Carian

Bakeri La Boheme AEON BiG Diiktiraf Halal oleh JAKIM

20 tahun yang lalu, AEON lebih dikenali sebagai Jaya Jusco. Aku tak pasti masih ramai orang ingat atau tidak nama Jaya Jusco. Aku memang ingat sebab ada satu Jaya Jusco yang dibuka berdekatan dengan rumah aku dan nama Jaya Jusco berubah menjadi AEON beberapa tahun kemudian. Cerita sebenar entri kali ini bukan berkisarkan sejarah AEON. Sebenarnya aku nak cerita tentang bakeri yang ada di dalam AEON yang sudah menjadi 'pit stop' wajib setiap kali masuk AEON dari aku sekolah rendah sehinggalah dah ada dua orang anak. Hatta dengan anak-anak pun, memang aku bawa mereka pergi bakeri ni setiap kali masuk AEON. Bakeri La Boheme. Bakeri kegemaran aku.

Bakeri AEON BiG Halal

Dari Kelab Teater ke Istana Budaya : Teater Tanjong

Daripada aku kecil, aku selalu terfikirkan bagaimana agaknya pementasan di Istana Budaya. Walaupun aku membesar bersebelahan kota metropolitan Kuala Lumpur, belum pernah pun aku pergi ke Istana Budaya untuk menonton sebarang teater. Kalau lalu di hadapan Istana Budaya itu selalu lah. Selalunya pementasan teater aku hanya tonton di kaca TV. Sebagai seorang awam, bagi aku teater yang dipersembahkan di pentas terbesar berprestij itu pastinya merupakan sebuah pementasan yang gah dan sangat bagus.

Baru-baru ini aku mendapat tahu bahawa sebuah kelab kecil dari Negeri Sembilan bakal mementaskan sebuah naskah teater di Istana Budaya pada bulan September 2022 yang akan datang. Hebat betul, dari sebuah kelab kecil di pekan Kuala Pilah, bergerak dengan kerjasama ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan berjaya menerbitkan sebuah teater bertajuk Tanjong dan bakal dipentaskan di pentas teater terbesar yang berprestij di Malaysia!

Istana Budaya Teater Tanjong

Kelas Boxing Dalam Mall di AEON Bandar Utama

Sabtu baru-baru yang lepas, 13 Ogos 2022, secara tak langsung aku join kelas boxing dari Tribe Boxing Studio selama 40 minit di dalam AEON Bandar Utama. Kelas ini diadakan ditengah-tengah AEON berdekatan dengan kawasan innerCasual.

Percaya tak percaya, AEON memang buat kelas boxing dalam tengah orang membeli belah?

Memang orang pandang-pandang juga tapi aku terlalu enjoy dengan kelas yang dikendalikan oleh trainer cilik, Intan, aku memang tak peduli sangat siapa yang pandang. Senang kata, aku 'all out' masa sesi kelas boxing. Seronok juga sebenarnya berboxing ni.

AEON Bandar Utama innerCasual

Akhirnya Wildan kena pakai kacamata

Akhir-akhir ni, aku perasan yang Wildan ada satu perangai semasa dia tengok TV. Dia akan duduk jarak yang dekat. Dalam 1-2 meter. Aku suruh dia ke belakang, dia akan mengesot ke belakang tapi lama kelamaan dia akan mengesot balik ke depan. Berulang kali juga jadi begini sampai lah satu hari aku tanya secara terus terang sama ada dia boleh nampak atau tidak. Rutin tengok TV anak-anak aku hadkan hanya masa hujung minggu. Hari sekolah memang tak benarkan tengok TV. Kalau telefon pun, aku yang pegang dan diorang tak boleh main tanpa kebenaran. Jadi kejadian mengesot ke depan ke belakang banyak berlaku masa hujung minggu atau masa musim cuti. 

Masuk sahaja hujung minggu aku ajak suami pergi ke kedai kaca mata untuk buat pemeriksaan dan sekaligu tempah sepasang kalau memang Wildan perlukan. Masuk sahaja kedai, buat dulu pemeriksaan dengan mesin yang nampak rumah belon. Siapa yang pakai kacamata mesti tahu apa rumah belon tu. Berdasarkan mesin, mata Wildan dua-dua memang rabun. Sebelah kanan 125 dan sebelah kiri 175. Kami tengok nombor ni, kami terkejut. Masa kami mula-mula berkacamata dulu, paling tinggi pun 50-100. Ini dah nak mencecah 200 dah!

Inilah mesin yang tengok rumah belon. Ada yang guna rumah, ada yang guna belon.

Wildan kena pakai kaca mata olok-olok untuk optometrist check power sebenar berapa.

Macam manalah selama ni dia tak pernah cakap tak nampak?

Bila tanya-tanya, rupanya di sekolah kebangsaan dia duduk di meja depan sekali. Meja yang memang depan tu terus whiteboard. Tak terhalang apa-apa. Maka di sekolah kebangsaan memang dia tak ada masalah tak nampak ke apa. Di sekolah agama pula, dia duduk belakang tapi semua yang cikgu tulis dia boleh salin cuma lambat sikit. Ini dia tak pernah cerita pun sebab semua kerja memang dia boleh siapkan di sekolah sebelum balik. Kira dia cekap lah buat kerja.

