Assalamualaikum dan hai!
Rasanya dah lama tak buat update pasal produk-produk penjagaan kulit. Sebenarnya tahun ni ada target untuk buat beberapa siri antaranya Siri First Impression. Sempat post satu. lepas tu jadual sehari-harian jadi padat. Bertambah padat apabila PKP diarahkan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Dengan nak work from home, research from home, uruskan anak, uruskan rumah. Phew! Ada masa memang sampai terduduk kepenatan.
So, berbalik pada tujuan utama entri ini dibuat. Nak bercerita tentang pandang pertama iaitu first impression terhadap Renewing Gel Mask dari Mary Kay. Sebenarnya ada baaaanyak rangkaian produk dari Mary Kay buatkan aku nak sign up sebagai Beauty Consultant Mary Kay. Dan memang akhirnya sign up. Haha.