Assalamualaikum.
Dua hari lepas, tiba-tiba dinding Facebook ada berlaku perbincangan panas tentang 'homeschooling' yang membuatkan aku godek google dan godek segala media sosial yang ada untuk tahu punca sebenar perbincangan ini berlaku.
Makanya penuhlah kecaman dan cemuhan terhadap golongan yang memilih untuk 'homeschool' anak-anak. Walaupun aku tak 'homeschool' anak sepenuh masa, tapi aku tahu ada yang buat dengan cara yang betul dan anak-anak mereka jadi manusia.
Pada aku tak adil kita melihat 'homeschool' ni sebagai sesuatu yang buruk walhal banyak perkara berkaitan 'homeschool' ni kita sendiri tak jelas.
Penafian: aku menulis sepenuhnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada sahaja.
So, persoalannya adakah 'homeschooling' ini tak bagus?
Atau adakah hantar anak sekolah pula tak bagus?
Mari kita bincangkan bersama.
Sejujurnya, aku hampir batalkan niat untuk hantar Wildan tadika tahun ni dan nak proceed dengan 'homeschooling' sampailah dia Darjah 1. Kalau rasa nak sambung, maybe akan sambung lagi. Haha.
Tapi, atas banyak faktor, aku rasa baiklah hantar Wildan ke sekolah untuk kembangkan skil sosial, kembangkan EQ dia dan mendidik dia berdikari. Ini tujuan sebenar aku hantar dia ke sekolah. Bukan untuk dia dapat akademik sangat. Boleh baca selanjutnya kat sini
>>>Kenapa hantar Wildan ke tadika<<<
Sejak tahun lepas, aku memang ada join group mak-mak yang 'homeschool' anak-anak mereka. Ini memang tak hantar anak sekolah rendah. In fact ada yang memang tak hantar sekolah, ambil exam-exam penting macam biasa, siap masuk universiti. Panjang ceritanya kalau aku nak cerita pengalamannya.
Aku sangat kagum dengan mak-mak ni sebab mereka 'homeschool' bukan dengan cara buta tuli je. Mereka buat gathering mingguan, buat aktiviti outdoor, buat challenge sesama mereka dan banyak aktiviti-aktiviti yang memang menarik. Sokongan dalam bentuk mentally dan physical pun ada.
Dalam group tu aku jadi silent reader. Mana ilmu yang diorang share, yang boleh print dan ajar pada anak-anak, aku cuba buat. Seronok bila ada support group macam ni. Jangan tak tahu, siap ada group usrah untuk mak-mak tau.
Sepanjang aku menjadi silent reader, aku dapat tangkap beberapa persediaan untuk homeschool anak sepenuh masa.
1. Kesabaran yang sangat-sangat tinggi.
Mana tidaknya, ada masa kitalah mak, kitalah cikgu dan kita jugalah kawan. Dan kena pandai bawa watak pada masa yang sesuai. Bila jadi mak, jadi mak. Bila jadi cikgu, jadi cikgu. Bila jadi kawan, jadi kawan. Aku belum 'master' bab ini. Banyak lagi nak kena belajar.
2. Kewangan keluarga kena kukuh
Program-program yang diorang buat bukan free tau. Lawat muzium, pergi kandang kuda, belajar memamah, program di perpustakaan awam dan banyak lagi semuanya perlukan duit. Nak melawat-lawat muzium ke kilang ke bukan boleh sesenang pergi je. Mesti ada kertas kerja, perbincangan yang panjang sesama mak-mak untuk takwin dan timing. Belum cerita bab untuk beli buku, daftar kelas-kelas online. Siapa kata 'homeschool' ni jimat?
3. Support group yang aktif
Ramai orang ingat bila 'homeschool' anak-anak tak bergaul dengan orang. Sejak join group homeschool ni, sebenarnya kebanyakan diorang ni saling kenal. Banyak berkumpul time buat aktiviti outdoor. Mereka saling membantu kongsi ilmu. Share sumber-sumber untuk dapatkan silibus, procedure untuk daftarkan anak homeschool untuk exam, dan banyaklah yang diorang selalu share.
