Carian

Audit Diri

Assalamualaikum
Nak keep up menulis macam empat tahun yang lalu tak semudah yang disangka. Apatah lagi setiap kali ingin menulis, pasti akan ditapis-tapis dan akhirnya tak ditulis. 

Kali ini, aku rasa perlu untuk tulis. Untuk tatapan sendiri dan mereka yang sudi meluangkan masa untuk membaca. 

Semenjak dua menjak ini, aku amat gemarkan frasa AUDIT DIRI atau bahasa usrahnya MUHASABAH DIRI atau bahasa mudah REFLEK DIRI. Biasa dengar bila ada kem atau pergi dengar kuliah atau menghadiri bulatan gembira. Pada aku sepatutnya menjadi satu proses yang berterusan, tak kira kat mana kita, tak kira siapa kita. Dan semua yang berlaku di depan mata kita sepatutnya menjadi asbab untuk kita audit diri, tidak kira kita terlibat secara lansung atau tidak atau pun kita cuma penonton.

Aku percaya, semua orang ada buat audit diri, tapi berapa ramai yang mengorak langkah untuk mengambil tindakan ke atas audit yang negatif? Aku sendiri pun banyak audit negatif yang belum dipositifkan. 

Suami pernah berkata, persekitaran kita akan menjadi pengaruh besar atas tindak tanduk kita dan sifat kita. Contoh, suka buat kerja last minute atau jadi cerewet sangat ataupun jadi malas untuk bergerak untuk produktiviti diri. Banyaklah contoh-contoh lain yang kita boleh fikirkan. Persekitaran memang sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita, dan kadang-kadang kita terpaksa akur pada persekitaran kerana hendak menjaga hati manusia atau kerana kita tidak mahu dianggap pelik.

Ingatlah, ketika Nabi Muhammad membawa ajaran Islam banyak tohmahan dan hinaan yang Baginda terima malah pernah dituduh mempunyai ilmu sihir. Bukan nak kata kena jadi Nabi, tetapi untuk melihat pada norma-norma yang tidak sihat, yang bukan sunnah dan perlu diubah. Antara contoh yang gemar digunakan anak muda ialah hantaran kahwin melambung-lambung mahal atau majlis perkahwinan yang besar-besaran sehingga membazir. Contoh lain ialah menyanjung atau meninggikan ustaz-ustaz atau rumah yang menjaganya perempuan (kemas dan masak) atau menunjuk-nunjuk kesenangan kita dan banyak lagi. Kadang norma ini tidak dipandang salah malah disambut hebat seperti hidup berlumba-lumba tanpa arah tuju. 

Bercerita tentang audit diri, beberapa siri kejadian dan insiden dan pengalaman orang yang aku dengar membuatkan aku merasakan audit diri ini lebih daripada kita merenungkan apakah kesilapan dan dosa kita. 

Sejak bergelar ibu, banyak perkara yang aku fikirkan. Pembesaran anak, pendidikan anak dan semestinya aku inginkan yang terbaik untuk anak aku. Menjadi ibubapa lagilah perlu banyak mengaudit diri, kerana kelak anak akan melambangkan siapa ibu bapanya. Buruk ke baik. Aku amat terkesan dengan kata-kata Dr. Harlina berhubung kes beliau menegur peniaga online tentang budi bahasa "Mungkin salah generasi kami yang mendidik generasi masa kini sehingga masalah ini dipandang remeh". Allah, luluh hati aku dengar. Kalau beliau terasa generasi beliau ter'salah' didik, apatah lagi generasi aku yang sedang membentuk generasi akan datang ini?  

Antara perkara lain yang aku terlintas tentang audit diri adalah hubungan kita dengan manusia; terutama dengan mereka yang saban hari kita jumpa atau yang bertalian darah dengan kita atau orang bawahan kita sekalipun. Kadang manusia ini, bila selesa di atas, dia lupa untuk menyelami atau memikirkan tentang mereka dibawahnya.

Pernah tak, kita terasa hati dengan tindak tanduk atau bahasa badan yang dipamerkan orang pada kita, lagi-lagi orang yang dekat? Biasa bukan? Pernah tidak kita terfikir, agaknya on the first place dia yang terasa hati dengan kita dan secara tidak sengaja dia menyakiti hati kita kerana dia tidak mahu tersinggung untuk kali kedua? Jarang. Aku sendiri jarang memikirkan hal sebegini. Selalu akan aku rasa aku yang betul dan dia yang salah. EGO memakan diri. Helah si syaitan berjaya. 

Penyakit hati hanya dapat disembuhkan oleh kita sendiri; dengan solat, amalan-amalan sunat dan muhasabah diri. Kadang-kadang kita rasa sudah cukup dengan amalan. Tapi kita lupa muhasabah diri banyak membantu dari segi membuang ego yang tidak bertempat dan memperbaiki segala yang negatif. 

Ramai yang mahu mengikut sunnah nabi dari segi amalan, tetapi tak ramai yang mahu ikut sunnah nabi dari segi pergaulan dengan ahli rumah, masyarakat dan kerajaan. Ini hakikatnya manusia sekarang. Maka tidak hairan kalau wujud golongan yang benci akan golongan yang mengikuti usrah, atau wujud golongan yang hebat agama skeptikal pada mereka yang biasa-biasa. Aku juga tergolong. Aku memang orang yang skeptikal. Sangat skeptikal. Pada suatu ketika dahulu sebelum aku jatuh teruk untuk bangkit dan membuang sikap skeptikal yang masih lagi bersisa. 

Imam Ghazali pernah berpesan:


"Apabila berjumpa kanak-kanak
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, 
anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa orang alim
anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

Apabila melihat orang jahil, 
anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan 
sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa orang jahat, 
jangan anggap kita mulia
Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, 
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu orang kafir katakan, 
belum tentu dia akan kafir selama-lamanya."


Pesanan yang sangat mendalam dan penuh makna. Cukuplah memandang negatif pada orang lain, cari dan galilah negatif yang ada pada diri, yang mana tidak berlandaskan syariat dan sunnah. Cukuplah merasakan kita yang terbaik, malah rasakan masih banyak lagi yang perlu kita perbetulkan. 

SPM bukan titik pengakhiran

Assalamualaikum

Pertama-tamanya, nak ucapkan tahniah berbanyak tahniah kepada adik-adik batch '98 yang sudahpun mendapat keputusan SPM anda semalam (3 Mac 2016). Tak kira apa pun keputusan anda, akak nak ucapkan tahniah kerana anda semua sudah melangkah ke alam baru selepas alam persekolahan. Tetapi, menuntut ilmu tidak berakhir apabila slip keputusan SPM itu diterima ya.

Saya pun ada adik dan adik ipar yang baru dapat keputusan SPM semalam. Alhamdulillah, they got the result with flying colours (to us all). Expectation family berbeza-beza. So berjaya itu sangat subjektif. Yang penting kami bersyukur atas rezeki Allah. Dan keputusan SPM itu pun tak membawa makna yang besar mana sangat selepas lima enam tahun.

Nak pesan kat adik-adik yang rasa keputusan SPM mereka tak hebat, jangan rasa lemah sangat. Adik hidup baru 17 tahun. Perjalanan hidup masih panjang. Kalau direzekikan adik dapat hidup 63 tahun, ada 46 tahun lagi perjalanan hidup yang nak dilalui. Bukan nak kata SPM ini tidak ada apa-apa nilai, cuma tak perlu bersedih sehingga berputus asa dengan kehidupan. Keputusan yang kita dapat itu semua rezeki Allah bagi. Dan keputusan itu menjadi satu titik tolak untuk adik-adik tentukan masa depan adik-adik. Tak boleh nak score masa SPM, cuba lagi untuk masa di Matrik ke Poli ke. Peluang mencari ilmu itu banyak dik. Ilmu Tuhan di dunia ini luas, trust me. So, don't lose hope.

Dulu, lepas habis SPM cita-cita pun masih tukar-tukar. Kejap nak jadi itu, kejap nak jadi ini. Masa tu masih berkira-kira nak ambil jurusan apa. Sudah tentu mak ayah ada perancangan mereka untuk kita. Kalau kita rasa kita boleh bawa dan tak akan menyesal di kemudian hari, dipersilakan. Kalau rasa tak boleh dan berkemungkinan besar kita akan menyesal dan menyalahkan mak ayah kita sebab suruh kita ikut kehendak mereka, lebih baik buat keputusan sendiri. Ya, apa yang mak ayah kita hendakkan itu ada berkatnya dan redhanya. Tapi kalau hati jauh dari minat dan cita, takut kelak di kemudian hari, takdir pula yang disalahkan. Ajaklah berbincang dan terangkan kepada mereka, kemudian istikharah pada Allah. Rancangan sesiapa pun yang nampak hebat, Allah punya adalah the best!

