Carian

AEON Fashion Preview 2024 : Fesyen Merentasi Usia dan Ukuran

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk menghadiri AEON Fashion Preview untuk koleksi yang dilancarkan untuk Jun 2024 pada 27 Jun 2024 yang lalu berlangsung di AEON Cheras Selatan. Menariknya untuk AFP 2024 kali ini, AEON sekali lagi membawakan idea yang kreatif dan inovatif dalam acara pertunjukkan fesyen mereka. Bersesuaian dengan tema fesyen merentasi usia dan ukuran, pertunjukan fesyen untuk koleksi-koleksi terbaru diadakan di pasaraya AEON Cheras Selatan untuk menampilkan kesinambungan dengan rutin  harian membeli-belah. 

Model-model yang dibawakan bukanlah sembarangan model kerana mereka semua adalah daripada pelbagai saiz dan umur. Kebiasaannya kita akan tengok model-model yang tinggi dan langsing sahaja menggayakan fesyen-fesyen di atas 'fashion runaway', kan? Pihak AEON memang sangat kreatif dan inovatif dalam membawakan gaya-gaya terkini dalam pertunjukkan fesyen mereka. Memang aku katakan, idea mereka adalah di luar kotak!

AEON Fashion Preview 2024

Takumi Jeans digayakan oleh Warga Emas

Jarang-jarang untuk kita fikirkan warga emas diberikan 'spotlight' dalam dunia peragaan fesye tetapi pihak AEON memberikan laluan kepada mereka untuk menggayakan Takumi Jeans semasa di AFP 2024. Takumi Jeans merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan denim artisanal berkualiti tinggi dari Okayama, Jepun. Jeans mereka bukan sahaja mesra alam dan tahan lasak, tetapi juga membawakan gabungan yang sempurna bersama gaya moden, sesuai untuk mereka yang matang. Kolaborasi AEON dan Takumi Jeans menggambarkan komitmen AEON terhadap fesyen berkualiti tinggi dan kaya budaya yang menghormati keanggunan warga emas.

AEON Fashion Preview 2024 Takumi Jeans


Michiko Ohashi dan Fesyen 'Plus-Sized'

Selain daripada membawakan warga emas dalam pertunjukkan fesyen mereka, pihak AEON juga mempamerkan inklusiviti mereka dengan membawakan salah seorang bintang J-Pop kumpulan Big Angel dan kolaborator khas majalah al farfa, Michiko Ohashi. Beliau bukan sahaja memodelkan koleksi plus-sized tetapi juga mengetuai usaha inklusiviti di AEON Fashion Preview 2024. Ya, beliau sendiri hadir di AFP 2024 dan berjalan di atas landasan fesyen untuk menggayakan koleksi khas untuk golongan plus-sized dengan penuh keyakinan dan keterampilan. Penglibatan Ohashi membuktikan bahawa tidak kira apa ukuran badan, semua orang layak dan berhak untuk bergaya dengan gaya mereka tersendiri dengan yakin. Kolaborasi ini menunjukkan AEON sangat menitik beratkan fesyen yang boleh diakses oleh semua orang.

Peluang Meneroka Pasaran AEON bersama pereka-pereka ASEAN

Dalam AEON Fashion Preview kali ini, AEON menjemput lima pereka dari jenama terkemuka ASEAN untuk menggalakan pertukaran gaya merentas negara dan memacu kemajuan pembangunan dalam dunia fesyen. Usaha ini adalah untuk mewujudkan sebuah platform untuk mempamerkan rekaan-rekaan inovatif dan kepelbagaian budaya antara negara di Malaysia. Dengan memanfaatkan pengaruh dan capaian AEON yang luas, pereka-pereka ini berpeluang untuk berhubung dan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan baru, mengembangkan lagi kehadiran jenama mereka serta menyumbang kepada industri fesyen yang dinamik dan inklusif.

Siapakah pereka-pereka ini dan jenama apakah yang mereka bawa?

AEON Fashion Preview ASEAN Designers

Andrew Smith

Diketuai oleh pereka Achmad dari Indonesia, Andrew Smith terkenal dengan rekaan pakaian lelaki yang berkarisma menggabungkan rekaan tradisional dan kotemporari. Dalam menawarkan kepelbagaian pakaian dan aksesori, Andrew Smith memastikan pakaian mempunyai keseimbangan antara gaya, keselesaan dan kefungsian untuk para pelanggan. Jenama ini sudahpun mempunyai beberapa stor fizikal di Indonesia dan juga secara atas talian.

Cardinal (CDL)

Sebuah jenama Indonesia sejak tahun 1973 yang ditubuhkan oleh PT Multi Garmenjaya. Dalam AFP 2024, rekaan fesyen CDL diketuai oleh pereka Leo dan Safei, terkenal dengan pakaian yang serba boleh dan bergaya untuk lelaki dan wanita. Rekaan CDL menggabungkan keselesaan dan gaya kotemporari. Jenama ini berfokuskan kepada inovatif dan kelestarian dalam fesyen mereka. Jenama ini mengekalkan harga mampu milik sambil mengikuti rentak fesyen global yang terkini dengan hubungan baik di seluruh Indonesia dan kewujudan atas talian.

M.Gee

Satu lagi jenama daripada Indonesia sejak tahun 1990 yang diperkenalkan oleh PT. Multi Garmentama di Bandung. Koleksi pakaian M.Gee adalah pakaian berkualiti tinggi, khusus untuk pekerja industri dan peneroka. Antara koleksi M.Gee adalah seluar kargo dan jaket. M.Gee menekankan kepada bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak sesuai untuk pasaran meraka. Pasaran M.Gee bukan sahaja sudah menembusi Singapura dan Malaysia, malah juga telah menembusi pasaran Arab Saudi.

Finix

Ditubuhkan oleh Leonard Cheong, dari Singapura pada 2019, membawakan gaya yang pelbagai dengan fabrik kreatif, mempromosikan ekspresi diri dan keselesaan. Finix menawarkan tiga rangkaian pakaian, keperluan harian (FORM), athleisure (FIT) dan sedia untuk dipakai (FLOW).

Kanzi

Satu lagi jenama dari Singapura yang diketuai oleh pereka Muhammad dan Liza, terkenal dengan pakaian formal elegan. Rekaan Kanzi dihasilkan daripada kain Ikat tenun tradisional yang megintegrasikan elemen moden dan tradisional. 

Menaungi Budaya Pop dan Gaya Hidup Aktif

AEON terus mempamerkan inklusiviti gaya hidup dan fesyen dalam AFP dengan persembahan khas oleh penari-penari dengan gaya anime bersama pakaian Jujutsu Kaisen. Siri terbaru Jujutsu Kaisen membolehkan peminat meraikan watak kegemaran mereka melalui pakaian yang diinspirasikan oleh anime tersebut. Selain itu, AEON memperkenalkan JKids Sports dan rangkaian pakaian aktif baru, Appetite, dengan slogan "Hungry For Action," mempromosikan gaya hidup yang aktif dan bertenaga.

AEON Asian Preview 2024 JKids


Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON, menyatakan, "Gaya hidup aktif adalah penting untuk kesejahteraan kedua-dua golongan muda dan tua, memupuk kesihatan, vitaliti, dan rasa komuniti merentasi generasi."

Untuk maklumat lanjut tentang AEON Fashion Preview 2024, boleh layari : https://aeonretail.com.my/fashion/afp/june24/

Tiada ulasan

Komen