Semenjak PKP berlangsung, aku rasa rata-rata ramai antara kita yang terkesan. Cerita orang diberhentikan, syarikat bankrap, putus punca rezeki dan macam-macam. Secara ekonominya, semua orang termasuklah negara Malaysia sendiri terkesan. Sejujurnya aku nampak ramai kawan-kawan mula menjebakkan diri dengan bisnes secara kecil-kecilan, tidak kiralah sama ada jadi dropship ke jadi agent ke atau pun jadi stokis. Bak pepatah Melayu ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dan aku percaya orang Malaysia ramai yang bersikap 'hendak seribu daya'. Kenapa aku kata begitu, sebab ramai tahu sejak PKP pembelian atas talian meningkat dan ramai menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan, tidak kira sebagai pendapatan pertama mahupun pendapatan kedua.
Tak nak cerita panjang, aku cuma nak ceritakan pengalaman aku yang menjadi seorang 'dropshipper' sejak tahun 2015/2016. Tak, aku bukanlah seorang dropshipper yang berjaya kaya raya. Bukan juga pemenang hadiah bulanan untuk jualan tertinggi. Aku cuma seorang dropshipper kecilan yang bertahan dengan menjadi dropshipper. Hehe.
Masa aku mula-mula join dropship, tak banyak syarikat atau jenama yang buka peluang untuk jadi dropship. Malah perkataan dropship sendiri tidak difahami ramai. Berbeza dengan sekarang, kalau scroll Facebook atau Instagram, memang akan nampak iklan peluang menjadi dropship.
Apa maksud 'dropship' sebenarnya?
Istilah dropship ini adalah istilah bahasa Inggeris.
Secara definisi mudah difahami adalah kita menjadi peniaga tanpa perlu pegang barang.
Ini aku bagi gambarajah untuk lebih mudah faham.
Seperti dalam gambar, dropship ni ibarat orang tengah. Masa bisnes dropship tengah meningkat, tak banyak kedai ada kedai atas talian. Dan pada ketika pembelian atas talian masih lagi menjadi satu keraguan. Tapi dengan adanya dropship, sebenarnya dapat bantu syarikat-syarikat yang nak berkembang untuk menyantuni segenap lapisan yang mereka tak dapat nak santuni.
Trivia tentang dropship:
1. Untung jadi dropship kebiasaannya mencecah 10%-15%. Jarang nak jumpa untung yang mencecah 20%-30%. Ada tapi tak banyak. Biasanya nak mencecah untung 30% mestilah stokis atau agen.
2. Ada sesetengah syarikat mengambil enteng hubungan dengan dropship. Aku ada dua pengalaman dengan syarikat yang tidak pedulikan sangat dropship. Dropship dapat update dari iklan sama seperti customer, info promosi atau produk tak jelas. Aku ada pengalaman begini. So, nak cari dropship, kena juga tengok feedback dari dropshipper lain.
3. Join dropship adalah PERCUMA! Rata-rata yang buka peluang untuk buat dropship tidak mengenakan sebarang yuran. Ada juga yang kenakan yuran. Yuran pun biasanya tak mencecah RM100 pun. Dan yuran ini adalah untuk sepanjang hidup selama mana masih aktif menjadi ahli dropship dan memberikan hasil jualan.
Bab nak bagi tips untuk jadi dropship berjaya, aku tak layak kot. Aku banyak teori tapi rasanya banyak je tak menjadi. Haha. Ramai je dropship kat luar sana yang lebih hebat dari aku.
So, adakah berbaloi untuk buat dropship?
Kalau nak buat pendapatan sampingan untuk dapat dalam RM500 - RM800 sebulan, okay. Tapi kalau untuk jangka masa panjang, aku galakkan untuk upgrade dari dropship jadi stokis. Mulakan dari bawah, Buat dulu dropship, kumpul duit untuk upgrade status. Sebab bila jadi stokis, margin untung lebih tinggi. But of course, kerja pun jadi banyak. Hehe.
Rasanya ada je dropship kat luar yang untung mencecah 30%-40%. Cuma biasanya yang aku jumpa produk-produk makananlah. Aku banyak melibatkan diri dengan dunia fesyen muslimah. Dan rata-rata memang untuk dalam 10%-15%. Melainkan dalam sistem mereka ada dropship, master dropship dan atas-atas lagi lah.
Sejak PKP ni, kita semua terkesan secara ekonomi. Termasuk negara Malaysia sendiri. Dan aku perasan ramai kawan-kawan aku dah mula menjada pendapatan sampingan. Tak kira jual apa, medium apa guna tapi aku doakan semuanya berjaya dan mampu mencapai apa yang dihajati.
Jika korang mencari alternatif untuk buat duit sampingan tanpa perlu berniaga boleh rujuk pada entri ini ya:
Selamat mencuba dan semoga maju jaya!
Baca juga: JnT Johor
ada gak nak jd dropshipper cuma x sempat jumpa pembekal lagi. Ingat nak jual di shopee gak.
BalasPadamada sesetengah brand/company mmg bagi dropshipper jual di shopee. lagipun di shopee boleh sign up free shipping.
Padam