Carian

Analogi hidup

Salam,

Last entri, diceritakan tentang persediaan. Tak kiralah. Apa jenis sekalipun. Lupa nak tambah pun, bukan makna Allah je yang tahu kita sedia, kita lansung tak buat persediaan. Prepare yourselves and have faith in Allah. When you’ve decided, you prepare yourselves, put your effort and then, give it all and let Him judge you and give what is worth for you. Simple but easier said than done.

Hari ni ada borak-borak dengan kawan aku tu. Bercakap tentang buat maksiat. Haip! Buat maksiat ni maksudnya curang pada Allah dan Rasul. Mengaku Allah tu yang layak disembah dan Rasulullah itu persuruhNya tapi, gaya tak macam pown~ (perli diri sendiri lagi….pedih) Hurm. Teringat satu komik pesbuk yang my bestfriend like ke share. Pasal kisah bagaimana seorang lelaki menjaga kehormatan dirinya semasa berduan dengan seorang perempuan. Rasanya ada yang dah tengok dah. Serius tak ingat kat mana, sambil edit, nanti ambe tambah ye~

 

Ok. Sila jangan ada reaction begini ---------------> ヽ(^o^*)/ Sweeeeeeetnye~ Tak salah pun nak ada reaksi normal macam tu. Saja je. Hehe. Bukan apa. Kawan akulah ajar, “rasa nak buat jahat je, toreh tangan”  Dalam hati aku, macam ni “Oi! Nak bunuh diri ke apa??” Tapi apa yang dia analogikan tu betul. Tak salah pun. Huhu. Sedih juga sebab aku kekadang tu sedar bila aku buat salah tapi degil nya memang tahap melampau.

Berdasarkan komik kat atas ni, susahnya ke main nak jumpa orang muda macam ni. Aku yang muda pun tak macam ni. Kalau ikutkan, memang nak juga bersuamikan lelaki macam ni, tapi, aku telek diri aku dulu. Dahlah tak solehah mana, tambah kejap-kejap emosi lah, cepat stress. Jangan nak beranganlah. Well, Allah dah susun. Syukur aku padaNya. Tak kira macam mana suami aku nanti, insyaAllah, aku akan berusaha jadi isteri terbaik untuknya. (Sudah. Cukuplah tu berangan yang tak berkesudahan.)

Exam pun dah nak dekat sangat dah kakak oi~ Cukuplah angan-angan awak yang bersama harapan yang tak pasti itu~

So, secara ringkasnya, apa yang nak disampaikan adalah, setakat mana kita mampu untuk menghalang diri kita dari buat benda tak berfaedah dan maksiat? Aku terlintas juga, nak mesej je, toreh tangan. Amboi~ Kalau gitu, dah kudung dah aku sekarang ni. Hehe. Lagipun, Allah tak ajar kita menyeksa diri sendiri. Berdosa juga. Seksa sampai susahkan diri. Sampai tak boleh nak buat apa-apa. Macam dalam komik tu, dia mampu tahan dan dia tak terbeban kesan perbuatan dia. Just imagine for yourselves. Hidup ini terlalu banyak Allah bagi, tapi…………kita? (kena lagi~)

Nasihat aku, kepada aku terutamanya, AKU ni, dan semua yang membaca, of kos berapa keratlah sangat, supaya kita nilai semula diri kita. Dengan zaman berteknologi tinggi, segala perhubungan hanya di hujung jari, ada tu tak ada orang tahu, hanya kita dan dia, kita tak sedar dosa-dosa kita. Contoh, cakap benda tak faedah, ngumpat, dan seangkatan, Manfaatkan teknologi. Orait?

 

p/s: entri kali ini terlalu banyak memerli diri sendiri. PADAN MUKA.

Am I prepared yet?

Salam.

Haha. Ok. Seyes. Kepada yang perasan soalan ni, bukan nak cakap apa-apa taw. Especially to one particular person. I realized I haven’t answered it properly. (Mesti tak sedar kan?) Soalan ni memang sangat suka ditanya orang dan dah ramai pun. At first memang macam terkontang kanting juga nak jawab. Nak explain tak senang. Hehe

A counterback simple question:

Pada hari exam, adakah kita sebetul-betulnya dah bersedia? Dah boleh dah nak jawab apa saja soklan yang keluar? Pagi tu bangun tak payah dah nak baca buku. Tinggal datang dewan and just take the  exam. (Seriously no intention of offending~(= )

Sebanyak mana pun kita study, sebanyak mana pun kita dah revise semua soalan untuk exam, konferm, sesaat sebelum exam start, kita akan bukak juga buku. Sebab tak tahu pun soalan mana yang keluar, soalan yang macam mana akan kita jawab. Kita takkan tahu dan takkan rasa tenang selagi kertas exam tu tak ada depan mata. Tapi, Allah dah susun cantik-cantik. Dia tahu kita dah sedia, so, Dia bagi juga kita pergi exam pada hari tu. Sedar tak, kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang tiba-tiba sakitlah, tak dapat datanglah untuk exam. Allah tahu mereka tak bersedia dan tak mampu nak jawab soalan exam, so, Dia bagi diorang masa extra.

Macam mana pula kalau fail exam? Yes, failed in exam is something you want to avoid. Really wanted to! Kan? Kita akan jadi sebenar-benar gagal kalau kita tak kembali bangkit. Sebab fail tu ujian Allah. Standard bila dah habis exam, kita dapat balik soalan kita kan? Tak pun kita ingatlah sikit-sikit even 1% of the questions, kan? Tengok balik, teliti dan buat analisis. Cari kat mana salah kita, cari kat mana careless mistake kita, cari kat mana yang kita patut betulkan balik. Yup, atas kertas tu memang senanglah kita nak tulis. Ini careless, ini patutnya jawapan macam ni, tapi, bila retake the exam, possibility nak jumpa balik tu sebenarnya tinggi. Tak tipu. Kita tak sedar sebab kita kadang-kadang rasa macam, dah dapat, takkan nak bagi lagi kan? Mind set kita kena betulkan. Allah itu Maha Bijaksana. Dia selalu akan uji semula hambaNya dengan benda yang sama tetapi dengan berlainan situasi, masa dan tempat yang memang kita rasa macam baru je. Tak tipu.

Apa-apa pun kita akan balik pada Allah juga la kan? Kan? Rujuklah manual utama kita, Al-Qur’an, yang ada disebutkan tentang perkara sebegini.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” ( 2:286 )

Benda ini applicable untuk semua jenis situasi. Tak kira usia dan pengalaman, tak kira cerdik ke tidak, tak kira kuat ke tidak, tapi mengira keyakinan kita padaNya. Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Mustahil apa yang Dia susunkan, apa yang Dia rancangkan tu adalah untuk keburukan dan kecelekaan kita. Dia tak rugi mahupun untung kat alih mana-mana pun sebenarnya. Tapi Dia sayangkan kita. Dia pujuk kita dengan ayat ni. Yes, sehabis baik mana pun usaha kita dan tawakal kita, and suddenly kita fail, bukan FAIL namanya tu, tapi UJIAN. Sebab Allah ada benda lagi baik. Sebab tu Dia bagi kita fail. Tak pun Dia tahu apa akan jadi jika kita tak fail. Dia tak nak kita makin terok.

Oklah. As a student commonly, contoh-contoh yang diberikan berkaitan exam. Contoh yang matang sikit. Masuk kerja. Memang hari pertama pergi kerja tu akan rasa berdebar dan macam-macam. Rasa macam seronok je nak kerja. Tapi kita tahu ke cabaran dan liku-liku alam pekerjaan tu? Kita tak tahu. And kita takkan pernah tahu. Tanyalah senior kat tempat kerja tu sekali pun, pengalaman dia hanya dapat membantu sebab apa yang akan jadi kat kita adalah kisah kita sendiri. Bukan kisah orang tu. Meaning, even nak masuk kerja pun sebenarnya ada debar dia. Sama je. Allah takkan bagi hamba Dia lalui kesusahan yang sampai tahap hambaNya tak mampu nak tanggung. Even bab kerja ni, ada sijil SPM pun, kalau Allah kata orang ni boleh nak kerja benda yang patutnya orang ijazah buat, sampai masanya, dapat juga kat orang tu.

Tanya diri korang sendiri. Jadi students. Still ada je lagi yang actually baya korang, tak pergi belajar. Duduk kat rumah tolong mak ayah. Bukan sebab susah. Yes, kita nampak sebab dia keluarga orang miskin tapi, sebenarnya Allah tahu kalau dia itu masuk belajar sekolah, dia takkan mampu nak tanggung dan handle stress belajar. Allah bagi dia tanggungjawab jaga mak ayah dia. Tanggungjawab yang lain. Tipu sangat-sangat kalau kita belajar ni tak ada yang stress. Nampak je macam tak stress, tapi bila tak faham, tak catch up, ada yang jadi macam breakdown, ada yang terus malas. Itu namanya stress la jugak. Sedar tak sedar.

Aku pernah je sikit-sikit argue dengan kawan aku bab sedia tak sedia. Then dia just jawab, “Tunggula sampai dah sedia betul-betul” Dan aku mula terfikir, bila? Masa depan itu rahsia Allah. Sehebat mana ilmu di dada kita, sepandai mana kita bercakap, sebijak mana kita meramal, mustahil kita boleh tahu masa depan. Fikirlah, apa yang korang ada sekarang, yang korang lalui, pernah dulu diajar, diberitahu macam mana nak buat, nak dihandle? Semacam akulah. Dulu tahap imaginasi aku, belajar bukan di bumi Soviet Union ni, apatah lagi bidang kejuruteraan. Nak belajar pun tak tahu kat mana, dan nak belajar apa pun tak tahu. Sekadar buat keputusan atas sebab yakin, kalau Allah dah susun ini jalan untuk aku, insyaAllah, apa-apa jadi, aku boleh nak handle. Even so, ada masa-masa aku breakdown dan macam-macam lagilah.

