Carian

Set Aktiviti Aidilfitri untuk anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Dah seminggu dah rupanya kita beraya. Masih ramai yang memuat naik gambar-gambar raya. Dan ada juga yang baru sempat beraya kerana kesibukan bekerja pada hari raya pertama. Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan?

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum, kali ini raya kita cuma sehari. Tiada jemputan rumah terbuka, tiada ziarah-menziarahi sampai melimpah rumah, tiada traffik sesak di lebuh-lebuh raya. Kerajaan cuma membenarkan sambutan raya diadakan dengan sehabis sederhana dengan maksima 20 orang dalam satu rumah.


eid printable - aktiviti raya


Memandangkan aku ada anak-anak kecil, Wildan baru masuk 6 tahun dan Mukhlis baru 3 tahun 8 bulan. Sepanjang PKP bermula memang diorang tak pernah keluar (melainkan yang kami balik kampung untuk ambil Wildan). Biasa waktu raya ni lah, kita nak bawa anak-anak keluar beraya jumpa saudara mara, tapi dengan keadaan sekarang, memang agak membimbangkan.

Oleh itu, aku ada buat satu set printable (cetak sendiri) bersempena dengan Raya Aidilfitri. Idea ini datang sebab aku suka download printables yang ada di atas talian. Kebanyakannya dari negara Amerika Syarikat. Dan setiap musim atau festival mesti ada satu set printable aktiviti untuk anak-anak. So, aku pun buat satu printable berkaitan dengan raya sambil anak-anak belajar.
Set ni sesuai untuk anak-anak tadika. Aku bukanlah cikgu sekolah. Aku buat semua bergantung pada kemampuan anak-anak. Dan set ini masih lagi dalam proses kemaskini dari masa ke masa.

Dengan anak-anak ada yang dah kena print sebelum dijadikan PDF lagi. Semua seronok tengok ada gambar ketupat, masjid. Inilah masanya nak kenalkan pada anak-anak tradisi turun temurun cara orang Nusantara beraya, terutamanya Malaysia. 

Untuk dapatkan set aktiviti Raya Aidilfitri ni, boleh terus download dekat link ni.

Set ni aku jadikan hadiah Aidilfitri untuk semua. Maklumlah raya tahun ni lain sikit dari biasa. Apa kata gunakan musim raya untuk buat aktiviti bersama anak-anak. Biar semangat raya tak hilang. Gitew.

Nanti dah download dan dah buat, boleh share kat media social seperti Facebook dan Instagram. Jangan lupa tag tau. Nak tahu juga kreativiti masing-masing gunakan set aktiviti raya dengan anak-anak.



Terima kasih atas sokongan korang.
Jangan lupa share dan tag tau!

Tiada ulasan

Komen