Baru-baru ini aku mendapat tahu bahawa sebuah kelab kecil dari Negeri Sembilan bakal mementaskan sebuah naskah teater di Istana Budaya pada bulan September 2022 yang akan datang. Hebat betul, dari sebuah kelab kecil di pekan Kuala Pilah, bergerak dengan kerjasama ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan berjaya menerbitkan sebuah teater bertajuk Tanjong dan bakal dipentaskan di pentas teater terbesar yang berprestij di Malaysia!
Barisan Tenaga dan Pelakon
Kelab Teater ASAR telah diberi amanat untuk mementaskan teater bertajuk Tanjong di Istana Budaya. Teater ini dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petuga belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas.
Lebih mengagumkan adalah teater ini disertai bersama 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah. Teater yang bakal ditayangkan pada 9-11 September ini bakal dibintangi oleh pelakon handalan, Dato' Jalaluddin Hasan sebagi Dato' Perdano Andika dan turut disertai olej Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Karya Tanjong ini merupakan naskah sulong dan arahan Prof. Dr. Ahmadrashidi Hasan. Selaku sutradara dan tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan amat berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat sebagai sebuah persembahan pendidikan bagi masyarakat mengenali budaya Adat Pepatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga menjadi sebuah platform untuk komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti berfaedah.
Beliau berkata "Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak muda dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti kesenian, membentuk keyakinan diri selain mempertunjukkan kisah Adat Pepatih kepada masyarakat am. Sebahagian keuntungan daripada teater ini jug disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAr dan yang memerlukan."
Sokongan Kementarian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Menteri Besar Negeri Sembilan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasasn Tanjong. MOTAC memberi sokongan jitu kepada Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan melalui anugerah Geran Padanan Seni dan Budaya demi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya. Selain itu, pementasan ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato' Eddin Syalee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembagai Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKNN) dan Yayasan Budi. Malah disokong juga oleh Mycreative, Cendana dn PRISMA.
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
Sinopsis Tanjong
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong.
Apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor, Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.
Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan di dalam tampuk pemerintahan. Mengikut Adat Pepatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Perdano, namun Baroq tidak mahu mengikut aturan Adat Pepatih dan ingin terus memegang kuasa.
Ketidaktentauan tampuk kepimpinan ini telah mengakibatkan perselisihan faham dan pertumpahan darah di Luak Tanjong.
Apakah kesudahannya?
Adakah Tok Perdano berjaya memegang tampuk pemerintahan Luak Tanjong atau Baroq berjaya merampas kuasa?
Sama-sama kita saksikan di Istana Budaya pada 9 hingga 11 September ini.
Tiket teater boleh didapatkan melalui laman sesawang
Tiada ulasan
Komen