Same goes to nak pergi belajar. Of kos, ada masanya yang malas. Betul tak? Tapi kita lawan juga. Cuba imagine, kita nak tunggu masa kita betul-betul sedia nak belajar, which is, kita patutnya jadi macam ni -----> semua yang cikgu tu cakap kita faham, kita boleh catch up, tak ada nak blur-blur, nak exam pun tinggal selak sekali arus macam tu je. Ade ke? Bukan memerli. Tak. Tapi, hakikat. Aku pun sedang lalui menda yang sama. Jangan risau. Sungguh pun malam sebelum tu dah baca buku siap-siap, kita akan faham apa yang cikgu ajar lebih sikit dari orang lain, dan masih kita akan ada soalan pada cikgu tu. Betul tak? Ke ada je kes yang memang faham terus? Ini penelitian dari pengalaman. Sekadar pengalaman yang hanya muda setahun jagung, bak kata orang tua-tua la kan. Masih terlalu banyak yang aku akan lalui or maybe sikit je. Mati pun kita tak tahu bila, kan?

Ok. Like seriously, panjang la juga kan? Hehe. Niatnya nak menjawab soalan. Dan sebenarnya jawapan hanya pada perenggan yang pertama tu. Selebihnya ni sekadar nak menulis. Itu aje. Apa-apa pun, like what’ve been written before, BALIK PADA ALLAH. Yakin dan percaya kita tu. InsyaAllah, tak susah. Sometimes, Dia tolong dengan gerak hati kita masa buat keputusan. Maybe kita tak sedar, but that’s the fact. He loves us so much. We need to thank Him a lot. One more thing, fikir yang positif selalu. Jangan yang negatif. Sebab Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. (ok.this one memang kena tepat pada batang hidung sendiri.sendiri tulis,sendiri termakan kata)

Aku menulis kemain macam bagus je kan? Hehe. Aku manusia juga. Aku pun tengah bersedia sebenarnya. Dalam penantian. Banyak juga benda-benda negatif yang aku fikirkan. I’m being a bit pessimistic for the time being. Kawan aku selalu sangat marah sebab suka sangat fikir yang negatif. Sorry lah. Hehe.

Well, setakat itu je la kot. (ok. entri ini adalah entri yang agak dalam maknanya. maaflah kalau rasa macam tersesat atau kurang faham)

 

p/s: Yakinlah pada Allah dengan seyakin-yakinya. InsyaAllah, urusan kita dipermudahkan. Dan ingatlah sentiasa, Islam itu cara hidup kita bukan agama. Jangan jadikan dia satu benda yang susah.

Filling up the boredom

Salam

Ok. Tak lama lagi dah nak balik dah~ Oh yeay!

Seronok, seronok juga. Aku yang sibuk memikirkan tentang nak drag jadual exam ke depan. Sapa suh beli tiket awal? Hehe. Tak yahlah nak salahkan sesiapa pun. Ok?

Banyak sebenarnya menda-menda yang nak dibuat masa balik nanti. Too much of it. Nak listkan pun macam………..ermmm mampu ka? Banyak pun, buat semua ke nanti kakak oi~? Aku lah kan katakan. Biasa memang begitu. *sengih sorang-sorang dalam gelap*

Sekarang ni ada cuti staright lima hari. Nak tahu kenapa? Sebab pihak universiti main tukar-tukar jadual. Hari isnin dan selasa akan digantikan dengan jadual hari sabtu. So, memandangkan aku memang tak ada kelas hari sabtu, cutilah. Hari rabu pulak cuti hari kemenangan Soviet Union untuk perang dunia kedua. Starting from this saturday (5.5.12) up till wednesday (9.5.12) adalah hari menggemokkan badan. Hahaha.

Dah masuk perenggan ketiga ni. Title tak tulis lagi. Tak tahu nak tulis apa.

Ok. Rasanya hampir semua orang tahu dan kenal Dena Bahrin kan? (Bajet macam kawan dia je~) Tahniah la dekat dia, muda-muda dah kahwin. The entry about her wedding was really a sweet entry. Truly islamic. An original love story written by Allah.

Still. Blank for the title.

Aiyah~ Orang semua dah tidur. Aku je yang tengah hadap skrin laptop menaip. Nak meluahkan perasaan? Tak payah. Luah pun bukan jadi apa sangat pun. Adoila. Tadi petang balik beli barang grocery, demam sekejap. Selepas dua tiga hari penat bermain frisbee sampai pening-pening. Aku pun satu, memang dah tak larat, sampai pening masa main, boleh buat dek je. Bukan sekali dua tiga kali dah. Sampai jatuh-jatuh. Jangan amalkan ye. Tak sihat.

So bila dah sihat, segarlah. Tambah tadi ada sambutan sikit. Dengan kekenyangan ni susahlah ambe nak masuk tidur. Bukan apa. Ada satu awareness kepada TIDUR SELEPAS MAKAN. Mindset aku adalah ini -----> BUNCIT. So, kekadang tu bila lapar tengah-tengah malam, especially jam 12, berkeronconglah perut tu macam mana sekali pun, tak maw juga diisi, sebabnya dah nak tidur. Paling cepat mesti 3 ke 4 jam lepas makan.

Ok. The blank title need to be filled~

Masih tak puas hati. Nak juga isi blog ni. Hurm. Alhamdulillah. Allah bagi aku kekuatan untuk tetap bersama dengan DIA. Malam yang bosan-bosan ni, aku try cari sesuatu yang mampu mengisi kekosongan. Kalau dulu, bukak je YouTube, tahulah nak cari artis apa. Lagu mat salleh la, melayu la, entah macam-macam lagi. Tapi, kali ni, kat search box YouTube tu nak diisi pun amek masa dekap sepuluh minit. Tak tahu nak cari apa. Last-last tengok video tutorial Dena tu lagi. Suka tengok je. Nak apply, aku sedar aku tak lawa buat macam tu. Suka pun tengok dia buat. Comel pun. Hehe.

*aku perasan je blog kali ni macam pelik*

Dulu. Masa bosan sangat. Layan cerita Chuck atau mana-mana movie. Tambah sekarang ada anime conan sampai 500++ episod, memang nak melayanlah. Well, anime conan memang fevret. Cumanya sekarang ni dalam satu hari, layan conan dalam dua tiga episod je. Tu pun kekadang tu macam tak dak mood. Pelik gak. Bukan buat apa-apa pun. Kekadang tu just blankly staring the laptop, thinking what to search, what to do. Homework ada je. Buat juga. After sometime, nak rehatla kan? Last-last window shopping kat blog-blog. Dah plan dah, balik Malaysia ni nak bawak Ummi gi kedai kat gombak ni. Jual tudung siap. Dah setahun duduk sini, pemalasnye nak meng’pin’ tudung tu……….tak payah cakap. Senang kerja rasa bila boleh main sauk je tudung tu. Baru satu benda nak buat.

Akhirnya…………..

Terisi dah title tu.

Kali ni, memang nak tulis segala apa yang mampu aku tuliskan. *smiling*

 

[out of idea already]

 

Ok. Cerita pasal usrah aku la. Usrah paling bestla. Sebab semuanya baik-baik belaka. Tak tipu. Beruntung aku dapat usrah begini. Biarpun ada kerenah masing-masing, tapi kami tetap saling memahami. Tambah pulak kakak naqibah kami sedang dalam penantian baby nya~ Aku salah seorang yang teruja terlebih sebenarnya. Depan orang tak adalah nak tunjuk sangat. Senyum sudah. Dengan kakak naqibah yang comel lagi montel sekarang ni, memang meriah usrah kami. Serius ni. Hehe. Setiap seorang ada sifat dan perangai masing-masing. Dua hari lepas kami pergi jalan-jalan dekat hutan belakang hostel ni. (Aku kena tinggal =( ). Dah kena tinggal, aku tak puas hati, nak juga cari diaorang dalam hutan tu. Aku beranikan juga diri cari diaorang sorang-sorang. Last-last, sebab banyak anjing yang sedang bersiar-siar bersama tuan mereka, aku terus ikut denai keluar dari hutan. Sedih juga~ Tak apalah, tak ada rezeki tapi ada pengalaman, jalan sorang-sorang *erk.bahayalah kakak*

 

Sekarang. Tengah malam kot. Tapi malaysia dah subuh dah. Hehe.

 

Akhirnya, aku habis idea juga. Hurm. (yang membaca pun dah naik bosan)

 

Aku tutup dengan sepatah dua kata. *sayu*

 

Aku tahu matiku sangat dekat, tapi masih, dosaku tidak terbilang.

Aku tahu matiku sangat dekat, tapi masih, taubatku tertangguh.

Aku tahu matiku sangat dekat, tapi masih, hatiku ibaratnya keras.

Aku tahu matiku sangat dekat, tapi masih, aku berdiam berpeluk tubuh.

Aku tahu matiku sangat dekat, tapi masih, jiwaku kosong tak berisi.

 

Allah itu Maha Pengasih, ada masa tidak aku rasakan kasihNya.

Allah itu Maha Pengampun, ada masa tidak aku memohon keampunan.

Allah itu Maha Mengetahui, ada masa ku lakukan apa ku mahu.

Allah itu Maha Mendengar, ada masa kepada manusia ku meluah.

Allah itu Maha Melihat, ada masa aku leka dengan sikapku.

 

Aku ingin mengubah diri ku.

Aku ingin menjadi lebih baik.

Aku ingin merasai cinta agungNya.

Aku ingin merinduiNya selalu.

Aku ingin bertemuNya.

 

Aku bukan malaikat

Aku manusia yang hina

Aku manusia yang lemah

Aku manusia yang berkeperluan

Aku manusia yang mengharap kasih Tuhannya

 

Hasratku agar diberikan jalan dan bimbingan

Hasratku agar sentiasa ada kekuatan dariNya

Hasratku agar ada teman seperjuanganku disisi

Hasratku agar hatiku tidak menggelap

Hasratku agar aku mampu dan terus tetap

 

 

 

At the end of my life, I want to end my life happily with His blessings. Can I get it? With this heart within me?

Mati itu dah tetap. Mungkin sekejap lagi. Kita tak tahu. Aku yang menulis mengingatkan diri sendiri. Sebab aku ni pun sama je. Banyak lagi nak kena ubah. Too many bad sides of me. Huhu. Hampa dengan diri sendiri. Apa-apa pun, nak enjoy dalam hidup tak salah. Cuma jangan lupa bersyukur dan jalankan amanah ye. (kena juga balik kat diri sendiri). Lagi senang kalau cakap patah balik kat diri sendiri. Sebab aku sakitkan hati sendiri.

 

p/s: a hidden message is written yet, soon it’ll be told. (maybe later~?)

Counting days

Salam.

Alhamdulillah. Allah kurniakan masa berlalu dengan cepat tanpa aku sedar.

