Siapa tak kenal Kewpie? Kewpie adalah satu jenama yang terkenal dengan variasi mayonis dan 'salad dressings'. Aku pasti ramai yang sukakan Rosated Sesame dari Kewpie sebab itu merupakan salah satu produk yang terlaris. Kewpie ini adalah antara jenama salad dressing kegemaran aku. Hatta aku sendiri memang sukakan Roasted Sesame, sedap dibuat perapan mahupun dimakan begitu sahja bersama salad. Kali ini, Kewpie berkolaborasi dengan AEON bagi menghasilkan beberapa produk baru di AEON Delicatessen. Sebuah gabungan yang sangat unik dan 'mind blowing'.
Kolaborasi apakah yang dijalankan antara AEON dan Kewpie?
Bagi peminat makanan pedas, pernah terfikirkan tidak untuk tambahkan cili padi di dalam mayonis? Cili padi dengan mayonis. Bukan sos cili atau serbuk cili yang digabungkan dalam mayonis. Cili padi yang menyengat kemudian dicampurkan di dalam mayonis. Kalau nak tahu, kolaborasi oleh AEON dan Kewpie menyajikan Mayonis Cili Padi khas untuk AEON Delicatessen dan mayonis ini divariasikan kepada 10 jenis produk, termasuk bakeri, sushi dan delica. Slogan untuk kolaborasi khas ini adalah Spicy In Every Bite iaitu Kepedasan Dalam Setiap Suapan. Slogan ini selari dengan keunikan gabungan mayonis dan cili padi.
Azidah Alimuddin, selaku Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON menyuarakan bahawa mereka di AEON akan sentiasa mempertingkatkan rasa dan kualiti Produk di AEON Delicatessen. Bukan itu sahaja, kolaborasi dengan Kewpie ini diyakini akan memberikan sesuatu yang baru untuk dicuba oleh para pelanggan.
"AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonis dan 'salad dressings' di Malaysia ini"
Majlis pelancaran untuk kolaborasi AEON dan Kewpie ini diadakan di AEON Cheras Selatan pada 20 Jun 2024 dan dihadiri oleh Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Soon Soo Choong, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON, dan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON. Majlis ini juga dimeriahkan dengan acara 'treasure hunt' dan beberapa aktiviti lain yang menghiburkan.
Kiri: Sushi dan Udon Tengah: Bakeri Kanan: Delica |
Menurut Naoya Okada, “Pelancaran ini juga merupakan salah satu usaha AEON untuk mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40. Saya sangat bersyukur kerana AEON telah berkembang maju dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini.”
Dalam ucapan ringkas oleh Shimpei Okada, beliau ada menceritakan sedikit latar belakang pembangunan jenama Kewpie di Malaysia sejak 2009. Rupa-rupanya AEON merupakan peruncit pertama yang menerima Kewpie untuk dipasarkan dalam pasaran mereka dan masih lagi menjadi peruncit utama Kewpie. Shimpei Okada juga ada menyuarakan bahawa proses kolaborasi bersama AEON merupakan satu penghargaan dan satu cabaran baru buat mereka. Menjadi satu cabaran hebat kerana nak mendapatkan satu tahap kepedasan yang menepati selera kebanyakan orang Malaysia bukanlah mudah. Nanti aku ceritakan apa pendapat aku secara jujur tentang kepedasan produk AEON Delicatessen kali ini.
Kolaborasi antara AEON dan Kewpie ini dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan untuk mencuba variasi produk baru yang ditawarkan oleh AEON Delicatessen. Dengan inovasi dan kerjasama strategik ini, AEON terus komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggannya, sesuai dengan reputasinya sebagai peneraju dalam industri runcit.
Acara Treasure Hunt
Apa yang menarik untuk majlis pelancaran kali ini adalah pihak AEON mengadakan satu acara 'treasure hunt' khusus untuk para blogger dan jemputan KOL. Berdebar juga sebenarnya memikirkan treasure hunt yang macam mana agaknya mereka nak buat. Kami diberikan AEON voucher dan senarai barang untuk dicari di sekitar AEON Delicatessen. Kesemua senarai adalah produk kolaborasi bersama Kewpie. Nak kata mudah, tidaklah mudah. Bagi aku yang memang hampir setiap bulan ke AEON Cheras Selatan memang sudah tahu selok belok di sini. Tapi itu pun aku dapat tempat kelapan. Sebabnya aku konfius kaunter mana yang perlu aku bayar barang-barang treasure hunt.
Ada tiga produk AEON Delicatessen yang tersenarai dalam acara treasure hunt:
- Chili Padi Mayo Sushi Set A
- Sensational Spicy Stir Fry Beef Udon
- Chili Padi Mayo Sausage
Tiga-tiga makanan ini aku bawa balik dan bagi orang kat rumah rasa. |
Tiada ulasan
Komen