Carian

Ya Allah, Alhamdulillah

Salam.

Tak sangka Ramadhan kembali menyapa kita semua.

Macam mana dengan persediaan kita untuk bulan yang penuh mulia lagi berkat ini? Berdebar-debar tak? Sesungguhnya, seharusnya kita bersyukur sangat dengan kedatangan bulan ini, kerana bulan ini dikatakan syaitan diikat. Maknanya, kita diberi peluang untuk melakukan amal ibadat tanpa gangguan mereka yang dilaknat. Kita hanya bermusuhan dengan diri kita sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Gunakan masa sebulan ini dengan sebaiknya. Dan…. paling penting, sucikan diri dan bersihkan jiwa sebelum melangkah masuk ke bulan mulia ini. Bukan apa, kalau nak tunggu masuk Ramadhan baru nak mulakan segala operasi membersih memang merugikan. Nanti, hanya sempat membersihkan tetapi tak sempat nak gilap. Sebab itu Allah dah berikan kita 11 bulan untuk membersihkan diri kita.

Ya Allah~ Gembira sangat nak Ramadhan. Tetapi ingat ye kawan-kawan! Jangan kita gembira kerana adanya RAYA PUASA selepas selesainya Ramadhan kelak, gembiralah kerana Allah memberikan kita kupon-kupon dan tiket-tiket serta bonus-bonus pahala untuk kita beramal ibadah dalam bulan ini. Di pesbuk, majalah JOM! semangat membuat countdown ketibaan Ramadhan dan macam-macam lagi post memeriahkan kedatangan bulan ini.

Sekaligusnya, hajat di hati ini ingin mengajak semua, sahabat handai, saudara mara untuk memeriahkan lagi Ramadhan ini dan anggaplah ini Ramadhan terakhir kita. Ajal maut itu di tangan Yang Maha Esa. Rahsia milikNya yang nyata. Manfaatkanlah dengan sebaiknya.

Jom! Kita sama-sama membersih serta menggilapkan iman kita!

 

p/s: Semoga amalan kita berkekalan untuk selama-lamanya, bukan sekadar dalam masa bulan Ramadhan ini!

1 ulasan

Komen