4. Pengurusan sistem pendidikan yang mantap
Bila 'homeschool' anak-anak, sebenarnya tak semudah suruh anak duduk dan dengar. Haha. Dah tu pulak, kita ada dua tiga orang anak, umur masing-masing lain, karakter lain, tahap pemahaman pun lain. Aku dengan Wildan dan Mukhlis bila buat aktiviti homeschool pun dah rasa nak nangis sebab yang kecik nak ikut abang, yang abang nak ikut adik. Haru! Memang tabik pada mak-mak yang mampu seimbangkan dan uruskan pendidikan di rumah ni.
Ada juga mak-mak yang homeschool anak sampai 6 tahun kemudian hantar sekolah. Ada juga yang homeschool straight sampai SPM tapi masih mendaftarkan anak untuk UPSR, PMR (PT3) dan SPM. Pilihan atas tangan masing-masing.
Ramai je ibu bapa memilih untuk 'homeschool' anak-anak di Malaysia tetapi komuniti mereka tak diketahui ramai (kot). Dan di Malaysia boleh je nak 'homeschool'. Ada procedure untuk membenarkan kita 'homeschool' anak-anak. Tapi perlu diingat, di Malaysia, syarat nak homeschool agak ketat. Nak tahu lebih lanjut boleh mereka-mereka yang dah lama berkecimpung dalam dunia 'homeschool'.
Setiap orang ada hak mendapat pendidikan. Terserah pada mak ayah masing-masing untuk bagi pendidikan dalam bentuk yang macam mana. Asalkan hak itu tidak diabaikan.
Secara jujurnya, aku merasakan sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan tidak sesuai untuk semua orang. Kita tak boleh nak judge ilmu seseorang 100% atas sijil mereka. Yang ini kita kena kupas bab 'Multiple Intelligence'. InsyaAllah kalau satu hari khatam bab ni, bolehlah dikongsikan sikit-sikit.
Sekali lagi aku tegaskan, aku tak menyokong mahupun membangkang tindakan ibu bapa yang 'homeschool' anak-anak. Mereka ibu bapa anak-anak mereka, mereka layak membuat keputusan. Apa akibatnya itu urusan mereka di kemudian hari.
Apa pula pendapat korang pasal 'homeschool' ni?

Nampak tak mencabarnya bila dia buat juga aktiviti level tinggi dari dia. |
Ini Wildan buat sendiri. Beli sebab nak buat sama-sama tapi dia terlebih excited. |
Ada juga mak-mak yang homeschool anak sampai 6 tahun kemudian hantar sekolah. Ada juga yang homeschool straight sampai SPM tapi masih mendaftarkan anak untuk UPSR, PMR (PT3) dan SPM. Pilihan atas tangan masing-masing.
Ramai je ibu bapa memilih untuk 'homeschool' anak-anak di Malaysia tetapi komuniti mereka tak diketahui ramai (kot). Dan di Malaysia boleh je nak 'homeschool'. Ada procedure untuk membenarkan kita 'homeschool' anak-anak. Tapi perlu diingat, di Malaysia, syarat nak homeschool agak ketat. Nak tahu lebih lanjut boleh mereka-mereka yang dah lama berkecimpung dalam dunia 'homeschool'.
Setiap orang ada hak mendapat pendidikan. Terserah pada mak ayah masing-masing untuk bagi pendidikan dalam bentuk yang macam mana. Asalkan hak itu tidak diabaikan.
Secara jujurnya, aku merasakan sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan tidak sesuai untuk semua orang. Kita tak boleh nak judge ilmu seseorang 100% atas sijil mereka. Yang ini kita kena kupas bab 'Multiple Intelligence'. InsyaAllah kalau satu hari khatam bab ni, bolehlah dikongsikan sikit-sikit.
