni manusia jenis suka makan buffet. Tak kisah bulan Ramadan ke bukan, aku memang gemar pergi buffet. Paling aku suka adalah breakfast buffet. (Lepas tu komplen berat naik).

    Kebetulan pula, aku ada jumpa satu dewan baru sekitar kawasan Sungai Ramal yang buat buffet ramadan dengan harga yang pada aku berpatutan dengan hidangan dan tempat. Dewan MZ Fountain Hall. Pernah dengar nama dewan ni? Kalau korang pernah dengar MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall, ini kira adik-beradik diorang. Semuanya di bawah MZ Catering.

    Walaupun lokasi MZ Fountain Hall agak secluded, aku suka sebab bebas kesesakkan. Tambahan pula dengan view dewan ini yang sangatlah cantik, memang padan dia duduk special begitu. Buat masa sekarang aku perasan lokasi dalam Google masih belum ada lagi. Kalau cari MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall memang akan jumpa. MZ Fountain Hall sahaja belum jumpa.

    Buffet Ramadan 2023 Sungai Ramal Selangor

    Kempen Kembali Ke Sekolah "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" Membantu 200 Kanak-Kanak Komuniti PPR

    Bercakap tentang sesi persekolahan baru, mesti ibu bapa yang anak mereka pertama kali menginjak ke alam persekolahan tidak sabar menantikan permulaan sesi persekolahan. Mana tidaknya, melangkah masuk ke alam sekolah rendah merupakan salah satu 'milestone' yang besar untuk kebanyakan kita di Malaysia. Semasa nak masuk darjah satu inilah, banyak kelengkapan baru yang dibeli, terutama untuk anak darjah satu. Namun, dalam kebanyakan ibu bapa ini, ada juga yang dalam keadaan menggaru kepala, terutama mereka yang jatuh dalam kategori miskin bandar. Maklumlah permulaan sesi sekolah bermakna perbelanjaan yang banyak perlu dikeluarkan.

    Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduk menetap di kawasan bandar. Dicatatkan bahawa kadar miskin bandar di Malaysia adalah 3.8%. Dalam bentuk peratusan nilainya nampak kecil tetapi apabila dikira dalam bentuk nombor, hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan! Ramai kan?

    Di mana mereka ini duduk? Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asa yang terhad. Kebiasaannya, perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alklohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan.