Carian

Drama Realiti Melayu : Kampung People

Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.

Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.

Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.

kampung people



Semakin aku layan cerita Kampung People, semakin aku perasan cerita ni ada isi yang tersirat dan juga perli-perli untuk penonton. Hehe. So, aku nak kongsikan sikit apa yang aku dapat dalam drama ni secara umum.

1. Hubungan suami isteri 
Masa episod pertama, terkejut juga babak yang Razif tanya Mona pasal cerai tu. Ayat permulaan Razif sangat ringkas "You tahu kan, kita ni dah macam housemate je dalam rumah ni". Dan si Mona pula rupanya dah lama tunggu saat Razif nak ajak bercerai. Masa babak ni aku sebenarnya agak sedih. Kenapa sampai hilang rasa sayang dengan perkahwinan tu? Sebab ayat Razif "housemate je".

Aku rasa mesej yang ada kat sini nak bagitahu yang dalam rumahtangga akan ada sampai momen kita dengan pasangan terasa seperti 'housemate'. Apatah lagi bila dua-dua sibuk dengan hal masing-masing, langsung tak ada masa untuk sesama sendiri, jarang bersua muka, jarang berbincang dan akhirnya hubungan kasih sayang tu lama-lama tinggal rasa 'biasa je'. Dan kalau perasan, esoknya lah Razif ditangkap dan diarahkan untuk duduk dalam program acah-acah 'witness protection' bersama keluarga. Nak tak nak, Mona dan anak-anak kena ikut walaupun sebenarnya Mona asalnya nak bercerai dah. Dan, masa nilah bermula semula pengembaraan cinta Mona dan Razif.

Daaan, aku juga tuliskan apa yang suami isteri boleh borakkan untuk menjadikan sebuah perkahwinan itu lebih manis dan indah. InsyaAllah.
Boleh baca selanjutnya di 7 Idea Berborak untuk Suami Isteri

So, sebenarnya dalam perkahwinan kena ada momen-momen khas bersama pasangan supaya kasih sayang itu kekal dan insyaAllah biarlah sampai ke syurga.

2. Budaya kuat makan dan kuat lepak
Masa aku tengok episod yang orang kampung ajak Razif @ Abu pergi makan pagi tu, terasa ini antara mesej padu dari pengarah. Perangai kuat makan dan kuat lepak. Melepak satu hal, lepas tu kuat makan pula. Dan dan je tengok jam pukul 12 terus nak makan tengahari walaupun baru je lepas pergi kedai. *tepuk dahi*

Aku tak pasti ini budaya orang kampung atau orang bandar tapi aku tahu ada manusia spesies begini. Ada. Memang ada dalam dunia realiti. Kerja tak nak buat sangat, asyik nak lepak, makan, gossip.

Paling aku geram ialah masuk hari ketiga, yang mengajak si Razif lepak ni salahkan Razif pula sebab mereka terpaksa melayan dia. Adudududu. Geram sangat. Yang ajak sampai konon-konon terasa hati sebab Razif taknak ikut sekali diorang juga. Memandai salahkan orang.

Dah tu, babak last masa tengah tunggu ambulan datang, sempat lagi ajak makan. Memang aku tepuk dahi masa tengok babak tu.

3. Realiti kehidupan seorang surirumah
"I penatlah banyak kerja nak buat" ada satu babak Mona mengadu pada Razif sebab rumah sangat teruk dengan habuknya dan baju kena basuh dengan tangan pula. Sebelum ni Mona ada 3 orang bibik. Dan bila jadi kampung people dia kena buat semua sendiri. Dalam episod ketiga terus nampak Mona buat semua benda sendiri, dengan anak-anak semua mengelat. Dan akhirnya sampai sakit pinggang lah si Mona ni.

Pada aku, rutin seorang surirumah memang padat. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Kalau ikut rasa nak kemas rumah, memang padat. Cuma zaman sekarang dah banyak teknologi dengan mesin basuh, dryer, pressure cooker, air fryer dan banyak lagi, dah banyak mudahkan kerja-kerja surirumah sampaikan surirumah boleh jana income dari rumah dengan buat bisnes apa-apa yang mereka nakkan. Dan sebenarnya surirumah yang buat income dari rumah ni sejak zaman dulu lagi. Ada tukang jahit, jual kuih, jual sayur, ambil upah ajar anak mengaji dan macam-macamlah.

4. Babak meja makan
Kalau perasan, semua episod mesti ada babak dekat meja makan. Walaupun nampak macam taklah penting sangat meja makan, tapi dalam realiti kehidupan sebenarnya waktu dekat meja makanlah dapat semua ahli keluarga berkumpul. Dapatlah bersua muka, berborak dan merapatkan silaturrahim.

Paling best sebenarnya masa episod Mona masak asam pedas yang pelbagai variasi. Aku sendiri tak tahu ada bermacam jenis asam pedas. Haha. Kelakar tapi sebenarnya itu realiti seorang mak. Kadang buntu nak masak apa, diulangnya resepi yang sama dengan variasi.

