Carian

Berbuka Puasa di Kafe Sudirman

 Assalamualaikum dan hai.

Dekat sangat dah kita dengan Ramadan. Tinggal beberapa hari je lagi. Rezeki kita tahun ni, solat terawih dibenarkan, bazar ramadan juga dibenarkan. Gayanya tahun ni raya kita mungkin lebih meriah. 

Korang suka beli barang raya dekat mana? Masa aku kecik dulu, waktu macam ni lah peluang untuk datang KL untuk membeli belah. Aku masih ingat Sogo adalah antara pusat beli belah yang mak akan bawa kami cari baju dan kasut raya. 

Bila masuk KL, kadang-kadang jadi leceh bila nak cari kedai atau tempat dekat mana nak berbuka puasa. Kalau dah membeli belah sampai dekat dekat nak berbuka, mana sempat nak singgah bazar apatah lagi balik rumah. 

Nak senang pergi je mana-mana buffet Ramadan tapi taktahu mana yang sedap?

buffet ramadan sudirman cafe


Dual Language Program Sekolah Kebangsaan

 Assalamualaikum dan hai

Sempena hari terakhir bulan Mac dan sementara tengah cuti sekolah ni, nak updatelah pasal Dual Language Programme yang dilaksanakan oleh sekolah kebangsaan kerajaan. Sebelum anak masuk darjah satu memang tak tahu pun pasal kewujudan Dual Language Programme ni. Nama singkatannya DLP. Sebenarnya aku adalah antara batch awal-awal yang sempat merasa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Ingatkan selepas PPSMI diberhentikan, medium pembelajaran Sains dan Matematik jadi Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ingat tak, hari tu ada cerita pasal Modul Transisi untuk anak tahun satu? Selepas habis modul transisi, barulah anak-anak tahun satu ditempatkan ke dalam kelas mengikut tapisan berdasarkan prestasi mereka di dalam kelas. Ada beberapa sekolah di Malaysia yang buat DLP. Bergantung pada sekolah bagaimana mereka memilih pelajar untuk masuk kelas DLP. Sekolah tempat Wildan sekolah ni buat ujian bertulis dan ujian membaca untuk tapis pelajar masuk dalam kelas DLP dan mereka hanya buat satu kelas sahaja (seramai sekitar 30 orang murid).

dual language program for stem in malaysia

Hari Pertama Tahun 1 Sesi 2021

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, dah seminggu rupanya sekolah untuk anak-anak tahun 1 bermula. Bagi yang memang rajin membaca blog ni, pastinya korang tahukan, anak sulung aku tahun ni (2021) masuk tahun 1. Ayat biasa orang cakap 'rasa macam semalam kecik je'. Tapi itulah hakikatnya. Dari lahir kita jaga dan besarkan, dan kali ini dia akan menghadap realiti sendirian.

Setakat seminggu sekolah ni, tak banyak cerita sangat pun. Tapi boleh lah nak kongsikan dan coretkan sebagai satu memori bersekolah pada musim pandemik Covid-19. Maklumlah, disebabkan pandemik dan PKP, norma kita tidak lagi sama seperti dahulu. Nak masuk sekolah pun SOP bukan main panjang. Kira sesi persekolahan tahun 2021 mungkin menjadi sebahagian sejarah sebagaimana sesi persekolahan 2020 yang menjadi kenangan kita semua.

Jomlah aku kongsikan apa peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku pada minggu pertama persekolahan bagi sesi tahun 2021.

Modul Transisi Tahun 1 2021

Assalamualaikum dan hai!

Pertama sekali sebelum aku mula menulis, aku nak maklumkan yang aku menulis seratus peratus berdasarkan pengalaman tengok anak sendiri melalui proses PdPr untuk modul transisi. So, ini lebih kepada nak kongsi pengalaman, supaya ibu ibu yang anak mereka masuk Tahun 1 bagi 2022 jelas dengan apa benda modul transisi ni (itu pun kalau 2022 masih ada Modul Transisi ni lah)

Seingat aku, masa aku darjah satu, hari orentasi tu aku jadi sebak sebab mak aku tak tunggu pun depan kelas. Dia tinggal je aku masuk kelas. Padahal sebelum tu aku dah tadika selama dua tahun. Zaman aku dulu, siapa yang masuk tadika ni kira rare. Bukan semua orang masuk tadika. Malah prasekolah cabang dari sekolah kebangsaan pun tak ada lagi. Zaman sekarang, masuk tadika dah macam wajib. Sejak dari hari pertama sekolahlah aku memulakan perjalanan hidup tanpa ibu ayah, di sekolah je lah.

Sebelum Wildan masuk tahun 1, mak mertua aku (seorang guru besar) dah pesan siap-siap yang nanti akan ada minggu transisi. Aku ingatkan macam minggu orentasi masuk universiti tulah. Maklumlah biasanya masuk sekolah kelas terus berjalan. Memang masa tu ingatkan minggu transisi ni selama seminggu sahaja. Sangkaan aku meleset bila tengok video taklimat sekolah, rupanya minggu transisi ni bukan 7 hari, tapi 42 hari.

modul transisi tahun 1 2021


Buku Skincare Untuk Semua

Wah, dah lama rupanya aku tak bercerita pasal skincare. Siri #FirstImpression juga sudah lama tak ada update. Maklumlah aku dah lama tak beli produk baru. Yang aku ada semuanya aku ulang beli sebab puas hati. InsyaAllah ada satu product yang aku akan kongsikan sebab betul betul suka dah dengan produk sampai beli 2 botol dan dah nak masuk botol ketiga ni!

Bercakap pasal skincare, aku sebenarnya memang suka bab penjagaan kulit. Aku mula diperkenalkan tentang skincare dari Ummi. Dia lah yang tolong belikan pencuci muka, toner dan pelembap. Sejak aku masuk umur 12 tahun lagi dia memang dah suruh aku jaga kulit. Sebab apa? Sebab perubahan hormon akan membawa kepada perubahan yang pelbagai termasuklah pada kulit wajah. Tapi aku betul-betul jaga kulit elok elok bila dah habis sekolah menengah. Cuma pada masa itu, sumber pengetahuan aku adalah daripada majalah. Majalah Rapi yang dikeluarkan dua bulan sekali oleh Karangkraf. Siapa rajin beli tu tahu lah.

Zaman sekarang dah maju. Maklumat di hujung cari. Buka sahaja Google dan kau akan jumpa beribu capaian. Sampai nak pening dah nak percaya yang mana satu. Haaa, sampai macam tu sekali maklumat yang ada sekarang. Aku sendiri pun, sejak dah pandai baca research paper, aku jarang nak bergantung pada artikel di web-web. Tapi aku tahu tak semua orang nak pergi baca research paper. Susah juga sebenarnya nak faham sebab bahasa sangat kompleks dan target pembaca adalah mereka yang dalam bidang kajian, bukan orang biasa macam kita.