Carian

Topeng muka kecantikan dari ID.AZ

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama tak bercerita pasal produk kecantikan. Kali ni, nak bercerita pasal topeng muka kecantikan, atau nama dalam bahasa Inggerisnya 'beauty mask'.

Okaylah, sebenarnya mask ni dapat dari team Butterfly Project yang membuka tawaran untuk mencuba dan memberi pandangan supaya dapat berkongsi maklumat dengan korang semua.

Kalau nak tahu, aku dapat mask dari ID.AZ Dermastic. Rasanya bagi peminat kecantikan (beauty enthusiasts) terutamanya Korean products, jenama ID.AZ Dermastic ni taklah asing sangat kan? Lagipun dekat kedai-kedai Watson terpilih ada jual mask dari jenama ni. Nanti pergi cari ya.

ID.AZ Derm Review



Pernah terfikir tak, kenapa ID.AZ Dermastic?

Nama ID.AZ ini merupakan gabungan dua perkara: ID dan AZ.

Nama ID sebenarnya nama sebuah syarikat kosmetik/rawatan kosmetik di Korea ID Group. ID Group ni siap ada hospital khusus untuk rawatan kosmetik dan ada juga syarikat agensi hiburan yang melahirkan artis-artis ternama Korea.

Kemudian, perkataan AZ sebenarnya bermaksud A-Z yang bermaksud merekat melibatkan semua faktor dan cara dalam dermatologi kosmetik dari A sampai Z lah. Maka, terhasil nama ID.AZ Dermastic.

Panjang pula cerita pasal asal usul nama ID.AZ  Dermastic ni.

Sebelum letak muka sememeh yang tak seberapa, aku nak cerita sikit perkara penting sebelum korang mulakan rutin topeng muka kecantikan terutamanya sheet mask.

Pertama sekali, pastikan rutin kecantikan kulit yang asas: cleanse (mencuci), toner (penyegar) dan moisturizer (pelembap), sudahpun kukuh dan memang menjadi rutin harian. Dalam semua review produk aku ulang bab ini sebab produk yang aku review adalah produk rutin tambahan. Kalau tak kuat lagi rutin asas, takkan dapat hasil hanya dengan rutin tambahan ni.

Keduanya, kena kenal pasti fungsi sheet mask yang hendak dipakai supaya korang boleh dapat hasil yang dikehendaki. Jangan beli ikut trend sangat. Yang sakit kemudian hari, bukan orang lain tapi korang sendiri. So, banyakkan membaca.

DERMASTIC WATER-FIT MASK
Mask pertama yang aku cuba adalah Dermastic Water-Fit Mask. Dekat packaging mask tertulis perkataan 'hydrating' iaitu satu fungsi yang memang aku tengah cari sangat. Kebetulan masa ni kulit asyik mengering je. Asyik menggelupas dan terasa kulit kasar. Memang sesuai sangat nak cuba.

ID.AZ Derm Water Fit Mask Review

Mask ini merupakan Water Aura Moisturizer Mask.  Nama pun ada aura, memberikan makna menarik air ke kulit. Lebih kurang macam tulah.

Fungsi sheet mask yang ini adalah untuk memberi kelembapan pada kulit, of course! Sepanjang aku berjinak dengan dunia beauty ni, aku perasan kalau kulit tak cukup lembap masalah pertama yang singgah ialah kulit menggelupas atau kering dan mulalah jerawat naik berjemaah dengan sakan. Jerawat yang naik bukan yang besar tapi yang halus macam berpasir atas muka.

Key ingredient : Seawater + Hydrolyzed Collagen + Sodium Hyaluronide
Bahasa mudah: air laut, collagen yang lebih halus dan garam asid hyaluronid

Bahan paling terkenal untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit adalah asid hyaluronik. Dan bahan yang terkenal menganjal dan meremajakan kulit adalah kolagen. Kalau perasan, dua dari bahan adalah dua bahan yang bagus untuk memberi kelembapan dan keanjalan pada kulit. Sebab tu aku mulakan dengan mask ni. Nak mendapatkan kelembapan kulit dulu.


