Assalamualaikum dan hai!
Tak lama lagi insyaAllah PKP akan tamat(?). InsyaAllah. Diharapkan dapat tamat dengan jayanya. Lebih sebulan kita semua berkurung dalam rumah, demi keselamatan diri sendiri dan juga negara. Siapa yang selalu baca blog, mesti tahu yang sejak bermulanya PKP pada 18 Mac 2020, anak sulung aku, Wildan dah selamat berada di kampung bersama neneknya. Maksudnya dah sebulan lebih ni jugalah kami tak bersua muka melainkan atas talian melalui video call.
Ini untuk bahagian kepala borang (header form). Nak cantik, letaklah gambar. Tak nak letak pun tak ada masalah. Macam aku, letak gambar lebih kepada nak bagi nampak tema. Sebab nanti dia akan automatik bagi pilihan warna-warna tema berdasarkan gambar yang kita letak dekat kepala borang ni.
Video biasanya hanya boleh untuk video dari YouTube. Kalau Google Suite mungkin boleh muatnaik video dari peranti sendiri (own device). Mungkinlah sebab aku tak ada Google Suite.
Import question (import soalan) pula untuk korang ambil soalan dari borang-borang yang korang pernah buat atau ada. Tujuannya untuk mudahkan korang edit soalan sedia ada tanpa perlu ulang buat semua dari A sampai Z (jika korang nak ulang buat borang yang sama dengan format yang sama). Kalau nak buat lain, tak perlu import pun okay.
Untuk bahagian General, adalah untuk setup untuk responden. Korang boleh pilih untuk collect e-mail responden (biasanya yang buat survey akan perlukan). Kalau dengan anak-anak ni, tak perlu nak pilih kot. Nak terhadkan kepada satu kali jawab pun boleh. Kira responden tak boleh nak ulang. Macam aku, nak buat untuk anak-anak, nanti lain kali nak suruh dia jawab lagi. So aku tak tick pun.
Untuk bahagian Presentation pula sudah semestinya untuk tujuan bagaimana borang ini akan kelihatan kepada responden. Boleh pilih tunjuk progress bar (dah berapa peratus jawab), atau soalan diberikan secara berterabur ataupun pilihan untuk jawab sekali lagi (kalau tak terhadkan kepada satu kali respon). Untuk Wildan, aku tak perlukan semua ni, so aku tak tick satu pun.
Tak lama lagi insyaAllah PKP akan tamat(?). InsyaAllah. Diharapkan dapat tamat dengan jayanya. Lebih sebulan kita semua berkurung dalam rumah, demi keselamatan diri sendiri dan juga negara. Siapa yang selalu baca blog, mesti tahu yang sejak bermulanya PKP pada 18 Mac 2020, anak sulung aku, Wildan dah selamat berada di kampung bersama neneknya. Maksudnya dah sebulan lebih ni jugalah kami tak bersua muka melainkan atas talian melalui video call.
Walaupun PKP berlangsung, pihak sekolah Wildan tidak mengambil kesempatan untuk mengabaikan anak-anak didik mereka. So, sebaik sahaja cuti sekolah bulan Mac tamat, memang cikgu-cikgu buat follow up untuk revision dengan anak-anak. Wildan tak ketinggalan. Cuma, sejak masuk bulan Ramadan memang cikgu bagitahu tidak ada kelas melainkan kelas bacaan seminggu 2 - 3 kali. Kalau tidak, setiap hari cikgu dia buatkan quiz dan bagi link pada ibu ayah untuk anak-anak jawab. So, bila quiz dari cikgu dah tak ada, nak tak nak Ummi nya kena belajar buatkan. Dengan menggunakan Google Form sebab dah ada account Google kan. Hehe.
Sebenarnya aku memang seratus peratus amatur dalam bab ni. Belajar semua atas talian dengan Google dan blog-blog yang ada. Semuanya dalam masa sehari. Dapatlah buat satu quiz untuk Wildan. Aku cuba sebaiknya untuk buat satu quiz yang menyeronokkan dan tidak terlalu berat untuk Wildan.
So, aku nak kongsikan sikit apa yang aku dapat sepanjang buat quiz menggunakan Google Form.
Oh ya, aku guna account personal. Kalau guna Google Suite ada fungsi dan feature yang lebih menarik berbanding account personal. Sharing aku lebih kepada cara untuk buat quiz interaktif dengan Google Form bagi pemegang account Google Personal. Kalau account korang Google Suite (biasa sekolah, universiti, organisasi swasta dan mana-mana yang bayar langganan bulanan untuk Suite), aku cadangkan korang untuk teroka dengan mendalam.
Cara masuk Google Form.
Siapa yang ada Google account, korang memang automatik akan guna Google punya product secara percuma, tetapi tidak sama dengan feature untuk Google Suite dan semestinya dengan simpanan atas talian (cloud storage) yang lebih terhad. Bagi aku memadailah untuk kegunaan peribadi, kan? Nak lebih-lebih pun buat apa.
So, boleh terus cari Google Form dan masuk terus. Bagi yang guna account personal, pilih Go To Google Form. Nanti terus keluar template. Boleh pilih template atau mulakan dari kosong. Bagi aku, nak guna template macam susah, so aku lebih selesa buat dari A sampai Z secara manual. Hehe.
Target aku untuk buat quiz ni lebih kepada nak bagi Wildan tengok video, kemudian jawab soalan yang berkaitan. Macam hari tu quiz yang aku buat adalah berkaitan dengan Rukun Islam. Aku dah mula kenalkan Rukun Islam pada Wildan sejak dia 4 tahun. Dia faham ke tak, aku tak pernah pasti. Dan semestinya sejak masuk sekolah bukan setakat Rukun Islam je dia belajar.
