Carian

Kempen Kembali Ke Sekolah "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" Membantu 200 Kanak-Kanak Komuniti PPR

Bercakap tentang sesi persekolahan baru, mesti ibu bapa yang anak mereka pertama kali menginjak ke alam persekolahan tidak sabar menantikan permulaan sesi persekolahan. Mana tidaknya, melangkah masuk ke alam sekolah rendah merupakan salah satu 'milestone' yang besar untuk kebanyakan kita di Malaysia. Semasa nak masuk darjah satu inilah, banyak kelengkapan baru yang dibeli, terutama untuk anak darjah satu. Namun, dalam kebanyakan ibu bapa ini, ada juga yang dalam keadaan menggaru kepala, terutama mereka yang jatuh dalam kategori miskin bandar. Maklumlah permulaan sesi sekolah bermakna perbelanjaan yang banyak perlu dikeluarkan.

Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduk menetap di kawasan bandar. Dicatatkan bahawa kadar miskin bandar di Malaysia adalah 3.8%. Dalam bentuk peratusan nilainya nampak kecil tetapi apabila dikira dalam bentuk nombor, hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan! Ramai kan?

Di mana mereka ini duduk? Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asa yang terhad. Kebiasaannya, perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alklohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan.

Jika dilihat dari segi jurang pendapatan antara isi rumah kaya bandar dengan isi rumah miskin bandar, jurang ini semakin melebar apabila anak-anak keluarga miskin bandar tersepit antara memilih untuk bekerja di usia muda atau belajar. Ini kerana meneruskan kehidupan sedia ada adalah lebih penting daripada membelanjakan wang untuk persediaan sekolah yang belum ada jaminan pulangan untuk meneruskan kehidupan. Pulangan daripada pendidikan mengambil jangka masa yang panjang berbanding mereka memilih untuk bekerja di usia muda demi esok hari. Malahan pula, belanjawan untuk sekolah memakan belanjawan isi rumah yang lain, yang dirasakan tidak berbaloi untuk dikorbankan. Kita yang tidak berada di tempat mereka mungkin sukar untuk memahami situasi mereka, namun tersepit antara dua adalah dilemma kebanyakan anak-anak daripada keluarga miskin bandar. 

Kerajaan Malaysia sudah beberapa kali mengutarakan isu ini sejak sekian lama dan cuba membendung masalah miskin bandar dan jurang pendapatan isi rumah yang semakin melebar. Salah satu inisiatif yang diusahakan oleh pihak kerajaan adalah dengan menggalakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan ini, sama ada melalui bantuan daripada pihak kerajaan mahupun daripada badan-badan bukan kerajaan. Hal ini adalah untuk membantu mereka dari miskin bandar untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman supaya kemahiran dan pengetahuan mereka berkembang sejajar dengan kerjaya yang bakal mereka pilih pada masa hadapan.

Kempen Kembali ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang melibatkan kerjasam a MYDIN, melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/24. 

Sebahagian jualan daripada jualan produk-produk detergen TOP terpilih di pasaraya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini. Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi persekolahan 2023/24, supaya ibu-bapa dan kanak-kanak terlibat berasa tenang apabila mereka juga mempunyai kelengkapan baru seperti rakan-rakan kelas yang lain.

Sejak diwujudkan pada tahun2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa yang sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.

Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP

TOP Colour Signature : Rangkaian Baru untuk Pengguna

Baru-baru ini, TOP memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Color Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci pakaian tanpa perlu risau akan turun warna atau pakaian terjejas dek warna luntur. Teknologi baru ini juga memastikan warna pakaian warna cerah kekal berseri dan pakaian warna gelap kekal gelap. Rangkaian baru ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru, seterusnya memanjangkan jangka hayat pakaian.

Untuk keluaran rangkan detergen TOP yang baru ini, setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1 kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen guna semula. Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian baru ini, dikuasi oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan ANti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi generasi baru dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus merbahaya termasuk Covid-19, influenza A san Coxsackie serta bakteria secara berkesan. Bukan itu sahaja, formulasi baru ini juga merangkumi fungsi Ani-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum bersama Teknologi Harum Menyerlah, wangian khusus terbukti berkesan menyingkirkan bau hapak.

TOP Colour Signature

TOP juga bekerjasama dengan Kloth Cares dan INTI untuk memperkenalkan rangkaian Colour Signature dan pada masa yang sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga yang berminat dalam projek-projek kitar semula.

Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn. Bhd., Cik Carmen Foo, berkata
"Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko. Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka. Kami amat menghargai kerjasama MYDIN dalam menjayakan kempen ini.” 

Beliau menambah, 

“Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah.”

 

Untuk menyokong dan menyertai kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY




Mengenai Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn. Bhd. adalah syarikat usahasama 50/50 antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia meningkatkan kualiti kehidupan pengguna Malaysia secara berterusan dengan menawarkan produk rumahtangga berkonsep inovatif dari penjagaan fabrik, penjagaan rumah dan kecantikan serta penjagaan gigi dengan harga yang berpatutan. Southern Lion adalah pengeluar pencuci pakaian pertama yang diperakui ISO 9001.

Mengenai Serbuk Pencuci TOP 

TOP, Jenama Detergen No 1 di Malaysia, ialah jenama inovatif, mengutamakan pengguna oleh Lion Corporation Jepun, yang telah meningkatkan cara kami mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi terobosan untuk memberi perkhidmatan

Tiada ulasan

Komen