Pada tarikh 13 Disember 2024, aku dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran satu lagi bahagian atau section dalam AEON Retail, iaitu AEON Glam Beautique di Mid Valley Megamall. Acara pelancaran ini mengumumkan bahawa AEON Mall Malaysia kini membawakan 11 jenama kecantikan antarabangsa eksklusif di bawah bahagian baru itu. Dengan lebih 3,000 produk dari 18 buah negara, Glam Beautique menawarkan pelbagai pilihan yang inovatif dalam penjagaan kulit, rambut, dan peribadi untuk pengguna di Malaysia.
Menariknya, acara kali ini sangatlah 'relatable' dengan aku yang memang hantu produk kecantikan, terutamanya produk penjagaan kulit. Bagi yang tidak tahu, AEON sebenarnya sudah ada beberapa bahagian dalam niche kecantikan seperti AEON Wellness dan Real Beauty. Namun, kehadiran Glam Beautique membawakan satu sudut pandang yang baru kerana kehadiran jenama-jenama kecantikan global yang sangat ekslusif istimewa hanya di AEON Mall.
Majlis Pelancaran AEON Glam Beautique
Dalam majlis pelancaran ini, Low Ngai Yuen, selaku Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON ada menyebut, "Pengguna produk kecantikan zaman sekarang sudah berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu. Mereka bukan sahaja lebih berpengetahuan tetapi juga berani mencuba, mencari produk berkualiti yang selari dengan nilai dan keperluan peribadi mereka."
Apa yang dikatakan itu sebenarnya betul. Dengan teknologi dan maklumat yang boleh dicapai di hujung jari, pengguna produk kecantikan semakin hari semakin berpengetahuan dan lebih cekap dalam memilih produk kecantikan. Oleh sebab itulah, pelancaran AEON Glam Beautique juga sebenarnya menyahut panggilan keperluan pengguna, terutama pelanggan setia AEON, untuk kekal relevan sebagai satu pusat beli-belah produk kecantikan yang berkualiti dan eksklusif.
Selesai majlis pelancaran, acara 'tour' bersama Low Ngai Yuen diadakan untuk mengunjungi reruai-reruai pameran yang ada. Ada sekitar 16 reruai di dalam ruang AEON Mid Valley mempamerkan produk-produk kecantikan dengan pelbagai promosi menarik khas untuk pengunjung pada hari tersebut. Antara yang menarik perhatian adalah, analisis kulit wajah percuma oleh reruai pameran ERH dan cushion engraving oleh reruai Skintific.
Lebih menarik lagi, sepanjang sesi berkunjung ke reruai-reruai ini, Low Ngai Yuen sendiri menjadi tour guide dan membawa para pengunjung singgah ke jenama-jenama pilihan peribadinya dan berkongsi pengalaman menggunakan produk-produk tersebut. Siap bagi tips lagi! Salah satu daripadanya, produk dari Turki, Eyup Sabri merupakan salah satu produk pilihannya untuk penjagaan rambut kerana wangian yang elegan dengan harga yang sangat berpatutan.
11 Jenama Kecantikan Global Baru di AEON Glam Beautique
Jenama-jenama ini membawa kepakaran, inovasi, dan warisan budaya daripada pelbagai negara:
- Eyup Sabri (Turki): Produk penjagaan peribadi dengan aroma istimewa.
- Thalgo (Perancis): Penjagaan kulit berasaskan laut untuk kulit sihat dan segar.
- Jacques Battini (Poland): Wangian mewah yang elegan.
- Roccobarocco (Itali): Produk kecantikan yang memancarkan gaya dan glamor.
- Bentley (USA): Penjagaan kulit premium untuk hasil transformasi.
- Krramel (USA): Produk penjagaan peribadi dengan formulasi moden.
- La Casta (Jepun): Penjagaan rambut botani untuk rambut semula jadi.
- Copernica (Jepun): Gabungan sains dan alam untuk penjagaan kulit.
- It’s (Jepun): Penyelesaian penjagaan rambut yang ringkas dan berkesan.
- 3650 (Jepun): Solekan minimalis untuk penampilan harian.
- Tenzero (Korea): Fokus pada penjagaan kulit yang tepat dan berkesan.
Keistimewaan AEON Glam Beautique
Glam Beautique direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah mengikut trend atau gaya terkini.
Jadi antara keistimewaan AEON Glam Beautique adalah:
- Eksklusif di Malaysia: Membawakan jenama daripada 18 buah negara buat kali pertama di Malaysia melalui AEON.
- Pilihan yang Pelbagai dan Luas: Produk-produk yang dibawakan adalah merangkumi produk penjagaan rambut mesra alam hingga wangian mewah, sesuai untuk semua gaya hidup dan bajet pelanggan AEON.
- Keisitimewaan Ganjaran AEON: Promosi eksklusif, diskaun, dan mata ganjaran khas untuk pelanggan setia AEON nikmati sepanjang membeli-belah di Glam Beautique
Kunjungi Glam Beautique di AEON Mid Valley Megamall untuk alami sendiri kehebatan produk kecantikan global ini! Untuk maklumat lanjut, layari https://aeonretail.com.my/glam-beautique/.
Ayuh terokai dunia kecantikan tanpa sempadan dengan AEON!
Tiada ulasan
Komen