Akhirnya, jurusan kejuruteraan yang dipilih dan mendapat biasiswa MARA. Hurm. Topik ini kena buka topik lain. Panjang alkisahnya.

Kenapa pilih kejuruteraan? Mungkin sebab rasa ada peluang kerja atau rasa hebat kot kalau jadi jurutera. Minat memang minat, biarpun bukanlah hebat. Belajar pun seronok walaupun ada semput-semput. (Ambillah jurusan mana pun, semuanya ada susah senang) Dan bila dah graduate taklah rasa rugi walaupun akhirnya duduk rumah jaga anak. Sebabnya ada ilmu dan pengetahuan. Bila orang cerita apa-apa kita tak mudah diperbodohkan. Terutama untuk kaum wanita, jangan rasa rugi kalau dah belajar tinggi, bila dah kahwin tak boleh nak kerja atau suami tak bagi kerja, sebab kita wanita berpelajaran yang ada misi dan visi untuk keluarga kita. Pada yang bekerja, pun jangan rasa rugi sebab tak boleh jadi surirumah sepenuh masa (lagi-lagi bila ada anak) sebab kita menjadi superwoman yang boleh uruskan rumah dan keluarga serta bekerja membantu suami. Hebat, bukan? (Both have their own benefits)  

Lagi pun menuntut ilmu sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Carilah ruang dan peluang untuk menuntut ilmu. Tambah dengan dunia sekarang maklumat hanya dihujung jari je. Cari tempat yang betul, sumber yang sahih dan ilmu yang benar. Rajin mencari ilmu itu tidak akan pernah rugi. Malah lebih baik dan mendapat pahala.

Untuk adik-adik batch '98, menuntut ilmu itu dari buaian sehingga ke liang lahad. Jangan pernah mengeluh bila gagal, sebab gagal itu yang akan menambahkan lagi ilmu kita, pengalaman kita. Gagal itu bukan satu kerugian. Rugi itu bila kita berputus asa dengan kehidupan dan hanya berserah tanpa sebarang usaha. So, keep it up and don't give up.

Akhir sekali, selamat memilih jalan masa hadapan untuk semua!


Permulaan Kisah


Assalamualaikum, Oh mai.... lama sangat tak menulis. Idea yang selalu mencurah-curah pun dah kering. Bukan tak rindu, bukan tak ada masa, buah fikiran dah habis (?). Kekeringan idea untuk menulis dan mencoret. Kalau sekalipun ada, pen dicapai, buku diambil dan tangan mula menulis.


Tiga tahun lamanya tak menulis. Tipu kalau tak rindu zaman rajin menulis dulu. Mungkin usia dan masa membuatkan aku berfikir lebih baik berdiam dari menyuarakan pendapat. Kata-kata yang dikeluarkan dan yang dituliskan itu menjadi saksi untuk aku di akhirat kelak. Nak tak nak, adalah sangat menakutkan bagi aku untuk menyuarakan pendapat. Nak pula sekarang bestfriend (Le Hubb) rajin melayan bebelan dan omongan makcik ini. Bila berborak, dah macam makcik-makcik, dari satu topik ke satu topik lain (biasanya makcik ni yang bawa topik lain).


Sebenarnya, dulu mula berblog sebab masa tu tengah trend buat blog. Dan masa tu social network yang ada Myspace dan Friendster. Facebook belum nak naik lagi. Twitter apatah lagi. Kononnya ada blog ni kira hebatlah juga kan..... Kalau dulu dalam satu dorm siap bertukar alamat laman blog masing-masing. Kira follower dalam blog tu pun kawan-kawan kita juga. Siapa yang aktif, rajin dan memang hebat dalam menulis, memang akan pergi jauh. Sama ada dalam bidang penulisan ke, bidang perniagaan ke, dan bermacam-macam lagi lah. Bila dah lama buat blog, rajin menulis, seronok juga. Biarlah follower ciput sangat. Blog masa tu lebih kepada diari alam maya. Sekarang orang semua pakat meluahkan perasaan, curhat semua ikut wall di Facebook. Facebook kadang-kadang public sangat, twitter pun boleh walaupun ada had huruf.


Personally, blog juga tempat untuk menyuarakan pendapat yang susah untuk diluahkan melalui mulut. Siapa yang jenis payah yang nak cakap ikut mulut dan suka menulis di atas kertas untuk meluahkan perasaan atau pendapat, kita geng. Nampak macam budak-budak sangat, tapi itu memang hakikatnya. Jenis manusia yang berbagai. Ada yang memang outspoken, ada yang tidak, ada yang jenis talkative, ada yang tidak. Kalau nak kata aku jenis pendiam, pemalu, perasaan sendiri je rasa macam tu. Orang sekeliling kata tak pun.


Semenjak dah habis belajar ni (buat masa sekarang), memang berkira-kira juga nak sambung menulis blog. Sokongan orang sekeliling pun ada. Sokongan kiri kanan, depan belakang, atas bawah pun tak cukup kalau diri sendiri tak gerak. Bukan tak nak menulis, nak lagi, cuma masih mencari idea untuk dicurahkan. Kalau dulu, memang banyaklah.... idea kebudak-budakkan. Idea yang tidak informatif. Idea yang hanya semborono menulis. Harapnya dengan permulaan menulis semula selepas hampir tiga tahun, blog ini kembali aktif dan berwajah baru (dengan berkat kerajinan tuan rumahlah).


Untuk entri kali ini, itu saja kot nak disampaikan. Sekadar memberi sapa setelah sekian lama menyepi. 

Baru nak update ni haa!

Salam.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah sebulan lebih dah bergelar isteri.

First of all, terima kasih yang tak berpenghujung kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis kami sama ada di KL mahupun di Kerteh. Alhamdulillah, segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah.

 

Lama tak update bukan sibuk mana pun, tak tahu nak tulis apa. Tu je. InsyaAllah in the future I’ll to be as active as I was before.

Dan berbanyak minta maaf kepada semua kawan-kawan sebab tak upload sangat gambar. Bukan apa, malas nak upload. InsyaAllah, kat belog ini akan ditempel sikit gambar-gambar. This is especially to those yang asyik minta gambar. Sorry for the delay. For those I’ve promised to email the pictures, I’ll try to find a way to make it.

So, enjoy the treats guys!

DSC_0136

Encik Baba saya, a.k.a wali. En. Nazarudin Che Salleh. The most funny thing is that, he treat me as a dearly queen. Tak boleh bawak barang langsung. Even handphone is not allowed. Even a piece of a tissue must be hold by my bff. Buka pintu kereta sendiri pun, dia tak bagi. Comel je Baba ni. Serius.

DSC_0164

The husband. Nothing to say.

DSC_0186

Me! Ok. Sangat tekun mendengar khutbah.

DSC_0232

The father in-law. This is the Encik Abah. Sangat peramah. Dan unik.

DSC_0242

A tearful speech from heart given by Madame Ummi. Baba kata, sangat perlu untuk seorang ibu berkata pada hari pernikahan anak perempuannya sebagai tanda dia merelakan anaknya di bawah tanggungan seorang lelaki asing. Based on Baba’s story, kat Johor, kampung Madame Ibu, si ibu akan membacakan teks atau ucapan yang mengatakan bahawasanya dia merelakan melepaskan anak perempuan kepada seorang lelaki asing yang bergelar suami. Jujur, once Ummi buka mulut, baru sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya, sayu sangat hati ini. Nak jadi tabah konon pun tak boleh dah.

DSC_0266

Kena minum susu. Haha. Masa tiba-tiba le husband pegang cawan ada susu, serius terkejut. Katanya sunnah Nabi. Biar perkahwinan sentiasa sesuci warna susu.

DSC_0294

The moms. Madame Ummi and Madame Ibu. Ni Madame Ibu Kerteh. Bukan yang Johor.

DSC_0297

 

DSC_0503

Haaa. Ini namanya mengada-ngada letak gambar ni. Tapi hope gambar ni menjawab soalan kawan-kawan tentang terjemputnya kami keluar tv. Ustaz hanyalah kawan kepada Baba. Tu aje. Dan kami hanya repay visit mereka di studio. Terima kasih atas kehadiran ustaz dan ustazah serta anak-anak.

DSC_0551

Inilah, my cousin yang jadi makeup artist. Memang kami tak nak panggil makeup artist betul-betul sebab if it had been a professional makeup artist memang sangat tebal. Kak Amiey ni memang pandai bersolek tapi bukan berbisnes pun. Just for fun.

DSC_0601

My two favourite teachers. Cikgu Suhaimi, si suami adalah cikgu kaunselling masa di sekolah rendah and Madam Haslina, the wife was my English teacher for my PMR at that school. Majlis kat dewan sekolah je.

