Ramai tak yang kenal dengan nama Edwin van der Sar? Aku yakin, peminat-peminat bola mesti sangat kenal dengan nama ni. Aku sebut sahaja nama ni depan adik aku, terus dia kata "oh, player legend tu". Aku memang tak kenal sangat dengan pemain-pemain bola sepak, jadi aku kena Google dan baca-baca sikit latar belakang siapakan figura ini. Rupanya beliau memang seorang lagenda yang sangat dikagumi oleh ramai peminat bola sepak.
Jarang dah dengar namanya selepas dia bersara dan kali ini AEON MALL mengumumkan bahawa beliau akan turun ke Malaysia pada bulan Ogos nanti sempena acara Meet The Legend di bawah acara tahunan Active Beat 3.0. Aku yakin, peminat-peminta bola pasti terasa macam kembali ke zaman bola sepak awal 2000-an. Bagi yang membesar dengan zaman kegemilangan Manchester United, pastinya nama Edwin van der Sar bukanlah satu nama yang asing.
Beliau merupakan penjaga gol lagenda Belanda yang sangat dikenali ketika bersama Ajax Amsterdam, Juventus, Fulham dan paling diingati semestinya bersama Manchester United. Van der Sar bukan penjaga gol biasa. Malahan, beliau dianggap antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah. Dikenali dengan ketenangan yang luar biasa di atas padang dan gaya menyelamat bola yang tenang tapi berkesan, beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan Manchester United pada era 2000-an, termasuk menjuarai UEFA Champions League 2008.