DERMASTIC BRIGHT-FIT MASK
Mask kedua yang aku cuba adalah Dermastic Bright-Fit Mask. Mask ni ada tertulis perkataan 'brightening' yang bermaksud membantu untuk mencerahkan kulit. Sebenarnya lebih kepada memberi seri kepada kulit. Biar tak nampak kusam. Beza dengan memutihkan kulit ya. Dua istilah ni: mencerahkan dan memutihkan kulit mempunyai maksud yang berbeza.

ID.AZ Derm Bright Fit Mask Review

Key ingredient: Pearl extract + Portulaca Oleracea extract + Berry Complex
Bahasa mudah: Ekstrak mutiara, ekstrak sejenis pokok nama Portulaca Oleracea dan kompleks buah beri.

Semua bahan ni adalah bahan yang kaya antioksida. Bahan yang kaya dengan antioksida sangat bagus untuk membantu mencerahkan kulit. Aku pernah review satu serum antioksida dari Sanny and Joleen. Boleh baca review penuh kat link ni ya:


DERMASTIC GOLD-FIT MASK
Mask yang ketiga adalah sejenis mask berbentuk hydro-gel. Bukan sheet mask macam Dermastic Hydra-Fit dan Dermastic Bright-Fit Mask. Mask Dermastic Gold-Fit Mask ni ada gold a.k.a emas. Mask ini ada tertulis 'nutrition' yang bermaksud konsep mask ini lebih kepada memberi nutrisi dan menyihatkan kulit. Key ingredient memang bagus untuk kulit.

ID.AZ Derm Gold Fit Mask Review

Key ingredient: Gold + Honey + Propolis + Royal Jelly + Red Ginseng
Bahasa mudah: Emas, Madu, Propolis, Jeli Raja dan Ginseng merah

Ada tiga bahan yang memang aku suka dan tahu sangat bagus untuk kulit: madu, propolis dan jeli raja. Tiga-tiga ini berasal daripada sarang lebah. Produk dari lebah memang bagus untuk kesihatan dan kulit tau. Emas dan ginseng merah ni selalu juga baca kebaikan untuk kulit tapi tak pernah lagi guna. So, dalam satu mask dapat pakej lima bahan yang sangat bagus untuk kulit. Wow sangat!

ID.AZ Derm Gold Fit Mask Review

SEBELUM DAN SELEPAS
Ini gambar sebelum dan selepas aku pakai mask-mask ini selama sebulan lebih.


Tak pasti sebenarnya ada nampak perbezaan ke tidak dalam gambar, tapi secara peribadinya, memang ada perbezaan yang aku rasa sendiri. Tak cukup kalau tunjuk gambar je sebenarnya. Nak zoom pun, bukan pakai camera DSLR. 

Bila sebenarnya nak pakai mask-mask semua ni?

Saranan aku pakai sebagai rutin malam untuk setiap minggu. Kalau korang jenis rajin pakai mask setiap malam, rasanya tak ada masalah kalau nak pakai sheet mask setiap malam. Tapi, aku lebih selesa jadikan sheet mask sebagai rutin mingguan yang dibuat pada sebelah malam. Sebab lepas pakai mask, tinggal tepuk-tepuk sikit saki baki dari mask dan terus masuk tidur!

Review Mask ID.AZ

Sekarang part yang paling dinantikan untuk diceritakan pada korang: REVIEW.

1. Dermastic Hydra-Fit Mask

First impression aku adalah dia akan memberi kesan terus (immediate effect) selepas memakai sheet mask ni. Memang ada immediate effect tapi tak lama. Sebab esoknya ada lagi bahagian yang menggelupas. Sikit tak banyak. Lepas pakai kali kedua baru kesan yang memuaskan. Selang pakai 4 hari.

2. Dermastic Bright-Fit Mask

Sama seperti di atas, aku menganggap untuk dapat immediate effect. Lepas pakai je mask, tengok cermin memang tak ada beza sangat pun. Dari segi memberi kelembapan memang ada. Dari segi mencerahkan kulit tu tak nampak sangatlah. Mungkin kalau rajin pakai seminggu dua kali dalam masa sebulan boleh nampak hasilnya.

