Carian

K-Drama Menggamit Memori : Reply 1988

Akhirnya selepas berbulan-bulan aku berjaya juga habiskan K-Drama yang bertajuk Reply 1998. Sebenarnya pernah nampak dah dekat TvN ada tayang tapi tak pernah terfikir pun nak tengok sebab ingatkan dia K-Drama yang biasa yang penuh dengan cinta cintun tu. 

Kalau korang yang layan K-Drama mesti tahu sebelum ni dah ada Reply 1997 dan Reply 1994. Kesemua siri Reply ini tidak saling berkait. Adik aku yang bagitahulah. Dia yang rekomen suruh tengok Reply 1988. Aku mula-mula layankan aja tapi sebenarnya best juga! Menggamit memori sebenarnya.

kdrama reply 1988 must watch

Sebenarnya apa yang membuatkan aku menulis entri pasal Reply 1988 semestinya bukan sebab temanya yang nostalgik sahaja tetapi juga intipati daripada drama tersebut yang buatkan aku masih lagi terbayang-bayang.

Ringkasan Tentang Reply 1988 

Reply 1988 ini adalah siri K-Drama yang disiarkan pada tahun November 2016 - Januari 2016. Aku bagitahu awal-awal, satu episod disiarkan selama 1jam 30minit. Dan kesemuanya ada 20 episod! Bayangkan susah tak susah aku nak habiskan drama ni. 1 jam 30 minit tu banyak benda aku boleh siapkan. Dan memandangkan cerita ni bertemakan kekeluargaan, komedi dan ada sedikit romantik agak susah untuk buat kerja serentak sambil menonton.

Panjang pendek cerita, apa yang aku nak kongsikan adalah intipati dari drama Reply 1988 ni. Dari sudut tema persahabat, kekeluargaan dan kehidupan. Serius siapa belum tengok, pergilah cari di laman-laman sesawang dan tengok.


kdrama reply 1988 wajib tengok

Menariknya Reply 1988

1. Tema zaman 90-an. 

Drama ni bermula dengan tahun 1988. Pasal 5 orang sahabat dari zaman kanak-kanak. Dan drama ini seolah-olah hidup sehingga sekitar tahun 1994 (selepas di skip beberapa tahun). Banyak kisah berlangsung seputar tahun 1988, 1989 dan awal tahun 1990. Dengan tema 90-an ni siapa yang lahir tahun 60/70-an mungkin boleh rasa berkait sebab watak utama pada tahun 1988 berusia 17 tahun. Bagi aku, walaupun aku lahir tahun 90-an, aku tetap rasa berkait. Banyak benda-benda nostalgik dihidupkan.

2. Pengajaran berbeza dalam setiap episod. 

Satu episod memang panjang! 1 jam 30 minit tu. Tapi dalam 10-20minit terakhir akan ada momen pengajaran, kesimpulan dari satu episod tu. Dan aku rasa dari 20 episod hampir 10 episod kerja aku nangis. Dia bukannya ada orang mati, bukannya sedih sangat tapi rasa terkesan sangat pada hati. Lagi-lagi bila ada babak ibu, ayah. Tak tertahan air mata. 

3. Watak-watak yang membesar seiring dengan masa.

Bak kata orang filem, 'character growth'. Kelima-lima sahabat tadi semuanya sebaya. Awal-awal cerita banyak nampak 2 3 watak yang berkembang kemudian dari masa ke masa banyak watak yang berkembang dan semua watak yang ada mempunyai peranan masing-masing. Kita yang tengok ni pun terasa zaman dan masa itu bergerak seiring dengan situasi dan watak. 

Ini 3 sebab yang buatkan aku seronok menonton Reply 1988. Aku paling suka dengan perkembangan setiap watak. Terutama bila semua dah masuk alam pekerjaan. Yelah, awal-awal tengok semua masih 17 tahun, masih hingusan, masih ingat kawan jiran tu macam masa kecil. Tapi sebenarnya masing-masing dah besar. Macam kita pula yang hidup sezaman! 

Intipati daripada Reply 1988

1. Sebesar mana kita, setua mana kita, emak kita tetap tempat paling kita rasa selamat. 

Aku dah tak boleh ingat ni episod mana, tapi masa episod ni, berjujuran air mata aku nangis. Terutama dalam babak ada makcik ni dia telefon mak dia, mula-mula dia macam tabah tapi akhirnya dia burst menangis dan panggil mak dia macam anak kecil. Ah, menaip ni pun buatkan air mata bergenang!

2. Jangan sibuk cari siapa nak suka kita, tapi kita ada pilihan untuk suka siapa.

Ini agak 'cringe' sebab masa ni watak utama mengeluh yang tak ada siapa yang suka dia. Tapi nasihat kawan dia yang bagitahu, tak perlu cari siapa yang nak suka pada kita. Kita sendiri boleh pilih nak suka siapa.