DSC_0643

Man behind the scene. Yang kecik tu tumpang feymes je. This is my cousin, Syibri Samsuddin, who has his own photography company for side living. Walaupun penat mengikut kami ke sana ke mari untuk mengambil gambar, komitmen pada kerja dan hasil kerja dia sangat bagus. Thumbs up!

DSC_0673

Si baby Insyirah yang sangat baik dan tak takut orang langsung. Ni anak sepupu. Orang belakang tabir juga Insyirah ni. Hehehe

DSC_0687

Lastly, crew bekerja yang suka berposing. My cousins yang sangat bersemangat dalam bekerja. Givng the doorgifts to the guests.

 

Yes, I owed them much. All of them. My aunts, my uncles, my cousins, even Tok Ayah dan Tok Noni. And tak lupa Mak Cik Idar yang sudahpun selamat pulang ke Indonesia, insyaAllah for good after 9 years of working with us.

Long time no see!

Salam.

Ehem. Seperti semua sedia maklum, insyaAllah hujung minggu ini, aku akan berkahwin. Plan memang dah lama sebenarnya, tetapi antara yang Allah susun dengan yang kita sendiri susun, lebih baik susunan Allah. Kalau diikutkan perancangan kami, memang lainlah… tapi Allah bagi yang lebih baik dari apa yang pernah dirancang dulu. Alhamdulillah.

Memang, aku balik ke Malaysia kali ini, tak menyempat untuk duduk diam mahupun berehat dengan aman. Yalah, madame Ummi tu kadang-kadang katanya terjaga malamlah, terbawa mimpilah, dan macam-macam. Itu baru madame Ummi punya part, belum part tuan Baba kita ni. Memang dia pun turut sama sibuk malah kalah YB rasanya. Mana tidaknya, dengan sifat peramahnya itu, kawan memang sangat ramai dan jemputan konfirm sangat ramai. Sampai ke hari ini isu makanan cukup atau tidak masih berlanjutan. Selagi tak belangsung selagi itu akan susah hati ye!

Tujuan menaip secara tiba-tiba dalam kesibukan yang gila ini, hanyalah untuk membersihkan sawang-sawang belog dek kerana terlalu lama ianya diabaikan. InsyaAllah, lepas ni akan ada update-update terbaru ye. Harap masa akan terluang.

 

Kepada yang ada masa-masa lapang, jemputla ye datang. 17 Ogos ini, bersamaan 10 Syawal. Dekat Hulu Langat, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Tak tahu, google. Tak jumpa tanyalah tuan badan, yakni saya.

 

Sekian.

www.tudungnur.com:Ceritaku dan tudung bidang 60

Assalamualamualakum w.b.t

Pemenang_Jun_Asma'-Amirah

Aku bercerita agar ceritaku ini memberi harapan kepada mereka semua yang ingin berubah. Terutama buat mereka yang sudah putus harapan. Jangan risau, selagi masih ada peluang kita untuk berubah, ambillah peluang itu. Aku juga dahulu hanya budak hingusan yang tidak tahu apa-apa. Aku juga seperti orang lain.

 

Aku mula mengenali tudung labuh sejak aku melangkah ke usia 13 tahun. Usia yang sangat muda, usia yang masih lagi mentah. Pada ketika itu, aku memilih untuk mendaftar di salah sebuah sekolah agama berhampiran dengan rumahku. Aku memilih untuk mendaftar di sana kerana aku tidak memiliki pilihan yang banyak.

Namun, belajar di sekolah agama tak bermakna kita akan baik. Mungkin ramai yang fikir, kalau dihantar ke sekolah agama, akan berubah menjadi baik. Bukan aku ingin katakan tidak akan menjadi baik jika dihantar ke sekolah agama, tetapi mencari agama itu bukan semata-mata di sekolah agama kerana sekolah hanya mampu menyediakan suasana yang solehah dan pilihan adalah pilihan masing-masing untuk memanfaatkannya atau tidak.

Di sekolah aku memang memakai tudung bulat yang labuh kerana peraturan di dalam buku peraturan sekolah begitu. Di luar sekolah aku masih lagi mengenakan tudung bawal 45. Tahun pertama aku rasa kekok untuk keluar rumah dengan memakai bawal 45. Tahun kedua aku rasakan perkara itu perkara yang biasa. Bukan aku sahaja begitu, ramai lagi kawan-kawanku sebegitu dan sehinggalah aku mencecah ke usia 16 tahun. Aku berpindah ke sebuah sekolah agama lain. Sekolah agama yang jauh lebih ketat peraturannya. Namun, aku masih seperti dulu, keluar rumah dengan bawal 45. Apa yang berbeza, aku akan pastikan tudungku melepasi paras dadaku. Itu prinsip aku pada ketika itu. Dek kerana aku memiliki tubuh yang kecil, aku merasakan tiada masalah jika aku mengenakan tudung bawal 45.

Tahun berlalu dan melangkah ke usia 18 tahun. Aku mendapat tawaran biasiswa tajaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara, di Rusia. Pada ketika itu aku tidak terfikir tentang apa yang bakal berlaku pada aku. Aku mendaftar seperti orang lain. Penampilanku juga tiada beza dengan orang lain. Sama sahaja. Namun semua kawan-kawan baruku tahu latar belakang aku. Sekolahku di mana, SPM aku bagaimana. Cuma padaku, semuanya dalam buku teks dan hanya di dalam dewan peperiksaan. Pada ketika itu, aku masih dapat berhubung dengan kawan-kawan sekolahku dan ramai yang berubah secara perlahan-lahan. Namun, aku masih seperti dahulu, malah semakin liar. Aku mula berjinak dengan selendang yang kecil. Mungkin aku masih tidak selesa jika tudungku tidak menutupi dada, aku sentiasa memastikan tudung aku menutupi dada. Pakaian aku pun mula mengecil. Sehinggalah aku menjejakkan kaki di tanah asing ini, Bumi Soviet ini. 

Semester yang pertama aku masih sama seperti dulu. Tidak ada beza langsung. Sehinggalah aku diajak untuk menyertai usrah.

Di Bumi Soviet inilah aku belajar menghargai tarbiyyah. Di zaman sekolah dahulu aku rajin menghadiri usrah tetapi bukan kerana aku suka, tetapi aku rasakan semua orang juga menyertainya. Aku tidak merasakan zuq-nya.

Semenjak aku menyertai usrah, aku semakin memahami segala yang pernah aku pelajari dulu. Memahami dengan hati. Itulah penjelasan yang paling ringkas dan tepat. Aku semakin memahami maksud ‘menutup aurat’. Aku semakin memahami maksud ‘labuhkan kain ke paras dada’. Ayat itu aku ketahui semenjak aku berusia 14 tahun lagi. Surah An-Nur, ayat 31. Bukan lagi satu ayat yang asing buatku.

552291_410824872279375_100000555980212_1503135_885715022_n

Aku memasang niat untuk memakai tudung labuh, tetapi aku tidak ada keberanian. Iyalah, semua orang mengenali aku seperti mana aku ketika itu. Berubah merupakan satu perkara yang sangat menyeramkan. Aku kuatkan semangat. Aku menelefon jauh ke Malaysia dan meminta tolong Ummi untuk mengepos tudung-tudung labuhku. Tak banyak yang aku miliki. Kebanyakannya tudung bulat yang dipakai masa di sekolah dahulu. Inisiatif lain yang aku ambil ialah membeli tudung secara ‘online’ di internet. Memang memakan kos yang tinggi, tetapi aku rasakan kerana Allah, aku tak rugi apa-apa. Sebelum aku membeli, aku mencari saiz apakah yang bersesuaian dengan aku. Mungkin aku kecil dari segi saiz tubuh badan, namun ketinggian aku tidak boleh aku abaikan. Aku terjumpa tudungnur ini dan mereka memberi garis panduan mengikut ketinggian untuk memilih saiz tudung. Nah, aku temui saiz tudungku. Tudung bidang 60 yang bersesuaian denganku. Kekok. Itulah perasaan aku apabila tudung yang ditempah tiba di hadapanku. Namun, untuk berubah ke arah kebaikan, aku tak akan rugi apa-apa.

