Assalamualaikum dan hai.
Tengok tak jumlah kes baru dan jumlah kematian akibat Covid-19 yang terbaru? Sangat membimbangkan. Sebenarnya aku tidaklah berharap sangat yang rentas negeri untuk Raya Aidilfitri tempoh hari dibenarkan memandangkan tahun ini sahaja kita dah kena PKP 2.0 dan lebih awal berbanding tahun 2020. Itupun semakin ramai yang mula abaikan SOP. Ramai yang culas dan tak ambil endah lagi. Eee.. geram pula rasa.
Nak kata aku dah boleh agak yang kementerian akan laksanakan PdPR, tak juga. Tapi kalau diperhatikan sejak sekolah dibuka, sepanjang bulan Mac sehingga Mei tempoh hari, berapa banyak sekolah yang dilaporkan ada kes? Hatta sekolah tempat anak aku sendiri ada kes. Merasa jugalah anak aku 'dipontengkan' sebab aku risaukan keadaan dia. Dan merasa juga sekolah terpaksa ditutup sebab kes.
Ketika dapat mesej dalam group yang selepas cuti Raya anak-anak akan menjalani sesi PdPR selama dua minggu, aku tak rasa akan jadi selama dua minggu. Melihatkan keadaan rakyat dan bilangan kes masa tu, aku dah risau nak hantar semula anak ke sekolah tapi pada masa yang sama, aku masih mahukan anak aku ada cikgu untuk mengajar.