Carian

Kes Covid di Sekolah Tempat Anak Belajar

 Assalamualaikum dan hai!

Sejak sekolah mula beroperasi, aku rasa kes baru pesakit Covid melibatkan pelajar sekolah semakin meningkat. Dan sebenarnya sekolah yang Wildan pergi juga tidak terkecuali. Maklumlah kami ni duduk di sempadan Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebenarnya masa minggu kedua sekolah mula beroperasi, pada bulan Mac 2021, memang sekolah kebangsaan yang berdekatan sudah memaklumkan ada pelajar yang disahkan positif dan pihak sekolah berkenaan sudah mengambil langkah berjaga-jaga serta memaklumkan kepada sekolah-sekolah yang bedekatan.

Ketika kes positif di sekolah tersebut, aku cuma risaukan kalau-kalau pelajar yang dijangkiti Covid tu sekolah agama di sekolah agama tempat Wildan belajar. Namun pihak sekolah agama menafikan dan memang dibutikan bahawa pelajar terbabit tidak berkait dengan sekolah agama. Masa ni, aku cuma ambil langkah berjaga-jaga dengan sediakan wet tissue antibacterial dan hand sanitizer kepada Wildan.

4 Tips Ajar Anak Berpuasa

 Assalamualaikum dan hai!

Ramadan Tiba ~ Ramadan Tiba ~ Marhaban Ya Ramadan.

Alhamdulillah untuk tahun ini kita bertemu lagi dengan Ramadan. Mesti ramai yang memang tak sabar kan? Maklumlah tahun lepas kita Ramadan bersama Covid-19 dan sampai ke hari raya masing-masing buat solat raya di rumah sendiri. Satu pengalaman baru kan? MasyaAllah.

Untuk tahun ini, rezeki kita semua dapatlah merasa bazar. Tahun lepas semua dah sakan masak macam-macam jenis resepi untuk berbuka kan? Tahun ini bazar dibuka semula dan solat terawih juga sudah dibenarkan. Merasalah aura terawih berbanding tahun lepas ya.

Bagi yang baru je jumpa blog ni, tahun lepas disebabkan pandemik Covid-19, rasanya dua pertiga Ramadan kami lalui tanpa anak sulung, Wildan. Kisahnya dia balik kampung beberapa sebelum PKP dimulakan pada bulan Mac 2020 dan akhirnya dia terkandas di sana sehinggalah kami datang ambil dia masa bulan Mei 2020. 

Dan tahun ini, Wildan sudahpun masuk darjah satu (7 tahun). Nak pula sekolah sudah berjalan seperti biasa, tipulah kalau aku tak risau sama ada boleh atau tidak dia berpuasa. Tahun lepas (2020) dia berpuasa dua pertiga Ramadan dengan nenek. Tak ada adiknya yang tak berpuasa. Tahun ini, dengan adik tak puasa, sekolah macam biasa. Fuh, berpeluh maknya berfikir apa cara nak bagi dia tak takut rasa lapar.

Sebenarnya tahun ketiga cubaan mendidik Wildan berpuasa penuh. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan Wildan masih kecil tetapi aku cuba galakkan dia untuk berpuasa dan merasakan nikmatnya berpuasa.

ajar anak puasa bulan ramadan

Berbuka Puasa di Kafe Sudirman

 Assalamualaikum dan hai.

Dekat sangat dah kita dengan Ramadan. Tinggal beberapa hari je lagi. Rezeki kita tahun ni, solat terawih dibenarkan, bazar ramadan juga dibenarkan. Gayanya tahun ni raya kita mungkin lebih meriah. 

Korang suka beli barang raya dekat mana? Masa aku kecik dulu, waktu macam ni lah peluang untuk datang KL untuk membeli belah. Aku masih ingat Sogo adalah antara pusat beli belah yang mak akan bawa kami cari baju dan kasut raya. 

Bila masuk KL, kadang-kadang jadi leceh bila nak cari kedai atau tempat dekat mana nak berbuka puasa. Kalau dah membeli belah sampai dekat dekat nak berbuka, mana sempat nak singgah bazar apatah lagi balik rumah. 

Nak senang pergi je mana-mana buffet Ramadan tapi taktahu mana yang sedap?

buffet ramadan sudirman cafe


Dual Language Program Sekolah Kebangsaan

 Assalamualaikum dan hai

Sempena hari terakhir bulan Mac dan sementara tengah cuti sekolah ni, nak updatelah pasal Dual Language Programme yang dilaksnakan oleh sekolah kebangsaan kerajaan. Sebelum anak masuk darjah satu memang tak tahu pun pasal kewujudan Dual Language Programme ni. Nama pendek dia DLP. Aku sebenarnya antara batch awal-awal yang sempat merasa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Ingatkan selepas PPSMI diberhentikan, medium pembelajaran Sains dan Matematik jadi Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ingat tak, hari tu ada cerita pasal Modul Transisi untuk anak tahun satu? Selepas habis modul transisi, barulah anak-anak tahun satu ditempatkan ke dalam kelas mengikut tapisan berdasarkan prestasi mereka dalam kelas. Dan ada sekolah yang buat DLP. Bergantung pada sekolah bagaimana mereka memilih pelajar untuk masuk kelas DLP ni. Sekolah tempat Wildan sekolah ni buat ujian bertulis dan ujian membaca untuk tapis pelajar masuk dalam kelas DLP dan mereka hanya buat satu kelas sahaja.

dual language program for stem in malaysia

Hari Pertama Tahun 1 Sesi 2021

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, dah seminggu rupanya sekolah untuk anak-anak tahun 1 bermula. Bagi yang memang rajin membaca blog ni, pastinya korang tahukan, anak sulung aku tahun ni (2021) masuk tahun 1. Ayat biasa orang cakap 'rasa macam semalam kecik je'. Tapi itulah hakikatnya. Dari lahir kita jaga dan besarkan, dan kali ini dia akan menghadap realiti sendirian.

Setakat seminggu sekolah ni, tak banyak cerita sangat pun. Tapi boleh lah nak kongsikan dan coretkan sebagai satu memori bersekolah pada musim pandemik Covid-19. Maklumlah, disebabkan pandemik dan PKP, norma kita tidak lagi sama seperti dahulu. Nak masuk sekolah pun SOP bukan main panjang. Kira sesi persekolahan tahun 2021 mungkin menjadi sebahagian sejarah sebagaimana sesi persekolahan 2020 yang menjadi kenangan kita semua.

Jomlah aku kongsikan apa peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku pada minggu pertama persekolahan bagi sesi tahun 2021.