Bulan berganti bulan. Sampailah saatnya aku pulang bercuti ke Malaysia. Kekok. Itulah gambaran aku. Mana tidaknya, aku pergi menuntut ilmu di Bumi Soviet, tetapi pulang seperti pergi belajar ke Mesir. Mungkinkah itu yang terlintas di fikiran orang tuaku? Namun, ayahku, Baba, tidak berkata apa apabila dia melihat penampilanku, malah dia sangat berbangga melihat aku. Sudah mula bertudung labuh, berstokin, berpakaian longgar. Katanya, “Ilmu Allah ada dimana-mana, tidak kiralah Kaklong belajar di Mesir atau di Rusia, jangan pernah tinggal untuk cari ilmu Allah. Ilmu duniawi itu tak salah untuk dicari tetapi ilmu Allah jangan kita lupakan”

hijabis_by_facetheworlddude-d5miduq

Semasa bercuti aku berjumpa sahabat karibku. Penampilannya juga sudah berubah. Aku juga takut untuk berjumpa dengannya. Risau dia merasa pelik. Namun, ikatan kasih sayang kami kerana Allah. Saat Allah memberi hidayah kepada aku untuk berubah, saat itulah Dia memberi hidayah kepada sahabat karibku. Benarlah orang kata, kalau kita berubah kerana Allah, Dia akan datangkan orang-orang baik dan soleh kepada kita. Ibu kepada kawanku mempunyai bisnes tempahan untuk menjahit baju dan tudung. Aku gunakan peluang ini untuk meminta tolong kawanku menjahitkan beberapa tudung labuh untukku secara berbayar. Pertama kali aku ingin keluar rumah dengan memakai tudung labuh berjahit di tengah, aku rasa kekok. Namun, aku rasakan biarlah apa pun pandangan orang, yang penting apa yang aku lakukan adalah kerana Allah. Aku tidak rugi. Dan lama-kelamaan aku semakin selesa.

Kini aku hanya selesa untuk memakai tudung bidang 60.

C360_2012-08-19 14-04-05_org

“Berubah itu sangat sukar. Memakan masa yang sangat lama. Namun kuatkan hati kerana Allah. Percaya dengan Dia. InsyaAllah kita tak akan rasa apa-apa kerugian pun”

Home soon!

 

26 June 2013

till

5 September 2013

 

 

 

The basic idea is there. Next week I’ll be on flight home!

 

So, orang kampung semua, bersedia lah!

 

 

p/s: homesick yang teramat. foirst toime mokcik betul-betul homesick.

Akiramenai! Ganbaru!!!!

Salam.

Lama sesangatnya tak menulis, mahu dua ke tiga bulan.

Dan tak lama dah, aku akan berangkat pulang bercuti ke Malaysia. Yeay!

Secara jujurnya, semenjak masuk tahun kedua mencari ilmu di Bumi Soviet ini, tekanan jiwa dan mental semakin menggila. Faham pun macam tak faham. Sibuk memang semakin sibuk. Sehinggakan pernah suatu ketika Ummi cakap begini “Hari Ahad awak sibuk selalu, susah nak skype” . Hahahaha. Ye, masa itu sibuk dengan sukan, dengan kelas, dengan usghah dah bermacam-macam lagi. Spesies aku ni memang suka libatkan diri dengan bermacam-macam benda, sampai aku sendiri yang akhirnya rasa tertekan. Mengada. Itulah gelaran terbaik untuk diri sendiri.

Sebenarnya, tujuan entri ini ditulis adalah khas aku tujukan kepada T-rex yang baru je melangkah masuk ke alam universiti. Jujur aku katakan, sebagai kakak, dia ini memang adik yang rajin sesangat dan memang pandai. Aku sayang kat dia.

Aku suka gunakan satu analogi paling mudah. Hidup kita ini macam roda. (ofkos merata-rata orang dengar ayat se‘cliche’ ini) Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Jangan pernah sekali pun, kita berputus asa dengan kehidupan kita. Sekali kita berputus asa, itulah kegagalan kita yang terbesar.

Sejak duduk di sini, aku merasakan apa yang penting adalah usaha aku untuk menuntut ilmu. Ya, bukan keputusan hasil usaha aku. Keputusan yang baik adalah satu bonus untuk aku, dan keputusan yang tak baik adalah satu pengajaran buat aku. Mungkin bila aku dapat keputusan yang baik, kelak aku akan leka, malas belajar. Mungkin bila aku dapat keputusan yang baik, aku akan bertambah bersemangat untuk belajar. Mana-mana pun boleh menjadi tindakan aku selepas mendapat keputusan.

Dan hari ini, aku berusghah dengan adik-adik comelku. Teringin sangat aku kongsikan ayat yang sangat menarik ini.

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. (Al-An’aam:16)

Allah sedikit pun tidak memandang keputusan kita. Di akhirat kelak sedikit pun Dia tidak memandang pangkat yang kita miliki, kejayaan yang kita kecapi, tetapi Dia melihat pada amal kita, niat kita, dan usaha yang telah kita kerjakan demi agamaNya. Menuntut ilmu ini juga satu jihad. Apatah lagi satu jihad yang wajib bagi kita yang hidup dalam keadaan harmoni tanpa sebarang ancaman.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Apakah usaha kita dalam jihad kita? Mujahadah untuk bangkit dari tidur yang sangat enak, mujahadah untuk pergi ke kelas yang jauh, mujahadah untuk ke kelas selain daripada bersuka ria dan bermacam mujahadah kita demi menuntut ilmu. Jika setiap kali kita ke kelas berbekalkan niat kerana mencari redha dan ilmu Allah, insyaAllah, Allah akan mengambil kira niat kita itu. Jangan pernah sesekali sangsi padaNya.

Memang, aku tak nafikan. Proses pembelajaran sangat tertekan. Aku sendiri pun rasa macam nak naik gila. Tapi kan, kalau kita kembali pada Allah, letakkan keyakinan kita pada Dia, insyaAllah, Dia akan tolong kita. Setiap keputusan dan hasil yang kita dapat bukan bermakna Allah menjawab doa dan bukan juga bermakna Allah tidak menjawab doa tetapi Allah berlaku adil kepada kita. Dia memberikan apa yang selayaknya dan yang semampunya bagi kita.

Mungkin, dengan hasil yang baik, aku akan lupa Allah.

Mungkin, dengan hasil yang baik, aku akan ingat Allah.

Mungkin dengan hasil yang tidak baik, aku akan lupa Allah.

Dan…..

Mungkin, dengan hasil yang tidak baik, aku akan ingat Allah.

Allah itu Maha Mengetahui. KeadilanNya bukan terletak atas usah kita yang lalu sahaja malah atas apa yang bakal berlaku pada kita. Pesan aku buat adik-adik usghah aku yang comel-comel, bersabar dan bersyukur. Dan jadilah orang yang beruntung.

Ujian Allah itu sekadar menguji iman kita.

Ujian Allah itu tanda keampunan Dia buat kita.

Ujian Allah itu tanda rindu Dia mendengar rintihan kita.

Ujian Allah itu kayu ukur kesabaran kita.

Ujian Allah itu tanda ingatan Dia pada kita.

Ujian Allah itu satu rahmat.

Memandangkan semua yang membaca ini pun macam dah dekat-dekat dengan exam. Banyakkanlah bersabar. Jangan terlalu sedih, dan jangan terlalu gembira.Perjalan hidup masih jauh, insyaAllah. Jangan kerana satu kegagalan kita terus jatuh dan tak bangun-bangun, itu sifat orang yang gagal. Orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah berputus asa biar berkali-kali dia jatuh.

Lihat bayi yang baru mendapat kaki (dapat jalan), berkali-kali jatuh pun, dia akan tetap bangun hendak menuju ke destinasi yang di tuju. Sampai menangis-nangis nih~ Nak jugak jalan. Sampailah dia mampu berlari. Itulah kita semua masa kecik-kecik. Kenapa bila dah besar, dah mampu berfikir, kita tidak lagi sebegitu kuat? Malulah kita pada bayi yang masih belum mengenal kehidupan yang kuat semangatnya. Kembalikan semangat itu! Yeah~

Memandangkan proses menaip ini berlaku pada jam 2 pagi sementara menunggu subuh yang semakin cepat, kemerapuan semakin kerap berlaku. Haraf dimaafi.

Sekian. Moga terhibur.

 

 

p/s: Buat T-rex, awak jangan sedih sangat. Tak sampai suku pun lagi perjalanan yang awak lalui. Ingat Allah. Baca Qur’an. Banyak ayat romantis pujukanNya buat kita-kita ni. Lagi-lagi Surah Al-Insyirah. Amalkan, insyaAllah, Allah mendengar awak.

Tak menang tangan nih!

Salam.

Semakin lama semakin sibuk dan semakin itulah kekeringan idea untuk mencatat di belog ini. Aku mengaku memang tak menang tangan aku dibuatnya dengan jadual yang penuh, akiviti yang padat, dan bermacam-macam lagi.

Ok. Oficially, sekarang aku tinggal seorang diri. Ye, aku memaklumkan kepada satu dunia. Tak ada kerja. Kakak-kakak senior bilik aku semuanya dah selamat pulang ke tanah air bersama segulung sijil di tangan mereka. Uwaaaaaaaaa~ Melihat kesibukkan mereka, kesusahan yang mereka lalui, dan kerajinan serta ketekunan yang mereka ada, aku terfikir, mampu ke aku nak jadi macam diaorang? Aku tak tipu, senior-senior bilik aku ni sangat hebat dan kental. Kenapa? Sebab mereka mampu untuk survive hidup selama lima tahun dan enam bulan di Bumi Soviet ini. Macam aku, aku dikira tak seberapa payah sebab satu kelas aku adalah orang luar. Bukan orang Bumi Soviet. Macam diaorang, ada bercampur dengan orang-orang sini. Sangat hebat!

