Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke majlis anugerah kuih bulan pilihan pelanggan bersempena Mid-Autumn Festival / Mooncake Festival di AEON Cheras Selatan. Mid Autum Festival ataupun dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan kaum Cina di Malaysia selain daripada sambutan Tahun Baru Cina. Menariknya, nama perayaan kuih bulan diberikan adalah kerana pada tarikh jatuhnya pertengahan musim luruh atau mid-autumn, bulan tengah mengambang penuh. Diinspirasikan daripada bulan yang sedang mengambang cantik inilah terhasilnya kuih bulan. Sebab itu nama perayaan ini boleh jadi Perayaan Musim Pertengahan Luruh (Mid Autumn Festival) atau Perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival).
Aku memang suka bila datangnya musim Perayaan Kuih Bulan. Nanti di pusat beli belah ada banyak gerai-gerai kecil yang jual kuih bulan dengan pelbagai corak dan perisa. Perisa yang wajib beli adalah perisa kacang merah bersama biji teratai. Amalan membeli kuih bulan waktu Mid Autum Festival ni sebenarnya datang dari mak aku. Nak kata kami ada keturunan darah Cina, adalah sikit kot. Arwah moyang aku memang Cina Tanah Besar yang datang Tanah Melayu dan masuk Islam. Jadi, kira adalah kan?
Bersempena dengan Mid Autumn Festival, AEON menyambut kehadiran perayaan ini dengan tema "You Complete My Mid-Autumn Festival 2024". Tema ini sebenarnya mengetengahkan kehangatan dan penyatuan keluarga. Selain itu, sempena perayaan kali ini, AEON membawakan lebih daripada 200 variasi kuih bulan untuk memastikan sambutan setiap keluarga lengkap dengan manisan kegemaran masing-masing.
Untuk pengetahuan, tahun lepas, 2023, AEON mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records bagi rekod kepelbagaian atau variasi kuih bulan yang paling besar yang pernah ada di Malaysia. Oleh itu, tahun ini AEON membawakan pilihan yang lebih banyak dengan kerjasama banyak jenama-jenama tempatan untuk menghidupkan dan memeriahkan Mid Autumn Festival tahun ini.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan, Low Ngai Yuen, ada menyebut dalam ucapan beliau yang perayaan kuih bulan atau Mid Autumn Festival adalah tentang kebersamaan dan koleksi yang pelbagai oleh AEON merupakan gambaran kepada semangat kebersamaan itu. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa kuih bulan merupakan satu simbol kepada kergembiraan atas kebersamaan dan kasih sayang yang dikongsikan sesama ahli keluarga. Dalam erti kata lain, kuih bulan bukanlah sekadar kuih yang dijadikan pencuci mulut.
Dalam acara yang aku hadir baru-baru ini, AEON membawakan lima kategori yang dipilih sepenuhnya oleh ahli AEON melalui undian secara atas talian. Sebab itu namanya AEON Member's Choice Award. Jom kita tengok apa kategori yang dipertandingkan dan siapakah pemenang bagi setiap kategori.
1. Kuih Bulan Paling Popular (Most Popular Mooncake)
Baker's Cottage - White Lotus Single Yolk
2. Perisa Kuih Bulan Paling Inovatif (Most Innovative Mooncake Flavor)
Kam Lum Tai - Avocado Mooncake
3. Kuih Bulan dengan 'Snow Skin' Terbaik (Best Snow Skin Mooncake)
Duria - 3D Blackthorn Musang KIng Snowy Skin Mooncake
4. Pembungkusan Kuih Bulan Terbaik (Best Mooncake Packaging)
Casahana - Reverie Lantern Gift Set
5. Jenama Kuih Bulan Kegemaran Ramai (Most Preferred Mooncake Brand)
Oversea
Untuk Mid Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan di AEON akan berlangsung sehingga 17 September ini. Bagi yang berkelapangan, jemput singgah ke AEON yang berdekataan dan rasai sendiri kemeriahan sambutan perayaan yang unik ini.
Maklumat lanjut berkaitan Perayaan Kuih Bulan di AEON boleh layari:
Tiada ulasan
Komen