Sejak pandemik melanda, semakin ramai orang mula meluangkan masa di rumah untuk setiap acara aktiviti, sama ada bekerja mahupun bersenam. Pandemik Covid-19 telah mengubah gaya hidup ramai orang.
Dalam tak sedar, ramai yang sudah biasa dengan budaya Bekerja Dari Rumah atau lebih dikenali sebagai Work From Home. Dengan budaya WFH, ramai juga sudah mula memilih pakaian yang pelbagai fungsi seperti pakaian sukan yang selesa dipakai di rumah untuk aktiviti harian yang juga aestetik untuk terus masuk ke dalam Zoom meeting atau Google Meet.
Kalau nak tahu, inilah gaya 'athleisure'. Cara sebut dia begini AT-LEH-ZHUH.
Athleisure adalah gabungan dua perkataan dari 'athlete' dan 'leisure' yang bermaksud atlit (sukan) dan juga santai. Digabungkan jadi satu gaya sukan santai.
Dulu pakaian sukan lebih kepada keselesaan untuk pergerakan semasa bersukan berbanding reka bentuk yang aestetik (sedap mata memandang dan lebih bergaya). Sekarang, pakai baju sukan pun boleh bergaya siap bergambar cantik-cantik.
Di kesempatan dengan gaya 'athleisure' yang sudah semakin sebati menjadi gaya hidup ramai orang, pihak AEON mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi dengan salah satu pusat kecergasan melancarkan sebuah rangkaian rekaan pakaian 'athleisure' yang berpatutan dan selesa untuk orang ramai.