Sekarang ni tengah panas pasal sukan yang akan diadakan di Volgograd dalam bulan April nanti. So, memang sangat sibuk. Memandangkan asrama kami jauh dari bangunan MAI, kami terpaksa menggunakan dewan sukan yang berdekatan. Dalam erti kata lain, kami perlu keluarkan duit dari poket kami untuk berlatih. Setiap minggu, aku telefon pakcik zal (dewan sukan) untuk bertanya kekosongan. Dari mula-mula kekok, sampailah pakcik tu sendiri kenal suara aku. Haha. Lawak. Bila telefon je dia akan tanya aku, nak zal ke?

Sibuk-sibuk lain yang aku tengah sibuk adalah, sibuk hal-hal di Malaysia. Ehem. Adalah sikit benda-benda yang perlu aku uruskan dari jauh ni. Wajib untuk diuruskan. Itupun berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Ummi dan Baba. Hehe. Memang kadang-kadang tu aduh, mahu pecah aja kepala ini. Tapi kan, sibuk-sibuk macam nilah buat aku rasa aku ni dah besar! Dah tua! Huhu. Memang. Secara sahnya, 7 mac yang lalu aku telah mencecah usia 21 tahun. Wah! Masih, aku rasa semalam baru aku masuk universiti. Semalam je habis SPM.

Ok. Tutup cerita tua.

Sekarang ni. Tengah hangat rindu kat baby kecik kat rumah. Kenal ke tidak kakak dia ni, aku pun tak tahu. Kalau video call, sikit pun tak pandang~ Huhu. Dik, kaklong ni dik. Hope you know me! Seyes, adik aku yang comel seorang ni, kalau ambil gambar dari pelbagai view, memang, dia ada iras semua orang dalam rumah tu! Cuma versi NADIA AMANDA lah. Haha.

Oooookaaaay~~~~ Me, idea, ran out already. Homework all are waiting, stuffs are tonnes to be done!

 

 

p/s: Sibuk-sibuk pun, jangan lupa tepon mak ayah ye~

I just love these number!

 

 

260613

 

 

 

 

 

Surprise, surprise! Officially, it is a date, but a date for what? Keep in touch for another update!

 

 

 

p/s: Lately have been such busy life and nothing came across my mind on what to write. Sorry. Just telling this great date! Can' wait for it!

Not yet Teachers’ Day

Salam.

Well, sem baru sudah pun bermula dan aku pun dah mula menyibukkan diri dalam pelbagai perkara. Seronok seronok juga. Yeay~

Actually, aku secara tiba-tiba teringat kat cikgu netball aku. Last time jumpa masa aku form four. Rezeki terjumpa dia kat kedai makan dekat dengan sekolah rendah aku. Yelah, masa tu nak borak panjang pun tak sempat. Dia pun tengah bawak student nak pergi perlawanan persahabatan. Oh, rindu sangat-sangat yang teramat zaman sekolah rendah bila banyak-banyak perlawanan persahabatan. Walaupun aku ni tak hebat mana main netball, tapi aku sangat suka sukan masa kecik-kecik dulu. Selagi berdaya untuk aku bermain, aku hentam. Hebat tak hebat belakang kira.

Senang kata, tengah rindu zaman sekolah rendah.

Sekarang ni pun, Tok Ayah duduk tak jauh dengan sekolah rendah. Setiap kali lalu depan sekolah tu mesti teringat macam-macam. Dan setiap kali lalu jugaklah aku tengok bermacam-macam perubahan yang berlaku pada sekolah tu. Walaupun aku mula sekolah kat situ darjah 4, tapi kawan-kawan, cikgu-cikgu yang best semuanya buat aku rasa aku sekolah kat situ dari darjah satu.

That’s all folk. The end.

p/s: Ucapan “Terima kasih cikgu”  bukanlah semata-mata pada Hari Guru, 16 Mei, tapi bila-bila kita rasa berterima kasih pada cikgu-cikgu yang dah banyak mengajar kita.

Walking on the rope while juggling balls

 

 

 

 

Start of the new semester, with a whole loads of things in the head!

 

 

 

 

 

 

 

1724813

the new Morse code.the end

 

 

p/s: may all be happy! =)

Cinta ke Syurga

Salam.

Hanya satu entri yang sanga pendek dan maybe agak cliche. Sebab semua orang tahu apa maksud cinta ke syurga ni dan secara jujur yang menulis bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya. Cuma untuk mengingatkan kawan-kawan yang sedang membaca entri ini untuk lafazkan kata cinta pada yang tersayang.

Cinta ke syurga memang sesuatu yang cliche sekarang ni tapi, pernah terfikir tak yang mak ayah kita yang kita sayang akan sama-sama duduk dengan kita ke masa kat akhirat nanti? Adik-adik kita? Kawan-kawan kita? Perasaan sayang sesama makhluk, tak kira sama jantina atau berlainan, adalah satu benda normal. Bukan benda pelik.

Ingat tak masa kecik-kecik bila mak ayah marah kita, the most common sentence yang diaorang akan cakap ialah, “Marah sebab sayang”. Jujur, masa kecik-kecik akan terlintas rasa, kalau sayang kenapa nak marah-marah sampai kita tak suka? Bila dah besar, dan jadi kakak ni, memang aku akui, marah sebab sayang bukan satu cliche tapi satu fakta. TETAPI, marah di sini bukan bermaksud marah yang secara tiba-tiba. Marah yang bermaksud tegas. Marah yang bermaksud peringatan. Marah yang bermaksud mendidik. Bukan semata-mata marah.

Sedar tak sedar bila kita sayang seseorang, kita ada tendency untuk tak nak dia terlibat dengan benda-benda tak elok, kita nak dia jadi baik. Itu secara duniawinya. Secara ukhrawinya, kita nak orang yang kita sayang tu bersama dengan kita kat syurga. Macam mana? Kita ajak dia buat semua perintah Allah dan halang dia dari buat benda yang Allah tak suka. Percaya atau tidak, bila kita sayang dan cinta seseorang tu kerana Allah, kita akan sentiasa doakan dia, sebut nama dia satu dalam doa kita. Sebab kita nak dia bersama dengan kita, kalau tak di dunia, di akhirat, di syurga.

Bila kita sayang, kita akan berusaha untuk tolong atau ayat jiwang, berkorban demi yang tercinta. Korban apa untuk di syurga bersama keluarga, bersama yang tersayang di syurga kelak? Ego kita. Korbankan ego kita yang tak ada nilai itu, untuk memohon kepada Allah, untuk merayu dan berserah kepada Allah. Korbankan ego itu dengan buang perasaan benci bila bergaduh. Korbankan ego itu dengan ucapkan kata maaf. Tak rugi. Apa salahnya, kita korbankan masa kita untuk duduk dengan keluarga kita, dengan yang tersayang untuk kongsi apa yang kita tahu? Cinta biar sampai ke syurga.

Pernah terfikirkan tak yang bila kita tak redha dengan orang yang kita sayang, susah nak maafkan dia, kemungkinan besar untuk dia bersama dengan kita kat syurga tu sangat tipis? Sabar dan terus sabar. Itu yang diajar Allah. Jangan kerana ego, hilang semuanya di akhirat kelak.

Letakkan satu mind set, kita sayang, kita cinta, kerana Allah, kerana nak dia rasa nikmat iman dan islam, nak dia masuk syurga. Bukan sebab kita sayang or bak kata mat salleh, “because i say so”.

Siapa dengan kita di akhirat kelak, kita tak kan tahu, yang penting biar kita sayang sampai ke syurga.

 

 

p/s: Say I Love You to your beloved ones!

Time is running! And yet we are walking~

Salam semua2 makhluk bumi. InsyaAllah semuanya makhluk bumi bukan makhluk datang dari planet lain ye.

Ok. Jujur, for this semester it has been such a hectic one! Fuuh.

