Carian

Check Kulit dekat AEON Wellness

Tahu tak, dekat AEON Wellness kita boleh buat 'beauty check' atau pun skin analysis dengan Beauty Advisor yang ada di situ? Harga sangat murah dan berbaloi untuk kita tahu keadaan semasa kulit kita.

Mesti ramai yang baru tahu dan mungkin masih lagi takut-takut sebab kita sekarang hidup dalam pasca-pandemik. Jangan risau, buat beauty check dekat AEON Wellness ni tak makan masa yang lama dan yang penting kita dapat kenal jenis kulit dan keadaan kulit kita. Sekurang-kurangnya kita tahu dekat mana kita kena perbaiki untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri. Caj yang dikenakan oleh AEON Wellness pun adalah sebanyak RM15.90 sahaja. Sangat berbaloi sebab dia check gunakan mesin khas dan boleh dapat laporan lengkap sekali.

Jom tengok apa benda yang Beauty Advisor dekat AEON Wellness check dengan mesin dia.

Beauty Check Murah dekat AEON Wellness

Kenapa Buat Beauty Check?

Dengan zaman teknologi sekarang, dah banyak jenama keluarkan produk atau servis untuk buat beauty check atau skin analysis. Sama ada dalam bentuk aplikasi yang boleh muat turun dalam telefon sendiri atau pun pergi ke kedai-kedai kecantikan yang berdekatan. Tapi buat skin analysis ini ada satu kekurangan.

Kulit kita berubah-ubah mengikut keadaan persekitaran, hormon dan cara penjagaan kulit kita. Jadi, bila buat beauty check, kita akan dapat laporan yang berbeza. Senang kata lebih baik buat secara berkala jika ada kemampuan. Barulah kita dapat tahu sama ada kulit kita semakin baik atau sebaliknya.

Skin Analysis di AEON Wellness

1. Kelembapan (Hydration)

Pernah dengar hydration is key? Yes, dalam skincare kunci utama untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri adalah dengan memastikan hydration kulit adalah pada paras yang optimum. 

Kena ingat ya, hydration adalah berbeza dengan mosturization.

Formula mudah untuk faham perbezaan antara hydration dengan mosturization adalah hydration merujuk kepada kandungan air dalam kulit (sel kulit) dan moisturization merujuk kepada kadar minyak atau sebum yang ada di atas kulit bagi memastikan hydration kulit kekal optimum
Kedua-duanya adalah kelembapan kulit dan dua-dua juga penting.

Untuk result kulit aku, kulit aku adalah kategori dehydrated. Kadar hydration adalah 49.2. Hydration yang bagus adalah pada paras 59 dan ke atas. Aku ingatkan masalah ni dah setel sebab dah lama tak rasa kulit mengering atau menggelupas. Rupa-rupanya masih lagi ada dan perlu diperbaiki lagi.

Beauty Check AEON Wellness

2. Tahap Minyak (Sebum)

Sebum adalah minyak semulajadi yang keluar dari kalenjar minyak di bawah kulit. Sebum ini penting untuk kulit kekal berseri ya. Biasa bagi orang kulit berminyak, sebum mereka berlebihan dan bagi orang kulit kering, sebum tidak mencukupi. 

Banyak benda yang menyumbang kepada penghasilan sebum dan salah satunya adalah genetik. Dan sebum inilah yang salah satu cara untuk kita kenal jenis kulit.

Beauty check menunjukkan sebum aku adalah sebum normal skin. Tak terlalu banyak, dan tak terlalu kurang.

3. Keanjalan Kulit (Elasticity)

Elasticity adalah keanjalan kulit. Bahasa mudahnya, sama ada kulit kita toink-toink ke tidak. Kalau tekan pipi, kulit tu sangat cepat patah balik. Kalau cepat, maknanya anjallah kulit. Macam pipi baby, gebu je dan bila tekan tu tenggelam.

Untuk elasticity, skor kulit aku agak tinggi - 50. Ideal range adalah 38 dan ke atas. So, bila skor tinggi maknanya, yes kulit anjal!
Beauty Check AEON Wellness

4. Tahap Keratiun (Sel Kulit Mati)

Keratin adalah sel kulit mati yang ada di atas kulit. Sel kulit mati sebenarnya penting untuk kulit tetapi tak boleh berlebihan. Bila kita berusia, kadang-kadang sel kulit mati lambat nak tanggal secara semula jadi dan akhirnya menebal.

Untuk keratin level, kulit aku ada kadar keratin yang rendah, bermakna bagus. Beauty advisor siap tanya sama ada aku rajin pergi buat facial ke tidak sebab keratin level rendah. Aku tak pernah pergi mana-mana facial sebab takut. Aku memang selalu buat rutin exfoliate sendiri seminggu 2 ke 3 kali sahaja. Dan berdasarkan beauty check ni, nampaklah berkesan rutin tu.

5. Saiz Pori-Pori

Ujian ni nak tengok sama ada saiz pori besar atau tidak. Saiz pori tak boleh diubah ya. Cuma bila tahu saiz pori, sekurang-kurangnya boleh tahu jenis kulit sebab saiz pori akan mempengaruhi aktiviti penghasilan sebum kulit. 

Kalau ada pori yang besar bukan bermakna akan jadi nampak besar kat muka. Dengan produk yang betul dan rutin yang konsisten, penampakkan saiz pori tadi boleh dikecilkan dengan produk-produk tertentu. 
Beauty Check AEON Wellness

6. Pigmentasi

Pigmentasi adalah perkara semula jadi kulit. Tetapi pigmentasi yang berlebihan juga tak bagus sebab nanti akan nampaklah kulit ada jeragat seterusnya tona jadi tak sekata. Lagi membahayakan kalau pigmentasi adalah berpunca dari masalah kulit. Sebelum check ni, aku yakin aku tak ada masalah pigmentasi yang serius tetapi bila check, rupanyan aku ada dua pigmentasi yang besar. Nampak gaya aku dah kena mula fikirkan untuk buat rawatan laser jeragat ni.

Beauty Check AEON Wellness
Ini adalah result secara keseluruhan skin analysis dekat AEON Wellness

BONUS: Check hydration level kat tangan.
Keadaan kulit dekat muka dengan tangan berbeza tau. So tak semestinya kulit okay, tangan pun okay. So, beauty check ni memang akan check sekali hydration kulit tangan.

Itu sahaja. Berbaloi tak harga bayaran untuk beauty check dengan perincian yang bakal dapat selepas beauty check? Sangat berbaloi! Report dan cadangan rutin pun ada diberikan sekali tau.

Beauty check dekat AEON Wellness ni sekejap sahaja. Yang lama mungkin bila berborak dengan beauty advisor.

beauty check AEON Wellness


Outlet AEON Wellness yang menyediakan perkhidmatan Beauty Check.

Beauty check dekat AEON Wellness ni boleh buat dekat cawangan AEON yang terpilih.

✅Klang Valley
Mid Valley
Bandar Utama
Taman Maluri
Bandar Sunway
Bukit Tinggi
Bandar Puchong
Publika163 Retail Park

✅ Northern
QueensBay Mall
Ipoh Station 18

✅ Southern
Bukit Indah
Permas Jaya
Kulai Jaya 
Bandaraya Melaka 
Bandar Dato Onn
Tasek Central
Tebrau City
Taman Universiti

Book untuk appointment Beauty Check AEON Wellness melalui website: https://www.aeonretail.com.my/wellness/ordercollect/

Tiada ulasan

Komen