Memandangkan aku dah ada target, aku cuma perlu cari video dan rangkakan soalan berdasarkan video. Gigih juga cari video Rukun Islam yang interaktif untuk anak-anak dalam Bahasa Melayu. Sama ada aku tak berapa pandai nak cari atau memang kurang ada. Dalam bentuk lagu ada, tapi aku tak berminat sangat sebab info kurang sampai. So, sudahnya jumpa yang Astro Ceria punya. Adalah sedikit penjelasan berbanding nyanyi sahaja.
Cara letak video/gambar ke dalam Form.
Video biasanya hanya boleh untuk video dari YouTube. Kalau Google Suite mungkin boleh muatnaik video dari peranti sendiri (own device). Mungkinlah sebab aku tak ada Google Suite.
Dekat tepi sebelah kanan ni korang akan nampak ada tiga simbol yang lain. Yang ikon pallete tu untuk customize korang punya warna dalam borang. Macam yang aku cakap, bila korang letak gambar pada header form, Google Form akan bagi cadangan warna ikut warna-warna yang ada dalam gambar tu. So, taknak letak pun tak jadi masalah.
Import question (import soalan) pula untuk korang ambil soalan dari borang-borang yang korang pernah buat atau ada. Tujuannya untuk mudahkan korang edit soalan sedia ada tanpa perlu ulang buat semua dari A sampai Z (jika korang nak ulang buat borang yang sama dengan format yang sama). Kalau nak buat lain, tak perlu import pun okay.
Bentuk-bentuk soalan dalam Google Form
Untuk Google Form ada 11 bentuk atau format soalan yang boleh digunakan. Cuma dalam entri kali ini aku akan kupas cuma pada 3 jenis format soalan memandangkan aku guna 3 format ni sahaja untuk buat quiz Wildan.
1. Multiple Choice Question
Ini soalan yang ada pelbagai pilihan jawapan. Alaa, soalan yang ada A, B, C dan D tu.
2. Checkboxes
Soalan dengan jawapan yang banyak. Ini untuk satu soalan yang ada 2 - 3 jawapan. Kira yang menjawab boleh pilih lebih dari satu jawapan. Berbeza dengan MCQ, MCQ hanya boleh satu sahaja.
3. Drop-Down
Menu turun bawah. Ini sesuai jika sekiranya pilihan jawapan melebihi 10 pilih. Jenuh yang menjawab nak scrol. Bila pakai drop-down style, tinggal cari dan terus pilih. Untuk yang ini pun jawapan hanya satu sahaja.

Untuk buat quiz Wildan aku banyak guna MCQ format. Sebab untuk peringkat Wildan aku tak expect untuk dia buat soalan dengan jawapan yang terlalu banyak pilihan. Lagipun quiz ni untuk suka-suka sambil dia refresh balik apa yang dia belajar.
So, macam mana sebenarnya nak buat dia macam quiz yang siap ada markah?
Jeng... jeng... jeng. Masa ni lah ikon gear ni berfungsi. Tekan ikon gear ni akan keluar satu tetingkap dengan tiga tab. Ada General, Presentation dan Quizzes.
Untuk bahagian Presentation pula sudah semestinya untuk tujuan bagaimana borang ini akan kelihatan kepada responden. Boleh pilih tunjuk progress bar (dah berapa peratus jawab), atau soalan diberikan secara berterabur ataupun pilihan untuk jawab sekali lagi (kalau tak terhadkan kepada satu kali respon). Untuk Wildan, aku tak perlukan semua ni, so aku tak tick satu pun.
Dan tab yang terakhir adalah Quizzes. Kat sinilah korang boleh pilih untuk letak markah, bagi mesej selepas soalan selesai dijawab. Aku gunakan sistem pemarkahan supaya Wildan seronok tengok markah dia. Hehe. Kalau tak nak pun okay je.
Sebenarnya kalau rajin explore Google Form ni, bukan setakat buat Quiz je boleh. Untuk online exam pun boleh tau! Betul, sebab korang boleh tambah widget untuk tetapkan waktu terakhir untuk terima respon. Dan database dari Google Form adalah dalam bentuk excel yang sangat mudah difahami.
Di zaman teknologi macam ni, nak tak nak sebagai mak ayah kita memang kena explore hal-hal teknologi supaya anak-anak membesar seiring dengan zamannya. Mereka memang masih dibawah jagaan dan seliaan kita tapi jangan sampai jadi katak bawah tempurung. Risau anak culture shock bila dia bergaul dengan masyarakat luar. So, pada aku buat Google Form ni dapat juga kenalkan cara penggunaan komputer pada anak-anak dan pada masa yang sama aku pun belajar banyak benda baru.
Banyak lagi aku nak cerita tapi kalau panjang sangat tak terbaca pula. So, aku kenalkan yang asas sahaja dulu. InsyaAllah untuk entri lain aku kenalkan pula macam mana nak Google Form dalam bentuk bahagian (section) supaya sesi menjawab quiz lebih menyeronokkan!
Selamat mencuba!
Kalau ada sebarang pertanyaan atau komen, boleh komen tau.
Nice. Google form mcm2 boleh buat
BalasPadamNice! Sronok klu budak2 pn enjoy nk jawab on9
BalasPadamWah bagusnya.. Boleh usha ni nnati huat utk anak
BalasPadamwah mudah je ekk! boleh try buat untk cousin ni
BalasPadammenarik nie.mcm2 dh teknik skrg..google form pun boleh guna utk buat kuiz
BalasPadamThank you for sharing.
BalasPadamOoo baru tau caranya. Thank you share ilmu ni
BalasPadam