Kalau dulu, sempat la jugak seminggu dua tiga kali nak tipon rumah ke henset ummi ke. Untuk sem ni…..errrr…bila masa dah free je, kat Malaysia sah-sah dah gelap gelita rumah. Nak tak nak, kena jugak carikan masa supaya boleh tipon or at least chat. Tiba-tiba, seronok tengok classmate yang hampir 24jam whatsapp-ing dengan family dia. Tercetuslah satu idea ni. Memandangkan ummi dan baba pakai ifon, dan ifon kalau nak install whatsapp kena bayor (gedik)--------[melainkan jailbreak], ambe ajak ummi download application LINE. Ye, LINE ni taklah selaju whatsapp, tapi lebih seronok. Suka! So, for the last two months memang kalau free (even dalam kelas pun ye, gak) memang LINE-ing dengan ummi atau baba. Paling syiok main hantar-hantar gambar. Lagi-lagi part hantar gamba baby Amanda! Serius, nak terbang balik malaysia, nak dukung baby tu, nak cium-cium dia, nak cubit-cubit dia. Geram~

Alhamdulillah, setakat ni, tak sempat nak call, ada alternatif lain. Baba kata, zaman dia duduk negara amerika nu, dok main kirim-kirim surat je. Nak tipon-tipon ni maaflah, susah. Kena kumpul duit syilling. Hehe. Memang, zaman memang dah semakin maju dan semakin tak terkejar kemajuannya.

Hujung bulan ni dah start minggu pre-exam atau kami panggil zacet. Dia macam exam, tapi lain sikit. Serius susah nak terangkan. Yang penting sekarang ni, masih ada subjek yang masih blur! Dan tak lama lagi nak exam, nak zacet. Susah hati woo~

Aku tak tipu, memang, aku rasa lemah semangat semenjak dua menjak. And since then almost everything I learnt is like filling up a straw with water. (Ayat merapu jah!) Bila borak-borak dengan kawan, mesti dia akan cakap ---------------> tu semua duniawi je, tak payah nak susah hati mana. Allah tak kira pon markah-markah tu. Betul la tu, tapi aku masih rasa macam tak boleh, kena la belajar. Last sekali aku pesan kat diri, as long as what i’m trying to achieve has nothing to do or to relate me with Him, nothing is going to work. Maybe, Allah, tak tolong sebab Dia sayangkan aku. Oh, so sweet~

Yelah, kalau apa-apa yang aku buat ni, tak membawa faedah untuk aku kat sana, memang tak payahlah buat. So, Allah nak tunjuk, niat aku dah salah dah tu. Kena sokmo ingat! Niat aku macam mana. Allah memang sweet sangat.

Memang, masa tu berlari, dan kita takkan terkejar, tetapi, kita mampu, untuk memanfaatkan masa yang dibagiNya. Elok sangat 24jam. Bukan tak elok. So, manage your time well (haha.notetoself~highlight please~)

 

p/s: Tak sabar nak habis exam!

K.I.T.A

Salam semua-semua!

Lama sangat dah tak menulis. Nak kata sibuk, taklah sibuk mana. Idea yang ada tak tercurah keluar untuk mengisi blog ini. Maaf ye.

 

K.I.T.A

There’s actually nothing to say or write, simply asking.

“What are the purposes of our life?”

“Did we really achieve the purposes?”

“How strong do we understand and fulfil our purposes?”

“What do we see in ourselves?”

 

Jawapan takkan ditulis, kerana jawapan tu terletak pada diri kita. Tepuk dada, tanya hati. Soalan-soalan ini hanya untuk mengingatkan diri kita semua, tak kira bangsa dan agama. A random question for everybody.

Kita semua ada akal dan fikiran masing-masing and of course each of us has different opinions. Yet, how far do we see it? Soalan-soalan ni hanyalah soalan-soalan yang pendek dan ringkas dan mungkin juga senang. *jengket bahu* Bergantung pada individu.

Memang, kekeringan idea for the past few months. Hari ni, nak juga tekan papan kekunci untuk menulis blog. Bukan apa, akhir-akhir isu kemanusian dan keagamaan terlalu banyak dipersoalkan. Last but not least, for this short entry I would to ask all my dear muslims, “HOW MUCH DO WE BELIEVE IN ALLAH?” Ini bukan soalan menyindir atau apa-apa sebarang bentuk untuk memerli, tetapi satu soalan untuk semua dan diri ini. (Yang menaip lebih awal melihat dan membaca) Sebagai manusia kita banyak kurangnya, tak pernah sempurna, tetapi akal yang Allah bagi bukan suka-suka untuk kita. Manual yang diberi terlalu lengkap,sempurna, malah penuh dengan kata-kata manis dan ungkapan-ungkapan cinta.

 

Adios!

 

p/s: Baba ada pesan, ayat-ayat ini, 2:26-27, 10:85-88. And my advice to my parents, is to recite Qunut Nazilah in every solat. (Cakap je pandai….huhu =”[)

The start of something new

Salam

Ehem. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku masih mampu bernafas menikmati dunia pinjaman-Nya. Tak  lupa juga, kini aku sudah selamat berusia 21 tahun (mengikut kalendar Hijrah). Aku juga dah selamat kembali ke bumi Soviet yang sudah semakin tak asing bagi.

Kalau diikutkan, zaman sekolah dulu, mula sekolah awal tahun. Jadinya, adalah azam tahun baru. Sekarang ni semester pun mula bulan September. Ada azam baru juga. Mesti. Nak belajar rajin-rajin. Kali ini sungguh ni…….(doakan moga sentiasa tabah)

Kembalinya aku di bumi Soviet ini dengan segunung harapan yang sangat tinggi dari pelbagai pihak. Bermulanya kelas-kelas yang semakin padat, aku mula merasakan tanggungjawab sebenar yang aku pikul di sini. Sungguh, amat berat. Dengan bertambahnya lagi dugaan dan cabaran selepas ini.

Okieeeee.

Sekarang ni, tak ada idea sangat. Yang ada cuma nak cakap, babak cerita aku dah semakin berbeza. Hanya Allah sahaja yang mampu aku serahkan.

 

p/s: Rindu adik aku. Amanda. Nanti jumpa dah boleh jalan. Kenal lagi ke Kaklong ni?

I’m Juggling

Salam

Sedar tak sedar, dalam dua minggu lagi aku akan berangkat semula ke Bumi Soviet untuk meneruskan lagi perjuangan yang tak seberapa sengit. Kini, aku pulang ke sana dengan keazaman baru. Berazam untuk menjadi lebih baik. Aku tahu bukan aku je, tapi classmates aku pun sama je.

Orait. Mak cik Idar, dah tiga minggu balik kampung dia kat Cikadondong. Err… jawa barat ke timur, aku selalu tertukar. Orang Sunda tu yang pasti. Minggu pertama dia balik, ok la lagi, sebab Aina pun bukan sekolah sangat. Minggu kedua pun ok. Sebab rumah penuh dengan rakyat jelata, Tetapi, acara rumah terbuka memang agak hectic sebab makcik sahaja yang pro tentang rumah ni. Bak kata tuan Baba, kalau ada makcik banyak masalah boleh selesai. Tapi, yalah, sampai bila nak bergantung kat makcik. kan? Masuk minggu ketiga ni, seriously aku rasa nak pengsan. Kalau macam makcik, dia dah setkan fikiran dia, mana nak buat dulu. Aku, yang tak berapa profesional ni, memang rasa satu hari tu nak buat semua. Geram! At last aku mengaku kalah. Aku buat mana yang termampu.

Tambah dengan aku nak kemas barang nak balik lagi, dengan hujung minggu ni nak balik kampung, nak jemput makcik kat airport, dengan kerja rumah entah bila la mahu dilihat, memang juggling habislah ni.

Sungguhlah, menjadi suri rumah tu nampak macam senang je tetapi, amatlah sukar dan perlukan ketabahan, kesabaran dan paling penting ketahanan fizikal dan mental. Kuatkan semangat!

 

p/s: Jadi suri rumah dan bekerja lagi lah kena tabah dan sabar plus kental!

Setelah sekian lama

Salam.

Baiklah. Sebenarnya, tidak ada sebarang kekangan pun untuk menulis blog, cuma tahap kemalasan untuk membuka laptop sangat sangat tinggi. Bukan apa, akhir-akhir ni, dekat nak raya, sibuk sedikit dengan berbagai persiapan. Dan, tak lama lagi dah nak berangkat semula ke Bumi Soviet.

Kali terakhir sempat menulis bulan lepas. Lama jugak kan? Dah pun raya sekarang ni. Alhamdulillah. Sempat kita meraikan kejayaan kita. Harap dapat bertemu semula dengan Ramadhan.

Tahun ini, raya sangat simple. Beraya di bandar sesak Kuala Lumpur. Maklumlah, keluarga sebelah Baba semuanya sudah menetap di Kuala Lumpur, termasuk Tok Ayah. Dah dekat 8 tahun juga beraya di Kuala Lumpur.

Sungguh, tak dapat dinafikan beraya di kampung jauh berbeza beraya di bandar. Beraya di kampung sangat meriah. Kunjungan ke rumah bagaikan tiada henti selama beberapa hari. Kalau di bandar, masuk raya ketiga keempat, semuanya sudah kembali seperti sediakala. Maklumlah, kebanyakan orang bandar pulang ke kampung. Nak rasa meriah tu, kena tunggu adanya rumah terbuka. Duit raya tu, ehem ehem, sekarang ni dah tua, tak mengharap mana. Terkejut jugak masih ada yang nak bagi.