3. Dermastic Gold-Fit Mask

Memandangkan ini hydro gel mask, mask ini agak sensitif. Salah pegang boleh terkoyak! Dan memang pertama kali pakai koyak sikit bahagian dahi. Jadinya main tampal letak atas muka. 

Pertama kali pakai, ada terasa rasa sengat-sengat sikit pada kulit. Sangat sikit macam gatal-gatal tapi bukan sepanjang pakai rasa. Kali kedua pakai tak rasa apa pun dah. Selang pakai dalam 7 hari tak silap. Untuk mask ni, kesan lepas dah buka mask sampai esok! Bangun pagi tu, kulit nampak berkilat dengan essence dari mask semalam. Dia agak melekit sikitlah.

Perbezaan sebelum dan selepas secara keseluruhan
1. Tiada lagi kulit menggelupas. Ini masalah hampir berbulan sebenarnya. Serius rasa nak give up dah untuk cari produk. Bila pakai ID.AZ sheet mask, selepas beberapa kali pakai memang tak ada dah masalah kukit kering. 

2. Parut jerawat hilang dalam masa dua ke tiga minggu. Aku memang ada masalah parut jerawat yang jadi hitam. Kalau nampak gambar sebelum, ada seketul. Yang selepas pun ada sebab jerawat baru je surut dua hari. Tak boleh terus hilang parutnya. Tapi kalau disiplin, boleh nampak keberkesanan. 

Rasanya itu sahaja yang rasa berbeza selepas sebulan pakai.

Kesimpulannya, daripada tiga-tiga ID.AZ Dermastic Mask ni, aku paaaaling suka Dermastic Gold-Fit Mask. Memang akan pergi cari sendiri di Watson lah lepas ni. Pertama sebab dia hydro gel yang mana pada aku seronok pakai. Kedua sebab kesan lebih lama. Selang sehari dua hari masih rasa kulit best.

Kesemua jenis mask dari ID.AZ Dermastic boleh dicari di kedai-kedai Watson terpilih. Atau, cari sahaja secara online. Masuk cart dan pilih pick up atau delivery. Senang sangat! 

Harga untuk setiap mask merangkumi dari nilai RM12.90 ke RM15.90 satu. Kalau Watson ada buat offer, terus grab tau! Sebab berbaloi untuk cuba ID.AZ Dermastic Mask ni.

Terima kasih sudi singgah dan baca.
Kalau korang pernah try mask dari ID.AZ Dermastic ni, boleh kongsikan pengalaman.
Mana tahu bermanfaat untuk orang lain kan?

30 ulasan

  1. Thanks for sharing. At first I ingat Topeng Muka tu makan topeng. But after clicking it, it's beauty mask!
    Thanks for sharing this beautiful post!

    BalasPadam
  2. Buat penggemar mask seperti Rawlins, terasa memang perlu Rawlins pun beli gak ID.AZ nie. And thanks for the history lesson, baru Rawlins tahu maksudnya. Unik sangat namanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Dulu selalu tertanya kenapa nama brandnya begitu. Hehe. Rawlins beli cepat dan kena try!

      Padam
  3. nak cuba lah yang hydrating tu!
    muka nisa pun keringgggg. suka pakai mask 20 minit pada waktu malam.
    bangun tidur muka rasa lebih fresh, lagi2 kalau esoknya tu nak kena mekap muka nii untuk shooting ke apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! pakai mask sebelum tidur, memang akan terus nampak effect bila bangun tidur. try yang gold mask tu. serius lepas bangun tidur macam baru je lepas buka mask. hehe.

      Padam
  4. dulu masa bujang rajin juga pakai mask muka. lebih kepada nak moisture kulit muka la sbb keje aircond, rumah aircond.risau kulit kering.

    Setuju dengan kenyataan, kena kukuhkan rutin penjagaan muka yang asas..kalau x, memang jenuh nak dpt good effect dari pemakaian beauty mask ni..

    sekarang, dah anak 3, dgn baby 11 bulan ni, nan hado lah mak nak sempat pakai mask. baring nk tido kan baby, langsung mak tido skali.ahahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. feel you..... dulu masa start ada anak satu pun dah mula kacau bilau rutin esp yang additional macam pakai mask ni. tapi bila mengandung anak kedua, masa tu hormon nak bercantik je. start lah balik rajin. sampailah sekarang. anak2 pun tahu maknya suka masuk kedai hijau(watson) dan kedai oren(guardian). upah teman mak shopping dapat chewy vitamin c dan wet tissues. haha

      Padam
  5. Tengok orang review kat ig memang berkesan sangat ! No wonder kalau menjadi sangat dengan kulit. Terima kasih untuk info ni.

