Carian

Review: Antioxidant Serum by Sanny & Joleen

Assalamualaikum.

Hai, lama dah tak review pasal produk kecantikan ataupun skincare. Kali ini nak cerita pasal satu serum yang berjaya menangkap perhatian aku.

Sebenarnya, sejak trend serum diperkenalkan, aku memang tak berani nak guna serum. Salah satu alasannya adalah dia melekit dan kulit aku mudah bagi reaksi yang tak diingin seperti naik jerawat berjemaah atau sebum overproduce. Setakat yang aku jumpa dekat kedai banyak yang melekit, kecuali The Body Shop yang Youth Drop. Ada yang tak melekit tapi, dia ada buatkan muka rasa tak selesa atau tegang tiba-tiba.



Buffet Ramadan oleh Azam Pandan Sdn Bhd di Dewan Tengku Zara, Bangi

Assalamualaikum.

Hari ni dah genap 7 hari kita berpuasa untuk bulan Ramadan 1440H. Macam mana momentum korang? Harapnya masih kuat dan boleh pecut sampai habis Ramadan lah.

Sempena masuk Ramadan ni, of course baaaanyak buffet Ramadan yang ada. Rezeki aku tahun ni, dapat jemputan ke buffet Ramadan yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd di Dewan Tengku Zara di Bangi.

Walaupun aku duduk Cheras, Bangi ni bunyinya tak jauh sebab antara masuk KL dengan pergi Bangi, lagi suka pergi Bangi. Hehe. Bila dapat jemputan tu terus bagitahu husband dan dia setuju. Yeay!

Buffet Ramadan 2019 Dewan Tengku Zara


Buat duit online tanpa berniaga.

Zaman sekarang ni sekadar makan gaji tak cukup. Kos sara hidup semakin tinggi, tapi kenaikan gaji tetap tak banyak. Harga rumah, kereta dan barang boleh naik sampai 30-40 peratus tapi gaji naik tak sampai 20% setiap tahun. Siap ada yang bandingkan 20 tahun lalu, gaji RM2000 dah boleh beli Honda. Zaman sekarang masih boleh beli, tapi ikat perutlah tiap hujung bulan. Betul tak?

Nak tak nak, ramai yang buat kerja sampai 2-3 jenis. Tak kiralah kalau pagi kerja office, malam buat grab atau jual burger atau buat bisnes online dan hujung minggu part time jaga restoran atau butik. Selagi boleh cari jalan buat duit lebih, buatlah sampai lebam. Bukan sebab mata duitan, tapi kos sara hidup meningkat saban tahun. Kena cari jalan untuk survive.

Sejak balik Malaysia (tahun 2015), aku dah mula cari jalan untuk buat duit tanpa perlu berniaga. Aku jumpalah beberapa cara untuk buat duit tanpa perlu berniaga. Salah satu daripadanya ialah dengan menjawab survey-survey tentang produk-produk, iaitu jadi panelist survey.

buat duit dengan survey

Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Jarang aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan kadang-kadang tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur (Nur 1 dan Nur 2) memang aku ikut terjebak menonton sejak musim yang pertama, Nur 1, sampailah keluar musim kedua, Nur 2.

Awalnya aku tak layan juga drama Nur. Aku memang sebelah malam mana tengok TV. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz tersebut. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Masa tu, memang nampak setiap episod ada mesej yang sangat dalam. Mulut aku jadi becok bercakap sambil tengok cerita sebab berbincang dengan suami intipati daripada drama. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2


Apa nak buat bila anak kemalangan di rumah?

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum, sejak hujung bulan Mac lagi Wildan demam campak. Dan sejak itu memang Wildan kami cutikan dari sekolah. Sepanjang Wildan demam campak, kami memang berjaga-jaga risaukan Mukhlis berjangkit. Maklumlah dua beradik ni mana boleh berpisah. Bila datang mood nak main bersama tu, memang tak ingat dah kalau sorang tengah sakit atau sebenarnya nak pergi tandas. Haha.
Boleh baca selanjutnya kat sini: Wildan demam campak

Wildan pula masa demam campak, untuk 4-5 hari pertama, siang hari gayanya sihat (boleh berlari ke sana ke mari, main masak-masak) tetapi sebelah malam badan akan panas, dia kuat merengek dan semua tak kena. Jadi mencabar sebab sebelah malam kita nak rehat. Yelah, kadang terjaga tengah malam merengek. Dari dia baby mana ada dia bangun malam. Time demam campak ni yang kerap sikit bangun malam.

Jangan terkejut, walaupun Wildan demam campak, dia masih boleh bermain dengan Mukhlis dengan girangnya dan akhirnya kemalangan berlaku.

apa nak buat bila ada kemalangan