Sekali lagi aku tegaskan, aku tak menyokong mahupun membangkang tindakan ibu bapa yang 'homeschool' anak-anak. Mereka ibu bapa anak-anak mereka, mereka layak membuat keputusan. Apa akibatnya itu urusan mereka di kemudian hari.
Apa pula pendapat korang pasal 'homeschool' ni?
Hi Amirah :) First time datang sini dan follow terus :)
BalasPadamBagi Siqah, homeschool dan pergi sekolah masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Ada pros and cons lah senang cerita. Terpulang pada ibu bapa untuk berikan pendidikan terbaik untuk anak-anak :)
Hi Siqah!
PadamYes. Both ada pro and cons. In the end, as parents macam mana kita nak bagi pendidikan pada anak-anak. Tak ada exact jawapan yang mana yang betul, yang mana yang salah. As long as tak mengabaikan hak-hak anak. After all, anak-anak ni amanah Allah.
akak ada kawan yg anak2nya homeschooling...dia ex secretary dan husband dia doktor, setiap hari ada saja aktiviti dia bersama anak dan banyak pelajaran yg dia ajar plus rasanya dia ada special group...mmg ada pros and cons tapi if the parents ada sumber kewangan yg kukuh dan educated then tak jadi masalah
BalasPadamDua faktor yang penting: WANG dan ILMU
PadamKalau ekonomi keluarga stable, kalau ibu bapa sudi menuntut ilmu insyaAllah boleh.
Mana-mana jalan kita pilih tetap ada pros and cons. Lagipun Multiple Intelligence setiap anak berbeza dan sebagai mak ayah saya rasa wajib bagi kita memahami ilmu ini. Untuk mengenal potensi anak dan membantu perkembangan anak.
dulu ingat orang yang mmpunyai anak2 homeschool ni mesti orang yang have2 jer..tp skrang dah menjadi pilihan parents..terpulang lah pada parents tu mana pilihan terbaik untuk anak2
BalasPadamTerbalik dengan saya. Saya rasa dulu homeschooling ni jimat. Hahaha.
PadamTapi bila dua tahun mencuba, baru saya sedar nak homeschool anak perlukan komitmen yang sangat tinggi. Dan semestinya wang, masa dan ilmu!
Bagi Murni kalau parent betul2 komitment boleh laa buat. Jgn kata nak homeschool tapi tak buat ape..takut anak2 terabai..
BalasPadamYes! Inilah masalahnya.
PadamAda parents yang nak homeschool anak-anak tapi sebab sibuk susah nak commit. Terabai hak anak tu. Sebab pada saya nak homeschool anak-anak, kerjasama mak ayah sangat-sangat penting.
homeschool not same with going to school. But many friends are also choose this homeschool but not for me as I find difficult to cope with my kids. Is up to you which you want to choose, but my friends did told me it's not going to be cheap if homeschooling.
BalasPadamOh yeah I like your blog, also follow on gfc , can follow mine too on www.mymumbest.com
Sure! Homeschooling is not cheap. And also you have to commit and know how to manage your time well. Some people they manage to do it, but some can not. But it does not mean one is lesser than the other.
PadamWhat matters is the parents know whats the best for their kids and never neglect them.
Bagusnya perkongsian ni sis. Cx pon okay je kalau nak homeschool tapi everything kena perfectlah, dari segi mental fizikal, kesabaran, duit masa semua tu. Bukan mudah nak didik anak² tanpa ilmu kan? Asalkan betul dan kena gayanya, InShaaAllah. Siapa pula taknak anak² berjaya kan?
BalasPadamNak homeschool perlukan preparation. Saya homeschool anak-anak pun kira part time je. Haha. Sebab saya sendiri kadang sibuk.
PadamSekarang abang dah sekolah, nak homeschool adiknya pula sebelum hantar tadik lagi dua tahun. Hehe.
Kalau kita sendiri boleh bagi yang terbaik untuk anak-anak, buat je homeschooling. Semua parent nak yang terbaik untuk anak-anak. Masa hantar anak tadika, sebab dia taknak bergaul dengan orang luar. Diam. Ambil masa juga dia nak masuk dengan orang luar.
