Carian

Pantri Makanan #AyamWithYou

Assalamualaikum dan hai!

Wah, tak sangka dah masuk Jun. Aku pun baru sedar rupanya dah Jun. Punyalah lama terperap dalam rumah. Walaupun aku hanya duduk di rumah, setakat ni tak banyak benda terjejas. Alhamdulillah. 

Tapi kan, sebenarnya ada sesetengah orang, terputus bekalan makanan, terputus punca rezeki. Pilu hati bila baca berita mereka-mereka yang diberhentikan kesan dari PKP ni berlangsung. Susah kita, adalah lagi yang lebih susah.

Oleh itu, pihak Ayam Brand telah melancarkan satu Kempen Komuniti Penyayang 2020 untuk serata Malaysia. Kempen Komuniti Penyayang ini, atau dikenali sebagai Food Pantry Campaign mengenengahkan satu usahasama rakyat untuk saling membantu.

ayambrand #ayamwithyou food pantry campaign


Sebenarnya inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ adalah kerjasama pihak Ayam Brand bersama 13 buah rumah kebajikan dari serata Malaysia. Mereka sekarang giat membantu pertubuhan amal dan memperkasa untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.  Contoh,   di   Kuala   Lumpur, Yayasan   Kebajikan   Negara  Malaysia, sebuah rumah  transit untuk gelandangan  di Jalan Hang Lekiu  menjadi peneraju untuk   membantu   komuniti setempat   ini   dengan   menguruskan   pantri #AyamWithYou di sana. 

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen AyamBrand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, sekali lagi Ayam Brand™ memberikan kepercayaan kepada kami. Mereka menyerahkan bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan  yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti   kami,” kata Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan  Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman. 


Pantri kalis cuaca ini diletakkan di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24  jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi  kumpulan komuniti di media sosial dan juga Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberitugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

Respon ke atas inisiatif ini amat memberangsangkan dengan peruntukan bekalan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa sangat laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah menerusi sokongan padu daripada ahli komuniti setempat. 


Kata Encik Amir lagi, menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah lama berjalan, Ayam Brand telah pun menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan-petubuhan amal dan seterusnya telah menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 21,800 orang dri 524 buah organisai dan NGO amal semenjak 12 tahun yang lalu!

Untuk tahun ini, sehubungan dengan penularan Covid-19 dan juga berlangsungnya PKP, pihak Ayam Brand telah pun membantu pihak Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan melalui Kempen Komuniti Penyayang di bawah hashtag #AyamWithYou dan pusat transit gelendangan Anjung Singgah Kuala Lumpur. Pihak Ayam Brand masih mempunyai perancangan lanjut untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. Hebat!

Selaku Pengurus Pemakanan Ayam Brand, Nathan Deverre menjelaskan perancangan awal kempen tahunan Ayam Brand Community Care Campaign yang ke-13 berubah selepas berlakunya penularan Covid-19 dan arahan PKP dari pihak kerajaan. Namun, melalui inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ini memberikan impak yang positif melihat respon dari masa ke masa.

Inisiatif dari Ayam Brand ni sangat aku puji. Yelah, bila lagi kita nak menyumbang kepada orang yang kita tak kenal. Susah tau sebab kita suka ada perasaan syak wasangka.

Macam nak beri sumbangan?

Sangat mudah, belikan barangan keperluan terutamanya makanan. Kemudian boleh cari gerobok kalis cuaca Ayam Brand yang berdekatan dan letakkan di dalam pantri tersebut. Mudah kan?

Semestinya aku tak melepaskan peluang untuk menyumbang. Dengan kepercayaan dari pihak Ayam Brand, aku sediakan dua jenis kuih sebagai kudapan anak-anak Rumah Jagaan Kasih Murni, Keramat. Ini memang buat dengan kudrat sendiri. Seronok sebenarnya dapat menyumbang.



Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, boleh layari terus laman sesawang rasmi Ayam Brand di link di bawah. 

FOOD PANTRY CAMPAIGN AYAM BRAND


Sehubungan dengan itu, aku nak mengajak para pembaca untuk turut serta dalam kempen ini untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Bak kata Encik Amir, kita bukanlah mewah mana tetapi keadaan mereka lebih terdesak. Dan percayalah dengan memberi, insyaAllah kita dapat berlipat ganda lagi. Jom!

Tiada ulasan

Komen