Boleh bayangkan tak dalam satu acara, berkumpul peminat-peminat Superman yang berpakaian Superman? Inilah salah satu acara terbesar yang dianjurkan oleh AEON Mall Bukit Indah, Johor pada 12 Julai 2025 baru-baru ini. Lebih 1,000 orang datang ke AEON Mall Bukit Indah dalam pakaian Superman! Dari baby comel, mak ayah yang penuh bergaya, sampai ke warga emas yang sporting habis. Semuanya bersatu dalam satu misi: MEMECAH REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2025!
Julung-julungnya, ucapan TAHNIAH kepada AEON Mall kerana berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records untuk "Largest Gathering in Superman Attire" dengan 1,007 penyertaan. Kami yang tak sempat join pun rasa terharu tengok video dan gambar di media sosial. Memang gempak! Suka ya bila AEON buat acara macam ni. Bukan sekadar memupuk semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan, tetapi juga membawa mesej: KITA ADALAH HERO UNTUK DIRI KITA.
Menarik di AEON Mall sepanjang Julai dan Ogos 2025
Kalau terlepas acara tempoh hari, jangan risau. Tenang dulu. AEON Mall tahu ramai peminat-peminat Superman yang masih nak sertai acara-acara menarik di AEON. Superman pun belum balik ke planet Krypton lagi. Banyak lagi aktiviti menarik menanti di AEON Mall terpilih seluruh Malaysia:
1st-Ever Superman Pop-Up Store Roadshow
Sambil window shopping, boleh singgah dan grab merchandise eksklusif Superman (sumpah lawa dan rare). Ada di lokasi-lokasi ni:
- 1-13 Julai: AEON Bukit Indah (Johor), Cheras Selatan (Selangor)
- 15-27 Julai: AEON Nilai & Kulaijaya
- 29 Julai – 10 Ogos: AEON Bukit Mertajam
- 29 Julai – 17 Ogos: AEON Taman Maluri & Tebrau City
Superman Parade – HEROES ON THE MOVE!
Bayangkan flash mob, muzik live, dan satu keluarga berarak dalam gaya Superman!
📍 Lokasi parade:
- 12 Julai: AEON Bukit Indah
- 19 Julai: AEON Kulaijaya
- 27 Julai: AEON Cheras Selatan
- 2 Ogos: AEON Tebrau City
- 17 Ogos: AEON Taman Maluri
Shop & Redeem
Belanja sambil kumpul resit, boleh tebus:
- Superman Blind Box Flask
- Superman Pet Cape (yes, even your furkid boleh jadi superhero!)
- Dengan pembelian RM400 – RM800 di AEON Mall (3 resit pada hari yang sama)
The Superman Challenge – KIRA & MENANG!
Nampak banyak logo Superman kat mall? Cuba kira ada berapa logo Superman dalam AEON Mall! Kalau betul tekaan, boleh berpeluang menang hadiah bernilai RM5,000 termasuk merchandise eksklusif. Hanya 10 pemenang je tau, jadi kira betul-betul!
Aktiviti Sampingan
- Photo zones themed Superman
- Ruang aktiviti kanak-kanak
- Peraduan Samsung x AEON Mall - menang Samsung Music Frames RM1,999 hanya dengan upload gambar gaya Superman anda! (beli mana-mana TV Samsung dahulu ya!)
Kalau anak-anak suka Superman, inilah masa nak bawa mereka keluar dan rasai sendiri dunia adiwira. Kalau mak ayah pula rindu zaman kecil tengok Superman terbang, apa lagi, inilah masanya untuk "unleash your inner hero."
Saya? Maybe lepas ni pakai Superman cape masa kemas rumah, biar rasa power sikit.
Untuk info lanjut, boleh layari:
Instagram: @aeonmallmalaysia
Kalau ada pergi roadshow Superman AEON, jangan lupa gunakan #AEONSupermanLookup #UnleashYourHero di dalam posting-posting di social media ya!
Nak jadi Supermom pun perlukan recharge. Kadang, keluar rumah sekejap tengok aktiviti macam ni pun dah cukup bagi semangat baru. Siapa tahu, hero sebenar tengah duduk sebelah kita atau tengah baca blog ni 😉
Jumpa Superman di AEON ya!
Tiada ulasan
Komen