BalasPadamBetul, kalau boleh bagi yang terbaik, silakan.
PadamBoth have their own pros and cons. It depends on parents to decide the best for their kids. Thanks for sharing very useful information.
BalasPadamYou're welcome.
PadamAnak saya yang pertama pun dari lahir sampai sekarang saya buat aktiviti aktiviti yang ada unsur unsur 'homeschooling'. Tapi tahun ni saya mula hantar anak ke kinderkaizen sebab nak bagi die asah social skill. sebab kalau duduk rumah dengan mak dan ayah saja, anak susah nak develop social skill tu.
BalasPadamanyway, boleh share group homeschooling tu? nak join jugak rasa.
Yup. Sama dengan saya. Aktiviti unsu homeschooling banyak saya buat. Sekarang ni saya nak fokus pada adiknya. Abang dah pergi sekolah pagi, petang kadang join adiknya.
PadamNanti saya bagi link groupnya ya.
Tak sama. Biarpon kita tak bersetuju dgn sistem pendidikan yg ada, tp guru2 di sekolah lebih arif dalam mata pelajaran. Yes, ibu bapa merupakan guru yg terbaik buat anak2 tp bukan utk semua benda
BalasPadamNak serah 100% pada guru pun tak boleh. Jangan sampai anak rasa kekoh nak berkongsi ilmu dengan mak ayah sebab di rumah jarang bercerita tentang ilmu. So kena balance juga.
PadamBaguslah kalau ada tabungan lebih untuk anak-anak boleh jer bagi yang mana-mana yang terbaik untuk mereka.. zaman la ni kalau boleh anak-anak nak ada depan mata kita risau keselamatannya.. hu hu hu apa-apa pun kalau dilepaskan anak kita ke sekolah jangan henti doa untuk keselamatannya mohon Allah lindungi anak kita betul tak
BalasPadamZaman sekarang tak sama macam zaman kita dulu. Tapi berserah pada Allah untuk jaga anak-anak, insyaAllah.
PadamHomeschool ni bukan nya 'tak sekolah' macam sesetengah org pikir. Wpun kita rasa bagus homeschool dari segi dapat pantau anak2, tp kita rasa kita lg prefer hantar anak2 kat sekolah, beelajar dr guru2. Setiap org ada peranan masing2 dan itulah peranan guru. Tak sama guru & mak yg ajar. Mak boleh "homeschool"kan anak-anak dgn disiplin, cara nak hidup dan jadi org yg baik. Tu yg lebih utama.
BalasPadamYup. Ramai yang beranggapan homeschool ni tertakluk pada akademik sahaja.
PadamTapi homeschool ni juga lifeschooling; membentuk peribadi dan perwatakan anak-anak.
Dan ibu bapa juga perlu seiring dengan anak-anak, kadang anak merujuk pada mak ayah di rumah.
Yesss! Apa yang kita tahu, kebolehan anak-anak berlainan. Jadi, sebagai ibu bapa kenalah buat keputusan yang tepat dalam memberi pendidikan kepada anak-anak ini. Onie pun kalau ikutkan tak cakap salah kalau nak mendidik anak secara home schooling ni, tapi kadang kena tepuk dada tanya selera balik lagi-lagi anak yang baru nak membesar dan kenal erti dunia ini kan :D
BalasPadamYup, sebab tu sebagai mak ayah kita kena sentiasa rajin dan cuba melengkapkan diri kita dengan ilmu parenting.
PadamAda mak kawan saya sanggup sambung belajar semula untuk memahami konsep early childhood education.
Bergantung pada kita sebagai mak ayah. Jangan pernah berhenti belajar.
Nak homeschool boleh. Tapi biar pada landasan yang betul la kan. Supaya anak anak dapat pendidikan seiring seperti disekolah juga.
BalasPadamYup! Itu yang saya katakan untuk homeschool perlukan sistem dan pengurusan masa yang sangat disiplin. Dan seeloknya ada support group. Ini banyak membantu dari segi silibus dan perkembangan sosial anak-anak.