    BalasPadam
  6. Banyak juga dapat pelbagaj jenis mask masa g event cuma ksg tu malas nak guna dan campur2 so stgh bagi orang. Ni pun kira jenama baharu dengar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenama ni dekat Malaysia hampir setahun dua juga rasanya tapi tak diwar-warkan macam brand lai. Sebenarnya berbaloi sangat lagi-lagi kalau beli masa tengah promosi. Sebab mask bukan pakai setiap hari pun.

      Padam
  7. I dah cuba kesemuanyya tapi I paling suka yang EMAS punya.. dah la sejuk lepas tu kulit nampak lebih cerah... paling penting tak ada rasa melekit lepas i removed the mask from my skin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Yang emas ni memang nampak effect kan? Masa pakai pun best sangat dengan hydrogel yang sejuk2 tu.

      Padam
  8. nampak maca menarik. terima kasih atas perkongsian ya. saya pun jarang pakai mask, sebab biasalah, lelaki kurang sikit bab menjaga kulit muka ni. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fahaaaaam sangat. Tapi sesekali kena ada buat juga. Hehe.

      Padam
  9. Oh kat Watson ada Juan product nie. Leh la carik nanti and try it. Before this I only use Innisfree paper mask.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kat Watson. Better cari dekat Watson yang besar. Kalau yang kecil2 jarang ada. But then, kat online sentiasa ada.

      Padam
  10. penggunaan mask ni penting dalam rutin kecantikan.. yang best masalah kulit banyak selesai lepas guna mask ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Biasa mask ni memang fungsi untuk bantuk skincare routine harian kita. Macam pergi medispa lah. Cuma ni buat sendiri. Hehe

      Padam
  11. dah lama BBL tak pakai mask ni. nampak ada perbezaan lepas & sebelum guna. menarik nie.. boleh la BBL cuba satu

    BalasPadam
  12. Mask memang menjadi rutin tambahan. Seminggu skali wajib pakai. Kalau tak rugi je pakai rutin asas sbb tak penah exfoliate. Ikut cara korea kalau nak cantik muda amal 5step. Nk cantik kena rajin kan. 😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena rajin. tak rajin, susahlaaa. cara korea ada banyak. ada yang 5step, ada yang 7step ada yang 10 step! ikutlah mana yang sesuai dan selesa. sebab kulit lelain kan.

      Padam
  13. Good product made from natural ingredients from Korea - will definitely check them out at the stores soon.

    BalasPadam
  14. Yup sesekali pakai mask utk tambahan dalam rutin harian. Nampaknmenarik mask ni.. Lagi yang gogold tu.. Boleh dicuba.. Banyk kelebihan mask ninye..

    BalasPadam
  15. Ramai kata mask DR Az ni best. Liez nak try jugak lah nanti sebab macam best je terutama sekali yang gold mask tu. Tertarik habis

    BalasPadam
  16. Marina suka gak pakai mask ni. Lepas pakai mask muka rasa segar je. ID.AZ ni baru first time dengar. Nanti bolehla cari kat watson

    BalasPadam
  17. i pernah dengar brand ni tapi tak pernah cuba. tapi ramai yg bagi pandangan positif lepas berguna...agak menarik juga sebenarnya

    BalasPadam
  18. Sis ni mmg suka pakai mask..tapi mask ni first time dgr. Bolehlah nanti sis cuba..tunggu watson buat offer..hehehe

    BalasPadam
  19. suka pakai mask .. especially sebelum tido .. tapi belum pernah try lagi brand ni ..

    BalasPadam
  20. Bestttt. Sangat menggiurkan untuk membeli. Suka nak try ketiga2. Mesti yg gold tu yg paling mahal kan? Nak terjah Watsons and cari masks ni juga nanti :-)

    BalasPadam

Komen