Semakin membesar semakin dapat difahami tujuan raya yang sebenar. Nak dijadikan cerita, kami menjalankan aktiviti membeli belah untuk raya pada hari ke-29 Ramadhan baru-baru ini dan semuanya adalah tidak dirancang. Baju raya telahpun kami tempah dua bulan yang lalu dan telah pun siap. Aksesori raya seperti tudung, kasut dan beg tangan kami tidak merancang sangat untuk membeli. Dikiranya nak pakai yang sedia ada di rumah. Jimat. Akhirnya tudung kami beli juga sebabnya baju yang ditempah itu tidak pernah ada dalam koleksi. Kasut dan beg pulak, tuan Baba yang inginkan kami membeli. Dan akhirnya setelah dua jam di dalam Jaya Jusco Cheras Selatan, dalam keadaan yang tergesa-gesa, kami berjaya membeli aksesori-aksesori ini. Sempat lagi, sambil membeli belah, kami menyakat dua adik kesayangan kami. Yelah, kalau tak diketahui adik-beradik, mahu orang fikir mereka ini kekasih. Dengan gaya dan bahasa badan.

photoshake_1345264683115

See these pictures? Very sweet of both of them isn’t it?

Oklah. Sesi nak membahan adik-adik sampai takat di sini sahaja. Nak menaip, tiada idea. Kiranya, diletakkan gambar-gambar sahaja di sini ok?

photoshake_1345364335666

Inilah wajah-wajah kami pada hari raya yang pertama. Kebanyakan diambil bukan dalam keadaan redi.

photoshake_1345438908935

Kami berempat memperagakan kereta yang ada di rumah itu~

C360_2012-08-20 15-41-31

Sedara mara yang ada. Ada diantara sedara kami yang beraya di perantauan, Australia.

C360_2012-08-20 12-41-25

Last but not least, my beloved parents. Ummi dan Baba.

 

p/s:next year tak tahu lagi raya yang macam mana~

When we get together

Salam

Uwaaaaaaa~ alhamdulillah, syukurnya. Aku dapat merasakan ketibaan Ramadhan.

Baiklah. Baju raya dah lama di tempah. Dan baju raya aku tahun ini adalah warna-warna yang diluar kebiasaan yang dipakai.  Segan pulak. Rasa lain je.

Sempena Ramadhan tahun ini. semua adik-adik aku sempat merasa bersahur dan berpuasa di rumah. Termasuk the little one tu. Yes. Sekarang ni, kalau diajukan soalan tentang bilangan adik beradik aku, jawapan yang pasti ialah TUJUH dan aku yang sulung. Walaupun sudah berusia 21 tahun, masih ada adik kecil yang baru berusia sebulan. (21 tahun sebab dalam tahun hijriyah, umurku sudah genap 21 lagi-lagi pada 3 Ramadhan baru-baru ini!)

Yes, dah tua segini pun, masih ada adik baru! So, please, jangan salah faham bila nampak gambar aku bersama si kecil Nadia Amanda. Unik sangat namanya. Dipilih molek oleh ibunya. (Lupa pula maknanya~)

481936_464597590219638_87496852_n

Yeay~ Alhamdulillah. Inilah rezeki kami. Hehe. Bersyukur tak terhingga. Bila lagi lah, masa nak bersama kan?

 

p/s: a month passed by so quickly!

Ya Allah, Alhamdulillah

Salam.

Tak sangka Ramadhan kembali menyapa kita semua.

Macam mana dengan persediaan kita untuk bulan yang penuh mulia lagi berkat ini? Berdebar-debar tak? Sesungguhnya, seharusnya kita bersyukur sangat dengan kedatangan bulan ini, kerana bulan ini dikatakan syaitan diikat. Maknanya, kita diberi peluang untuk melakukan amal ibadat tanpa gangguan mereka yang dilaknat. Kita hanya bermusuhan dengan diri kita sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Gunakan masa sebulan ini dengan sebaiknya. Dan…. paling penting, sucikan diri dan bersihkan jiwa sebelum melangkah masuk ke bulan mulia ini. Bukan apa, kalau nak tunggu masuk Ramadhan baru nak mulakan segala operasi membersih memang merugikan. Nanti, hanya sempat membersihkan tetapi tak sempat nak gilap. Sebab itu Allah dah berikan kita 11 bulan untuk membersihkan diri kita.

Ya Allah~ Gembira sangat nak Ramadhan. Tetapi ingat ye kawan-kawan! Jangan kita gembira kerana adanya RAYA PUASA selepas selesainya Ramadhan kelak, gembiralah kerana Allah memberikan kita kupon-kupon dan tiket-tiket serta bonus-bonus pahala untuk kita beramal ibadah dalam bulan ini. Di pesbuk, majalah JOM! semangat membuat countdown ketibaan Ramadhan dan macam-macam lagi post memeriahkan kedatangan bulan ini.

Sekaligusnya, hajat di hati ini ingin mengajak semua, sahabat handai, saudara mara untuk memeriahkan lagi Ramadhan ini dan anggaplah ini Ramadhan terakhir kita. Ajal maut itu di tangan Yang Maha Esa. Rahsia milikNya yang nyata. Manfaatkanlah dengan sebaiknya.

Jom! Kita sama-sama membersih serta menggilapkan iman kita!

 

p/s: Semoga amalan kita berkekalan untuk selama-lamanya, bukan sekadar dalam masa bulan Ramadhan ini!

Berita kesedihanku

Salam

Setelah dua minggu bertapak di rumah, memang macam-macam yang terlintas untuk di tulis, cuma tak terulis. Rutin harian kat rumah pun macam robot pun ada juga. Nak tengok tv pun, at the end tak tengok pun. Nak main laptop pun, at the end tak main pun. Bosan memang bosan.

Erk. Tak lama lagi nak Ramadhan dah. Amacam kawan-kawan? Prepared or not for the holy month? Bab Ramadhan akan aku coretkan dalam satu entri lain.

Aku cuma nak meletakkan satu entri pendek mengenai arwah kucingku. (Jangan terkejut). Yes, memang ajal dia dah sampai. Baru dua tiga hari lepas aku dimaklumkan tentang pemergiannya. Sedih memang tak terkata. Biarpun baru sebulan aku main acah-acah dengan dia, bising-bising marah dia sebab gedik sangat, tapi terkesan kat hati. Terlintas jugaklah dihati nanti nak beli kucing. Tapi, aku tahu, tiada ganti bagi yang sudah hilang. Sedih kot.

So, inilah berita kesedihanku. Sekadar memaklumkan.

 

 

Just a short one

Salam

This is seriously a short one.

To all my dearests friends, I’m now in Malaysia for my summer holiday.

 

Maaf sebab tak bagitahu awal-awal. Ramai yang mesej kat pesbuk dan bertanya. By the way, the phone number has been changed. Need to know the number, please do message me.

Ok. Itu sahaja.

 

 

 

p/s: Ramadhan dah semakin dekat. Sediakah hati dan diri kita untuk ramadhan kali ini? Sempatkah kita menghadapi ramadhan?

Si Husin

4f63d830aa9d11e19894123138140d8c_7 

Tadaaaa~

Ok. Ini kucing rumah yang dibela secara tak rasmi. Sebab ---> Seekor kucing yang pembersih dan tak mengganggu orang malah memahami kalau orang tu jenis takut kucing atau seangkatan dengannya. Asalnya, kakak senior bawak dia balik. Jumpa di tepi lori. Bagi makan dan minum. Seronok juga tengok dia. Yela, dengan gaya tak kacau orangnya, relek je. Bermulalah idea nak membela. Tapi, sebenarnya, ada seorang ahli rumah ni, yang takut kucing. Memandangkan kucing ni baik, kami mengletakkan harapan yang dia tak kacau lah nanti. Dan akhirnya~ Dah dekat tiga minggu pun dengan kami dan aku dah nak balik Malaysia pun. Shedey dah~ Huhu. Minta-minta junior mampulah nak jaga dia sebaiknya. Orang pertama kali bela kucing. Macam inilah ghupenye.

Nama panjang: Hal Husaini

Nama pendek: Husin, Sein.

