Carian

Perintah Kawalan Pergerakan : Situasi Covid-19 Malaysia

Assalamualaikum dan hai.

Apa khabar rakyat Malaysia sekalian? Aku harapkan yang sedang membaca dalam keadaan sihat dan masih waras. Almaklumlah dah masuk dua minggu duduk dalam rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Rasanya semua sedia maklum kenapa Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan secara mengejut pada tarikh 16 Mac 2020 tempoh hari. Wabak virus Covid-19 sekarang dikategorikan sebagai PANDEMIK oleh World Health Organisation. Dan, kes-kes baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih dalam bilangan ratusan.

Kalau ikutkan aku cuba mendiamkan diri daripada bercerita tentang isu wabak Covid-19 sebab aku bukanlah pakar, malah bukan ahli medik pun. Cuma seorang rakyat marhaen yang mengambil berat tentang isu semasa. Oleh itu, terasa terpanggil untuk mengajak semua orang untuk sama-sama patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan lagi pihak Kementerian Kesihatan dan mula mewar-warkan untuk rakyat menjaga kesihatan, kerap basuh tangan. Malah fakta-fakta asas tentang Covid-19 juga dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan supaya rakyat lebih cakna dan mengambil tindakan bagi mengelakkan daripada berjangkit.


Beli Belah Di Getha Online Shop

Assalamualaikum dan hai!

Lama juga rasanya tak singgah blog ni. Sejak awal tahun 2020, bermacam-macam hal yang berlaku sampaikan memang kekangan masa untuk menulis blog. Draft memang banyak tapi masih tak sempat lagi nak siapkan semuanya. Ini pun sempat curi masa alang-alang rakyat Malaysia diarahkan untuk mengawal gerakan bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

InsyaAllah cerita Covid-19 nanti kita kupas dalam entri lain. Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman membeli bantal secara online di kedai ternama Getha. Ye, boleh beli online sahaja sekarang. Nak-nak zaman sekarang hampir semua benda boleh dibeli secara online.

getha online shop


First Impression: Smoothing Exfoliator Forever Living

Assalamualaikum dan hai!

Sejak aku semakin rajin berblog, aku nak ubah sikit gaya menulis dan susun atur entri-entri aku yang akan datang. Maklumlah dah masuk tahun 2020, kena ada perubahan yang lebih baik dan lebih tersusun kan.

Kali ini aku nak berkongsi tentang satu produk keluaran Forever Living. Bagi yang dah lama follow blog ni memang tahu aku rajin berkongsi pasal produk Forever Living. Kali ini aku nak cerita pasal Smoothing Exfoliator Forever Living.

Sebenarnya, aku pernah ada review pasal scrub lain keluaran Forever Living juga. Tapi yang itu namanya Aloe Scrub yang boleh digunakan untuk muka dan badan. Boleh baca lebih lanjut pandangan aku pasal Aloe Scrub dekat link ni ya.

forever living smoothing exfoliator


Drama Realiti Melayu : Kampung People

Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.

Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.

Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.

kampung people


#SLMscLife EP2 : Mendaftar Sebagai Pelajar Pascasiswazah

Assalamualaikum dan hai!

Baca tajuk pun dah tahu nak cerita pasal apa kan? Yes, semestinya nak bercerita tentang bagaimana aku boleh 'terjebak' mendaftar sebagai pelajar siswazah. Sebenarnya perancangan untuk sambung belajar memang dah lama ada. Cuma terbantut-bantut sebab aku nak susun dulu kehidupan dengan baik. Nak pula dah ada anak dan komitmen makin lama makin bertambah. Kita susun satu-satu dulu.

Keputusan untuk sambung belajar ni berkali-kali juga difikirkan. Dari sejak graduate (tahun 2015) lagi memang dah tercari-cari program dan tempat untuk sambung. Setiap 6 bulan mesti akan tengok kursus-kursus dan universiti yang ada untuk program Master secara online. Sambil mencari tu, mencari juga dana-dana mana-mana untuk biasiswa juga. Sambung belajar bukan percuma okay.

slmsclife , daftar pascasiswazah, postgraduate