Carian

Memaparkan catatan dengan label uasa. Papar semua catatan

Wildan Mendaftar di Fly High Education Centre

Sebagai ibu bapa, kita semua mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita, kan? Aku yakin bukan aku sahaja yang mahu anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan kembangkan lagi potensi yang ada. Bagi yang memang ikut update aku di Instagram, akan nampak masa-masanya aku cerita serba sedikit tentang Wildan. Sekarang ni dia darjah 5. Mungkin aku agak lambat, tetapi masuk tahun ini baru aku risaukan tentang hala tuju pendidikan dia. 

Sejak masuk tahap 2, anak-anak sudah ada peperiksaan berformat dan bertulis. Masa darjah 4, peperiksaan berformat pertama yang Wildan ambil, Ujian Pertengahan Sesi Akademik, membuatkan aku sedar satu perkara: kemahiran menjawab soalan yang lemah dalam kalangan anak-anak. Maklumlah daripada darjah 1, tidak ada sebarang peperiksaan berformat. Kebanyakannya atas inisiatif guru yang mengajar untuk buat kuiz bulanan atau apa-apa bentuk penilaian yang sesuai untuk menilai tahap kefahaman anak-anak. Pendek kata, semasa tahap 1, tidak ada penilaian yang berbentuk selaras seperti semasa di tahap 2. Ini merupakan sebahagian perubahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah bermula sejak 2019. Topik ni panjang, jadi kita cerita dalam entri lain. Sekarang kita nak cerita tentang kenapa aku akhirnya memilih untuk mendaftarkan Wildan kelas Fly High Education Centre.

Pilihan Mendaftar Fly High Education Centre

Untuk makluman, sejak anak-anak sekolah, aku belum pernah hantar ke mana-mana pusat tuisyen. Biasanya sesi mengulang kaji pelajaran akan dibuat bersama aku. Minggu peperiksaan ke atau pada hujung minggu dan cuti sekolah. Semuanya aku susun jadual, silibus dan ajar sendiri. Alhamdulillah, aku memang mampu untuk ajar sendiri anak-anak dan boleh ikut silibus-silibus sekolah. Cuma untuk tahun ini, ada beberapa sebab aku rasa perlu untuk aku outsource pendidikan anak-anak, iaitu dengan mendaftar kelas tambahan secara online.

Kenapa Nak Outsource Pembelajaran Wildan

1. Kekangan Masa

Memandangkan tahun ni, aku mendaftarkan diri untuk sambung pengajian sebagai pelajar pascasiswazah bagi peringkat Ijazah Kedoktoran, masa yang aku ada untuk dan fokus ajar anak-anak sedikit terhad. Maklumlah aku sendiri perlu asingkan beberapa jam untuk diri sendiri fokus pada kajian (sekarang tengah fasa buat kajian kepustakaan). Dan, aku masih lagi aktif sebagai ahli jawatankuasa di Persatuan Suri Rumah dan tahun ini bakal berlangsung sebuah konvensyen. Jadi, masa yang aku ada sangat terhad. Aku perlukan someone atau satu sistem yang aku boleh pastikan pembelajaran Wildan tidak ketinggalan dan pada masa yang sama aku sendiri boleh membuat kemajuan untuk pembelajaran aku dan aktiviti sukarela aku.

2. Pembelajaran Di Luar Kelas

Kelebihan kelas-kelas tambahan selain daripada untuk mengulang kaji, mereka juga boleh fokus pada mengajar teknik-teknik menjawab soalan. Ini satu benda yang tidak dinafikan sangat penting. Sebab peperiksaan bertulis dan berformat ini ada format jawapan. Untuk aku yang bukan guru sekolah mahupun pemeriksa, aku tidak fokus pada teknik dan kata kunci jawapan, aku lebih fokus pada jawapan yang munasahab. Pendekatan aku kurang sesuai memandangkan peperiksaan berformat biasanya ada teknik-teknik tertentu yang lebih sesuai untuk digunakan. Jadi, aku nak Wildan belajar lebih daripada apa yang dia dapat di sekolah melalui Fly High Education Centre. Kurikulum di sekolah memang sudah berikan asas yang kukuh, tetapi aku yakin dengan 'extra push' dan pendekatan yang berbeza terhadap topik-topik yang kompleks boleh membuat perbezaan besar.

3. Keputusan Peperiksaan Terkini

Baru-baru ni Wildan ada peperiksaan yang back-to-back, seminggu sekolah agama dan selesai sahaja peperiksaan sekolah agama terus peperiksaan sekolah kebangsaan dua minggu. Pada ketika dia periksa, aku sibuk dengan banyak perkara. Jadi untuk tahun ini, aku tak sempat buat ulangkaji dengan dia pada malam peperiksaan. Sejak dia masuk tahap 2, setiap kali musim peperiksaan, memang kami akan buat sesi ulangkaji subjek-subjek peperiksaan. Cuma untuk tahun ni, masa itu terhad. Jadi aku serah pada dia untuk ulangkaji sendiri. 