PadamHomeschool ni ada kebaikan ada jgk kelemahan...ada yg berjaya ke uni dgn home school ni...terpulang pd mak ayh yg cekal...isu home school yg berdegang di fb semenjak dua menjak ni rasanya lbh kpd nk populariti dgn jawapan balas...terserah kepada ibu bapa...utk mencorakkan ank mereka
BalasPadamIsu homeschool ni sebenarnya saya rasa dah pernah nak dua tiga tahun yang lalu. Tapi biasalah, hangatnya sekejap je. Lepas tu sunyi. Haha.
PadamPada saya, kita sesama kita perlu kurangkan saling mengecam. Kita perlu saling perbaiki dan saling membantu.
Tak salah homeschooling. Tapi kesian hak anak dinafikan macam si polan tu buat. Hehhee tu je. Tapi kalau homeschool setakat darjah 1 ok je. Sepupu syira dulu pun tak pergi tadika.
BalasPadamHahaha. Itu yang saya sebutkan pasal support group yang mantap. Sebab dalam support group mereka ada silibus, ada takwim aktiviti, ada challenge dan banyak aktiviti-aktivit.
PadamKalau buat sorang-sorang memanglah terkapai.
Saya sendiri tak tahu si polan buat macam mana, kalau dia sendiri memanglah tak patut. Tapi kalau dia ada support group yang mantap baguslah.
Homeschool ni mak apak kena keje lebih sikit. Dia ada pro and cons tapi dua2 ok baginsaya. As long anak tu selesa dan happy
BalasPadamBetul! Yang penting anak seronok nak belajar. Jangan sampai anak rasa belajar ni bosan dan stressful.
PadamBagi sis itu terpulang kepada ibu/bapa samada nak htr sekolah atau homeschool.Mereka yang menentukan macam mana nak mendidik anak2 mereka. Tapi nak buat homeschool ni kena make sure kita sendiri ada didikan dan cara yang betul untuk mendidik anak dalam segi pelajaran..bukan main bantai ajar je
BalasPadamKena cekal dan boleh bagi komitmen.
PadamNak homeschool pastikan kita di landasan yang betul. Bukan seorang diri.
Kalau Lia pilih hantar anak kesekolah dan dalam masa yang sama juga pantau anak di rumah bila cuti dengan homeschool. Sebab nak anak-anak bercampur dan berkawan dan tingkatkan keyakinan diri dalam pergaulan.
BalasPadamYup. Actually dalam homeschool pun anak bergaul, bila ada aktiviti-aktiviti dengan homeschooler lain.
PadamCuma tak sama exposure macam kalau ke sekolah.
Apa-apa pun pilihan, kita tahu yang terbaik untuk anak kita.
Mouse mommy berasa kalau boleh hantar anak ke sekolah kerajaan biasa ialah pilihan yang terbaik untuk anak-anak sebab mereka dapat belajar mengharungi persekolahan harian yang biasa. Jika terdapat masalah, boleh menyelesaikan masalah itu dengan sendiri. Sekolah merupakan satu komuniti untuk kanak-kanak belajar bekerjasama, berdikari, menyelesaikan masalah dan bergaul mesra dengan cikgu dan kanak-kanak yang lain.
BalasPadamJika kanak-kanak ada masalah, barulah ibubapa boleh cuba alternatif yang lain yang dapat membantu. Semoga semua kanak-kanak dapat pengalaman persekolahan yang gembira dan berinformasi!
Betul tu. Sekolah ada ruang untuk anak-anak berkomuniti.
PadamDan ibu bapa dari rumah perlu lengkapkan anak-anak untuk berkomuniti. Cuma saya tengok ada segelintir yang merasakan tanggungjawab mendidik anak ni 100% di tangan guru. Habis semua nya dilepaskan pada guru.