InsyaAllah, tak lama lagi dah nak dekat minggu exam. Erk, sebulan lagi. (O.o).

Secara jujur. Ini adalah satu penantian dalam penyeksaan. Haha.

Sama ada sebab aku duduk obesi ataupun penantian pulang yang bermakna.

Secara jujur. Aku tak mampu nak hambur semua kat blog ni.

Yelah, atas sebab-sebab tertentu, kena aku diamkan.

 

Kecemburuan semakin menebal, penantian semakin menyeksa, kesabaran makin teruji.

 

Sebagai hamba Allah, aku sedar sangat-sangat, aku ada DIA untuk aku bergantung dan berharap. Sebagai hamba Allah, selayaknya aku serahkan segala-galanya kepada DIA sepenuh yakin.

Aku tahu, aku ni banyak kurang. Banyak juga buat dosa. Memang rasa tak layak memohon pada DIA, tapi Allah tu sangat penyayang. Kalah semua orang atas dunia ni. Even Ummi aku. DIA lah yang tertinggi sekali. Sejahat mana aku ni, seburuk mana aku ni, DIA tak pernah dalam sehari tak bagi hint yang DIA sayang aku. Tapi adakala aku ni terlalu buta untuk perasan semua tu. Even aku macam tu, DIA bagi hint lagi. Betapa kasihnya DIA kat aku. Ya Allah, maafkan aku.

Kiranya. Sekarang ni. Seksa aku akan berakhir kalau aku ada DIA. Tapi sebagai manusia biasa, aku bukanlah malaikat, aku buat silap, aku akan alpa juga, aku buat dosa juga.

 

“Every pious has a past and every sinner has a future”

 

Kuatkan semangat anda! Cekalkan diri anda!

 

p/s: Allah tu romantik. Surat cinta DIA sangat jiwang dan mengharukan hati ini.

Sabar hati … sabar

 

 

     23 JUN 2012    

 

 

Tak lama je lagi. yeay~

 

 

It’s the most wonderful date ever! Alhamdulillah.

Orang kampung semua, minta nantikan ye berita gembira ambe.

Kali ketiga?

Salam

Ok. Rentetan untuk entri yang dipos hampir lima bulan yang lalu~Kali Kedua!

Alhamdulillah hilang lagi duit aku. Bukan apa, belajar la sikitkan nak berjimat. Dah sah-sah duit tak ada, ada lagi mood nak cari kasut baru. Haila badan, janganla tamak sangat.

Kali ni, hilang duit sahaja. Ok. Harap maklum. Duit yang hanya kertas. Dibandingkan dengan kasih sayang Allah, aduhai. Secopetnye.

Bila terjadi tu memang aku dah gelabah sekejap, tapi entah kenapa aku tak sedih. Tapi aku jadi rasa tersentap sebab mungkin ada dosa aku yang mana-mana Allah nak ampunkan ni. So, aku sengih je la. Ermmm, tapi aku ada silap sikit je. Ada sikit buruk sangka la kan sebab ada suspicious. Subhanallah, hati, jangan buat lagi ye.

So nya, peringatan untuk aku kali ini. Segala di atas muka bumi adalah milik Allah. Yang kita rasa macam kita punya hanya seketika sahaja. Semua akan kembali kepada Allah.

 

 

p/s: Usrah kali ini penuh dengan kesentapan yang sesentapnya~ Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya saaaaaaayang ALLAH~

Women’s Day

Salam.

Ok. Semalam ada international women’s day. Kat bumi soveit ni, sambutan diadakan secara…….ermm, tak tahulah nak cakap macam mana. Yang pastilah kan, kedai bunga belambak-lambak. Bunga macam-macam jenis ada. Imejinla, kat bumi soviet ni memang dah banyak kedai bunga, tambah lagi dengan gerai-gerai bunga. Uwaaaaaaaaa~eksaited kami. ^^ Paling banyak ialah bunga tulip. Dah tunjuk dah hari tu. Hehe.

Semalam. Kami, satu geng usrah mengadakan satu pesta sambutan untuk hari wanita dan sambutan hari jadi mereka-mereka yang lahir sejak dari Januari hingga ke Mac. Jumlah birthday girls adalah EMPAT orang. Dan, tradisi kami, yang memasak bukanlah kengkawan birthday girls tapi birthday girls sendiri. Memandangkan birthday saya jatuh sehari sebelum hari wanita, saya pun secara tidak langsung jadi chef bidan terjun untuk event ini. Saya buat kek dan sosej gulung. Kek yang saya buat adalah cubaan kali pertama. Dan secara officialnya, saya namakan kek itu Chocolate cinnamon cake (C2 cake) . Uwaaa~ Berbaloi ye kerja keras saya. Saya tak ada kamera. So, gambar kek tak amek. Ada tu ada tapi bersekalian dengan makanan-makanan lain. Maaf ye.

Event kami tu, main reason adalah sambutan hari wanita. So, ada acara tukar-tukar kuntuman bunga. Uwaaa~ bilik tu dah jadi macam garden dah. Banyak kuntuman bunga. Tak lupa juga, ucapan terima kasih kepada kawan-kawan jejaka kami yang hensem lagi tampan dan touf sebab bagi bunga kat kami. (Dah dapat bunga, puji melambung la~) Sekali lagi, gambar tidak ada.

Gambar-gambar yang ada cuma gambar hadiah yang diberikan oleh kawan-kawan sebagai hadiah hari lahir saya. Terima kasih kawan-kawan. Ambe tak minta sangat pun apa-apa, dah dapat pun alhamdulillah. Sian kat awak-awak sebab macam susah je nak cari. Sekali lagi terima kasih.

Photo 09.03.12 15 10 40Photo 09.03.12 15 11 20

Photo 09.03.12 15 24 08Photo 09.03.12 15 12 44

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cantik dan comel-comel kan? Hehe. Sama macam pemberi-pemberinya juga. Oih. Sekali lagi terima kasih.

 

 

p/s: Best birthday kowt~

Gembiranya dalam hati

Salam.

Ok. Mengikut tahun georgian, memang aku dah genap 20 tahun secara officialnya pada tarikh hari ini iaitu tujuh haribulan mac tahun dua ribu dua belas. Tapi, kalau ikut bulan hijriah pulak, aku dah hampir setahun umur 20 tahun dan tak lama lagi bakal masuk 21 tahun… (3 ramadhan 1433) Oih. Sebenarnya, tak ada efek mana sangat pun. Walaupun dalam bahasa inggeris, umur aku sudah tiada perkataan “teen” yang membawa maksud remaja.

Ustaz azhar pun ada je cakap pasal usia remaja dan dewasa. Kalu umur dah dua puloh tahun, dah gatal nak bernikah, itu dah kira dewasa la tu~ Haha.

flowers(2)flowers

Ok. Setiap kali masuk tarikh 7 mac aku akan ingat empat peristiwa yang kira paling penting dalam hidup aku. 

Masa aku umur tujuh tahun, serius aku sangat gedik! Masa tu aku memang hidup konon ala bandar. Mengada nak mampus minta mak aku panggil sedara mara makan-makan sempena birthday aku. Serius, aku ingat balik macam gedik nak mampus.

Masa aku darjah tiga ke darjah empat, masa tu aku dan family shopping barang kat Leisure Mall ke Lot 10. Dah tak ingat kat mana. Tapi masa tu, nak beli cake. Ummi tanya nak kek apa. Jawapan aku simple. Cheesecake. Masa tu tak pernah merasa cheesecake yang mahal macam secret recipe tu. Cheesecake yang RM10 je. (Masa tu ye la 10 hengget….sekarang tak tahulah) Simple je. Balik rumah, makan gitu-gitu je, masuk tidur. Setel.

Masa tingkatan satu pulak. Hari jadi aku itulah pertama kali aku belajar buat kek batik dengan kakak sepupu aku. Seronoklah kan belajar buat kek batik. Masa tu pulak minggu periksa penggal bulan Mac. Hari Isnin. Semangat buat ni. Malam tu hidang macam biasa. Aku dengan expectation yang berharap Ummi bawa balik hadiah, diam je. Konon ada la orang nak surprise aku. Sekali, Ummi lupa. Dia fokus sangat dengan exam anak-anak dia. Hihi. Aku tak kecik hati pun. Sebab kelakar sangat expression Ummi bila T-rex tanya yang kek batik tu adakah kek hari jadi aku.

Last sekali. Masa tingkatan tiga pulak, aku yang tuan badan lupa itu hari jadi aku. Hahaha. Lawak. Datang kelas macam biasa. Sekali bawah meja aku ade cokelat la, hadiah la. Aku dah pelik. Kalau dari bebudak laki, pahamla aku kenapa sesat bawah meja tu, ini budak perempuan. Hehe. Lepas rehat, ada pulak, ustaz aku kata ada orang nak buat announcement. Ketua kelas aku memberikan ucapan kepada aku dan satu kelas nyanyikan lagu. Dan paling best sekali, ada sajak untuk aku. Aku simpan elok dalam bilik aku kat Malaysia. Hihihi.

 

Dan akhirnya, tahun ini punya kisah. Hari jadi tanpa Ummi, Baba, Ena, T-rex, Maban, Budin, Ah Chong dan Ibu. Hanya dengan senior dan kawan-kawan aje. Kebetulan malam semalam aku ada bikin projek khas dengan roomate untuk sambutan Hari Wanita esok. Selesai projek, aku balik bilik macam biasa. Tup tup, senior aku kata, pegi lepak memana dulu. Aku terpikir gak pasal besday aku, tapi, aku tak pernah sebut. Alik mana la pulak tahunye? Hihi. Last-last kul 12 tengah malam tadi, aku dipanggil balik dan terhidangla makanan-makanan.

