Carian

'Me-Time': Satu keperluan atau hanya mengada?

Assalamualaikum

Okay, baru-baru ni timeline facebook penuh dengan post-post berkaitan dengan 'Me Time' untuk ibu-ibu terutamanya ibu-ibu muda. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Yang jadi haru ada yang siap bergaduh ni! Allahu.

Apa yang nak ditulis ada pendapat peribadi. Terserah kalau korang nak bersetuju atau tidak bersetuju. In fact, cara hidup kita, gaya pemikiran dan latar belakang kita berbeza. I give my respect to that.

Secara peribadinya, semua orang perlukan dan ada masa ber'me time' dengan cara masing-masing. Lelaki ke perempuan ke hatta budak-budak pun. Cuma kita tak perasaan dan tak sedar je.

me time for mommies




Ramai yang menyamakan 'me time' dengan masa berseorangan. I beg to differ. Tak semestinya perlu berseorangan. Dan tak semestinya tidak berseorangan. Terserah pada karakter dan cara masing-masing. Lagipun seperti yang kita tahu manusia ni ada tiga personaliti asas yang dikenali umum: introvert, extrovert dan ambivert. (Ada lagi details tapi tu topic lain dah) Of course cara masing-masing ber'me time' akan berbeza. Jangan pukul rata semuanya.

Pada aku 'me time' adalah keadaan mana, bila kita luangkan masa untuk satu-satu perkara dan perkara itu akan membuatkan kita rasa tenang, emosi terkawal dan recharge balik semua yang tenaga dan emosi yang penat. Tak seharusnya seorang diri, tak seharusnya dengan keluarga, tak seharusnya dengan kawan-kawan, tetapi bergantung kepada cara kita dan perasaan kita.

Ada post yang mengatakan bila ada 'me time' seolah-olah si ibu ni pentingkan diri. Tunggu je lah anak tu dah besar nanti baru nak ber'me time' ni. Pada aku, kalau kita terlalu selfless, sampai lupakan kebajikan pada diri dari segi penampilan dan terutamanya dari segi penjagaan emosi itu masalah besar. Dalam membina keluarga bahagia, sangat perlu untuk emosi setiap ahli keluarga dijaga dengan baik dari emosi si ayah, si ibu dan anak-anak. In fact dalam perancangan keluarga penjagaan emosi ini sangat penting. Aku pernah ulas dalam entri >>> Family Planning

Ada juga post yang seakan-akan marah pada ibu-ibu yang memerlukan 'me time' seolah-olah mereka ini manja. Tak! Mereka bukan manja. Mereka ada hak atas diri mereka sendiri. Dan, pada mereka 'me time' adalah masa terbaik untuk pulihkan emosi mereka. Berapa ramai ibu-ibu yang terpaksa korbankan emosi demi keluarga? Tak adil kalau mereka tak diberikan hak emosi. Mereka bukan robot. Macam mana nak besarkan keluarga yang bahagia kalau emosi diabaikan?

Isu nak 'me time' dan minta tolong ibu bapa jagakan anak pun antara isu yang panas. Pada aku, benda ni boleh bawa berbincang. Bukan tak boleh. Kalau sampai paksa ibu jagakan, memanglah salah. Tapi kalau ibu suka dapat jagakan cucu dan tak kisah tak ada masalahnya. Dan sesetengah orang mampu upah baby sitter atau hantar rumah asuhan sekejap. Ikutlah cara masing-masing. Kalau orang nak kondem biasanya sebab dia jeles sebab dia nak buat tapi tak boleh. Huhu.

Bergantung pada karakter dan cara masing-masing untuk ber'me time'. Tak ada skema jawapan yang tepat pun. Tak ada yang mana betul dan tak ada mana yang salah.

Aku sendiri cara 'me time' akan berbeza ikut keadaan dan emosi. Ada masanya, keluar pergi grocery dengan suami dan anak-anak pun dah cukup rasa 'me time'. Sebab? Suami tolong jagakan anak, aku sakan pilih barang dari A sampai Z tanpa gangguan sambil tengok anak-anak seronok dapat keluar rumah. Haha. Dan ada masa pula, aku lebih selesa keluar seorang diri tanpa suami dan anak-anak. Cukup sejam ke dua jam sahaja. Berjalan di khalayak ramai dalam mall, masuk kedai window shopping sahaja. Hanya seorang diri. Kadang-kadang dapat pergi usrah seorang diri pun dah cukup.