3. Ayah adalah hero dalam rumah

Ada satu episod ni, menyayat hati juga. Sebab pada pengakhiran ceritanya menunjukkan bagaimana karakter ayah-ayah dalam drama ni semua terpaksa berlagak kuat dan tenang di hadapan ahli keluarga supaya mereka tidak ketakutan. Bagaimana seorang ayah cuba menjadikan dirinya serba boleh supaya dapat membantu setiap masalah yang ada di rumah. Ini pun berjujuran juga air mata.

4. Budaya berkongsi rezeki.

Ini masa episod pertama. Aku ingat sangat sebab babak ni sangat signifikan. Bermula dengan mak watak utama suruh dia hantar makanan ke rumah jiran sebelah, kemudian bertukar lauk, kemudian jiran lain pula bagi makanan dan bertukar lauk lagi. Dari meja ada 2 lauk berkembang banyak sebab makcik makcik ni berkongsi makanan. Ah, sangat nostalgik! Masa aku kecik dulu merasa pass makanan dengan jiran. Ada hari kita bagi, ada hari dia bagi. Saling berbalas budi. Bestnya!

5. Jangan takut meluahkan cinta

Ececece. Drama ni aku rasa hampir 80% berkisarkan keluarga. Babak yang romantik boleh je nak skip skip. Tapi ada juga babaknya yang penting. Antaranya babak yang aku dapat pengajaran untuk jangan takut meluahkan cinta. Korang kena tengok sendiri. Sebab babak ni taklah berjujuran air mata tapi babak ni buatkan aku dapat selami apa yang dirasakan. Bertahun dia pendam, dia tak cakap, tak buat apa-apa walaupun ada peluang. Dan akhirnya bila dia nak cuba cintanya dah disambar! Sedih memang sedih tapi itulah realiti.


kdrama reply 1988 must watch mesti tonton


Sebenarnya banyak pengajaran lain dalam drama ni. Kena tengok sendiri. Sebab setiap episod memang ada pengajarannya. 

Dan oh, haaaa... aku nak korang tengok tanpa baca sinopsis atau spoiler untuk teka siapakah lima sekawan tadi akhirnya menjadi suami isteri. Yang isteri memang dah tahu sebab ada seorang je perempuan. Yang suaminya. Teka jangan tak teka!

Selamat menonton!

15 ulasan

  1. Tahu ada kdrama nie tp x pernah rse nk tengok tp lepas baca review kat sini mcm menarik la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk siri Reply, tema yang Reply 1988 memang lebih ke arah kekeluargaan dan KDrama ni menang bnyk juga award d Korea (info Wikipedia).

      Sejujurnya saya sendiri tak move on lagi. Sbb cerita dia best. Banyak isi!

      Padam
  2. Tak pernah layan drama ni. Suka tengik cerita kekeluargaan macam ni. Macam best je cerita dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jenis suka drama berbentuk kekeluargaan, kena tengok! Haha. Saya mmg suka filem berunsurkan kekeluargaan. Dan Kdrama ni adik saya suggest sebab dia akan suggest drama ni bagi orang yang baru nak kenal drama Korea. Haha.

      Padam
  3. Terus google! Hihi. Baru teringat pernah tengok beberapa episod awal je. Ada masa boleh sambung tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok sampai habis! Hehe. Sebab setiap episode memang best. Warning siap-siap, memang nak ke penghujung akan asyik nangis je sebab value kekeluargaan sangat on spot!

      Padam
  4. Adehhh.. Jenuh setiap episod 1 jam setengah. X leh nak mengadap sgt. Kang x jadi keja lain. Masak ke mana duk ngadap tv.. Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Betul! Susah nak buat kerja. Sebab tu saya ambil masa hampir 5 6 bulan. Sebab ada hari pause, sambung entah bila. Hehe.

      Padam
  5. Kita jarang tgk k darama melainkan cerita tu betul2 best.. Ni mavam best je.. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni memang best. Sebab bab cinta dia tak banyak. Banyak value-value kehidupan dan kekeluargaan.

      Padam
  6. Comel sgt caricature tu..xswmpat tgk lg cerota ni.. since bersalin xberkesempatan nak tgk cerita korea

    BalasPadam
  7. Dalam list kdrama nak tengok. Bz sekarang sampai takde masa nak layan kdrama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah free sikit boleh layan. Saya pun berzaman nak menghabiskan. Hehe

      Padam
  8. Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblogwalking ke sini ^^

    Dah lama tak yang kdrama. Huhu. Sekarang ni mak ja yang lain. Last kdrama Nisha layan haritu Hotel Del Luna lepastu stop sampai ke harini. Nampak menarik kdrama ni. Nanti Nisha cuba tengok. Terima kasih di atas perkongsian ^^

    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    BalasPadam

Komen