Carian

Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Jumpa barang baru di kedai preloved Jalan Jalan Japan!

Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk datang ke majlis pra-pembukaan sebuah kedai preloved di KipMall Bangi. Dulu aku kenal KipMall ni sebagai Warta. Sekarang nama dah lain. So, kedai preloved ni sebenarnya sangat unik tau. Bukan macam kedai preloved yang biasa kita jumpa. Kedai ni namanya Jalan Jalan Japan. Haaa, dengar nama pun dah boleh agak kan barang macam mana yang korang boleh jumpa dekat sini. Semestinya barang dari Jepun! Dah nama pun kedai preloved, barang semuanya adalah preloved.


Cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi adalah cawangan yang kelima selepas cawangan keempat di M3 Mall, Gombak. Jalan Jalan Japan mula buka cawangan pertama di One City Sky Park, Subang pada November 2016. Kemudian di 1 Shamelin Mall pada 2017 dan seterusnya cawangan ketiga di CentrePoint, Seremban pada tahun lepas.


KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton. Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian. Tajuk drama ni Skycastle.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu. Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.


KDrama SkyCastle Review

Pesta Kopi di Malaysia Coffee Fest 2019

Assalamualaikum dan hai!

Hujung bulan lepas (27 Julai 2019) aku dapat jemputan untuk hadir ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang belangsung di One Utama Shopping Centre. Malaysia Coffee Fest ni berlangsung bermula 25 Julai hinggalah 27 Julai 2019. Memandangkan hujung minggu je senang nak datang, aku datanglah 27 Julai walaupun tahu manusia akan penuh yang amat.

Sejujurnya aku bukanlah hantu kopi ataupun #coffeeaddict sangat pun. Tapi kalau pergi cafe memang aku akan pilih kopi. Waktu belajar kat Rusia, aku suka beli latte. Sejak ada anak ni jarang sikit nak beli sebab budak-budak ni suka sangat nak kongsi air umminya. So, kena kurangkan minumlah.

Berbalik pada cerita Pesta Kopi di OU tadi, Malaysia Coffee Fest 2019 ini diaturkan oleh Conference and Exhibition Management Service (CEMS) cawangan Malaysia bersama Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) dan Cafe Owners Alliance, Malaysia (COA, My). Dan sepanjang pesta ini berlangsungnya pertandingan antara barista yang disusun oleh Barista Guild Asia (BGA).

Malaysia Coffee Fest 2019


Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Jarang aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan kadang-kadang tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur (Nur 1 dan Nur 2) memang aku ikut terjebak menonton sejak musim yang pertama, Nur 1, sampailah keluar musim kedua, Nur 2.

Awalnya aku tak layan juga drama Nur. Aku memang sebelah malam mana tengok TV. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz tersebut. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Masa tu, memang nampak setiap episod ada mesej yang sangat dalam. Mulut aku jadi becok bercakap sambil tengok cerita sebab berbincang dengan suami intipati daripada drama. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2