Sesetengah ibu pula, 'me time' mereka dengan masuk pejabat. Dari pagi sampai petang dapat buat kerja tanpa gangguan dan emosi terkawal sangat membahagiakan. Tapi ada juga ibu yang tak rasa itu 'me time'. Ada juga mak-mak yang 'me time' bila dapat teman anak kat playground. Tapi ada yang rasa tu bukan 'me time' dia.  Faham tak maksudnya macam mana?

Dalam perkara-perkara yang subjektif, yang tidak ada makna yang jelas tak perlu kita perbesarkan dan merasakan pandangan kita sahaja terbaik. Kena ingat, kita semua berbeza dari segi karakter, cara pemikiran, latar belakang keluarga dan cara hidup. Agree to disagree.

Sebagai wanita, kita sepatutnya saling membantu antara satu sama lain. Bukan saling memburukkan dan saling bercanggahan sehingga hilang sifat empati dan simpati. Berlapang dada.

So, tak nak dah gaduh-gaduh macam ni.
Sama-sama kita 'empower each other'.

Mommies yang baca ni, korang spend masa untuk 'me time' macam mana?

37 ulasan

  1. lain org lain caranya..saya tad ke nak 'me-time' tapi lebih suka hang out dan bersantai dgn anak2..berborak mcm dgn kawan2..

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. ada orang tak perlu pun me time berjauhan dengan anak. lain orang lain cara. yang penting kita saling hormat cara masing-masing dan bukan nak saling kondem.

      salam perkenalan.

      Padam
  2. slm perkenalan kak :) for me pun "me time" lebih pd buat sesuatu activity yg kita suka yg kita enjoy yg kita rasa relax! haaa gituh hehe

    BalasPadam
  3. Cx setuju sangat. Tiap orang handle emosi mereka berbeza². So no wonder ada yang memerlukan me time. Biarlah nak me time pon. Hidup dia, dia yg handle, dia tahulah sejauh mana tahap diri dia accept everythinf and solve problem. Why bother org nak me time pon nak persoal. Betul tak? Sedangkan hidup kita lain² , suka hatilah kita nak buat apa pon. Asal tak susahkan org udahlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Asal tak susahkan orang lain dah lah. Kadang orang tak puas hati, itu yang kuat nak bother apa orang lain buat.

      Padam
  4. betul tu kadang2 me time tu bukan bila keseorangan..kdg2 me time ni bila ada bersama keluarga..tp kita as ibu/isteri di beri masa rehat tanpa buat kerja2 rumah..semua kerja anak2 dan suami yang buatkan..ini pun dah cukup bertuah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, bila suami dan anak-anak tolong kita memang bersyukur sangat. Baaanyak kerja selesai dalam masa yang singkat. Kita bukan robot boleh buat semuanya dengan cepat.

      Padam
  5. tah la bagi saya kalau me-time ni more kepada personal buat segalanya secara sndiri dan bukannya libatkan mana2 pihak termasuk family. sebabnya sebelum ni dorang dah stress mcm2 so inilah masa dorang utk relax sendiriam. tapi lain org lain pandangan kan"

    BalasPadam
    Balasan
    1. It depends pada how you look at me time is. Apa yang buatkan awak happy, stress-free even sekejap. That's it. Lain orang lain caranya.

      Padam
  6. Me time sebenarnya sangat penting pada ibu2 , sebab kadang penat buat kerja , nak release tension or meluangkan masa buat benda utk diri sndiri , heheh dan husban memainkan peranan penting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Suami kena peka. Sebab isteri manusia juga.

      Padam
  7. Everyone deserve a ME tim. But some think they don't need it because their daily life is like routine yang tak boleh dipisahkan. BUt if for me the ME moment is like a must.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ada orang dah biasa hidup ada rutin. Dan dia selesa begitu. Asalkan jiwanya tak kacau, tak apa.

      Padam
  8. keperluan dan kehendak! hehe. ada masanya kita perlu untuk bersendirian. kadang kadang saya lebih suka luangkan masa sendiri berbanding secara beramai ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama! Ada masa duduk sorang-sorang sangat mendamaikan.

      Padam
  9. Betul, lain orang lain cara. Macam I, my me time ialah keluar pergi tengok wayang sorang sorang pun dah ok dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! I tak boleh masuk wayang sorang. Haha. Scarry je rasa walaupun cerita best. Hebatlah boleh masuk sorang.

      Padam
  10. ya setuju jugak.. me time saya bola boleh baca quran sambil tengok makna dan baca buku.. aman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, kalau dapat buat hari-hari dengan aman, seronok je rasa. Kadang baca pun terkejar. Huhu.