P1060246

Aku dapat makan pasta. Ari tu tetiba rindu pasta reben yang Ummi buat tu. Tersebut la dekat kakak senior masa aku borak dengan dia. Ngehehe. Time kasih~ Dapat kuih onde-onde atau buah melaka. Dapat kek cokelat. Dapat air laici. Uih~ Paling best dapat hadiah jugak. Handbang. Oih maaaa. Hehe, Bab beli handbag, aku memang tak pass. Tak reti. Bila dapat tu, syukur je. Tak kisahla lawa ke tak ikut taste ke tak. Aku terima je. Sebab aku memang tak reti menelek handbag. Hehehe. Sekali lagi terima kasih.

cake

First time dalam seumur hidup hari jadi aku dapat dua kek serentak. Kawan aku yang baik hati menghadiahkan aku kek. Tapi, dia cakap masa dia tolong belikan susu kotak, mak cik kedai runcit tu bagi free. Hahaha. Puas aku cari logik membeli sekotak air susu dengan sebiji kek. Tak lupa juga, dia recordkan lagu selamat hari jadi versi Arab. Suaranya, aku tak nak komen. Hari ni pulak, dapat bunga pulak~ (Minta sendiri) Dia ada je offer nak bagi kaktus sebab itu tersenarai dalam wishlist aku, cuma aku kata ini dia boleh pilih kaktus mana dan akhirnya…….tak ada yang lawa dan aku tak dapat pun. Uwaaaa. Sedih. Tapi cukuplah aku punya demand yang melampau hari ini. Selepas 13 tahun aku tak ada nak demand macam masa umur 7 tahun, cukuplah dapat daisy dan carnation. (~^_^)~

 flowers(2)flowers

 <(^_^)>~~~~~~~~~~~~

Tulip tu sendiri beli. Sebab kempunan nak tulip. Lagipun godaan tulip sangat hebat. Yang lagi dua kuntum tu…ehem…memang tuntutan aku. Jahat jugakla sebenarnya. Hehe. So, inilah dia ulang tahun ke-20 aku.

 

 

p/s: Terima kasih semua yang ingat. Sangat saya hargai.

March is marching in~

Salam.

March is marching in.

Rima dia sangat ngam kan?

Oih.

Mac oh mac, kenapa akhirnya kau menjelma juga?

Hihi. Tak baik.

Bersyukurlah aku masih hidup kan?

Hehe.

Reminder untuk semua.

 Mulakan menghitung!

Oh! Perasan betul mak cik sorang ni.

 

 

 

 

 

p/s: out of idea. nantikan entri yang ber'idea’.

Are you married?

Salam.

Are you married?

Oih. Mak. Terkejut aku saat seorang perempuan Russian dalam lecture aku tanya soalan sebegitu. Aku tak tahu sama ada soalan itu disebabkan cincin emas hadiah SPM atau pun sebarang statement yang dikeluarkan oleh classmate aku yang duduk bersebelahan kakak tu. (Tak kisahlah, dia tu muda dari aku atau tua, tapi muka dia terlalu matured~)

Dulu, classmate Korean aku, diajarkan untuk tanya soalan ini. “Bila nak kahwin?” Haha. Tanpa dia tahu maksud ayat tu, dia tanya je kat classmate perempuan aku dengan muka tak bersalah. Adoi~ Parah classmates aku ni. Suka betul nak mengena-ngenakan. Mentang-mentang la orang tu tak reti cakap melayu. Kekadang tu, bole pulak korang ajak duduk, makan dalam bahasa melayu. Haish. Ikut korang la~

Kisahnya, pasal cincin emas 55 yang aku pakai di jari manis tangan kiri. Haa. Amek, segala detail aku bagi. Cincin ni, dapat selepas aku tahu result SPM. Senang kata, hadiah la dari Ummi dan Baba. Explained in detail. Note to be taken. Heeeee~

Cakap pasal cincin. Aku teringat kisah kawan aku pernah cerita masa kat KKJ dulu. Adalah, kanak-kanak riang ini bercerita, kalau nak belajar negara arab, kena pakai cincin. Baru tak ada orang arab nak kacau. Yela, bila dah bercincin, tandanya dah berpunya atau bersuami. So nya, tak akanla pak cik arab ke abang-abang arab nak kacau kan? Haha. Sampai sekarang aku ingat. Siapa yang cerita aku tak ingat.

Aku teringat pula, cikgu Sains masa aku form 2 dulu. Cikgu ni suka juga tengah-tengah dalam kelas bercerita benda yang tak berkaitan. Sekadar nak menghiburkan hati kami dan hilangkan ngantuk kami. Best cikgu ni. Masa tu cakap pasal belajar oversea. Cikgu ni pesanlah, kat kami students perempuan. Kalau nak pergi belajar oversea, kahwin dulu. Alasannya mudah, bila dah ada laki, tak adalah, masa kat oversea nanti jadi tersasar ke hanyut ke atau ter hang out dengar mat salleh ke apa-apa yang hampir sama la. Hihi. Masa tu, aku tengah cuak pikir pasal study oversea. Bunyi macam scary giler~ Memang ada pasang niat masa tu. Haha. Sekali, haaa. Selamat pun aku ke bumi Moscow single mingle. Kelakar kot.

Back to topic cincin tu. Kat MIAT dulu pun, ada juga pernah seorang hamba, dengan berani, datang kat aku masa kelas drawing, tanya macam ni, “Ko dah bertunang ke?” Ok. LAWAK. Sebab kan, masa tu, dunia aku hanya Shinichi dan Danny Phantom. Oih. Sampai sekarang aku minat lagu anime dan kartun tu. Peduli apa, kekadang jadi budak kecik, seronok. Tak payah nak pikir menda-menda yang orang besar pikirkan. Datang sini pun, masa aku pergi St. Petersburg pun, ada seorang senior perempuan tanya soalan yang sama. Tapi masa tu pakai cincin yang beli sendiri.

Masa kat MIAT sampai aku jejak kaki di sini, memang kekadang tu aku suka beli cincin. Tapi sampai satu tahap, aku stop beli. Aku pakai balik cincin Ummi dan tak tanggalkan dah. Rasa tangan aku cantik sangat. Well, tengok acuan la kan….Hihi. Really, unexpected to be asked with such question by Russian~ Haha. Selama ni, semua dok bertanya pasal tunang je, sekali amek…..kakak rusia tanya soalan maut. Mautlah sangat.

Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Lambat ke cepat semua Dia yang tetapkan. Hehe. Pepatah melayu berbunyi, “ Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian” Dan kawan aku pusingkan, “Sakit-sakit sekarang, bahagia selamanya” (edited version) Apa-apa pun, aku yakin pada Allah.

 

 

p/s: oih~ maaaaa……….currently cannot explain myself.confused.totally.

Nak jadi kekasih DIA~

Salam

Dua tiga hari ni. Rasa semacam sikit. Tu yang macam tak berapa nak stabil sikit emosi aku. Sikit-sikit nak nangis. Haha. Ok. Gedik giler~

Ahad baru-baru ni, aku pergi daurah kat Sportivnaya. Err. Rumah senior medic. Rumah tu terletak di stesen metro Sportivnaya. Sesama kami dikenali sebagai Al-Kautsar. Hehe. Aku pergi dengan hati yang kosong. Ngee~ Kalau dapat ilmu tambahan, dapatlah. Rezeki aku untuk dapatkan ilmu Allah yang bagi. Kalau Dia tak bagi, tak adanya aku dapat, kan?

Cerita kat daurah tu. Kami dengar perbicaraan tentang interaksi dengan al-Quran. Seriusly………………….menyayat hati sangat-sangat. Betul  tak penggunaan suku kata tu? Yang penting, memang membuatkan aku terhantuk berjuta-juta kali. Mahu berdarah kepala kalau hantuk dengan batu. Membuatkan aku tersedar la, betapa aku ni sangat jauh dengan Allah. Huhu.

Nak cerita pasal interaksi dengan al-Quran, aku tak mampu untuk menceritakannya lagi. Sebab sekarang ni pun aku masih mengamalkannya. Masih belum dapat betul-betul grab apa yang diceritakan hari tu. InsyaAllah, bila aku dah mampu nak kongsi, aku kongsikan~ Tunggu ye~

Semalam pulak, aku dengar ceramah online Ummu Atifah. Last week pun aku dengar juga. Dua minggu ni, topik dia berkenaan hadis ke 19. Hurm. Ayat peliharalah Allah, maka Dia akan pelihara kamu, mesti ramai yang dah pernah dengar, kan? Kepada yang belum pernah dengar, jangan risau. Ilmu Allah ni luas. Kat KJJ dulu, ada sorang kawan aku memang suka sangat cakap ayat ni. Boleh kata ni moto dia. Terbaik kowt~ Alhamdulillah sekarang dia pun sedang mengejar cita-cita di India sana. Terhebat! Hehe. Dulu, hati aku batu kowt. Dengar ayat tu sekadar dengar tanpa ada rasa getar ke apa-apa ke. Huhu. Sadis giler. T.T

Dalam ceramah Ummu Atifah, dia bagitahulah macam mana Allah akan pelihara kita. Benda yang paling melekat dalam kepala aku ialah, Allah akan pelihara kita secara fizikal dan spiritual. Banyak contoh yang Ummu Atifah keluarkan, yang membuatkan aku sedar, betapa aku ni terlalu banyak mengkhianati Allah. Huhu. Tapi, kan, aku bersyukur sangat sebab dapat join ceramah tu. Kebetulan pulak, ceramah tu memang kena tepat pada aku. Terasa dalam. Tapi, aku tahu Allah sayangkan aku. Dia tegur aku dengan cara begini. Kalau tak, dah lama Dia abaikan aku macam tu jerk~

Kaitan antara daurah dengan ceramah Ummu Atifah ni, aku jadi sedar yang Allah masih sayang aku. Sebab dia bagi aku peluang untuk bersama dengan mereka-mereka yang beriman. InsyaAllah. Dia tolong aku. Dua-dua ni buatkan aku sedar sangat keromantikan Allah tu. Sweet giler~ Sebab Dia tahu aku dalam keadaan yang lemah dan memang hopeless. So, Dia tolong aku secara halus, dengan sentuh hati aku yang dulunya, batu ke main. Hehe. Akibatnya, aku sekarang ada hati yang sangat lembut. Macam span pun ada. Kejap-kejap nak nangis. Huduh kut rupe. Kawan aku pernah mimik balik~ Erk.

Aku pun berusaha mencari sirah nabi dan menghayati ayat-ayat al-quran secara sebetul-betulnya hayati. Dan kekadang tu, terlintas dalam hati aku. Owh~ beruntungnya mereka yang dapat jumpa Rasulullah. Bersama berjuang demi agama Islam. Aku nak juga hidup masa tu, tapi aku tahu, aku tak kuat. Sebab tu Allah tiupkan roh aku selepas nabi wafat. Kemungkinan besarnya, aku tak mampu kalau aku hidup masa nabi masih hidup. Bila aku baca ayat-ayat al-Quran. yang ayat-ayat pasal bertaubatlah, bertaubatlah. Wahai orang-orang kafir. Aku tahu, mungkin itu aku. Aku tak sedar, kan. Dalam diam. Bila aku baca ayat-ayat Allah yang memujuk, aaahh~ cairnya. Alangkah bahagianya Rasulullah menjadi kekasih Allah. Kalau boleh, aku nak jadi juga. Ngade melampau. Tak sedar diri setakat mana iman tu bertambah berkurang setiap hari.

