Carian

Deko rumah: Pasang Wallpaper

Masa musim PKP hari tu, rasanya wall facebook dan feed twitter penuh dengan masing-masing bercerita transformasi bilik dan rumah. Maklumlah bosan sepanjang PKP. Tahu-tahu beli macam-macam barang online dan sempatlah masing-masing hias bilik dan rumah. Kami terbalik. Dah habis musim PKP ni baru nak sibuk-sibuk buat deko-deko. Baru lah tukar perabot, susun atur semula rumah dan sebagainya.

Entri kali ni nak cerita pasal pasang wallpaper. Kami pasang wallpaper di rumah mak. Sebabnya nak mengecat malas dan kali ini nakkan kelainan. So, jom baca apa yang berlaku sepanjang proses kami pasang wallpaper.

pasang wallpaper sendiri

IGLinks : Kumpulkan Link Penting Dalam satu Link

Assalamualaikum dah hai!

Baru-baru ni aku ada join satu webinar untuk pengguna media sosial terutamanya influencer untuk gabungkan link-link penting dalam satu link. Kalau korang masih baru dalam dunia blogging atau dunia 'influencer', sebenarnya link adalah sesuatu yang sangat penting. Terutamanya link yang boleh diklik. Eh, untuk orang-orang yang berniaga secara atas talian, benda ni pun penting juga.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kalau dekat Instagram, dalam caption tu linknya tak boleh ditekan. Maksudnya tak hyperlink dan tak boleh klik pun. Dan semestinya tak semua orang nak copy paste link kat browser kan? Mesti nakkan link yang 'hidup'. 

So, webinar yang aku join nak memperkenalkan satu website yang menyediakan khidmat ini: kumpulkan link-link penting di bawah satu link. Dan paling bagus, ini adalah inisiatif orang tempatan kita! Of course ada pakej berbayar tapi pakejnya sangat berbaloi!

iglinks

K-Drama Menggamit Memori : Reply 1988

Akhirnya selepas berbulan-bulan aku berjaya juga habiskan K-Drama yang bertajuk Reply 1998. Sebenarnya pernah nampak dah dekat TvN ada tayang tapi tak pernah terfikir pun nak tengok sebab ingatkan dia K-Drama yang biasa yang penuh dengan cinta cintun tu. 

Kalau korang yang layan K-Drama mesti tahu sebelum ni dah ada Reply 1997 dan Reply 1994. Kesemua siri Reply ini tidak saling berkait. Adik aku yang bagitahulah. Dia yang rekomen suruh tengok Reply 1988. Aku mula-mula layankan aja tapi sebenarnya best juga! Menggamit memori sebenarnya.

kdrama reply 1988 must watch

Sebenarnya apa yang membuatkan aku menulis entri pasal Reply 1988 semestinya bukan sebab temanya yang nostalgik sahaja tetapi juga intipati daripada drama tersebut yang buatkan aku masih lagi terbayang-bayang.

Dropship: Alternatif Bisnes Tanpa Perlu Stok

Semenjak PKP berlangsung, aku rasa rata-rata ramai antara kita yang terkesan. Cerita orang diberhentikan, syarikat bankrap, putus punca rezeki dan macam-macam. Secara ekonominya, semua orang termasuklah negara Malaysia sendiri terkesan. Sejujurnya aku nampak ramai kawan-kawan mula menjebakkan diri dengan bisnes secara kecil-kecilan, tidak kiralah sama ada jadi dropship ke jadi agent ke atau pun jadi stokis. Bak pepatah Melayu ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dan aku percaya orang Malaysia ramai yang bersikap 'hendak seribu daya'. Kenapa aku kata begitu, sebab ramai tahu sejak PKP pembelian atas talian meningkat dan ramai menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan, tidak kira sebagai pendapatan pertama mahupun pendapatan kedua.

dropship malaysia

Pengalaman Buat Exam Online

Assalamualaikum dan hai,

Dah Julai dah rupanya! Punya lama PKP berlangsung, aku terasa Julai macam Januari. Tapi dalam tak sedar, sepanjang PKP sejak Mac hari tu, aku dah buat kelas secara atas talian sehingga boleh buat exam final untuk pelajar-pelajar secara atas talian. 

Sebenarnya aku sendiri tak percaya. Masa dapat tawaran kerja hari tu, belum mula pun lagi PKP ni. Dan tiba-tiba kena buat pembelajaran atas talian. Haru biru juga sebenarnya. Boleh pening kepala sambil uruskan rumah, sambil uruskan anak-anak, sambil itu juga nak buat kelas. Alhamdulillah encik suami sangat sangat membantu.

Peperiksaan yang aku buat berlangsung pada minggu kedua Mei 2020 hari tu. Aku sebenarnya jadi part time tutor untuk pelajar dalam program persediaan ke Rusia. Hehe. Rezeki dapat menyumbang serba sedikit bakti. Sambil tu asah balik bahasa Rusia sebab silibus guna buku teks Rusia. Dan of course dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan adik-adik.