Keputusan peperiksaan Wildan tidaklah teruk mana. Malahan aku juga terkejut, walaupun aku tak dapat nak fokus bantu dia ulangkaji seperti sebelum-sebelum ini, keputusannya bagus-bagus. Ada satu dua subjek macam terpeleot sikit tapi aku yakin, kalau dia ada kelas tambahan, insyaAllah boleh ada peningkatan untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) nanti. Tujuannya bukan nak bagi dia dapat markah penuh tetapi nak bantu bantu dia faham dan kuasai subjek-subjek yang dia lemah. 

Kenapa Pilih Fly High Education Centre Pilihan?

Kita kena terima, pusat tuisyen sekarang sangat banyak. Sehinggakan boleh jadi pening nak pilih pusat yang mana sesuai dengan anak kita. Dan pada aku, Fly High Education Centre menonjol atas beberapa alasan yang kukuh.

1. Disokong oleh Ikon Terkemuka

Sepanjang iklan Fly High Education Centre lalu lalang di feed Facebook, satu perkara yang menarik perhatian aku adalah apabila aku melihat muka Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Satu Malaysia kenal siapa beliau. Angkasawan negara yang terkenal dengan cara beliau membentuk pendidikan anak-anak. Tengoklah sendiri contoh anak sulung beliau, Bella yang aku kira diberikan pendidikan sangat baik oleh ibu ayahnya. Jadi, apabila Dato' Sheikh Muzaphar Shukor sendiri yang ada di dalam poster dan video-video semasa program-program Fly High Education Centre, ini menunjukkan kualiti dan kebolehpercayaan pusat tuisyen ini. 

Fly High Education Centre
Tengoklah sendiri, gambar cover page Fly High Education dengan tagline "Pusat Tuisyen Pilihan Angkasawan Negara"

2. Fleksibiliti Tanpa Batasan

Zaman sekarang fleksibiliti penting. Kelas online Fly High Education Centre bagi aku sangat membantu. Aku prefer online sebab nak jimatkan masa. Dengan Wildan, aku percaya dia boleh fokus untuk kelas online. Masa darjah 1 dulu, tahun 2021, dia kena masuk kelas online hampir setiap hari dan alhamdulillah dapat anugerah Pelajar PdPR Terbaik sebab sentiasa masuk kelas dan aktif semasa online. Lagi-lagi Wildan ni memang jenis suka belajar. Jadi, aku rasa outsource pembelajaran dia secara online adalah pilihan terbaik. 

Bukan itu sahaja, ada satu lagi perkara yang menarik. Mereka menyediakan rakaman semua pelajaran. Kalau Wildan terlepas kelas atau perlu mengulang topik yang sukar, dia boleh tonton sahaja rakamannya pada bila-bila masa yang diperlukan. Lagipun sekarang dia sedang fokus untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan dia ada beberapa kelas tambahan bersama ustazah sekolahnya. Ada beberapa hari, jadual kelas Fly High Education Centre tertindih dengan kelas ustazahnya. Ini maksudnya fleksibiliti yang diperlukan. Fleksibiliti ini bermakna kita tak risau bila konflik jadual atau peluang pembelajaran yang terlepas.


Kelas Rakaman Fly High Education Centre
Wildan menonton rakaman kelas Bahasa Melayu yang dia terlepas kerana konflik jadual kelas tambahan UPKK.

3. Bahan Pembelajaran yang Unik dan Efektif

Dalam bab memilih tuisyen, pusat tuisyen yang baik bukan hanya pada guru, tetapi juga pada bahan dan pendekatan yang digunakan untuk sesi pembelajaran. Aku pernah saja-saja duduk tepi Wildan semasa kelas bersama Fly High Education Centre. Aku perasan yang mereka gunakan nota yang unik, direka khas untuk mudah difahami oleh pelajar. Nota yang disediakan tidak terlalu padat dan sesuai untuk sesi interaktif semasa kelas atau semasa menonton rakaman. Pendekatan sebegini sebenarnya sangat bagus sebab ini adalah untuk memastikan anak-anak kekal fokus dan memanfaatkan sesi pembelajaran yang berlangsung.

Nak Bantu Anak-Anak Terbang Tinggi?

Kalau yang sedang membaca ini adalah ibu bapa yang sama seperti aku - ada cita-cita yang tinggi untuk bantu anak di peringkat sekolah tetapi kesuntukan masa atau mahukan peningkatan dari segi pembelajaran anak di sekolah, aku sangat-sangat sarankan untuk mendaftar di Fly High Education Centre. Mereka lebih daripada sekadar pusat tuisyen; mereka adalah 'partner' dalam kejayaan anak.

Untuk bulan September mereka dah buka pendaftaran dan boleh mula masuk kelas. Dan tak lupa juga untuk bulan September akan datang mereka juga ada banyak program-program fizikal, terutama semasa cuti sekolah nanti. Jangan lupa untuk rebut peluang ini memabntu anak-anak maju ke hadapan.

Kelas September 2025 Fly High Education Centre

Nak tahu lebih lanjut tentang Fly High Education Centre, boleh follow mereka di Facebook dan Instagram.

Ayuh! kita ambil langkah pertama untuk bantu anak mencapai potensi penuh mereka. Daftarkan hari ini dan saksikan mereka terbang tinggi!

Fly High Education Centre

Linktree Fly High Education Centre