Tadi pulak, aku layan lagu Celine Dion – Because You Love Me. Aku tahu, tu lagu mat salleh, Sapa-sapa nak label dia lagu lagha, label je. Aku tak kisah. Bukan apa, aku terfikir, siapa ‘you’ yang ada dalam hati aku masa aku dengar lagu ni. Dulu-dulu, aku suka imejin my lovely mother. Tapi tadi, entah aku rasa you tu Allah. Bila aku hayati setiap bait kata lagu tu. Owh~ untungnya Rasulullah. Sungguh. Ada Allah di hati kita ni, satu benda yang sangat sangat sangat best. Tak tergambar.

Aku manusia biasa juga sebenarnya. Mungkin sekarang aku begini, kemudian hari lain pula. So, maaf la. Iman aku sama macam semua orang. Naik dan turun. Bukan nabi mahupun rasul yang semakin menaik imannya, bahkan bukan malaikat yang imannya tidak bertambah mahupun berkurang.

 

 

p/s: Kat daurah hari tu ada cakap kata-kata Cat Steven a.k.a Yusuf Islam. “Aku berjumpa Islam sebelum berjumpa penganutnya. Kalau aku jumpa penganutnya dulu, nescaya aku tak akan masuk Islam.” Macam mana? Hehe.

Rindu……..

Salam

Sejak dua menjak ni, aku kembali addicted pada anime yang dah lama aku tak tengok sejak aku datang Moscow ni. Detective Conan. Ngee~ Aku siap sanggup bangun pagi pada hari sabtu sebab nak tengok anime kat tv3 online. Teringat masa PMR dulu. Semangat utama aku untuk dapat stret adalah conan ni lah. Haha. Masa tu tak kumpul lagi komik tu. Baca dari kawan je. Kalau beli pun, hasil kumpul duit je. Almaklumlah, masa tu pergi sekolah, duit belanja sehari RM4 je. Itu pun kira kaya. Hehe. Beli nasi ikan dah 2hinggit, campur air sirap limaposen, tinggal duit ngam-ngam untuk beli makanan masa habis sekolah. Aku suka beli roti sosej gulung. Hanya ada di SAMHUL sahaja. Resepi mok dek. Hehe.

Masa PMR tu, kalau kantoi baca komik dan baca novel macam ni ha….. OWH TIDAK! Ummi tak suka kami baca komik sebab bahasa komik tu lintang pukang. Translated punye komik. Memangla tak berapa betul kan. Kalau novel sebab mostly masa zaman aku novel cintan cintun yang tahap romantik macam cite-cite korea yang tengah hot. Err…. ye ke? Haha. Dah lama tak baca novel. Tapi kalau dulu, dalam novel, macam biasa, watak laki mesti romantikla, memahami la, itu la, ini la….. sedangkan hakikatnya……….tafsir sendiri.

Habis PMR, senghonok kemain la, dapat beli komik conan tu. Walaupun sekadar dua buah. Alhamdulillah~ Best sangat baca conan. Secara tak langsung aku pun jadi suka novel Sherlock Holmes sebab ada jalan cerita dalam komik tu berdasarkan jalan cerita Sherlock Holmes. Masa tu, otak aku memang tak fokusla kat benda-benda yang aku fikirkan sekarang ni. Masa tu, yang aku tahu, nak jadi dokter. Nak jadi dokter. Tak dapat dokter, nak detektif la pulak. Tapi masa tu memang muda lagi remaja. Tumpuan pada kartun lebih hebat dari tumpuan kepada benda-benda yang aku rasa remeh.

Masa masuk KKJ, bertambah aku tumpu kat conan. Asalkan keluar outing, jumpa je komik conan, aku angkut. Dulu standard beli sebuah. Nanti dengan T-rex kat rumah, siap koling-koling nak tahu dah beli ke yang latest apa semua. Masa tu, beli sorok-sorokla. Mana bole bawa komik masuk sekolah kan? Haha. Tapi at the end of tingkatan empat, aku ingat ada seorang kawan tu dia macam bawak satu beg komik. Memang kelakar sesangat. Yela, dah habis exam, dengan tak ada apa yang nak dibuat, semua pulun baca komik. At the same time, hangat juga novel HLovate, Fatima Syahra. Siap ada kawan aku tu nak kami panggil dia dengan nama heroin novel Fatima Syahra. Geng-geng yang baca HLovate, sikit-sikit cerita pasal Benz dengan Deen. Sampai naik form five, kucing yang dorm aku jumpa, kami namakan dia “BENJI”. Sebabnya tu kucing jantan. (Apa khabar agaknye Benji?) Oh, mak aih~ Aku tengok je. Saat itu lah, aku tinggalkan dunia novel. Sampai sekarang, aku tak boleh nak baca novel. Baca sepuluh muka je, dah mengambil masa yang lama~ Oih!

Bila aku imbas balik zaman aku kat sekolah, kan, waaaaaaaaaa~ aku nak patah balik boleh tak? Tak maw membesar!

Wahai mereka-mereka yang merasakan kami yang membesar atau semakin mendewasa ini hidup seronok dari kamu. Sungguh, zaman sekolah itu jauh lebih seronok dari zaman selepas zaman sekolah. Sebabnya, dapat kawan-kawan yang akan bersama dengan kita selalu. Belajar subjek yang sama. Nyanyi lagu sesama lah, makan sesama kat kantin. Walaupun hidup terkongkong dengan adanya peraturan, tapi itulah yang seghonoknye~ Tak ada fon, komputer ke. Hanya ada kawan kita. Tak macam sekarang ni, semua orang hadap fon masing-masing, laptop masing-masing. (Aku pun sama je…..tak terkecuali. Err….+.+”)

Aku teringat hari terakhir aku SPM dengan paper Syariah Islamiah yang MCQ je. Satu-satunya paper yang aku jawab dengan pantas dan yakin. Habis paper masa tu pukul 2.30 petang. Aku ingat lagi. Aku spend most of time menulis sajak kenangan. Nak menangis sangat-sangat. Dalam sajak kenangan aku tu, aku tahu satu hari nanti aku akan berjauhan dengan kawan-kawan yang aku kenal masa tu. Aku takkan dapat dah kawan-kawan yang ada masa tu. Aku dah tak ada dah kawan-kawan yang rajin tegur-tegur aku dalam kertas muhasabah diri. Aku dah tak ada dah cikgu nak denda berdiri sebab tertidur. Aku dah tak ada dah cikgu yang datang tegur bila aku murung. Aku dah tak ada dah surrounding seceria itu. Rindu weyh~ RINDU~~~~~~~~

 

Kesimpulan paling mudah. Aku manusia biasa. Hakikat manusia, bila dia replay memory card dalam otak dia, barulah dia rasa seronok dan merindui. Masa peristiwa-peristiwa itu berlaku, ada kemungkinan dia sedih atau tak suka. Even aku cakap ulang-ulang kat adik-adik untuk jangan sampai jadi macam aku, semua orang melalui kehidupan dan keadaan sekeliling yang berbeza~ So, bersederhanalah dalam emosi kamu. InsyaAllah, kalau kita bersederhana dalam emosi kita, tidak menyesal mahupun rasa rugi. Cuma rindu.

 

 

p/s: Hari tu pergi daurah. Orang yang ada roh Islam dalam hatinya, dia sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan. Emosi dan pemikiran. Hehe. So, adakan roh islam dalam diri kita!

Isu agama….di bumi soviet union ini.

Salam.

Amboi. Tajuk ke main ganas. Tapi, memang ini yang aku nak tuliskan. Hehe. Setelah setengah tahun bertapak di bumi soviet union, banyak benda-benda pasal isu agama ini yang timbul sebenarnya. Cuma, alhamdulillah tak adalah sampai tahap teruk sangat. Erk, setakat selama yang aku berada di sini, tak teruk la.

Begini. Dua hari lepas.

Aku dan kawan-kawan baru habis kelas. Aku nak pergi balik kelas kena naik transport awam Metro. Macam subway la. (Bukan subway makanan tu~) Tempoh perjalanan biasanya memakan masa selama 45 minit kurang lebih. Aku habis kelas dah la lewat. Jam 4.15 petang. Mestilah penat kan? Kami balik kekadang tu jalan tak adalah seiringan atau sekolompok sangat. Siapa jalan cepat, cepatlah, siapa jalan lambat, lambatlah. Tapi biasanya tidak sampai terpisah jauh. Cuma dalam kesesakkan manusia pada petang hari tu., kemungkinan terpisah agak tinggi. Kena catch up la dengan kawan.

Ok. Cukup dengan briefing yang panjang.

Kiranya, dah sampai stesen berhampiran hostel aku. So, turun lah dan naik eskalator untuk keluar dari metro. Nak dijadikan cerita. Tetiba pulak, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40-an (aku rasa la). Dia tolak aku dari nak naik eskalator. Ok. Aku tenang lagi. Aku diam je. Mungkin dia nak cepat. Sebab tu dia macam tolak aku. Yela, naik eskalator tu kena beratur. Memang agak pelik sebab lepas dia macam tolak tu dia tak naik pun tapi dia tunggu. Ok. Kawan dia datang. Aku tak cakap apa-apa lagi. Sekali dia naik juga. Aku yang belakang dia ni pun naik jugala macam biasa. Belakang aku yang aku ingat maybe seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Tak pasti. Sekali tak sampai lima saat dia macam cakap sesuatu dengan aku. Aku dengan pemikiran yang positif, ingatkan dia nak tanya aku dari mana. Almaklumlah, standard sangat manusia-manusia soviet union ni bertanya kami yang bertudung ni datang dari mana. Kalau yang bertanya golongan emas, pujian akan melambung-lambung. Cantiklah, comel la, entah banyak sangat. Aku tak berapa dengar soalan lelaki tu so, aku angkat muka nak tanya balik. Kuang ajar sangat kalau orang bertanya kita ignore gitu. Sekali dia tarik tudung aku.

