Assalamualaikum dan hai.
Sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun aku bergelar pelajar Sarjana. Dan sebenarnya sejak pandemik Covid-19 mula menular dan menyebabkan negara melaksanakan PKP selama hampir 3 bulan, banyak kesan-kesan terhadap aku sebagai pelajar Sarjana.
Pertama sekali, aku jelaskan, skop kajian aku adalah berasaskan programming dengan menggunakan Matlab. Bagi pelajar kejuruteraan dan bidang-bidang yang hampir sama rasanya tak pelik dengar nama Matlab. Memang secara asasnya aku boleh buat kajian dari rumah tanpa sebarang masalah. Malah, semasa aku di semester satu dulu (September 2019 - Februari 2020) memang aku sepenuhnya buat kajian dari rumah.
Namun, masuk tahun 2020, aku minta dengan penyelia untuk dapatkan aku satu bilik atau kubikel di makmal di universiti supaya aku dapat buat kerja. Dan aku sempat buat kerja di makmal selama 2 bulan setengah sebelum perlaksanaan PKP 18 Mac 2020.