Carian

Pesta Kopi di Malaysia Coffee Fest 2019

Assalamualaikum dan hai!

Hujung bulan lepas (27 Julai 2019) aku dapat jemputan untuk hadir ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang belangsung di One Utama Shopping Centre. Malaysia Coffee Fest ni berlangsung bermula 25 Julai hinggalah 27 Julai 2019. Memandangkan hujung minggu je senang nak datang, aku datanglah 27 Julai walaupun tahu manusia akan penuh yang amat.

Sejujurnya aku bukanlah hantu kopi ataupun #coffeeaddict sangat pun. Tapi kalau pergi cafe memang aku akan pilih kopi. Waktu belajar kat Rusia, aku suka beli latte. Sejak ada anak ni jarang sikit nak beli sebab budak-budak ni suka sangat nak kongsi air umminya. So, kena kurangkan minumlah.

Berbalik pada cerita Pesta Kopi di OU tadi, Malaysia Coffee Fest 2019 ini diaturkan oleh Conference and Exhibition Management Service (CEMS) cawangan Malaysia bersama Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) dan Cafe Owners Alliance, Malaysia (COA, My). Dan sepanjang pesta ini berlangsungnya pertandingan antara barista yang disusun oleh Barista Guild Asia (BGA).

Malaysia Coffee Fest 2019


Apa kita nak 'expect' masa hari perjumpaan dengan guru?

Assalamualaikum dan hai!

Dah nak masuk bulan Ogos dah kita semua. Alhamdulillah dah lepas fasa 7 bulan yang pertama.

Masa sekolah dulu, antara hari yang aku suka ialah Hari Perjumpaan dengan guru kelas. Sebabnya, habis perjumpaan dengan guru kelas boleh baaaaaalik!

Sejak dari darjah satu memang Ummi akan datang paling awal. Jadi antara lima orang pertama biasanya. Maklumlah dia bekerja. Nak tak nak dia boleh luangkan masa sebelah pagi sahaja. Last hari perjumpaan dengan guru semestinya masa aku tingkatan 5. Dah 10 tahun yang lalu dah. Sekarang aku pula datang tadika anak untuk jumpa cikgu anak sendiri. Ya Allah tuanya laaa.

Siapa yang follow blog aku, memang tahu ini adalah tahun pertama Wildan masuk tadika. Dan aku sebenarnya tak ada expectation yang tinggi sangat memandangkan dia pun baru 5 tahun. Hehe. Tak sangka pula tadika dia ada buat Parents' Teacher Meeting (hari perjumpaan ibu bapa). Kalau ikut takwim asalnya, sepatutnya sebelum cuti raya bulan Mei hari tu. Tapi masing-masing cikgu dan ibu bapa sibuk, makanya ditangguh sampai tengah bulan Julai.

hari perjumpaan guru

Skincare Range from Dr. Elsee : A Review

Assalamualaikum and hai!

Siapa suka produk penjagaan kulit dari Korea? Hari ni aku nak kongsikan satu produk dari Korea.

Aku bukanlah sejenis yang minat satu spesifik produk. Setiap produk yang aku nak pakai, mesti akan baca label, kandungan dan fungsi. Tak kiralah produk tempatan mahupun yang dari luar negara. Ada je produk tempatan yang aku suka sebab fungsi menepati keperluan kulit aku.

Okay, bab KBeauty ni rasanya memang tengah hype sebab ramai orang nakkan kulit macam gadis-gadis Korea. Maklumlah kalau tengok yang dalam K-Drama tu, yang umur 30-an mukanya mulus, cerah, 'glowing' dan nampak muda. Kalau google cari tahun kelahiran, tak sangka dia dah 30-an! Kalau korang perasan, produk kecantikan dari Korea pun dah mula masuk dalam Malaysia. Dulu, banyak produk dari US dan UK. Sekarang tengah banyak masuk dari Korea dan Jepun pula.

Kbeauty review, dr elsee review


Budaya negatif depan anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Sejak dah jadi mak ni, aku suka gali dan gali ilmu keibubapaan (parenting knowledge). Dan sepanjang aku menggali, aku tak pernah tak dapat ilmu baru. Akan sentiasa ada benda baru yang mengubah cara aku melihat sesuatu perkara. Yelah, ilmu memang begitu sifatnya, sepanjang zaman tanpa henti. Aku percaya kebanyakkan ibu bapa macam aku. Sentiasa mencari ilmu. Kalau tidak, masakan banyak poster-poster seminar keibubapaan kan?

Memandangkan kalau nak pergi seminar aku tak berapa mampu dari segi masa sebab hujung minggu aku masih bekerja juga. Jalan terbaik aku ialah follow mereka yang selalu berkongsi tentang ilmu keibubaapan. Kalau dekat Facebook, ada banyak tokoh keibubapaan yang aku follow, siap buat see first untuk aku baca setiap hari. Belum kira lagi channel dalam Telegram. Buku parenting pun aku rajin beli, rajin juga buat wishlist. Ya Allah, memang banyak tau wishlist buku parenting.


Mukhlis masuk tadika dah?

Assalamualaikum dan hai!

Kalau ada yang follow aku dari instagram mesti ada yang perasan aku dah start kerja sejak tengah bulan April yang lalu. Sekarang dah jarang nak update feed dan story. Bila ada kelapangan barulah update. Jangan risau, aku akan sentiasa update blog.

Memang dalam perancangan hidup nak bekerja. Cumanya, tak secepat ini. Sebab rancangan asal nak tunggu Mukhlis masuk 3 atau 4 tahun. Kira dalam tahun depan(?) macam tu. Walaupun sebenarnya masa Mukhlis nak masuk dua tahun dulu dah mula cari kerja, tapi hati masih berat rasa nak kerja dan nak tinggalkan dia dekat orang lain.

Alhamdulillah rezeki dapat kerja yang agak fleksibel. Jadi Pembantu Penyelidik atau Research Assistant. InsyaAllah ada rezeki dalam masa terdekat nak sambung master (doakan aku kuat dan boleh bersabar dengan cabaran!) Pada masa yang sama, dapat juga jadi tutor part time. Dan, tak lupa bisnes aku kat Calligenia Market masih berjalan lagi tau. Nampak macam orang gila duit dah. Haha. Aku buat semua serentak, kejar cita-cita dan untuk anak-anak hidup juga. Ini baru aku, belum tengok suami aku kerja. Lagi gila.

3 tahun dah tadika, hantar anak tadika umur 3 tahun