Haish!

Aku dahla memang bermasalah dengan tudung tu. Lagi ditariknya. Nasib baik tudung aku tudung bidang besar dan melekat kat anak tudung. Dia tarik tak efek mana la. Cumanya….. penat taw aku bega tudung tu sebelum pegi kelas. Sesedap dia pulak nak tarik gitu? Aku rasa adrenalin ketakutan aku melonjak sebabnya aku ada dengar dia macam mengejek aku pakai tudung. Aku bagi scary stare kat dia. Tak tahula scary ke tidak. Aku bukan pandai bab staring ni. Aku diam je. Dalam hati aku terlintas satu je, agaknya dia tak paham kut kenapa perlunya aku pakai tudung. Tak apalah. Aku tak nak lawan ke cakap apa-apa. Lagipun aku duduk negara dia. So, aku diam je.

The whole balik sampai kat asrama, aku teringat kisah-kisah yang aku pernah dengar sepanjang aku berada di sini.

1. Macam kawan-kawan perempuan aku. Masa tu kami masih baru lagi sampai di sini. Kesian kat diaorang. Lagi teruk dari aku. Diaorang tengah jalan ramai-ramai kat satu shopping mall ni, sekali ada lelaki jerit “TERRORIST” sambil tunjuk jari tengah. Ya Allah, malu diaorang. Aku yang dengar cerita pun jadi macam takut sekejap nak keluar rumah. Memang kesian sangat. Tapi, diaorang tabah dan hebat. Takkan Allah nak uji diaorang dengan hinaan dari bangsa lain sebegitu kalau diaorang tak boleh nak handle kan? Banding dengan apa yang aku kena, memang teruk lagi diaorang.

2. Kisah lain yang aku dengar, masa malam convention azam russia ari tu. Awal bulan januari. Program tu habis dalam pukul 11 malam. Aku tak balik asrama sebab aku menumpang rumah aunty. Tiba-tiba classmate aku. (Perempuan) Ceritalah, masa malam tu budak-budak medik ada yang kena spray dengan chemical spray. Muka jadi merah gatal-gatal. Budak medik perempuan. Balik dengan kelompok diaorang je. Tak ada lelaki. Yang budak engineering ni, balik dengan budak laki.

3. Yang senior aku pulak, malam esoknya. Ceritanya begini. Diaorang pun balik malam. Tapi dengan seorang budak laki. Diaorang berdua. Senior aku kata ada makcik rusia macam raba-raba dia sambil tanya, ‘awak bawa bom ke?’ Ok. Seriusly, seram~ Classmate aku akhirnya decide kalu kami pegi memana jangan balik lewat lagi. Sebab beberapa hari sebelum tu, kami ada pergi shopping dari pagi sampai lepas maghrib. Berdua je. Huhu.

Banyak sangatla sebenarnya benda-benda lain yang aku dengar. Tapi yang paling teruk aku kena yang tarik tudung tu je la. Nasib baik juga dia tarik bahagian atas tudung aku. Mau dia tarik kat bahagian brooch aku tu, tak ke koyak tudung aku? Oish. Aku bersyukur sangat. Bersyukur pada Allah sebab Dia hantar situasi macam tu kat aku supaya aku beringat. Jangan suka sangat pergi mana-mana seorang diri walaupun seyakin mana aku ni. Taekwando aku pun setakat tali putih yang tak berganjak sebab patah kaki. Hehe. Aku memang suka sangat pergi memana sensorang. Macam pergi beli grocery dulu, first time pergi sorang, ex-ketua batch pre-russian marah aku. Hihi. Dia memang seorang kawan yang sangat baik. Sangat-sangat baik!

Setakat selama 6 bulan di bumi soviet union ni, sampaikan perjalanan yang memakan masa dua jam pun aku pernah pergi seorang diri. Uwaa~ Berani terlampau masa tu. Bukan apa. Kekadang tu rasa menyusahkan orang kalau ajak orang. Contoh, aku nak pergi tapi orang lain tak nak. Aku pun, tak nak bila aku tanya, sebabkan kesian kat aku dia jawab nak ikut. So, baiklah pergi seorang. Hehe. Oish. Tak apa. Insya Allah, aku yakin Allah ada dengan aku, kan? Dia peneman terbaik dan terbaik of all. Hehe.

Ni, kan. Mau dibaca Ummi Baba. Mesti risau kan? Sorry. Kaklong tak nak risaukan sesiapa. Don’t worry. InsyaAllah kaklong tahu jaga diri. Peace be, please!~ V(^_^)V~

 

 

p/s: Dengan ada Allah dalam hati kita takkan takut kepada sesiapa melainkan Dia dan insyaAllah kita terjaga dari buat benda tak elok. Tapi cakap macam senang je. Nak buat susah. Ma fi qolbi ghairullah. Tiada dihatiku melainkan Allah.

Hati ini...

Salam.

Sejak dua tiga hari ni, aku macam rasa tak berapa nak relaks. Bukan sebab nak buka sem baru. Ada sebab-sebab yang melibatkan hati. Ada terasa macam ada yang bengan dan marah dan sakit hati dan mungkin meluat dan tak suka dengan aku. Aku tahu hakikatnya, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dan yang paling penting atas apa semua yang orang buat kat kita mungkin sebabnya datang dari kita. Mungkin aku ada buat salah, yang aku tak sedar sebenarnya membuatkan sesetangah pihak tak berapa nak berpuas hati.

Kawan aku ada berpesan, memaafkan memang mudah di mulut tetapi tak mudah di hati. Aku tak boleh tak setuju dengan benda tu. Dia pun ada cakap yang mungkin lepas kita ada konflik dengan seseorang, kita tak boleh nak terima dia secara sepenuhnya semula melainkan hati dan minda kita boleh terima sepenuhnya. Kalau hati kita tak boleh, tetapi akal kita boleh, kita mungkin bijak sebab menggunakan rasional dan akal fikiran kita. Kalau hati boleh terima tetapi akal tak boleh nak terima, kemungkinan besar kita jadi dalam status trauma nak berkawan dengan orang tu. Aku ada seorang kawan, yang dulu aku rapat sampai aku ada konflik dengan dia. Sekarang situasi aku sangat mudah. Hati aku dah boleh terima sebagai kawan, malah aku nak kami balik macam dulu, boleh borak-borak, berkongsi kisah,tapi kan, akal aku bercakap yang aku dan dia tak boleh baik macam dulu. Lain pula kisah kawan aku, dia pun ada konflik dengan kawan dia. Senang kata, dia terbalik pulak. Secara akalnya dia boleh menerima kawan dia tu. Tapi, dalam hati tu kekadang tu ada la kan sikit-sikit. Bukan maksudnya emosinal ke apa, tapi kekadang tu parut kat hati tu dalam sikit.

Aku dengan kawan baik aku, Mator. Dua bulan kami pernah berperang. Bukan kami ada clan ke gang ke apa-apa. Tapi dalam hati kami. Dua bulan tu, bukan kami tak bertegur sapa ke bercakap. Ada je. Tapi kat dalam hati ada simpan tak puas hati. (Ok. Rasanya dah pernah cerita) Aku memang suka nak bagi tahu satu semesta alam pasal Mator. One day, entah tiba-tiba kami duduk berborak dan meluahkan isi hati masing-masing. Benda memang agak tegang dalam dua bulan tu. At the end, sampai ke hari ini, aku masih bangga nak cakap Mator kawan baik aku. Rahsia sangat simple, maafkan dari hati dan minda. Just forget about all the past. People can change and we just need to be patient waiting for the changes and we need to support them. Mator dia banyak support aku dalam sense membantu aku mengawal sifat marah. Jangan cakaplah tahap panas baran aku macam mana dulu. Memang kekadang tu macam perit dan susah sangat, tapi Mator sabar giler dengan aku. Dia boleh cool dan relax bile aku meletup. At the end, aku tak baran. (Tapi akhirnya jadi kaki kuat membebel~haha). Kurang-kurang aku dah tak ada dah nak baling meja kelas ke penyapu kelas ke, mencarut ke hentak kerusi ke apa-apa.

Selain daripada aku nak memberi kredit kepada Mator yang banyak support aku dalam pelbagai perubahan, tak lupa juga kat kawan-kawan satu dorm aku kat KKJ. Aku tak tipu. Hidup dalam satu dorm seramai 20 orang. Menipu sangat kalau tak ada masalah. Memang kami ada turun naik musim tu. Tapi, satu benda yang aku rasa sangat seronok ialah, kami tak pernah tak buat aktiviti beramai-ramai secara berasingan ataupun secara tak ikhlas. Contoh, kemas bilik untuk inspection. Mungkin ada yang buat sebab tak nak dorm kena denda dan sebagainya, tapi akhir sekali niat kemas tu ialah, at least dalam seminggu loker tu kemas la juga kan? Hehe. Baca Al-Mulk sebelum tidur dan bagi tazkirah. Mungkin ada juga yang sekadar ikut je sebab tu dah jadi macam amalan tapi akhirnya, nasihatditerima dan amalan diamalkan. Genap dua tahun kami bersama, alhamdulillah, semua benda yang dah jadi dulu-dulu kami lepaskan dan kami move on. Kami tahu masih banyak perubahan dan cabaran dunia yang kami kena lalui. It may takes time, but the time soon comes. Kurang-kurang kalau dulu aku rasa macam semua orang ada marah dekat aku, sekarang aku rasa, kami dah sehati.

Entri kali ni, basically, aku cuma terlalu rindukan kawan-kawan aku. Dengan aku yang sedang melalui proses perubahan, mungkin sedikit sukar dengan mata-mata dan hati-hati yang lain. Tapi, setiap kali aku teringatkan kawan-kawan aku dan sokongan diaorang dari jauh, dan tak lupa kat kawan aku yang siap bagi aku dengar lagu Maher Zain, (bukan tak pernah dengar, but first time betul-betul rasa), aku tahu, yang aku ada ialah Allah. Tak kiralah, Allah ada dengan aku dan Dia akan memberi pertolongan.

