Carian

Kempen Pemangkin Peningkatan Jualan Syarikat PMKS Halal di Malaysia

Walaupun berdepan dengan cabaran Covid-19, prestasi eksport Halal negara Malaysia pada tahun 2021 mencatat peningkatan sebanyak 19%!

Rupa-rupanya industri Halal Malaysia ada permintaan di peringkat antarabangsa. Statistik ini dikongsikan oleh Halal Development Corporation (HDC) dan mereka menyasarkan peningkatan sebanyak 20%-30% untuk tahun 2022 melalu kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' yang mula dilancarkan sejak April yang lalu.

Bagi mencapai sasaran tahun 2022, 500 usahawan Halal dari sektor perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen ini dengan tagline 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' di bawah anjuran Halal Development Corporation(HDC). Kempen ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensi Halal Development Corporation (HDC) bersama Kementerian Kewangan (MOF) melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA). 

Kempen meningkatkan perniagaan PMKS Halal Malaysia

Sebenarnya, ini adalah salah satu daripada program di bawah Inisiatif Bajet 2022. Tujuan kempen ini adalah untuk melonjakkan pertumbuhan industri Halal Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, dengan sasaran peningkatan purata penjualan syarikat Halal PMKS sekitar 20%-30% bermula April hingga Julai 2022.

Dengan visi 'menjadikan Halal pilihan pertama dalam meneroka perniagaan', pihak HDC bercita-cita untuk meningkatkan bilangan PMKS yang berdaftar dan mendapatkan pengiktirafan Halal dan menjadi peserta industri Halal pasaran antarabangsa. Misi utama HDC adalah untuk menyediakan solusi untuk kecemerlangan perniagaan dalam ruang pasaran Halal.

jadikan halal pilihan utama anda

Kategori-ketegori kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda'

Kempen ini dibahagikan kepada dua kategori:

1. Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar.

Demi melaksanakan kempen dalam kategori ini, HDC telah bekerjasama dengan dua pasaraya besar di Malaysia, iaitu Lulu International Group dan Lotus's Store (Malaysia) Sdn. Bhd dengan menempatkan produk Halal PMKS di kedua-dua pasaraya ini sejak 22 April (di semua cawangan pasaraya Lulu) dan 28 April (di semua cawangan Lotus's) yang lalu.

Setakat tarikh hari ini, pasaraya Lulu sudah menempatkan sekitar 77 syarikat PMKS Halal dengan jumlah produk mencecah 1000 SKU. Pihak pasaraya Lulu menjangkakan peningkatan penglibatan sehingga 150 syarikat PMKS Halal sebelum kempen ini tamat.

2. Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS

Penjenamaan digital bermaksud mewujudkan penjenamaan secara atas talian bagi syarikat Halal PMKS terpilih dan kerjasama ini dijalinkan bersama Food Panda Malaysia, sebuah e-commerce yang terkenal bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

kempen jadikan halal pilihan utama anda


Sepanjang kempen ini dijalankan, berbagai promosi dan harga menarik akan ditawarkan bagi menarik minat pengguna di seluruh Malaysia sekaligus diharapkan dapat meningkatkan prestasi jualan syarikat Halal PMKS. Bukan itu sahaja, kempen ini juga diharapkan dapat mengurangkan jurang pengetahuan tentang kewujudan produk Halal tempatan yang bersaing dengan produk Halal dari luar negara yang memasuki pasaran Malaysia.

Kempen ini telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, selaku Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, YBrs. Encik Hairol Ariffien Sahari serta wakil-wakil pengurusan tertinngi MITI dan rakan strategik kempen.

'Saya menyeru agar semua pihak memanikan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan industri Halal negara menjadi pusat Halal dunia. Kita perlu sentiasa bersedia dan sanggup meneroka peluang yang terbuka luas dalam industri Halal yang dijangka akan memberikan imbuhan serta pulangan yang cukup bernilai' kata Datuk Lokman Hakim dalam ucapan belian.

Beliau menambah lagi,

'Saya percaya, Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda oleh HDC ini, dengan kerjasama agensi swasta dan kerajaan, akan mampu memberi kesan dan faedah yang positif dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing industri Halal negara' 

kempen halal jadikan pilihan utama anda

kempen jadikan halal pilihan utama anda

kempen jadikan halal pilihan utama anda

kempen jadikan halal pilihan utama anda

kempen jadikan halal pilihan utama anda

Peningkatan Eksport Halal

Peningkatan sebanyak 19% bagi tahun 2021 merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dalam industri Halal Malaysia. Ini menunjukkan kebolehan industri Halal Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bersaing dengan industri Halal di luar negara.

Bila bercerita tentang industri Halal, ianya tidak tertakluk kepada sektor makanan dan minuman sahaja. Selain daripada sektor makanan dan minuman, penyumbang utama kepada ekonomi Halal Malaysia, sektor-sektor lain iaitu bahan Halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, kimia perindustrian serta farmaseutikal Halal juga menyumbang kepada ekonomi Halal Malaysia.

Selain daripada sektor-sektor yang dinyatakan, pelaburan ke taman-taman Halal Malaysia pada tahun 2021 juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM210 juta dari tahun sebelumnya. Ini adalah satu bukti bahawa industri Halal Malaysia mempunyai tarikan dan potensi besar walaupun berdepan dengan cabaran pandemik sejak 2020.

Menjelang tahun 2030, HDC menyasarkan sekurang-kurang 50,000 PMKS ke dalam industri Halal Malaysia.

Maka, marilah kita sebagai rakyat Malaysia membantu meningkatkan jualan syarikat PMKS Halal Malaysia dengan mendapatkan produk-produk mereka di pasaraya-pasaray terpilih. Mereka sangat berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus membantu ekonomi negara.



Mengenai Halal Development Corporation Berhad (HDC)

Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu negara dan ekosistem Halal secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri Halal global. Ditubuhkan pada 18 Disembeer 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Juga sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); perbadanan pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di www.hdcglobal.com.



Tiada ulasan

Komen