Sebenarnya kami memang dah tahu kemungkinan besar Wildan akan rabun. 

Masa dia umur 5-6 bulan, kami ada buat pemeriksaan mata anak dengan klinik di Moscow. Di sana, kami ambil kontrak dengan klinik swasta sebab mudah untuk ambil vaksin mengikut jadual imunisasi. Doktor terus datang rumah untuk buat suntikan vaksin. Kontrak klinik adalah selama setahun dengan beberapa pemeriksaan seperti pemeriksaan mata, pemeriksaan jantung dan juga dapat servis doktor peribadi yang kita boleh hubungi bila perlu.

Masa buat pemeriksaan mata, doktor ada tanya power spek aku. Pada masa tu, aku pun dah pakai spek dengan power 300 untuk kedua-dua mata. Bila dengar power, dia pun angguk. Lepas tu, dia tengok ayah Wildan, tak berkaca mata, dia tak tanya apa. Dia masuk dalam bilik gelap dan mula check mata Wildan. Mula-mula dia kata Wildan berisiko rendah untuk rabun. Tiba-tiba aku teringat yang suami aku ni buat lasik. So, ceritalah pasal lasik. Terus doktor tu kata "oh, kalau begitu, dia memang akan rabunlah sama ada awal atau lambat sahaja"

Bingkai ni sebenarnya agak besar tapi biarlah. Biar boleh pakai sampai habis sekolah rendah.

Bila tahu anak akan rabun, kita kurang panik. Tapi kita masih berjaga-jaga. 

Pemakanan dan gaya hidup Wildan masih kami usahakan jaga dengan baik. Malah Wildan sendiri pun bab makan sayur dan buah tak pernah ada masalah. Bab disiplin tengok TV dan gajet pun Wildan tiada masalah sangat. Ada juga sesekali dua buat perangai tengok TV lebih masa tapi kebanyakkan masa, dia boleh isi masa lapang tanpa ada TV atau gajet.

Untuk spek Wildan, kami sepakat untuk beli jenis yang tahan lasak walaupun kos agak tinggi. Tapi kedai yang kami pergi bagi diskaun 40% . Tambah pakej lensa yang boleh tapis blue light dari gajet, adalah mencecah RM300 juga. 

Bagi aku, spek ni kena teliti sebab nak guna mata hari-hari. Pengalaman aku, beli murah pun, tiap tahun kena tukar sebab bingkai patah. Ada satu bingkai tu belum cukup setahun, tiba-tiba bingkai patah dengan sendiri tak ada orang kacau pun! Dah macam beli bingkai mahal bila setiap tahun kena beli baru. Lensa aku dengan power 400 bukan murah. 

Beli bingkai yang kos tinggi sikit, boleh tahan 5-6 tahun. Tukar lensa perlu itupun kalau pandai jaga, sekali dalam dua tahun baru tukar lensa, bukan setiap tahun. Aku memang ada satu bingkai yang tahan 7 tahun, sampai akhirnya dipijak anak. Sekarang yang aku pakai ni dah genap 2 tahun dan memang dah nak kena tukar lensa. Bingkainya aku masih sayang dan malas nak cari yang baru. Guna dulu yang ada.

Bagi yang nak tahu, kami pergi ke Natrah Optometri di Seksyen 3, Bangi sebab di sana ada pakej kacamata murah. Pada aku, harga spek Wildan ni untuk pertama kali agak berbaloi untuk insyaAllah bagi tahan dalam setahun dua sebelum tukar lensa baru.

Baca juga: Ketumbit 

Fashion Preview dalam MRT oleh AEON

Dah masuk musim endemik ni, mesti ramai mula membeli belah baju untuk dapatkan gaya fesyen terkini dan lebih up-to-date. Maklumlah sepanjang dua tahun kita berkuarantin, hampir semua baju dalam almari sudah diulang pakai hingga lusuh!

Kalau mencari yang mesra poket, nak bagitahulah, pihak AEON sangat memahami keperluan fesyen pelanggan mereka dan AEON telah membawakan tiga jenis rekaan fesyen yang berbeza bagi menepati trend dan kehendak pelanggan. Tiga rekaan fesyen yang dibawakan adalah athleisure, pakaian percutian dan pakaian penagntin.

Lebih menarik lagi, rekaan fesyen ini dipersembahkan melalui agenda AEON Fashion Preview 2022 bagi mempamerkan rekaan-rekaan fesyen keluaran bulan Julai hingga Oktober 2022. Bagi yang tidak tahu. AEON Fashion Preview (AFP) merupakan agenda setiap tiga bulan oleh AEON bagi mempamerkan rekaan fesyen yang terkini untuk pelanggan-pelanggan AEON.

Tarikh 30 Jun, bersesuaian dengan penutup suku kedua tahun ini, AEON melancarkan tiga jenis rekaan fesyen untuk pelanggan mereka!

Jom, tengok satu-satu fesyen yang dibawakan oleh AEON untuk suku ketiga tahun 2022 kali ini.