Ada satu ayat yang digunakan untuk soklan paper English masa UPSR (bukan periksa betul, ujian tak silap), put others before yourself. Being selfish is when you put yourself before others. Aku selalu letakkan pemikiran, yang apa-apa pun yang berlaku, bukan silap sesiapa dan salah sesiapa, mungkin aku dan mungkin Allah nak uji aku. Paling susah kita nak buat ialah, bila seseorang sakitkan hati kita, mencari silapnya kita dan bukan silap dia. Well, kekadang manusia boleh bersifat memendam dan balas dendam. Hehe. Bukan apa, mungkin ada orang tu sakitkan hati kita sebab kita ada sakitkan hati dia. Seksa jugak nak buat macam ni sebab kita tak perasan pun apa yang kita buat salah, dan dia tak cakap apa-apa terus macam hentam. Hehe. Tapikan, benda paling mudah ialah, tadah tangan minta dengan Allah tenangkan hati kita dan hati dia. Mungkin itu berkesan. Ustazah aku ada cakap kadang-kadang ada benda kita boleh pakai telepathy tapi kena dengan keyakinan kepada Allah, ye~ Apa-apa pun berbalik pada asas kita. Allah ada untuk membatu kita. Hehe.

 

So marilah kita bersihkan hati kita dan satukan hati kita.

 

p/s; Pemegang hati itu Allah. Pemberi hidayah dan petunuj pun Allah. Kita hanya manusia, dengan kelebihan akal dan kewarasan untuk berfikir.

Buntu nak tulis….

Salam

Ok. Sebenarnya aku tak ada benda pun nak tulis. Ada tapi macam tak pelu untuk tulis je. Tak lama lagi, semester dua nak buka dah. Dan aku sudah terlalu banyak membuang masa dengan laptop aku dengan menonton movie dan cerita bersiri Chuck. Kepada mereka yang tahu, tahu lah kan. Siapa yang tak tahu, tak tahu lah. Hihi. Apa-apa pun yang penting aku banyak buang masa. Minggu lepas, aku pergi embassy menghadiri kursus kahwin yang pertama kalinya diadakan di luar negara.

Ok. Kursus kahwin = persediaan nak kahwin? Haha. Bagilah tanggapan apa-apa pun, yang penting, tak rugi pun join kursus ni. Sebab afterall aku dapat menuntut ilmu. Haha. Kiranya, aku dah ada sijil kursus kahwin la,kan? Untung laaa~ Haha.

Dah pun bulan februari. Dan semester dua pun soon coming! Ada beberapa je lagi hari free yang aku ada. Boleh dikatakan aku punya rutin dah macam penganggur. Tak ada benda sangat nak buat. Ada tu boring sangat. aku siap buat biskut. Semata-mata nak buang masa yang ada. Nak membaca, aku tak adalah rajin mana. Hihi.

Masa kursus kahwin tu, ada seorang kawan aku, bukan seorang lah, lebih dari seorang, datang ke mari untuk tujuan yang sama. Hehe. Kami pergi zoo. Ok. Zoo dalam musim sejuk memang agak tak seronok. Haha. Sejuk sangat kat luar. Tapi seronok je pergi zoo sebab dapat tengok dolphin. Murah je. 20 rubel je sebab student price daripada harga asal 150 rubel. Hehe. Dapat jugak tengok binatang-binatang lain. Bestlah walaupun sejuk giler. Hehe.

Hmm. Sambil menaip pun aku masih boleh tengok cerita Chuck. Hehe. Kadang-kadang best jugak buat dua benda dalam satu masa ni. Hihi. Macam semalam, aku baru sahaja habiskan masa buat hadiah untuk seorang kawan. Jangka masa panjang la sebenarnya. Hihi. Tapi seronok la buat sesuatu untuk membunuh masa yang terbuang.

Ok. Aku perasan dalam entri kali terlalu banyak hehe ke hihi ke haha. Sebab tak ada idea langsung dalam kepala aku untuk dicurahkan ke dalam blog ni. Basically, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak benda yang beralku dalam hidup aku dan mungkin entri dalam blog ini pun akan semakin berubah wajah dan isi. For the time being, mungkin aku akan senyap kut dalam menulis blog ke update status pesbuk ke twit twitter ke mana-mana laman sosial. Sebab benda memerlukan aku untuk selesaikan dan fikirkan sendiri. Hehe.

Secara jujur, sekarang ini aku dalam keadaan yang gembira dan seronok. Alhamdulillah, ALLAH masih bagi aku kehidupan yang seronok! SAYANG ALLAH. Kawan-kawan, jangan berhenti untuk sayang Allah, sebab sayangkan Allah itu satu kebahagian yang tiada ganti!

 

p/s: run out of idea easily lately. hehe.

Winter break in Moscow

Salam

Ok. Secara official nya, aku dah seminggu start winter break. Cuma, last week ada macam-macam aktiviti sebab masih ramai yang berada di Moscow ni. Start hari sabtu (21 Jan) bilangan manusia di asrama MAI semakin berkurangan dek kerana percutian mereka. Ada yang pergi ke Sepanyol, ke Turki, ke Mesir dan ada juga yang balik ke kampung halaman di Malayasia. Aku pun nak balik jugak tapi aku nak balik dengan surprise! Without anyone knowing that I’m actually going home. Tapi kena tunggu duit ada lah. Nak beli macam-macam nak bawak balik ke Malaysia.

Well, secara jujurnya, tahap kebosanan memang agak tinggi juga sebab dah mati akal nak buat apa dalam bilik. Salah satu choice yang aku ada ialah cooking. Memang ada plan nak buat cookies. Choc chip cookies~ Last time masa bosan, aku buat agar-agar. Tapi tak ada milo, so agar-agar tu tak sedap mana la. Bilik aku, nobody is going anywhere. Kakak-kakak ni dah nak abih dah. Tinggal setahun je lagi. Kanak-kanak batch aku pun, bukanlah semua yang pergi travel pun. Yang mana ada keinginan nak pergi berjalan-jalan je. Yang tak berkeinginan jadi macam aku lah. Duduk dalam kebosanan. Hahaha. Dah seminggu aku cuti ni, aku dah layan macam-macam movie dan television series dan ceramah ustaz Azhar. Sampai satu tahap tu, tidur pun jadi pengisi masa kosong ni.

Hari tu, nak hilangkan bosan, aku pergi window shopping. Yela, duit tak ada dan aku rasa dah sampai masa aku stop beli baju-baju ke kasut ke apa-apa yang cumalah dalam senarai kehendak dan bukan keperluan. Aku masih ada banyak masa di sini, InsyaAllah~ Kawan aku memang dah beli kasut, baju ‘bubble’,mafla. Aku masuk kedai fevret aku. Ada satu baju tu memang aku dah aim dari bulan sebelas lagi. Masa aku first jumpa harga dalam 799 rubel (around RM79), datang lagi masa bulan 12, dah jadi 459 rubel (around RM45) dan aku tengok lagi, (nasib baik ada lagi), dah jadi 249 rubel (around RM25). Baju tu baju kotak-kotak yang labuh, yang sememangnya design labuh. Except for the fact yang dia ada getah cerut kat pinggang. Tapi getah tu aku boleh korek kemudian hari dan buang getah yang menyemak tu. Eksaited ke main lain la aku kan? Hehe.Tak rugi menanti.

Dalam masa cuti ni pun, banyak benda yang berlaku kat aku. Yang baik dan yang buruk. No need for me to actually telling the stories of them. Cuma aku rasa all the things that happened for these few days adalah kerana kehendak Allah juga. Tak tipu ada masa aku lalai dan leka kut dengan kebosanan ni. Hebat sangat kalau aku tak lalai. Ada benda baik yang berlaku menyebabkan aku tersenyum dan gembira, ada juga benda yang buatkan aku menangis kesedihan. Bila aku ingat Allah, minta tolong Dia kuatkan semangat aku, Alhamdulillah, Dia membantu aku. Tapi masih, kadang-kadang aku lupa juga kat Dia.

Bila aku rasa apa-apa kan, aku cakap kat kawan aku ni. Pesan dia cuma satu je kat aku dan aku sentiasa ingat. “HAVE FAITH IN ALLAH”. Kami dua-dua pun bukanlah baik mana. Tapi, kemungkinan besar dia lebih kuat dari aku. Berbanding aku yang lemah dan cengeng ni. Memang betul pun apa yang kawan aku ni cakap. Aku tengok benda yang berlaku kat dia. Ada satu hari tu, dia memang down. Down sangat. Kalah aku kot. (Suka-suka judge~) The next day, dia back to normal with a good news. Having faith in Allah is not a waste. Aku gembira bagi pihak dia la sebenarnya. Kalau kita yakin dan percaya pada Allah, insyaAllah, Dia akan lead kita dalam setiap keputusan yang kita lakukan. Tuan milik hati adalah Allah. Yang menggerakkan naluri adalah Dia. It’s up to us nak dengar cakap Dia atau nak dengar ego kita semata-mata.

Well, that’s it for the entry. Just wanted to share what’s been happening to me during the winter break and a few reminder to myself and you all.

 

 

p/s: Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Segala yang ditetapkanNya adalah untuk kebaikan kita. Yang memilih adalah kita. Pilih antara ketaatan kita atau keegoan kita~

Just a short entry

Salam

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T sebab masih aku peluang untuk bernyawa dan peluang untuk berjuang di bumi Moscow ini. Akhirnya, untuk semester pertama aku di MAi sudah pun tamat dengan bangganya.

Ok. Just a short entry here. Exam di sini memang membuatkan aku sedar sangat dengan kekuasaan dan keesaan Allah. Dia memang sweet lagi romantik. Walaupun aku kadang-kadang leka atau alpa, Dia masih tolong aku even in the simplest form ever. Kat sini exam are based on how you are in your class. Kalau rajin dan nampak effort yang tinggi walaupan tak pandai mana, but it worth it. Contoh, dalam kelas mathematical analysis, ade la dalam half of the class tak ambil exams due to attention and quizzes result. Gembira la jugak sebab tak payah ambil exam. Exam kat sini memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Aku ambil exam physics pun mengambil masa 6 jam untuk dapatkan result. Almaklumlah kan, examnya kena ambil bilet (kertas soklan), prepare untuk soalan tu and then jumpa lecturer (lecturer yang jaga exam kita), on the spot, oral exam. And walah! Result pun tahu on the spot. Best kan?

Masa tengah ambil exam. Bila sesak atau out of idea, aku minta tolong Allah. Aku doa. Bila aku teringat dosa aku dengan Dia, tak layaknya aku nak meminta dalam keadaan begini dengan Dia. One thing yang berlegar dalam fikiran aku, dengarkah Dia permintaan aku ni? Sungguhpun aku rasa tak layak, it’s not me and it’s not whoever to decide qualified or not for me being heard by Him. Hanya Dia yang mengetahui. Having faith in Him is indeed our most powerful srength.

