Assalamualaikum dan hai
Sempena hari terakhir bulan Mac dan sementara tengah cuti sekolah ni, nak updatelah pasal Dual Language Programme yang dilaksnakan oleh sekolah kebangsaan kerajaan. Sebelum anak masuk darjah satu memang tak tahu pun pasal kewujudan Dual Language Programme ni. Nama pendek dia DLP. Aku sebenarnya antara batch awal-awal yang sempat merasa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Ingatkan selepas PPSMI diberhentikan, medium pembelajaran Sains dan Matematik jadi Bahasa Melayu sepenuhnya.
Ingat tak, hari tu ada cerita pasal Modul Transisi untuk anak tahun satu? Selepas habis modul transisi, barulah anak-anak tahun satu ditempatkan ke dalam kelas mengikut tapisan berdasarkan prestasi mereka dalam kelas. Dan ada sekolah yang buat DLP. Bergantung pada sekolah bagaimana mereka memilih pelajar untuk masuk kelas DLP ni. Sekolah tempat Wildan sekolah ni buat ujian bertulis dan ujian membaca untuk tapis pelajar masuk dalam kelas DLP dan mereka hanya buat satu kelas sahaja.