Carian

Perintah Kawalan Pergerakan : Situasi Covid-19 Malaysia

Assalamualaikum dan hai.

Apa khabar rakyat Malaysia sekalian? Aku harapkan yang sedang membaca dalam keadaan sihat dan masih waras. Almaklumlah dah masuk dua minggu duduk dalam rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Rasanya semua sedia maklum kenapa Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan secara mengejut pada tarikh 16 Mac 2020 tempoh hari. Wabak virus Covid-19 sekarang dikategorikan sebagai PANDEMIK oleh World Health Organisation. Dan, kes-kes baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih dalam bilangan ratusan.

Kalau ikutkan aku cuba mendiamkan diri daripada bercerita tentang isu wabak Covid-19 sebab aku bukanlah pakar, malah bukan ahli medik pun. Cuma seorang rakyat marhaen yang mengambil berat tentang isu semasa. Oleh itu, terasa terpanggil untuk mengajak semua orang untuk sama-sama patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan lagi pihak Kementerian Kesihatan dan mula mewar-warkan untuk rakyat menjaga kesihatan, kerap basuh tangan. Malah fakta-fakta asas tentang Covid-19 juga dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan supaya rakyat lebih cakna dan mengambil tindakan bagi mengelakkan daripada berjangkit.



Kami sekeluarga, sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula lagi memang tak pernah keluar rumah. Pergi beli barang, pos barang pun semua suami yang buat. Dan memang bila dia balik tu, dia terus mandi, baju yang dipakai terus basuh. Nampak macam paranoia. Tapi mengetahui betapa senangnya Covid-19 ni merebak yang tidak mengenal usia, tidak mengenal siapa, langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Dan sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Malaysian Health Coalition telah mengeluarkan garis-garis panduan yang boleh kita ikut untuk menjaga keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan berjangkit dengan Covid-19 dan juga mengurangkan bilangan kes baru dalam Malaysia.

malaysia health coalition restriction movement order 2020

Bahasa inggerisnya 'social distancing' iaitu jarakkan sebarang kontak. Sekarang dah sampai tahap pihak askar untuk tolong polis mengawal keadaan sebab masih ramai yang tidak mengambil berat tentang ini.

Kalau korang nak tahu, kalau sekalipun seseorang itu negatif Covid-19 tetapi ada kontak rapat dengan orang positif Covid-19, berkemungkinan besar dia adalah pembawa virus (carrier) dan inilah yang menakutkan. Sebab dengan jarak kurang dari 1 meter, kita bersalam, langgar bahu, berkemungkinan virus boleh berpindah. Seram ok.

So, tolonglah jaga jarak bila berada di luar.


malaysia health coalition restriction movement order 2020

Jangan takut nak hubungi pihak Kementerian Kesihatan secara atas talian. Buat panggilan dulu bagitahu kondisi dan simptom kita. Mereka lebih tahu sama ada kita perlu untuk diambil swab test atau tidak. Minta bercakap benar supaya mereka boleh tolong kita. Dan pada masa yang sama kita tolong juga diri kita sendiri.


malaysia health coalition restriction movement order 2020

Sekarang nak bergerak dari satu negeri ke satu negeri tidak dibenarkan melainkan atas urusan yang sangat-sangat penting dan perlukan pelepasan daripada pihak polis. Kami pun, anak seorang di kampung. Nak tak nak tunggu sahaja sampai pihak kerajaan benarkan untuk bergerak dari satu negeri ke satu negeri. Oklah, sekolah pun tutup, kan.

Dan buat masa sekarang yang mana duduk kawasan red zone, jangan balik kampung dulu. Takut kita pula yang pembawa virus. Sebab di Itali tempoh hari, punca jadi kes dan kematian meningkat mendadak adalah kerana mereka pulang ke kampung masing-masing!

malaysia health coalition restriction movement order 2020

Ini nasihat yang dah lali didengari, kan? Naik bosan. Aku tahu bagi sesetangah orang duduk rumah lama-lama tanpa keluar langsung memang boleh separuh gila sebab hari-hari buat benda yang sama, hadap benda yang sama. Tapi, tolong ikut nasihat ni. Rancanglah aktiviti-aktiviti dalam rumah. Sekarang ni dalam smartphone boleh download game-game untuk main ramai-ramai macam houseparty dan plato.

malaysia health coalition restriction movement order 2020

Daaaaan, ini lah pesanan KKM sejak dari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Basuh tangan seeloknya dengan sabun. Hand sanitizer hanya bila keadaan air tiada. Janganlah borong semua hand sanitizer dan yang berniaga hand sanitizer janganlah jual harga cekik darah. Kami kat rumah, rata-rata semua pakai sabun, melainkan salah seorang keluar rumah untuk urusan beli barang dan sebagainya. Bila dia balik, memang sanitize kereta, baju basuh terus, tuan badan kena mandi terus. So, jangan lupa basuh tangan tau.

Terakhir sekali aku nak pesan tolong-tolong sangat untuk periksa kesahihan sebarang berita berkenaan Covid-19. Dengan dunia sekarang semua dihujung jari, maklumat senang diputar belitkan, berita-berita palsu bersepah. Jangan sesuka hati nak sebarkan bila dapat. Dapat info baru, periksa dulu kesahihannya ya. Supaya kita tak bawa fitnah. Bahaya tau berita palsu ni.

Korang boleh follow semua platform media sosial Malaysian Health Coalition untuk info dan berita tentang Covid-19. InsyaAllah semuanya maklumat yang disahkan oleh pakar-pakar yang sekarang bertugas sebagai barisan hadapan untuk pertahanan menentang Covid-19.

Facebook: 
Twitter:
Instagram:
LinkedIn:



So, jaga diri dan #StayAtHome tau!

1 ulasan

  1. Malaysia's top Digital Marketing service provider with proven results.
    Facebook, Instagram, Twitter Marketing, SEO, PPC Ads & more.
    Click here to visit our website.

    BalasPadam

Komen