Kat sini, dengan exam sebegini rupa, aku boleh jadikan benda ni sebagai analogi atau simulasi. Sebelum ambil paper tu, dok fikir ok ke tak result nanti. Ofkoslah berdebar. Ambil exam, then on the spot kena tanya. And then terus tahu result! Wah~ Very scary. Analogi sangat mudah. Just imagine it’s Hari Kebangkitan. Kita dikumpulkan. Dengan berdebar menanti amalan ditimbang dan disoal pula dan terus tahu ke mana hala tuju kita. Huhu. Kat atas dunia ni, dengan exam, boleh la aku nak repeat exam kalau tak lepas. Kalau kat padang mahsyar, boleh ke aku nak minta dihidupkan semula? Owh, semestinya tidak! Sangat menakutkan. And yang paling utama ialah, lecturer menilai students mengikut effort mereka. Rajin ke tak datang kelas. Paying attention or not. Rajin ke tidak. They are looking for effort on how we are studying not the result of your studying. Sama juga dengan Allah S.W.T. Dia melihat kepada kesungguhan kita dalam mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya. Bukan kepada result. Dengan kesungguhan lahir istiqamah. Biar sikit, lama-lama dengan istiqamah, akan jadi bukit juga~ So, kawan-kawan mari kita tunjukkan effort kita!

 

p/s: Showing your effort is how you convince people and also Him. Ingat, Allah sangat Pemurah lagi Pengasih.

Hakikat Hati

Salam

Ok. Asalnya, nak tulis entri yang melankolik. Tapi, aku jadi sedih pulak nak susun ayat-ayat yang menyayat hati.

Hari ni, aku bangun awal. Awal jugakla. Kowt. Benda pertama yang aku terlintas dalam kepala setiap kali bangun ialah, aku nak tengok jam. Dah Subuh ke atau dekat dengan Subuh atau dah nak habis Subuh. Either way pun aku akan tetap bangun. Nak study. Esok nak exam. (Lepas tu dua jam duduk depan laptop dulu, baru study) Haha. Ok. Selingan sahaja.

Hati kita ni, sesuatu benda yang kita tak tahu sebersih mana dia dan sekotor mana dia. Pagi tadi aku bangkit, cuci muka dan apa semua yang patut, dan masak. Selesai masak, aku kemas barang-barang yang aku guna. Then aku bukak fesbuk pula. Asalnya, aku terjumpa artikel Awak peritnya menahan sebuah perasaan ini Lepas tu entah macam mana aku boleh jalan-jalan blog kat akuislam. Banyak benda yang menyebabkan hati aku tersentap. Especially bab hati. Entri yang menarik kat akuislam, Apabila Ustazah Jatuh Cinta, terjumpa pula Mentarbiyah Cinta, lepas tu Indahnya Perkahwinan dan Nilai Mahar yang terbaik…. Ok. Kalau diikutkan turutan tempat persinggahan aku di akuislam. Dari mula jatuh cinta kepada seksanya menahan perasaan dan masuklah alam perkahwinan. Basically, ini lah turutan hati kita saat tercalit dengan perasaan cinta kepada ajnabi selain daripada Allah, Rasul dan keluarga kita. Bila hati terusik, kadang-kadang kita jadi hanyut. Yang memilih jalan adalah kita. Nak biarkan diri terus hanyut atau nak pilih jalan yang terbaik. Ada orang jalan dia, bernikah, dan ada juga tidak bernikah. Itu semua kehendak Allah. Allah tak mungkin akan bagi kita jatuh cinta sekiranya Dia tahu kita tak mampu nak menanggung perasaan itu. Cuba hayati dua entri pertama yang aku nyatakan di atas. Percayalah, jika kita sayangkan Allah, itulah yang ada dalam hati kita bila jatuh cinta. Bab kahwin tu, aku saja share. Lagipun, kat dalam entri tu semuanya dibicarakan bersama dalil yang tercatit di dalam Surat Cinta Teragung kiriman Sang Pencipta Allah S.W.T.

Hati. Segumpal daging. Tapi tahukah kita semua, sesuci mana hati kita? Sekotor mana hati kita? Yang pakai tudung tak semetinya mempunyai hati yang suci dan yang tidak bertudung tak semestinya memiliki hati yang kotor, tapi, hati yang suci pasti akan tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Sungguhpun dia itu tak bertudung tapi hatinya baik, tak mustahili suatu hari nanti, dia bertudung labuh. Setiap hati yang suci tahu yang mana baik untuk dirinya. Hati kita ni satu benda yang amat sukar diungkaikan. Kita pun kadang-kadang tak sedar yang ada masanya kita judgemental, ada masa kita hati busuk, ada masa kita berhasad. Tak sedar. Tapi, kita pengubat hati kita, zikir dan selawat. Dengan adanya Allah sebagai peneman dan pendamping kita, insyaAllah. Semua benda akan dipermudahkanNya.

Ada tu, terjumpa dekat fesbuk juga. Design oleh senyomdesignstudio. (quotes)

Carilah hatimu di tiga tempat: temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran, jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu menunaikan solat jika tidak kau temui juga, carilah ketika duduk tafakkur mengingati mati, jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati. (Imam Ghazali). 

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan. Suburkanlah ia dengan siraman zikrullah pasti ianya mekar lantas membuakna buah amal seranum halawatul iman.

Kita tak tahu, sesuci mana hati kita, tapi kita boleh sucikan dia. Allah tak melihat pada keputusan hasil kerja keras kita, tapi Dia melihat sejauh mana usaha kita. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal serta berserah kepadaNya, pasti, Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat akan memberikan hasil kepada kita sekadar yang mampu kita terima. Mungkin kita dah sehabis baik buat tapi, at the end, tak membuahkan hasil. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Rujuklah surah Al-Baqarah, ayat 216. Dan kemudian ayat 286. Yakinlah dengan Allah. Kita dah usaha dan tawakal. Allah bagi setakat yang kita mampu. Mungkin kalau Dia bagi kejayaan, kita tak mampu nak tanggung. Dia bagi kegagalan sebab Dia tahu kita mampu nak tanggung. Kesimpulan mudah, tetapkanlah hati kita kepada Allah.

Hakikatnya hati kita sangat kompleks. Kadang kala kita pun tak boleh ungkaikan apa yang tersembunyi di dalam hati kita tapi Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik setiap hati hamba-Nya. Maka, yakinlah dengan Dia. Ok? (^_^)

 

 

p/s: Jika kita terus percaya kepada Allah, insyaAllah, hati kita akan tenang. Carilah sakinah (ketenangan) hati di setiap sudut kehidupan seharian kita. Tak rugi pun.

Kita siapa?

Salam

Alhamdulillah. Akhirnya, aku berjaya juga beli internet. Baru dua hari tak ada internet dah buntu akal kebosanan. Teringat zaman sekolah dulu, kat asrama tu mana ada internet, elok aje aku hidup. Well, itu asrama la, memangla sibuk dengan peraturan itu ini, memanglah tak ambil kisah sangat pasal tv ke internet ke handphone ke. Memang tak diperlukan kot. Tapi sekarang ni, tak ade internet macam dah tak tahu nak buat apa. Haisyh, susah jugak hidup bersama kemajuan teknologi ni, kan?

2x3_rukun_islam_&_rukun_iman_2

Tak apalah. InsyaAllah, entri terakhir hari tu aku ada sebut pasal nak mention beza antara mukmin dengan muslim. Basically ni dalam pendidikan syariah islamiah tingkatan empat ke lima, adalah sentuh pasal benda ni. Kalau perasan, even dalam al-Quran pun ada sesetengah ayat tu skop dia hanya untuk mukminin dan skop dia untuk muslimin. Hampir sama dengan tauhid uluhiyyah dan tauhid rubbubiyyah, cuma yang bezanya, ini hanya melibatkan semua yang menganuti Islam itu sahaja. Asas agama kita ialah rukun islam dan rukun iman. Tapi, bila difikirkan balik, berapa ramai antara kita ni yang berpegang dengan sebetul-betulnya berpegang kepada kedua-duanya. Kalau dihayati rukun islam, kelima-kelima perkara ialah ibadah kita, yang mana kita buktikan keimanan kita dengan perbuatan. Rukun iman pulak kepercayaan kita, yang membuktikan keimanan kita dengan hati dan keyakinan.

12Rukun Iman Poster

Cuba kita fikir mana lebih baik mukmin ke muslim? Mungkin ada yang jawab, sama je, dan mungkin ada jawab nak jadi mukmin ataupun muslim. Mukmin itu mereka yang mengaku beriman kepada rukun iman dan rukun islam serta beramal dengannya, tetapi muslim itu yang mengaku beriman kepada rukun iman dan rukun islam. Sekadar mengakui tak cukup, kena buktikan dengan amalan kita dan kehidupan seharian kita. Itulah beza antara mukmin dan muslim. Semua mukmin itu adalah muslim tapi tak semua muslim itu mukmin. Faham tak? 

Kita ada banyak pilihan jalan dalam kehidupan kita. Pilihlah jalan yang terbaik itu kebaikan kita di dunia dan di akhirat kelak. Apa-apa yang kita buat akan memberi kesan sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Menjadi muslim itu mudah tapi menjadi mukmin itu tak mudah. Ada turun naiknya. Teringat masa di konvensyen hari tu, Dr. Fauziah ada menyebut tentang syukur. Pernah tak kita bersyukur masa susah? Mungkin ada yang pernahla kan. Tapi berapa peratusan hati kita ni nak bersyukur bila susah? Ada satu ayat dalam al-Quran, (maaf tak ingat ayat dari surah mana), yang mafhumnya memperingatkan kita, bahawasanya bagaimana kita ni boleh kata kita ni orang yang beriman sedangkan diri kita tak diuji. Bila datang masa susah tu, reflect diri kita, mungkin sebab dosa-dosa zaman gelap kita dulu. Bila datang susah tu, tadah tangan dan bersyukur, kemungkinan kesusahan itu adalah penghapus dosa kita. Allah itu Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun.

Sama-sama kita reflect diri kita.

 

p/s: Exam dah nak abih dah~hepi kut. Alhamdulillah, Allah tu sayang aku~