Carian

Memaparkan catatan dengan label Mid Autumn Festival. Papar semua catatan

Perayaan Kuih Bulan 2024 - Kuih Bulan Pilihan Pelanggan AEON

 Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke majlis anugerah kuih bulan pilihan pelanggan bersempena Mid-Autumn Festival / Mooncake Festival di AEON Cheras Selatan. Mid Autum Festival ataupun dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan kaum Cina di Malaysia selain daripada sambutan Tahun Baru Cina. Menariknya, nama perayaan kuih bulan diberikan adalah kerana pada tarikh jatuhnya pertengahan musim luruh atau mid-autumn, bulan tengah mengambang penuh. Diinspirasikan daripada bulan yang sedang mengambang cantik inilah terhasilnya kuih bulan. Sebab itu nama perayaan ini boleh jadi Perayaan Musim Pertengahan Luruh (Mid Autumn Festival) atau Perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival).

Aku memang suka bila datangnya musim Perayaan Kuih Bulan. Nanti di pusat beli belah ada banyak gerai-gerai kecil yang jual kuih bulan dengan pelbagai corak dan perisa. Perisa yang wajib beli adalah perisa kacang merah bersama biji teratai. Amalan membeli kuih bulan waktu Mid Autum Festival ni sebenarnya datang dari mak aku. Nak kata kami ada keturunan darah Cina, adalah sikit kot. Arwah moyang aku memang Cina Tanah Besar yang datang Tanah Melayu dan masuk Islam. Jadi, kira adalah kan?
mooncake festival aeon

Memandangkan mak aku memang selalu belikan kami anak-anak kuih bulan waktu perayaan kuih bulan, aku bawa amalan tu pada anak-anak aku. Dan memang anak-anak aku suka makan kuih bulan, terutamanya Wildan. Kalau ada rezeki lebih berbagai perisa kami beli dan cuba. Jangan tak tahu, variasi pilihan perisa untuk kuih bulan di pasaran sangat banyak, sehingga ada yang versi sejuk beku atau aiskrim juga!