Carian

Company MLM semua penipu ke?

Orang kita sangat taboo kalau dengar perkataan MLM. Bagi yang tak tahu, MLM ni maksudnya multi level  marketing. Macam ni ha sistemnya.

Semua company MLM penipu?
Sumber gambar : Google


Biasanya bila sebut MLM, mesti orang akan kata SCAMMER.
Tapi sebenarnya banyak je produk MLM yang bertahan sampai bertahun-tahun. Contohnya company Forever Living yang aku join. Dah 40 tahun kot dan dah masuk 161 buah negara termasuk Arab Saudi dan UAE. Boleh baca cara jadi ahli Forever Living kat SINI.

Banyak je lagi contoh-contoh company MLM atas muka bumi ni yang lebih lama sampai beratus tahun pun ada. Yang produk kecantikan, yang produk kesihatan, yang produk household dan banyaklah jenis mengikut masing-masing punya niche.

Adakah MLM ini menipu?

Aku taklah kaji semua company MLM yang wujud , tapi sebab mak aku dah pernah join pelbagai jenis company MLM tu yang buat aku serba sedikit tahu. Antara company yang paling aku ingat ialah Cosway sebab catalog datang setiap tahun dan aku paling teruja nak buka sampul. Cosway banyak produk best-best dan harga mampu milik tau. (Mak aku join banyak dah, dari brand bekas makanan, supplement, produk tradisional dan banyaklah)

Pada aku, company MLM tak salah. Memang itulah sistem. Merekrut orang supaya orang tu sama-sama membantu kita naik dari segi income atau ranking. Bukan hanya bergantung kepada aktiviti merekrut barulah dapat duit. Itu sangat jelas ada keraguan. Sebab tak ada produk tetapi sibuk nak masukkan nama baru bawah kita sebab dapat imbuhan.

So farlah, yang aku pernah tengok dan baca, kerja rekrut merekrut dalam MLM (yang legit ni) bukanlah sebab mereka nak dapat duit semata-mata. Sebab duit pendaftaran tu pergi kat company terus. Yang merekrut langsung tak dapat duit pendaftaran tadi. Rekrut ni lebih kepada buat support sistem. Nak naik ranking sendiri boleh, of couse dengan fulus yang besar tapi contranya stok berlambak unless memang guna untuk diri sendiri kesemuanya.

Macam mana nak bezakan MLM yang legit dengan tak legit?

1. Pendaftaran tidak mececah ribu riban sampai kena buat loan.


Setakat yang aku pernah jumpa, paling mahal pun dalam RM200 (kot). Itu pun bukan bayar atas angin, dapat produk. Macam Forever Living dengan pendaftaran RM90, dapat aloe vera gel satu botol dengan kit-kit dia, duit tu bukan pergi pada agent atau upline yang rekrut kita pun. Dan kebanyakkannya ada yuran keahlian setiap tahun atau dua tahun.

Kalau MLM yang tak legit, ada jenis keluar duit tak dapat apa pun produk atau dijanjikan produk dijual atas nama kita dan akan dapat pulangan berganda. Like, daftar beribu dan JANJI dapat duit berkepuk-kepuk tanpa perlu bekerja keras. Paling penting kadang-kadang produk tak pasti ada atau tidak. Hmmm.

2. Tiada syarat WAJIB rekrut untuk dapat duit.

Kalau MLM yang betul setahu aku, bila upline rekrut ahli baru tak ada dapat duit semudah itu. Sebab duit pendaftaran pergi kat company dan yang mendaftar AKAN DAPAT BARANG. Dan, upline pula kena ajar dan didik downline untuk boleh berbisnes (kalau downline nak berbisnes). Kalau sekadar nak jadi ahli supaya dapat harga diskaun pun tak ada masalah pun.

MLM yang menipu dia akan tabur janji dengan cara rekrut satu orang dapatlah duit sekian-sekian. Bunyi macam buat benda simple dapat duit berkepuk-kepuk. Memang karut. Hanya dengan rekrut je dapat duit? Hmmm.

3. Nak duit, kena BEKERJA bukan GOYANG KAKI.

Kalau MLM yang legit, kau tetap kena kerja tapi ikut masa dan flexibility sendiri. Sebab dalam banyak-banyak company MLM yang aku tengok, makin tinggi pangkat kau, makin banyak nak kena buat sebab kau ada downline berlayer-layer dan kena pastikan diorang bekerja juga. Sebab sistemnya adalah support sistem. Orang atas kena tolong orang bawah dan orang bawah secara tak sedar membantu orang atas berdasarkan point ke apa ke sistemnya.

Kalau MLM tak legit, janjinya sama je. Tak payah kerja keras-keras pun. Labur sikit dapat banyak terus. Come on! Ini macam skim cepat kaya kot.

So ini pandangan aku tentang company-company MLM. Actually yang dok jadi dropship, stokis, dealer ni hampir sama macam MLM juga. Multilevel juga kan?

Paling penting kalau jumpa company MLM jangan terus label dia scammer. Sebab kita tak faham mechanism dan sistem diorang kita terus label. Kadang-kadang orang yang rekrut pun satu hal, tak cerita habis. Cukup 5 minit bercakap terus tutup mulut. Cerita kadang tak berapa jelas. Haaaaaaaaaaaa. Belum cerita pasal overclaim dan banyak misconception yang berlaku.

Pernah tak dengar pasal mana-mana company MLM?
Apa komen korang? Ceritalah sikit.

Tiada ulasan

Komen