Baca: Resepi Asam Pedas Daging

5. Kerjasama ibu ayah membantu anak
Masa Laila (Rose) tahu yang Jakfar nak bertunang dengan Hanis, dia punya angin mengamuk tu sangat kelakar. Ibarat gempa bumi lah. Dan sepanjang dia mengamuk, semua ahli keluarga dia mencari-cari cara untuk mengorek apa punca angin mengamuk dia lain macam.

Sampailah babak akhirnya ayah dia, Razif yang perasan Laila dengan Jakfar macam bergaduh. Bila dia tanya Jakfar, barulah dia tahu punca angin mengamuk Laila yang tak tentu arah. Masa tulah, ayah dia main peranan untuk bercakap secara dewasa dengan Laila untuk bagi dia semangat. Dan voila, 'I is happy', bak kata Laila.

Kat sini pada aku, ada ilmu keibubapaan. Dua-dua, mak dan ayah cuba mainkan peranan. Dan babak Razif buat sesi one-to-one untuk tenangkan dia pada aku satu babak yang perlu semua ayah ambil contoh. Dan kalau perasan, Imram (Yummy/Adam) sangat baik dengan Mummy dia.

Kalau ikut aku, aku nak kupas setiap satu episod tapi banyak sangat nak dicoletahkan. Aku ambil mana mesej-mesej yang aku rasakan sangat penting untuk kita sebagai penonton ambil contoh dan teladan. Drama seperti ini yang sepatutnya lebih banyak dikeluarkan. Dan, bila dah habis drama ni barulah aku tahu pengarah Kampung People ni sebenarnya pengarah Keluarga Iskandar! Dan Keluarga Iskandar adalah drama Melayu kegemaran aku.

Tahniah buat pengarah dan team produksi Kampung People yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia melalui drama kekeluargaan dan realiti.

Terima kasih korang sudi baca coleteh pasal Kampung People. Kalau korang dah tengok dan ada nak kongsi apa yang korang dapat dari drama ni, jangan lupa komen. Sama-sama kita kongsi pendapat.

Baca juga: 



17 ulasan

  1. Sis tak habis lagi nengok, ada 2 episod yang tak habis nengok...nak kena tengok balik ni, hampir lupa daa..tapi memang, suka dengan aksi spontan dan selanba badak mereka kalau bercakap...dah macam cakap kita seharian kann...

    BalasPadam
  2. Antara drama melayu yang best. Jarang sebenarnya saya nak layan drama melayu. Tambah2 dekat televisyen. Tapi hari tu layan video youtube ,tertengok drama ni. Terus layan sampai episod akhir.

    BalasPadam
  3. orang kata, kalau nak kenal masyarakat macam mana, tgk drama nya. Dan saya pernah baca, jadi suri rumah ni penat sbb kerja dia takkan habis, dan hari2 ulang benda yang sama..

    BalasPadam
  4. nice article. jadi mak bapa bukan senang sekarang. I anak satu sudah nak pening

    BalasPadam
  5. Betul tu. Citer ni banyak sangat moral value. Memang tiap kali siaran akan mengadap depan tv nak tengok Kampong People ..

    BalasPadam
  6. wow, such an insightful review about Kampung People! Very interesting to know. thanks for sharing ya

    BalasPadam
  7. Hehehhe memang best drama ni. Satu2 nya drama yg realiti. Lucu betul. Banyak pengajaran dalam drama ni tau. Terutama dalam membesarkan anak. Dunia makin maju kan dan drama ni memang jd now days.

    BalasPadam
  8. Ada jugak Ruby tengok beberapa episod kampung people ni. Tak tahan lailer duk paksa orang beli kek pandan dia yang mahal gila tu. Hahahaha.

    Jakferrr.

    Hahahaaha

    Memang menghiburkan cerita ni

    BalasPadam
  9. Ramai kata citer ni best.. TB baru tengok sikit je ritu.. sebab tak tengok dari mula TB malas nak tengok sampai habis.. tapi bila ramai kata best.. mula rasa nak tengok je ni

    BalasPadam
  10. memang menarik drama tue...memang kelakar..mula-mula k mid pun tak layan ..tapi bila ada yg kata best barulah sibuk nak tengok..hahaha

    BalasPadam
  11. Percaya tak Rawlins tak tengok lagi Kampung People nie? Cadangnya weekend nie nak tengok sekali ada appointment plak dengan kengkawan.

    BalasPadam
  12. Banyak.mesej yg disampaikan ..seronok dan tidak bohsan.. syabas kpd team produksi

    BalasPadam
  13. Yes... Betul cerita kampung people is not just come woth rumours. But it comes with value for us to think. It happens around us. Either kita sedaq or tidak je kan

    BalasPadam
  14. Kampung People ni orang kata best. Qiss pun pernah tengok juga tapi tak sampai habis. Acah-acah busy. Nanti nak tengok sampai habis lah.

    BalasPadam
  15. Jujur sebenarnya masa dok sibuk org heboh cte kampung people ni kte memang tak tgk langsung cte ni haha tp baca artikel ni ok la mmg byk drama sebenarnya adaptasi dr kehidupan sebenar

    BalasPadam
  16. Saya from indonesia, di youtube cuma sampe ep 7 dimna lagi nonton eo berikutnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya di YouTube ada episode lengkap. Memang ada. Boleh terus cari.

      Padam

Komen