      Padam
  11. Me time saya cukup sekadar duduk dalam bilik, anak anak duduk luar dengan ayahnya. Saya rasa kalau pergi keluar lagi bertambah penat. Baik duduk dalam bilik, baca buku yang dah lama tak terbaca tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebatnya boleh ddk dlm bilik baca buku. Saya jenis susah sikit nak macam tu, nanti kejap-kejap jenguk. Terpikir apalah yang diorang buat kat luar. Haha.

      Padam
  12. Istilah me time tuk nina satu adakala ianya hanyalah satu kehendak naluri. Acah-acah jer rasa tu bila orang lain ada kita pun nak merasa me time.
    Tapi ianya satu terapi yang amat penting dan harus bilamana seseorang itu berperang dengan emosi hingga adanya kemurungan dan stress melampau.
    Semuanya bergantung pada diri masing-masing. Sesekali husband nina suka bagi ruang #metime untuk Nina. Alhamdulillah dia amat memahami diri ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Hidup diselubungi stress boleh bawa penyakit. Pada saya, nak me time biarlah ikut keselesaan kita. Tak perlu ikut-ikut orang. Nanti xjadi me time dah. Haha

      Padam
  13. Me time very important. It is the time for us to take a breath and focus on ourselves. But everyone have their own ways of enjoying me time.

    BalasPadam
  14. Haritu, masa baru lepas operate, anak anak duduk dengan mak. Kiranya boleh banyk masa nak "me time"..
    Tapi rasa macam kekok je la pulak.
    Bagi kita, "me time" cukup la bawak pergi jalan jalan. Hehe..
    Taknak sorang sorang. Nak 1 family la. Anak dan suami sekali then jangan ada gangguan dari orang lain. Cukup la.
    Untung untung keluar ngn suami dia akan belanja kan. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu. Me time tak semestinya kena sorang. It depends. Saya sendiri pun ada masa bermetime dgn anak-anak je. Ada masa nak juga sorang diri.

      Padam
  15. setuju dengan perkongsian ini. bukan sahaja wanita, yang lelaki pon sama. ada jugak perselisihan faham dan bercanggah pendapat. masing2 ego tak nak menerima pendapat org lain. kita kena lebih terbuka dengan opinion org dan kalau rasa benda tu baik utk kita dan betul, why not kita agree.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Lelaki pun perlukan me time. Ada yang dengan gamenya, ada yang dengan pergi memancing, ada yang dengan pergi tengok bola. Bergantunglah mana yang dia suka. Asalkan kita sesama ni faham dua-dua manusia dan perlukan rehat juga.

      Padam
  16. me time mmg penting. masa ni kita betul2 cari ketenangan dan memanjakan diri sendiri...penat sebenarnya jadi orang perempuan..apatah lagi kena uruskan banyak perkara dalam satu masa..jadi bagilah mereka peluang..untuk masa untuk diri sendiri

    BalasPadam
  17. Bagi TB pulak, nak dapat me-time tu memang susah.. so, jalani jelah kehidupan yang ada.. walaupun kadang stress wooo.. rasa macam nak pergi bercuti.. taknak dok terperap dalam rumah je.. nak juga rasa suasana yang buat kita recharge diri.. tapi kalau boleh nak bawak anak .. tak boleh nak berpisah dengan anak buat masa ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TB boleh je buat me time dengan anak-anak. Apa-apa yang menceriakan dan menggembirakan TB pun dah dapat me time. Gitu lah. Hehe

      Padam
  18. Definitely need a me-time tak kisah orang nak kata apa. Yang penting im happy my stomach happy my mind happy boleh berhappy time pun dah sangat happy! Ha happy gitu. Sekarang ni tengah ber me-time. weeeee

    BalasPadam
  19. To me ‘ me time’ tu memang satu keperluan terutama utk suri rumah. Sebab apa? Sebab kita semua manusia yg tak lari dari emosi2 tertentu. Ada kala kita perlukan masa utk bersendirian hehe

    BalasPadam
  20. Saya suka me time kalau rasa tension atau stress. Best time biasanya waktu lunch kalau hari kerja. Gi makan sorang sorang, then duk relax Sekejap. Tu masa paling best untuk diri sendiri

    BalasPadam
  21. Rasa sis..me time ni perlu gak, rehatkan badan n minda dr swbarang kerja. Duduk sendiri n tenangkan fikiran dr sebarang kerja n masalah. Sis kalau me time tu kat rumah je..biar anak2 yg keluar..baru syiok n buat apa yg kita nak

    BalasPadam

Komen