Assalamualaikum dan hai.
Jarang-jarang sebenarnya aku nak ulas atau kupas isu semasa tetapi untuk kali ni selepas berhari-hari aku tergerak hati untuk menulis sedikit sebagai coretan dan juga pengajaran buat kita semua.
Semua sedia maklum yang sekarang kita sebenarnya tengah dalam fasa PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Semua orang sudah mula biasa dengan norma-norma baru seperti bawa hand sanitizer ke mana-mana, daftar masuk ke aplikasi MySejahtera atau check suhu badan sebelum masuk ke sebarang premis.
Seperti juga orang lain, aku sudah mula membuat kerja di universiti bermula Julai lagi. Dan anak-anak pun sudah mula bersekolah mengikut SOP yang disediakan oleh pihak tadika. Antara norma mereka adalah setiap pagi cikgu akan spray sanitizer satu badan. check suhu badan anak-anak, duduk berjarak dengan kawan-kawan, tuala tangan tidak berkongsi. Sampai satu tahap mereka pun tahulah kena jaga jarak ni.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kenaikan kes positif secara mendadak di Kedah dan Sabah. Sehingga ke tarikh aku menulis (7 Oktober 2020), kes mencecah 400++.
![]() |
Gambar dari sumber Telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia |