Carian

KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton. Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian. Tajuk drama ni Skycastle.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu. Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.


KDrama SkyCastle Review

Sinopsis Drama

Ringkasnya drama ni berkisar tentang 4 buah keluarga di kawasan perumahan elit yang diberi nama Skycastle. Bermula dengan insiden seorang mak yang bunuh diri dengan tiba-tiba. Kemudian, datang satu keluarga baru yang membawa satu budaya yang lain daripada budaya yang ada di SkyCastle.

Bagi yang tak pernah tengok, dan tak suka spoiler janganlah baca sampai habis entri kali ni sebab ada sikit cerita spoiler. Tapi pada aku, ada spoiler ke tak ada, kena tengok juga setiap babak yang ada. Semuanya penting!

Aku bagitahu siap-siap yang untuk 3-4 episod pertama agak perlahan. Macam tak banyak benda nak diceritakan sangat. Mesej ada tapi taklah sampai tahap rasa, 'eh cepatlah episod seterusnya!'. Masuk episod 6-7 mulalah taknak berhenti sebab banyak sangat persoalan yang terlintas dan banyak mesej padat yang kita dapat.

Keluarga SkyCastle
Ini empat keluarga utama dalam drama SkyCastle. Ini sebenarnya gambar potrait keluarga dalam drama.

Mesej daripada Drama Skycastle

1. Hargai anak seadanya.

Sepanjang cerita SkyCastle mesej paling kuat adalah tentang untuk hargai anak dan berikan kasih sayang secukupnya. Dalam drama ni ada beberapa babak yang mana pelakon-pelakon mengeluarkan dialog "Yelah, anak yang baik bila dapat gred A" ataupun "Anak yang baik bila berjaya masuk universiti terhebat negara"

Memang dalam drama boleh nampak babak-babak mak ayah mengamuk sebab anak-anak tak boleh nak skor dalam periksa. Paling teruk bila sampai ada satu keluarga ni, anaknya dihalang dari makan sebab markah rendah! Ada juga mak ayah yang jenis hargai anak. Diorang tak paksa-paksa tapi berikan galakan. Kita boleh bezakan dari sudut psikologi dan perkembangan anak-anak dalam cerita berkait rapat dengan cara layanan yang diberikan.

2. Jangan berlumba dengan orang lain

Ini juga salah satu mesej besar dalam drama ni. Dalam drama ni, mak ayah yang sibuk berlumba dan membanggakan anak depan mak ayah lain. Sibuk bandingkan anak dia dengan anak orang. Tak lupa juga ada yang jenis perli anak orang tak sebagus anak dia. Kita yang tengok tumpang bengang! Eh, anak dia, dia yang jaga, bukan kau. Sibuk-sibuk je pasal anak orang.

Paling puas hati, ada seorang mak hampir bagi 'flying kick' sebab geram sangat kawan tu asyik membandingkan sampai merendahkan anak dia. Seolah-olah anak dia paling bagus. 

3. Jangan suruh anak-anak kejar cita-cita kita yang tak kesampaian

Dalam 4 keluarga tadi, ada satu keluarga ni yang ayahnya sibuk nak suruh anak-anak dapatkan cita-cita dia yang tak kesampaian. Dia nak jadi presiden Korea tapi tak tercapai. Maka, daripada anak-anak dia kecik dia sibuk suruh anak-anak jadi presiden. Dia simpan piramid yang dia akan suruh anak-anak tengok dan kejar. Pulak tu, pendekatan dia sangat penuh dengan kekerasan sampai anak-anak lebih selesa tanpa ayah. 

Dan, ada satu keluarga lain, nenek pula yang sibuk suruh cucunya jadi doktor. Sampai dia kata kalau tak jadi doktor hidup akan merana, akan rasa jadi loser dan macam-macalah. Dialog paling best dari cucu dia ialah 'Kalau nenek nak sangat jadi doktor, nenek sahajalah pergi masuk universiti dan jadi doktor'.

4. Sebagai ibu bapa, berikan panduan bukan mengarah anak

Paling terkesan bila tengok babak seorang doktor pakar yang umur hampir mencecah 50 berkata "Aku dah nak masuk 50 tahun, tapi aku masih tak pandai nak hidup. Semuanya aku berharap pada arahan yang mak aku berikan"

Kesnya, mak si doktor ni pisahkan dia dengan kekasih masa dia muda. Mak dia suruh jadi doktor pakar, suruh jadi presiden hospital, suruh dia pastikan anak dia jadi doktor generasi ketiga dalam keluarga dan hampir semuanya bergantung pada arahan dia sahaja. Sampaikan bila ada masalah peribadi berlaku, si anak yang nak mencecah 50 tahun ni tak tahu nak buat macam mana. Memang dia jumpa mak sebab nak tanya apa perlu dia buat. Lepas tu ada babak dia terpanggil-panggil mak dia macam budak kecik nak minta tolong. Sedih sangat, kan?

5. Pendidikan tak tertakluk pada skor A di atas kertas

Dalam 4 keluarga tadi, ada seorang yang paling pandai. Yang selalu skor tinggi. Tapi, perangai dia memang tak berapa molek. Berkasar dengan orang tua, bercakap kasar dengan kawan-kawan, ego sebab nak fakta dia sahaja yang betul. Memang geram sangat dengan karakter dia yang tak beradab. Lagi bertambah geram, mak dia jenis 'peduli apa, asalkan anak aku skor A'. Apa niiiii?

Dan, maknya pula jenis back up kesalahan anak. Yang paling sedih ialah mak dia bayarkan barang curian adiknya sebab taknak tertangkap. Bila si adik tahu, dia terus lari dari rumah. Bila jiran jumpa si adik, si adik ni tanya pada makcik ni kenapa mak dia langsung taknak tanya apa sebab dia buat semua kejahatan tu. Dia nak perhatian mak tapi maknya sibuk nak suruh boleh skor A tanpa pedulikan perangai dan keburukan anak-anak. Hmmm.

Aku nampak babak ni sangat jelas mengenengahkan isu perhatian anak-anak. Anak-anak nakkan perhatian mak ayah tapi bila anak tak dapat dia akan buat benda-benda yang boleh menarik perhatian. Masa anak-anak masih dalam tanggungan atau masih belum cukup dewasa, mereka tak pandang sangat duit atau pangkat. Malah mereka belum faham tentang benda-benda macam tu. Yang penting pada mereka adalah mak ayah yang boleh memberikan perhatian, kasih sayang.

6. Berani mengaku kesalahan

Pada pengakhiran drama ni, budak yang paling pandai tadi rupanya dianggap menipu. Sebenarnya bukan dengan sengaja, sebab coach yang bantu dia untuk skor dalam peperiksaan rupanya ambil soalan bocor dari sekolah dia. Dia campurkan dengan soalan latihan yang lain masa bagi budak ni buat latihan. Bila ada satu kes pembunuhan yang melibatkan coach tadi, mak dia nak buat laporan polis tapi berbelah bagi sebab anaknya bergantung pada coach tadi dan akan kantoilah pasal soalan bocor. Tapi si suami sangat tak setuju dengan tindakan dia. Suami dia rasa lebih baik bagitahu daripada simpan dan biarkan anak dia hidup dengan perasaan serba salah sampai mati. Dilema sangat.

Akhirnya budak tadi mengaku pada pihak sekolah, mak pun terus buat laporan polis. Nampak dalam babak ni, diorang ambil satu keputusan yang berat untuk masa depan yang dah terjamin (kononnya sebab selalu skor A sepanjang tahun). Tapi budak tadi sangat bagus sebab dia sedar, hidup dengan skor A semata tak membawa makna kalau tak pandai erti kehidupan. Sebab kehidupan lebih besar dari skor di atas kertas.

7. Pangkat bukan makna kejayaan mutlak

4 keluarga utama drama SkyCastle ni, semuanya berpangkat besar. Ada doktor pakar 3 orang, dan seorang pensyarah guaman. Semuanya hebat-hebatlah dalam bidang kerjaya. Yang pensyarah guaman ni dia merasakan dengan ada pangkat sahaja bermakna kita dah berjaya. Tak ada pangkat maknanya tak berguna hidup. 

Bila anak pensyarah guaman ni kantoi rupanya tak sekolah di Harvard dan jadi manager di sebuah kelab malam, dia pandang hina pada si anak ni. Tapi si anak ni tak pernah patah semangat. Pada dia, dia hidup dengan cara dia dan dia gunakan kebolehan yang dia ada. Lepas dah kantoi, dia macam bangkit dan mampu jadi diri sendiri depan ayah dia. Kalau sebelum ni, banyak drama, banyak tipu semata-mata jaga hati ayah yang nakkan anak sekolah Harvard. 

SkyCastle Cast
Nah ini pelakon-pelakon utama dalam SkyCastle.

Terakhir sekali sebelum terlupa, lagu OST untuk cerita ni pun sangat menarik perhatian. Hanya mendendangkan lirik 'WE ALL LIE' di setiap babak penting, cukup buatkan kita rasa berdebar. Kalau perasan, sebenarnya lagu ni berkait dengan cerita SkyCastle yang mana ada berlaku penipuan-penipuan yang kononnya demi masa depan yang lebih baik.

Rasanya setakat itu yang aku boleh huraikan apa yang dapat dari drama Korea bertajuk SkyCastle. Korang boleh je tengok online. Biar lagi jelas jalan cerita dan terus dapat mesej. Serius padat! Kagum dengan pengarah dan penulis skrip.

Aku rasa drama ni sangat berkait dengan kita di Malaysia. Sebab sistem pendidikan di Malaysia juga seperti di Korea yang mengamalkan konsep berasaskan peperiksaan. Cuma dengan ada menteri baru Dr Maszlee ada membuat perubahan-perubahan kecil bagi mengubah sistem yang satu hala ini.

Selain daripada sebab sistem pendidikan yang hampir sama, masalah mindset kebanyakan masyarakat kita juga hampir sama dengan dalam drama SkyCastle ni. Sibuk berlumbakan anak, sibuk suruh anak kejar cita-cita kita, nampak pangkat sahaja erti kejayaan. Ini semua ada di Malaysia sendiri. Aku nampak, dan aku pernah lalui.

Dulu masa kecil, memang mindset aku juga kalau jadi doktor atau engineer je bagus. Rasa lawak pula dulu fikir macam tu. Bila semakin besar, semakin kenal dunia, aku sedar, yang kebahagiaan adalah hak dan pilihan kita. Kita yang mendefinisikan bahagia kita. Bukan orang lain.

Ada orang makna berjaya dengan duit berkepuk-kepuk, ada orang makna berjaya dengan pangkat setinggi-tingginya, ada orang makna berjaya dengan ada harta dan aset yang banyak, ada orang makna berjaya dengan memberikan kebahagiaan kepada mak ayah, ada orang makna berjaya dengan membantu golongan-golongan yang susah.

Berjaya adalah subjektif. Berbeza antara kita.

Tak boleh kita labelkan orang tak berjaya sebab dia tak ikut standard yang kita letak.

Akhir sekali, sebagai Muslim, kejarlah kejayaan yang hakiki. Dapat bertemu Allah di Syurga kelak. InsyaAllah.

Terima kasih sudi baca celoteh panjang pasal drama Korea ni.
Kalau korang dah tengok dan ada pandangan yang nak dikongsi boleh share dekat comment.
Sama-sama dapat bagi manfaat pada orang lain.

32 ulasan

  1. alahai ann x layan cerita korea macam gini. kalau tamil layan! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. try layan. hehe. saya pun drama korea berapa kerat sangat yang layan. rasa yang full episod jenis2 banyak ilmiah je. haha.

      Padam
  2. Eh cam menarik lak cte ni. Nak cari la heheh sbb mmg peminat kdrama gak

    BalasPadam
  3. pernah nk try tgk tapi x dapat ahaha, ramai suka tgk drama ni, rating pun tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab awal-awal macam slow. memang awal-awal tu rajin lagi nak skip. haha. masuk episod yang dah rancak, uish tak boleh stop.

      Padam
  4. macam best je...pelakon2 hebat jgk tu. sama la kita suka layan korea. Running man mesti layan utk menghiburkan hati. drama pun layan kalau best..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak kenal pun semua ni. tapi diorang memang pandai bawa karakter. jalan cerita sangat seronok. bila geram kat watak tu, memang akan geram sangat sangat lah. kalau suka tu jadi suka.

      Padam
  5. skycastle sumpah best dah tengok jugak sebelum ni hehe

    BalasPadam
  6. Mmmmm.... Nampak menarik jalan ceritanya. Kita ni bukan peminat drama korean tapi pass baca tertarik terpengaruh lak. Kuat saka awak ni.
    hahaaa... Nanti nak tonton laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat-cepat cari dan tengok. memang tak lekang mata.

      Padam
  7. Terima kasih atas perkongsian. Lama jugak saya tak layan kdrama. Tapi saya mengaku dramma dari sana memang byk pengajaran diselitkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. banyak juga drama dan movie yang sarat dengan mesej.

      Padam
  8. bagusnya drama ni . sarat dengan isu kekeluargaan dan juga kejiranan. Sedikit sebanyak sama seperti apa yang kita alami dalam kehidupan seharin. Takde la macam sesetengah drama tu asyik cinta cintun jek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bosan cerita drama cinta cintun. saya dah lama tak layan genre macam tu.

      Padam
  9. Nampak gaya kena tgok cerita ni, nampak cam menarik je. Bukan sebab pelakon tp sebab jalan cerita dia tu buatkan sis nak tgok..walaupun baca entry ni kita dh tahu jln cerita ni tapi still nk thol gak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, kena tengok juga sebab kena experience sendiri perasaan teruja, geram dan suspens dari drama tu.

      Padam
  10. Tak pernah lagi dengar and tengok cerita ni. Tapi jalan cerita agak menarik and nak carikla. Bagus untuk peringatan duri sendiri juga

    BalasPadam
  11. uih. ikutkan ulasan sis buat ni macam cerita ni agak sarat lah. tapi pengajarannya hebat sebab olahan sis memang mengena dengan kehidupan kita sekarang. dalam era macam ni masih ada ibu bapa yang meletakkan kepandaian anak mengikut skoring dan greding which yg mek tak setuju semenjak dari sekolah lagi. bila dibanding-bandingkan dengan sepupu yang lain (walaupun mek kategori budak sekolah sains) tetap tak suka sebab itu akan wujudkan perasaan yang kurang senang antara anak anak nanti. well, rezeki Allah itu luas. kerja jadi kerani pun okei je kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana mana pekerjaan asalkan halal, tak menghalang orang lain, tak melibatkan yang haram, telus semuanya mulia. lagi mulia dari kerja pangkat besar tapi duit masuk poket secara haram. bab ni ada tunjuk juga dalam drama ni yang mana dlm kalangan doktor nak naik pangkat diorang guna cable dan ada imbuhan kononnya. tapi ada seorang ni dia memang tak termakan, siap perli bos dia lagi. hehe

      Padam
  12. TB terasa nak tengok sangat cerita ni.. sebab ada cerita part2 dalam hubungan kekeluargaan especially cara parent tanggani masalah dengan anak-anak dan cara didikan.. terbaik lah review ni.. nak try tengok..

    BalasPadam
  13. TB terasa nak tengok sangat cerita ni.. sebab ada cerita part2 dalam hubungan kekeluargaan especially cara parent tanggani masalah dengan anak-anak dan cara didikan.. terbaik lah review ni.. nak try tengok..

    BalasPadam
  14. Sebelum ni pernah tengok runningman episod ke berapa entah, ada jemput sorang pelakon perempuan skycastle..kelakar!

    BalasPadam
  15. Bestnya review ni! Menarik minat saya untuk tengok jugak cerita Skycastle ni... sesuai ditonton bersama suami supaya sama2 dpt ambil pengajaran. Thanks kongsi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! sangat sesuai. saya lepas tengok satu episod malam tu mesti borang dengan suami. dia dh tengok, so dia tahu apa yang saya ceritakan. memang lepas tu kami post mortem mindset kami, hala tuju keluarga dan apa yang kami nakkan untuk anak-anak. bagus sebagai pemangkin buah fikiran untuk hala tuju dalam keluarga dan pendidikan

      Padam
  16. Thanks share pasal cerita ni. Kebetulan tengah layan kdrama sekarang, boleh masuk dalam list jugak ni..

    BalasPadam
  17. Banyak ilmu daripada cerita skycastle ni, nnt mouse mommy pun nak tengok dgn ank2. Mmg betul sebagai ibu bapa kena beri panduan hidup kepada ank2, tapi, kadang2 kena bagi arahan jugak. :)

    BalasPadam

Komen