Pada hujung tahun 2022, pihak AEON ada mengumumkan bahawa mereka dalam misi pencarian duta untuk jenama baru, iaitu Kids Republic AEON. Selepas enam bulan saringan dengan 1706 pernyertaan, akhirnya pihak AEON telah berjaya menyenarai pendekkan seramai 24 finalis. Kesemua finalis ini berentap secara langsung di pusat membeli belah IOI City Mall Putrajaya pada 24 Jun 2023.
Di samping menobatkan Duta Kids Republic AEON, AEON juga mengumumkan pelancaran satu program eksklusif untuk para ibu bapa, iaitu Kelab Very Important Parents (VIP).
Pentas Akhir Pencarian Duta Kids Republic
Dengan betemakan 'Kids Who Create the Future', pentas akhir pencarian ini memilih kelayakan finalis sebagai duta melalui soalan yang tersembunyi bersama mainan yang diletakkan di dalam 12 kotak di atas pentas. Setiap finalis diberikan kesempatan untuk memilih satu kotak yang menyimpan satu permainan bersama soalan untuk dijawab. Duta yang dicari adalah duta yang mampu memberikan inspirasi kepada kanak-kanak yang lain.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen berkata
"Kami sangat berbesar hati untuk memimpin gerakan kanak-kanak ini yang berakhir dengan pencarian duta Kids Republic. Sebanyak 1706 penyertaan yang diterima dalam tempoh kurang sebulan sejak pengumuman diadakan. Semakin ramai golongan ibu bapa yang menghargai keperluan untuk meraikan setiap peringkat tumbersaran anak-anak dan menjadikannya sebagai detik untuk memberi dorongan dan pendedahan kepada peluang-peluang yang ada."
Daripada 24 finalis, mereka ini terbahagi kepada dua kategori:
Kategori A (5 – 8 tahun):
1. Muhammad Yusha Harris Bin Muhd Yuzri Nizal
2. Ahmad Yezriq Bin Ahmad Yazran
3. Qaiser Zafran Bin Azizulhakeem
4. Kourosh El Rayyan Bin Ramin Toutian Esfahani
5. Zayn Nayl Bin Muhamad Faiz
6. Airis Amanda Binti Mohd Norhafizi
7. So Jesslyn
8. Priesshah A/P Hariintran
9. Alina Baig Bt Mirza Mumtaz Baig
10. Airis Haura Nur Inara Binti Mohd Zulazman
11. Emma Sophia Dzulfadli Husni
12. Evareyhana Binti Kamaruzzaman
13. Audree Elena Binti Shahrizan Effedey
14. Naira Alisha Binti Mohammad Aimil Fariz
Kategori B:
1. Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim
2. Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri
3. Jayden Ooi Chun Eng
4. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
5. Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi
6. Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi
7. Koh Jee Yen
8. Joshiyta A/P Jeyasudhan
9. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
10. Wan Nur Zara Damia Bt Wan Abdul Halim
Daripada setiap kategori dua pemenang dipilih, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Namun, daripada empat pemenang tadi, cuma satu sahaja yang menjadi Duta Kids Republic. Haaa... Siapakah agaknya?
Pemilihan pemenang dilakukan melalui pemarkahan yang diberikan oleh juri. Juri-juri yang dijemput juga bukan calang-calang orangnya. Mereka adalah daripada golongan professional, pempengaruh dan figura yang komited dalam menggilap bakat terpendam anak-anak ini.
Dari kiri:
Low Ngai Yuen - Ketua Pegawai Dagangan dan Pasaran AEON
Low Ngai Yuen - Ketua Pegawai Dagangan dan Pasaran AEON
Ruzaidi Zaman - Pengurus Cawangan AEON Putrajaya
Gillian Hung (Mama G) - Ikon Fesyen dan Konsultant Antarabangsa, Pengasas dan Pereka Fesyen MMAG dan Penasihat Malaysian Official Designers Association (MODA)
Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theAsianParent
Nak tahu siapa pemenang untuk setiap kategori?
Kategori A:
Lelaki - Muhammad Yusha Harris Bin Muhd Yuzri Nizal
Perempuan - Naira Alisha Binti Mohammad Aimil Fariz
Kategori B:
Lelaki - Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
Perempuan - Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
Sememangnya finalis-finalis yang ada semuanya berbakat dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Keberanian untuk berada di hadapan khalayak ramai bukanlah mudah untuk seorang kanak-kanak, namun kesemua 24 finalis berjaya memperagakan pakaian meraka yang ditaja oleh JKIDS dengan penuh gaya. Akan tetapi, pencarian ini hanya perlukan seorang duta dan juri telahpun sepakat.
Pemenang Utama iaitu Duta Kids Republic dimenangi oleh adik Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah. Beliau sememangnya layak dengan kepetahan berkata-kata, gaya keyakinan yang menginspirasikan. Sangat sesuai dijadikan duta untuk memberi inspirasi dan contoh kepada kanak-kanak lain. Tahniah!
Pelancaran Kelab Very Important Parent (VIP)
Selesai pencarian duta Kids Republic, majlis ringkas untuk melancarkan kelab baru khas untuk ibu bapa AEON diumumkan.
Low Ngai Yue, selaku Ketua Pegawai Dagangan dan Pasaran AEON mengatakan bahawa pihak AEON sangat memahami keperluan ibu bapa dan anak-anak yang sedang membesar. Dan anak-anak ini adalah pemangkin masa hadapan negara. Atas dasar itu, pihak AEON mahu berada dalam setiap langkah anak-anak membesar dan membantu mereka mencipta masa hadapan yang lebih baik.
Oleh itu, Kelab Very Important Parent (VIP) bukanlah sekadar sebuah kelab biasa. Ianya adalah sebuah aplikasi yang direka khas untuk ibu bapa. Aplikasi ini merupakan sebuah ciri baru dalam aplikasi iAEON. Kelab ini berdedikasi untuk menyambut dan menyokong setiap peringkat tumbesaran anak-anak sambil memberi ganjaran kepada ibu bapa yang menjadikan AEON sebagai sebuah destinasi keluarga. Dijangkakan akan ada banyak manfaat, keistimewaan dan pengalaman khusus untuk menjadikan perjalana ibu bapa lebih istimewa.
Kalau belum ada aplikasi iAEON, bolehlah download sekarang dan mula nikmati pelbagai keistimewaan menjadi ahli AEON.
Tiada ulasan
Komen