Carian

Aloe Lips - Pelembap Bibir PALING BEST!

Assalamualaikum

Jarang-jarang nak bercerita pasal barang kecantikan (beauty products) tapi untuk entri kali ni rasanya nak juga kongsi sebab ini produk paling best dan rasanya taknak cari yang lain dah.

Aku tahu ramai orang ada masalah bibir kering. Lagi-lagi orang perempuan kan?
Aku dari zaman sekolah rendah lagi merana. Tiap-tiap hari mesti kena pakai lipbalm. Dan biasalah pakai lipbalm ni nampak macam berkilat sikit. Memang kena cop juga mengada. Haha.
Kalau bulan puasa, siap ada yang tanya takpe ke pakai lipbalm ni.


aloe lips



Masalah bibir kering bukan sebab kurang air dalam badan je sebenarnya. Faktor lain yang menyumbang pada masalah bibir kering boleh jadi cuaca, pemakaian lipstik yang ada bahan yang mengeringkan kulit, terdedah pada matahari tanpa perlindungan.
Kalau bagi nasihat 'minum air' memang dah muak sebab sehari memang banyak je minum air masak. Bibir tetap kering juga.

So, sejak dari sekolah dah macam-macam brand lipbalm dah cuba. Yang mahal, yang murah. Dah tak ingat dah setahun berapa banyak lipbalm dok beli. Vaseline pun pernah cuba dah.  Masalah aku dulu adalah, tak boleh skip walaupun sehari dari pakai lipbalm ni. Kalau tak, esoknya mesti mula kering sampai nak berdarah.

Kisahnya tahun 2015 selepas habis belajar, mak syorkan pakai Aloe Lips dari Forever Living ni. Masa tu skeptikal juga sebab dah banyak jenis lipbalm dah, tapi masalah sama je. Lagi-lagi kalau tidur. Kering juga bibirnya.

Aku pun cuba je lah sebab ada aloe vera yang terkenal dengan agent pelembap.

And, surprisingly I fell in love! Pakai sebelum tidur, memang tahan sampai bangun tidur. Biasa lipbalm lepas 2-3 jam, memang dah hilang dah moisture dia. Tapi Aloe Lips ni tak. Dia tahan macam baru letak tau. Dan satu lagi, terskip satu hari tak pakai, tak risau dah sebab bibir tak kering teruk.

aloe lips


Sejak tahun 2015 dah masuk 3 batang ALOE LIPS yang aku pakai. Memang puas hati dan memang akan pakai Aloe Lips ni sahaja. Sebatang pun murah je, tak sampai RM15 pun.

So, korang ada lipbalm favourite tak?
Boleh share favourite lipbalm korang.


Tiada ulasan

Komen