Carian

Memaparkan catatan dengan label AEON Retail. Papar semua catatan

Fashion Urban Explorer oleh STADS di AEON Retail

Selepas pandemik melanda, aku perasan fesyen-fesyen sudah berubah. Kalau dulu kita cuma ada baju sukan khas untuk bersukan, baju untuk masuk hutan ada baju khas untuk masuk hutan. Selepas pandemik, orang sudah mula buat gabungan gaya antara aktiviti dan santai semakin meluas sekarang ni, antaranya 'athleisure'. Dan sekarang buat pertama kalinya aku dengar perkataan 'Urban Explorer' masa datang ke sebuah majlis pelancaran jenama STADS di AEON Cheras Selatan yang berlangsung pada 23 Jun 2024 baru-baru ini. 

Fesyen Urban Explorer oleh STADS ini merupakan sebuah kolaborasi khas AEON dengan seorang pereka fesyen dari Indonesia, khusus untuk pelanggan AEON yang sukakan gaya peneroka tetapi santai serta mahukan rekaan dan pakaian yang praktikal bukan sahaja untuk masuk hutan atau ke sungai malah untuk pakaian harian.

AEON STADS Urban Explorer Fashion

Pencarian Duta Kids Republic AEON Berakhir

Pada hujung tahun 2022, pihak AEON ada mengumumkan bahawa mereka dalam misi pencarian duta untuk jenama baru, iaitu Kids Republic AEON. Selepas enam bulan saringan dengan 1706 pernyertaan, akhirnya pihak AEON telah berjaya menyenarai pendekkan seramai 24 finalis. Kesemua finalis ini berentap secara langsung di pusat membeli belah IOI City Mall Putrajaya pada 24 Jun 2023.
Di samping menobatkan Duta Kids Republic AEON, AEON juga mengumumkan pelancaran satu program eksklusif untuk para ibu bapa, iaitu Kelab Very Important Parents (VIP).