Hantar anak sekolah atau tidak, pada saya sangat penting kita sebagai mak ayah menjadi guru kepada anak-anak.
homeschool tak salah pun tapi benci gila tengok puak netizen pandang hina homeschool ni, i tertanya puak netizen yang kurang adab ni mostly pergi sekolah kan ? tapi kenapa hasilnya jadi manusia tidak beradab ye ? sangat phatetic dan sadist.. apa pun nak pergi sekolah tak nak pergi sekolah ke nak homeschool ke itu semua tanggungjawab ibubapa... ada ke ibu bapa tak nak anak anak berilmu ? kalau ada pun 1% je tu pon parent yang jenis tak bertanggungjawab..
BalasPadamhaha. bab netizen yang kurang adab mostly pergi sekolah tu kelakar.
Padamto me, mostly pendidikan di sekolah banyak menekankan akademik. ataupun senang kata perkembang IQ seseorang. dan sebenarnya berdasarkan kajian, orang yang berjaya adalah mereka yang EQ yang tinggi. EQ ni masuk bab emosi dan attitude. saya rasa kebanyakan sekolah lebih berfokus pada IQ berbanding EQ. kalau nak cari sekolah yang seimbang EQ dan IQ ada, tapi biasanya sekolah swasta.
bagi beberapa anak home scholling adalah jenis pendidikan yang tepat , jadi jiak ada yang berpendapat berbeda silakan saja, karena yang tahu apa yang terbaik untuk anaknya adalah orang tua
BalasPadamya. betul. ada sesetengah anak, tak boleh cope dengan sistem pendidikan. tapi tak bermakna hak pendidikannya kita abaikan.
PadamHi!
BalasPadamMira nak tanya pandangan sikit boleh? Mcm ni, Mira student asrama penuh sejak form1 dan skarang dah form5. Tapi sbb masalah kesihatan Mira x boleh pergi ke sekolah beberapa minggu, tambah2 lagi dgn PKP semua tu. Sejak sebelum PKP lgi pihak atasan sekolah Mira mcm push Mira suruh pindah sbb kononnya takut Mira x boleh catch up. Baru2 ni pun diorang call cakap benda yang sama sbb Mira x dtg sekolah lagi, belum sihat lagi. Jadi Mira ingat nak homeschool. Tapi macam mane ye, lepas tu boleh ke Mira still ambil exam SPM walaupun homeschool?
Hi Mira! Eh, nama kita dekat2. Hehe.
PadamOk first of all, Mira dah register ke untuk SPM? Kalau dah, meaning Mira under sekolah. Kalau belum, masih boleh homeschool tapi tak silap untuk procedure homeschool perlukan dokumentasi, perlu tahu subjek apa yang Mira nak exam, silibus perlu ikut yang KPM sediakan. Tak kira sama ada parents Mira hire tutor atau macam mana, tapi perlu ada pengajar untuk lebih mudah faham satu-satu subjek.
Sejujurnya, saya tak ada pengalaman sangat homeschool dan ambil exam. Tapi saya tahu ada orang yang homeschool dan ambil exam.
Oh ya, untuk exam, perlu pilih pusat (sekolah untuk ambil exam). Dan ini berbalik pada soalan dah register untuk SPM atau belum. Kalau belum insyaAllah masih boleh diuruskan.
Kalau Mira rajin, boleh cari komuniti homeschool di Facebook (yang banyak saya jumpa) atau google Homeschool Malaysia. Memang ada komuniti ni.
apa-apa pun, good luck untuk SPM ya!
Hai sis.. Boleh share group homeschooling tu ke? Nak join juga untuk dapatkan info2. Saya ada 2 anak mmg nak homeschooling je..
BalasPadamDekat Facebook ada banyak group homeschool yang aktif. Boleh cari homeschool Malaysia. Dalam tu memang ada banyak info tentang homeschooling di Malaysia. Saya dah lama tak buka group di Facebook, join group pun banyak. Bila buka dah tak ingat yang mana satu. Tapi di Facebook memang ada dua tiga group homeschooling Malaysia.
Padam