Tak boleh blah. Nak juga. Ala macam jiran kitaorang lah. Nama panjang Angelina Jolie, sekali panggil Angel je~ XD

Hari ni, pertama kali bawa dia keluar. Takut juga tak reti balik. So bawak pergi taman belakang. Sekali dia jadi garang ke main. Nak angkat sikit pun tak boleh. Cakar-cakar habis. Last-last, umpan dengan makanan. Masih~ garang lagi. Akhirnya, kami decide, biarlah dia nak duduk luar. Tup tup, senyap-senyap ikut kami. Bila cari, buat-buat sorok. Konon dah masuk hutan. Sampailah pintu depan asrama. Bila dipanggil, berlari laju. Amboi-amboi. Pandai pula manja. Tadi garang ke main. Hmmm. Comel la tengok dia ikut senyap-senyap. Bajet orang tak nampak. Cumil sangat~

Dia ni satu lagi, suka sangat naik atas rak buku aku yang kat dinding~ Haish. Adoilah. Tak tahu nak buat apa dah. Yang kelakar satu lagi dia suka, ambil jalan yang penuh onak dan duri daripada jalan yang terbentang luas. Adoilah~ Tadi, jalan ke main luas, bawah kereta nak selit juga. Hihi. Kelakar. Dia ni kira masih muda dan aktif lagi la. Dan GARANG sangat. Untuk aku, bab kena cakar, sikit je mampu tahan. Banyak-banyak tak daya. Pedih luka.

Pembersih sangat dia. Seminggu sekali paling kurang akan ada freeshow dia cuci telingan dan mata. Mandi tu, tiap-tiap hari dia mandi. Err, mandi kucinglah. Dia ni takut air. Renjis sikit respon macam kena simbah. Satu lagi, dia makan tak reti minta. Reti panjat atas orang. Yang ni lama sikit baru nak paham. Haisy~ =.=” Pastu, tidur tak boleh kacau dia, nanti dia cakar. Tapi, penakut gak dan cepat terkejut. Dan pemalas dia, kejar bola pun, hmmm, harapan. Bila aktif, amboi~ kemain. Bila pasif, kita yang bosan tengok. Haha. XD

 

Ok. Tu je nak kongsi cerita. Bosan. Tak lama lagi dah balik. Nanti nak balik, aku tulislah apa-apa lagi~

It’s coming!

Salam

Ya Allah, dah semakin tak sabar nak balik ni. Tinggal lagi 23 hari. 3 minggu je lagi~ Tak sampai pun sebulan~ Eksaited tak memasal.

Ok. Sekarang kelas-kelas dah pun habis. Tak lama lagi nak zachet dan exam. Basically zachet dengan exam ni, rasa macam sama je~ =.=” Hehehe. Zachet pulak ade zachet dengan pointer dan tanpa pointer. Herm……. Zachet biasanya sebelum exam dan lebih banyak daripada exam dan awal daripada exam. Dan minggu zachet dan minggu exam adalah minggu berasingan. Still tak reti nak explain zachet macam mane~ Sorry.

Oklah. Nak letak jadual exam. Jangan terkejut ye~

jadual

 

Exam hanya pada 7hb, 11hb, 15hb dan 20hb je. Yang consultation tu, memang akan sebelum exam. Dia macam masa tulah, sebarang masalah dan pertanyaan boleh diajukan kat cikgu. Hehe. Yang before tarikh 7hb tu, semuanya zachet. Zachet ber’pointer’. Rasanya.

Mesti terkejut tengok subject cultural. Ke tak? Hehe. Memang biasa kat sini. Sem ni je, ada subjek cultural, history dan ecology. Ermm. Ecology tu boleh terimala lagi. Apa-apa pun. Redha je la. Yang lawak nye, lecture cultural tu, selalu pergi tapi lecturer kata tak pernah nampak~ 0.o??? Haisy. Kawan ambe pun kesian jugak. Dari awal sem sampai hujung sem, dia tak datang hanya dua kali je tapi lecturer cakap dia datang sekali~ Adoyai. Maybe lecturer pun tak nampak sangat kot. Tak boleh nak buat apa sangatlah. Redha je. Last sem yang best ada subjek philosophy. Tapi subjek2 macam ni jugaklah yang boleh menyebabkan repeat class. (Senior pernah kena) Pengajaran: Make sure datang kelas. Ok?

And sebenarnya, apa yang tertulis, ada lagi yang tak tertulis. Macam physical education, ecology, russian language, dan history. Subjek-subjek tu semua zachet dan dah dapat tandatangan pon~ Dia macam satu keterujaan bila ada yang dah dapat signature. Lepas satu beban. Macam tu la.

Buat masa sekarang, Ni je ceritanye. Wish me good luck! Thank you~

 

p/s: berdebar-debar menanti tarikh pulang~eksaited nieyh~

EKSAITED ni~

Salam

Ok. Tadi dah kira~ Ada 35 hari je lagi before the date! Sungguh. Amat aku nantikan. Tak sabarnya. Rindu sangat. Dah macam-macam yang bermain di kepala aku. Tak sabar nye~~~

 

Tapi kan……..

Makin eksaited makin malas, oh tolonglah kembali rajinku.

Makin eksaited makin berdebar, oh tolonglah hati sentiasa tenang.

Makin eksaited makin sedih, oh tolonglah akalku jangan bersangka bukan-bukan.

Makin eksaited makin rasa nak lari, oh tolonglah diri banyakkan yakin.

 

Dah start dah merapu meraban dia. Hurm. Banyak sangat sebenarnya masa free dan masa untuk bertaubat. Cumanya, kita ni yang kena banyak kuatkan semangat dan istiqamah. Ye kan? Everything is up to us. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sedar tak sedar, itulah yang ada pada kita dalam diam. Something yang kita nak, tak kiralah macam mana, kita nak juga dan kita usahakan juga. Bila part yang tak nak tu, usahakan juga tak nak. Maybe kita tak sedar tapi, itulah kebenaran. Aku pun terlalu banyak dalih dan kurang daya. Tak tipu~ Huhu. Nak jadi lebih baik dari semalam perlukan banyak usaha, doa dan istiqamah. Cakap senang macam sebut ABC, tapi liat nak buat kemain susah.

Dah. Entri sepatutnya hepi. Cerita pasal balik. Ok. Fullstop pasal bab sedih.

Balik ni. Dapat raya sesama famili. Eeee~ Sukeeee. Nak masak macam-macam. *sengih* Walaupun masak tak adalah sedap mana, tapi nak masak juga! Nak bikin kuih raya banyak-banyak macam masa form one dulu. Entah berapa banyak balang entah dapat. Sampai ada satu balang habis sebelum raya and at last Ummi kena selotape balang-balang lain. Nak redecorate and reaarrage bilik tu. Konferm setelah setahun hilang, entah apalah nasib bilik tu~ Same dengan stor rumah. Nak kumbah dan susun semula. Konferm dah bertambah dah bahan dalam tu~ Senang kata banyaklah benda nak buat. Meh. Nak senaraikan~

 

1. Nak buat nasi dagang! Fevret one. Nanti balik sini boleh buat juga~ Senang. Tak ada kempunan sorang-sorang.

2. Nak buat kuih raya. W-A-J-I-B. Setiap tahun, walaupun satu jenis, aku akan adakan juga. Tahun ni nak make sure Ummi tak perlu beli dah kuih raya. (^_~)b

3. Nak jaga adik baruku! Oih~ Nyaris terlupa bakal ahli rumah yang terbaru. #umur dah duaploh pun ada adik baru ka?#

4. Nak pergi dating dengan my only bestfriend in the world forever till jannah. Cik Fatimatur Rifqah Yahaya. Kakak, u can lepak-lepak at my house. Me like it!

5. Nak korek khazanah-khazanah lama yang sangat banyak manfaat untuk diri ni.

6. Nak masak untuk buka puasa for the whole Ramadan. InsyaAllah. Err. Tapi kalu join apa-apa event, tak dapatlah~ #Perasan masak sedap#

7. Nak makan ABC! Extra kacang please. Rindu dengan ABC.

8. Nak makan burger Pak Cik muka-mirip-ikon-kfc. The best burger ever!

9. Nak buli the youngsters kat rumah tu~ Inilah. Contoh kakak yang brutal terhadap adik-adiknya. *evil laugh*

10. Nak ……

 

Dah habis idea dah makcik ni. Seriously too many things actually. Specifically written adalah sekadar apa yang terlintas sekarang. Ada je yang terlintas tapi tak mampu nak tulis. Segan. *sengih* Ini sekadar briefing untuk AKTIVITI DI MALAYSIA. Style macam sekali je balik Malaysia. Padahal dah duduk Malaysia dari kecik lagi. Inilah namanya hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, manakan sama dengan negeri sendiri. Ok. Tak ingat yang belakang. Pakat letak asal berirama chantek~

InsyaAllah. Jika masih bernyawa, tertunai segala hajat ni, alhamdulillah. Jika tidak, …….

Ok. Tak maw sedih. Just nak remind. Mati itu paling dekat. Se’eksaited’ mana aku pasal nak balik ni, mati tu akan datang. Aku ni ingat je mati, tapi hakikatnya, diri ni macam tu juga. Jangan sedih. Senyumlah. Allah ada bersama.

 

 

p/s: InsyaAllah. Jika esok masih ada untuk, alhamdulillah. Jika tiada esok untukku, terimalah ampun dan taubatku seadanya. *muhasabah*